Showing posts with label tazkirah. Show all posts
Showing posts with label tazkirah. Show all posts

Tuesday, July 06, 2010

Kesudahan amal kita~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
Artikel asal daripada .:: Stranger in Mystery ::.



Kalaulah satu hari nanti, bila kita bangkit daripada tidur yang lena, sedar-sedar, 2 malaikat Allah sudah pun bersedia disebelah kita untuk menyoal tentang kehidupan kita.

Dalam keadaan yang entah sedia entah tidak, apakah kita sangka kita boleh menjawab soalan-soalan mereka? Sekali pun soalan-soalannya telah pun bocor ketika di dunia, namun demikian, siapakah yang akan menjawab soalan-soalan ni untuk kita?

Mulutkah? atau amal didunia?

Kalau lah selama kita masih hidup didunia hanya bertuhankan harta dan kekayaan, hiburan yang menjadi halwa telinga, majalah-majalah sensasi yang menjadi tatapan harian, gosip-gosip panas menjadi perbualan harian, dan kalau lah hidup lebih ekstrim, zina menjadi agenda nafsu, arak menjadi minuman utama, agak-agak boleh jawab ke tak soalan-soalan yang bakal dikemukan kepada kita?

Kalau lah pada ketika itu, mulut terkumat-kamit nak jawab tapi tidak keluar-keluar langsung apa-apa kalimah, yang keluar hanyalah,

"aku...aku...aku tidak TAHUUU!!!!!!"

BAM!! BAM!! BAM!!

Remuk jasad kita dipukul malaikat. Hancur segala anggota disebat.

Tidak ngerikah? Tidak terseksakah? Tapi itu baru sahaja hentian pertama sebelum destinasi terakhir. Bagaimana pula dengan keadaan 'NARRUJAHANNAM' Allah? Tak berkali-kali lebih dahsyatkah?

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina." [An-Nisa', 4 : 14]

Tapi kan, semua tu tak semestinya berlaku, andai kata hidup ni kita cuba hiasi dengan amal-amal akhirat. Bukan sekadar laksanakan yang wajib semata, tapi cuba dipertambahkan lagi dengan yang sunat. Akhlak diperbaiki. Amal ditambah. Hati diikhlaskan, semuanya untuk Allah semata.

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." [Al-An'am, 6 : 162]

Bayangkan soalan-soalan yang dikemukan, semuanya dapat kita jawab dengan cemerlangnya. Kenapa? Sebab didunia kita telah pun bersedia dengan segala macam amal yang menuruti perintah Allah.

Maka tak wajarkah kita dapat nikmat syurga Allah janjikan?

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai ganguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-sebaiknya (bagi mereka yang beramal salih)"." [Ali-'Imran, 3 : 195]

"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari sisi Allah. Dan (ingatlah), apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang (yang taat yang banyak berbuat kebajikan)." [Ali-"imran, 3 : 198]

"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari sisi Allah. Dan (ingatlah), apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang (yang taat yang banyak berbuat kebajikan)." [Al-A'raf, 7 : 42]

Jadi, kenapa kita selalu merugikan kehidupan kita dengan khayalan semata-mata? Tak nak ke kita berusaha untuk dapatkan benda yang kekal selama-lamanya? Benda yang Allah janjikan kenikmatan yang cukup hebat.

Dengan itu, saya ajak kita sama-sama kembali muhasabah diri. Tanya diri sendiri,

"Semalam, apa yang telah saya lakukan untuk dekatkan diri dengan Allah?"

"Hari ni pula, apa yang saya boleh buat untuk dekatkan diri dengan Allah?"

Mulakanlah hari dengan niat yang tulus hanya kerana ingin mencari redha Allah. Mulakan dengan Bismillah dengan beramal lah dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk konsisten dalam beramal.
---
Wallahu'alam


Wednesday, December 23, 2009

HARI 'ASYURA - 10 MUHARRAM


HARI ‘ASYUURAA’ ----- SEJARAH DAN KELEBIHANNYA

Perkataan ‘Asyuuraa’  (عاشوراء)diambil dari lafaz Al-‘Aasyir  (العاشر)yang membawa maksud sepuluh. Ini berketepatan dengan hari itu iaitu hari yang kesepuluh dari bulan Muharram. Dalam penggunaan istilah Islam, bilangan hari keesokannya diambil dari malam sebelumnya. Ini bermakna setelah berlalu malam ‘Asyuuraa’ barulah terbitnya fajar siang hari ‘Asyuuraa’. Ini bersesuaian juga dengan penggunaan pada bulan Ramadhan. Sebagai contoh, kita akan melalui malam ke-27, barulah keesokan harinya dinamakan hari ke-27 Ramadhan.

SEJARAH PUASA HARI 'ASYUURAA’

عن عائشة قالت: كان قريش تصوموا عاشوراء في الجاهلية، وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه. فلما هاجر الى المدينة صامه وأمر بصيامه. فلما فرض شهر رمضان قال: من شاء صامه ومن شاء تركه.
(رواه البخاري ومسلم وأحمد ومالك وأبو داود  والترمذي وابن ماجه)

Dari Aisyah berkata: Kaum Quraisy mereka berpuasa ‘Asyuuraa’ pada zaman jahiliah, dan Rasulullah saw juga berpuasa. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah baginda berpuasa dan menyuruh sahabat yang lain berpuasa. Apabila difardhukan puasa Ramadhan baginda berkata: Barangsiapa yang mahu berpuasa (‘Asyuuraa’) maka teruskanlah, barangsiapa yang tidak mahu maka tinggalkanlah.   (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Malik, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)

عن ابن عباس قال: قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم عاشوراء، فقال: ما هذا؟ قالوا: يوم صالح، نجى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال النبي: أنا أحق بموسى منكم، فصامه وأمر بصيامه.   (رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبو داود وابن ماجه)

Dari Ibnu Abbas berkata: Setibanya Rasulullah saw di Madinah, dilihatnya penduduk Yahudi Madinah berpuasa ‘Asyuuraa’. Bertanya Rasulullah: Apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari yang Allah swt menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Nabi Musa. Rasulullah berkata: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu semua. Maka berpuasalah Rasulullah dan disuruh sahabat yang lain berpuasa.   (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

++   Nabi saw berpuasa ‘Asyuuraa’ sebelum diangkat menjadi Rasul kerana mengikut adat penduduk Makkah. Sesudah menjadi Rasul, baginda berhenti dari berpuasa ‘Asyuuraa’ kerana menganggap ia adalah amalan jahiliah penduduk Makkah. Namun setelah tiba di Madinah, baginda mengetahui bahawa berpuasa ‘Asyuuraa’ merupakan daripada syariat Nabi Musa, maka baginda berpuasa dan disuruh juga sahabat yang lain. (Rujukan: Al-Muntaqa Syarah Muwattho’)

++  Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu semua…Kata-kata Rasulullah ini dituju kepada Yahudi Madinah. Mereka beriman dengan Nabi Musa, namun mereka merubah segala syariat Nabi Musa sewenangnya. Manakala Nabi Muhammad beriman dengan Nabi Musa, baginda mengikut syariat Nabi terdahulu selagi mana tidak diwahyukan perkara baru untuk menggantikan syariat tertentu yang terdahulu. (Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

++  Sejarah membuktikan Baginda tiba di Madinah pada bulan Rabiul Awwal, maka bagaimana hadis ini menjelaskan baginda melihat penduduk Madinah berpuasa ‘Asyuuraa’? Jawapannya, maklumat ini disingkap dari kata-kata sahabat, mereka berkongsi maklumat dengan Rasulullah tentang amalan penduduk Madinah. Maka apabila baginda mengetahui mereka mengamalkan puasa ‘Asyuuraa’, maka ditanyalah baginda dengan lebih lanjut. Maka tercetuslah hadis di atas.(Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

KELEBIHAN BERPUASA HARI ‘ASYUURAA’

عن أبي قتادة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم يوم عرفة، فقال: يكفر السنة الماضية والباقية، وسئل عن صوم يوم عاشوراء، فقال: يكفر السنة الماضية، وسئل عن صوم يوم الإثنين، فقال: ذلك يوم ولدت فيه، وبعثت فيه، وأنزل علي فيه.  (رواه مسلم)

Dari Abi Qatadah berkata: Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari Arafah, baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ditanya tentang puasa hari ‘Asyuuraa’, baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lepas. Ditanya tentang puasa hari Isnin, baginda menjawab: Itulah hari aku dilahirkan, hari aku diangkat menjadi Rasul, dan hari diturunkan Al-Quran padaku buat kali pertama.   (Riwayat Muslim)

++ -- Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil sahaja. Jika seseorang itu tidak mempunyai dosa kecil, moga-moga diringankan dosa besarnya. Jika tiada juga dia berdosa besar, akan diangkat darjat & martabatnya di sisi Allah azza wajall --.

SUNNAH NABI DALAM BERPUASA ‘ASYUURAA’

عن ابن عباس قال: لما صام رسول الله يوم عاشوراء، وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال: إذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع. قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله.   (رواه مسلم وأبو داود)

Dari Ibnu Abbas berkata: Ketika Rasulullah saw berpuasa hari Asyuraa’ dan menyuruh sahabat yang lain berpuasa juga, mereka berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya ini adalah hari kebesaran Yahudi dan Nasrani. Maka berkata Rasulullah: Jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa juga pada hari yang ke-9 pada tahun hadapan. Berkata Ibnu Abbas: Rasulullah saw tidak berkesempaian untuk menunaikannya kerana telah wafat sebelum itu.   (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

++  Pendapat Imam Asy-Syafie dan Imam Ahmad, disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan juga ke-10 berdasarkan pada hadis ini. (Rujukan: Taudih Al-Ahkam Min Bulughil Maram, karangan Abdullah Al-Bassaam)

++  Jika tidak berpuasa pada hari ke-9, disunatkan oleh mazhab Asy-Syafie untuk berpuasa pada hari ke-11. Malah Imam Asy-Syafie ada menyebut dalam kitab Al-Umm disunatkan juga berpuasa pada ketiga-tiga hari ini sekali gus, ke-9, ke-10 dan ke-11. Keempat-empat mazhab melainkan Al-Hanafiyyah mengatakan tiada salahnya berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja, tiada makruhnya sama sekali, ia dibolehkan. (Rujukan: Fiqhul Islam Wa Adillatuh karangan Wahbah Zuhailiy)

++  Maka kaedah berpuasa untuk hari ‘Asyuuraa’ mengikut keutamaan:
1)      Hari ke-9  +  hari ke-10  +  hari ke-11.
2)      Hari ke-9  +  hari ke-10.
3)      Hari ke-10.
       (Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

Wednesday, August 26, 2009

Bantulah Ibu, Isteri menambah pahala

Bismillah..


Assalamualaikum,


Ramadhan hari kedua telah melabuhkan tirainya. pesta ibadah masih berlangsung dengan rancak dan meriah di mana-mana. seperti ada keraian besar yang disambut umat Islam seluruh dunia. masing2 cuba mengejar ibadah, mengejar rahmah dan maghfirah yang terkandung dalam bulan
Ramadhan yang mulia ini. dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran, menunaikan solat sunat Tarawih (bukan tawarih seperti ucapan Upin dan Ipin ye), selain menambah solat2 sunat yang lain.akan tetapi, kadang2 kita melaksanakannya, sehingga terlupa kepada kehendak dan kemahuan ibadah orang2 yang terdekat dengan kita. Ibu kita, Isteri kita, adik beradik kita. mereka juga ingin menambah ruang ibadah. akan tetapi, kadangkala disibukkan dengan kerja-kerja rumah, dan juga makan minum anak2. lebih2 lagi anak2 yang baru bertatih dan sibuk meminta macam2 dari ibubapanya.


sebenarnya, perkara ini terlintas ketika melihat sinki dapur yang dipenuhi pinggan mangkuk dan cawan. dan tidak lama kemudian, ibu, isteri, atau adik kita sibuk membasuh pinggan mangkuk dan cawan ini, hingga kadang2 "terpaksa" meninggalkan jemaah tarawih dan bacaan Al-Quran.

Oleh itu, seandainya anda masih mempunyai Ibu, atau Isteri, atau adik beradik perempuan, bantulah mereka sedikit. bahagiakanlah mereka dengan pertolongan kita, membasuh pinggan, mencuci pakaian, malah menjemur pakaian. ini akan memberi sedikit ruang pada Ibu dan Isteri kita untuk sama2 beribadah, menambah pahala dan ketaqwaan dibulan yang mulia ini.

seandainya ada anak2 kecil, boleh diajak bersama membaca Al-Quran, walaupun mereka masih tidak faham, tapi mereka akan dibiasakan dengan bacaan Al-Quran ini, lebih2 lagi dibulan yang shaytan dibelenggu ini.

ayuh, marilah kita bahagiakan isteri, ibu, dan adik beradik perempuan kita dengan membantu sedikit kerja2 rumah, agar mereka mempunyai ruang dan peluang untuk menambahkan ibadah di bulan mulia ini. bukankah dengan membantu mereka itu kita juga akan dapat pahala? dan sekurang2nya, tidak perlu mendengar "ceramah tambahan" dibulan puasa ini.

ayuh, tambahkan amal, kurangkan kemalasan, dan tingkatkan keimanan kita!! Ramadhan ya Ramadhan!

Thursday, August 06, 2009

Thursday, July 23, 2009

Sya'aban...Sya'aban....telah menjelma

Assalamualaikum,

"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban."

[Hadis riwayat al- Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.]

alhamdulillah, kita telah selamat melangkah satu langkah lagi ke arah Ramadhan Kareem...dengan masuknya ke dalam bulan Sya'aban...dan tahun ini, ketibaan Sya'aban diserikan sedikit dengan gerhana matahari pada hari sebelumnya. satu gabungan yang istimewa? adakah ALLAH ingin menunjukkan sesuatu kepada hamba-hambaNYA? sesungguhnya, ALLAH yang lebih mengetahui..

apa yang perlu menjadi perhatian kita, adalah untuk menambah sedikit lagi amalan2 sunat kita, amalan puasa, solat sunat, sedekah, qiamullail, riadhah ke satu tingkat yang lebih tinggi sedikit. dengan harapan, pada saat kita melangkah ke bulan yang penuh berkah dan rahmah, bulan Ramadhan, kita akan bersedia sepenuhnya...

dan harapannya, agar tahun ini, menjadi Ramadhan yang terbaik buat diri kita...bukakanlah hati seluas-luasnya, tetapkan iman agar Ramadhan kali ini, akan disambut dengan kegirangan seorang hamba menerima hadiah dari TUHANnya....hadiah untuk melakukan ibadah dengan sebanyak-banyaknya, hadiah untuk mendekatkan diri lebih mudah berbanding masa-masa yang lain...insyaALLAH..

RAMADHAN...RAMADHAN...RAMADHAN....kami merinduimu....

ayuh ayuh dan ayuh...

wallahualam...

Tuesday, July 21, 2009

Tazkirah sempena Isra' Mikraj

...dipetik dari buletin REMAJA bil.2 terbitan KRJ Johor (2007) oleh Pak Uteh

Allahuma bariklana fi rajab wa syaaban Wa balighna Ramadhan.Ya Allah berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban dan temukan kami Ramadhan.
Assalamualaikum wbt anak-anak Kasih dan Sayang! Marilah kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan kita kesihatan serta peribadi yang sentiasa soleh dan solehah. Ameen.


Pernahkah anak-anak terfikir bahwa kejadian kita ini cukup istimewa! Manusia dijadikan oleh Allah swt dalam bentuk yang amat sempurna. Apakah kesempurnaan dan istimewanya manusia ini?


Dalam peristiwa Israk dan Mikraj* Rasulullah saw, baginda telah melalui perjalanan yang amat istimewa. Dalam waktu yang seketika dari Masjidil Haram di Makkah Rasulullah saw sampai ke Masjidil Aqsa di Syam menaikki Buraq yang mana kisahnya di abadikan dalam Surah Al Israa: 1.



”Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Peristiwa ini telah mengangkat manusia kepada darjat yang amat tinggi sehingga di muliakan Allah swt kepada Rasulullah saw untuk mengimamkan solat para rasul di Masjdil Aqsa. SubhanAllah!


Anak-anak yang dikasihi dan disayangi..Nabi kita Muhammad saw adalah seorang hamba yang amat mulia! Ia amat mengasihi dan menyayangi umatnya. Sehingga akhir kewafatan baginda masih mengingati umatnya dan memohon kepada Allah swt agar perit dan sakit cabutan nyawa itu biarlah dirasai baginda dan tidak kepada umatnya.


Inilah kasih dan sayangnya Rasulullah saw kepada kita! Bukan itu saja, kita sebagai umatnya mendapat keutamaan oleh Allah swt daripada umat nabi-nabi yang terdahulu. Oleh itu marilah kita bersama-sama meneruskan berselawat kepada Baginda Nabi Muhamad saw. Jom anak-anak marilah dan teruskan berselawat kepada Baginda. Semoga kerahmatan Allah swt bersama-sama kita.


Salam sayang dan kasih daripada Pak Uteh


*Isra adalah perjalanan malam hari , sedangkan mikraj adalah perjalan naik ke atas.

Sunday, July 19, 2009

Hatiku oh hatiku~

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya ada sebuah cawan yang transperant. Dan cawan ini saya gunakan untuk minum air. Air yang saya selalu tuangkan pula, datangnya dari bermacam-macam jenis air. Air Sirap, milo, kopi ais, tembikai, jus oren, ice blended choco dan macam-macam lagi yang menggiurkan mulut. Fuh~

Dan setiap kali saya minum air, saya tak pernah-pernah basuh cawan tuh. Lepas dah habis minum milo, letak tepi jap, kemudian buat la perkara seharian dan bila tiba masa saya nak minum air, saya terus je tuang dengan air oren. Dan begitulah seterusnya apa yang berlaku. dengan bermacam-macam jenis air. Tak lama selepas itu, saya terkena penyakit. Aduh~ peritnya perutku ini. Masuk hospital, doktor pun cakap saya terkena keracunan minuman. Huh??

Bila di flashback kembali, baru saya sedar punca dia kat mana. Cawan yang saya gunakan itu tidak pernah saya basuh. Dan as masa berlalu, cawan yang saya gunakan itu berkulat dan berbakteria (eeeee~ geli!!). So, paham-paham la. Kalau tak basuh, minum, kuman masuk perut, sakit, masuk hospital. Habis cerita.

So, apa kaitannya dengan tajuk? Apa kaitan pulak dengan hati? hmm...

Sahabatku yang dirahmati,
hati ini merupakan satu element yang sangat penting dalam kehidupan kita. Bahkan Rasulullah SAW pernah mengatakan tentang kepentingan hati dalam mencorak bentuk kehidupan kita.
"...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Hadith 6, Imam An-Nawawi)
So, macam manakah caranya nak pelihara hati ini? Macam mana caranya nak membuatkan hati ini sentiasa bersih dan suci daripada kuman-kuman yang melekat akibat perbuatan seharian kita?

Kalau cawan yang sudah dipakai, pasti akan di basuh dengan air sabun, kalau hati pula bagaimana? Dalam seharian kita gunakan hati ini untuk beramal dan berkerja, sudah pasti dosa-dosa kecil akan sentiasa 'terbuat'. So, macam mana nak menyucikan diri daripada dosa-dosa ini?

Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya hati-hati akan berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - Hadith
Ya sahabatku, Al-Quranlah yang menjadi penyuci dan penyembuh hati yang mati. Ia berperanan menjadi air sabun untuk menyucikan kotoran-kotoran yang melekat pada cawan hati agar ia kembali bersih dan bercahaya. Bahkan ia memberikan kekuatan kepada mereka-mereka yang sering membasahkan lidah dan hatinya dengan kalam Allah yang begitu indah.

Dan bukankah Al-Quran itu menjadi panduan kehidupan kita? Tapi kenapa masih ramai yang meraguinya sedangkan Allah berfirman :
"Inilah al-Kitab (al-Quran) yang tiada sebarang syak padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa." [Al-Baqarah : 2]
Mungkinkah ia kerana hati yang gelap penuh dengan dosa itu menjadi penghalang kepada kita untuk mencintai dan mendekati Al-Quran? Kalau di bandingkan dengan cawan yang kotor itu, macam mana kita nak tuangkan air yang bersih lagi lazat ke dalam cawan yang kotor itu? Adakah kita akan lalu untuk tuang bahkan minum air daripada bekas yang tidak bersih? Sudah tentu tidak ya sahabatku. Sudah tentu tidak.

Sebagai pengakhiran kepada bicara saya kali ini, ingin sekali saya bawak satu hadith Rasulullah SAW yang cukup indah :
"Sebaik-baik daripada kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." -Hadith-



Sahabatku,
moga-moga kita menjadi antara orang-orang yang terbaik seperti yang Rasulullah SAW sebutkan dan juga kita sentiasa menyucikan hati kita ini dengan Al-Quran agar cahaya Allah akan sampai ke hati kita. Insya Allah.

Wallahu'alam

Originated from ~Ku Seorang Pengembara~

Saturday, July 18, 2009

Ya Allah…...pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan tahun ini.

Kini kita berada di penghujung bulan Rejab dan merupakan permulaan bagi banyak hari yang diberkati. Orang‐orang Mukmin akan menggunakan bulan Rejab dan Syaaban untuk menyiapkan diri sebagai pintu masuk kebulan Ramadhan. Mereka menyiapkan diri baik secara fizikal mahupun dari segi ruhiyah. Mereka mencuci jiwa mereka terlebih dahulu sebelum datang bulan suci Ramadhan agar apabila tiba, jiwa mereka siap sedia menyambut nur, barakah dan fadhilahnya dari Allah. Rasulullah s.a.w. selalu membacakan doa ini bila menjelang bulan Rejab:

"Ya Allah! Berkati kami pada bulan Rejab dan Syaaban,dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan"

Ini adalah doa pengharapan agar kita akan diberkati oleh Allah selama dalam bulan Rejab dan Syaaban, mulai hari ini. Ia juga adalah permintaan bagi kita untuk menemui dan bertemu bulan suci Ramadhan. Apakah ada mukmin yang tidak mahu merebut kesempatan keemasan ini?

Bulan Rejab dan Syaaban adalah masa terbaik untuk mula membuat persiapan jiwa dan mental
bagi berhadapan dengan bulan Ramadhan. Antara yang boleh dilakukan adalah:


Mula puasa Isnin dan Khamis.

Bersyukur kerana Allah melanjutkan usia dan dan berdoa agar Allah izinkan bertemu Ramadhan sekali lagi

Banyakkan membaca dan mendengar Al-Quran.

Cuba untuk mendapatkan khusyuk ketika solat.

Tilawah Al-Quran dan cuba mengkhatamkannya minima sekali sebelum Ramadhan.

Membaca atau mendengar ceramah dari kaset berkenaan Allah, Syurga dan nikmatnya, Zikrullah, Taubat dan sebagainya.

Berazam untuk meninggalkan beberapa tabiat buruk seperti merokok, mengumpat, mengeluarkan kata-kata kesat, membazir dan sebagainya.

Berfikir tentang kejadian makhluk Allah.

Muhasabah diri tentang pencapaian amalan di bulan Ramadhan tahun lepas.

Doa semoga Allah bantu supaya kita thabat dalam melakukan ketaatan


Mengajak suami/isteri serta anak-anak beramal dan mengingatkan mengenai kedatangan Ramadhan

Thursday, July 09, 2009

A house named Palestine~

بسم الله الرحمن الرحيم



You know, I got a story to tell. It’s simple, and you can learn a lot from it.

One day, there was this man. He’s young, strong, hardworking, brilliant and humble. He had a dream. One day, if he had enough money, he wanted to buy a house for himself. Then, from this house, he wanted to bring his family in and lived with them there. He also wanted to get married and also live a life there with his beloved wife.

As time passes by, with his effort, he managed to earn quite a sum of money. There he decided that it is better off to build his own and desirable house, and yes, he did build his own house.

Through his determination and hardworking, his house was completed. It was beautiful. Really awesome. He really felt satisfied with his work. The first dream came through. After doing some finishing touches, he brought is family in and also got married. There, he lived happily with his family also he felt satisfied with all his efforts. He enjoyed his life a lot. Having a great life with his family and also neighbours, all whom he sought of as brothers and sisters. They really helped each other in a daily life. Living peacefully together. That’s how happy he was at that time.

As he was enjoying the peaceful life he dreamed of, suddenly one day, a group of strangers came to his house and raided everything. They threw the man, alongside with his family outside of the house also they confiscated every valuable thing from the family including his beautiful house.

After throwing everyone out, these strangers came out and stood stubbornly in front of them. With no hesitations, with words full of evil marks, they proclaim that everything in, out also the house itself, from that day will belong to them. If there were to be any actions to take back the proclaim house from the strangers, the will use violence against the man and his family.

Feeling really tensed, angry, humiliated for the doings of the strangers, the man, with no hesitation, stood up and fought back. But due to the lack of strength and of course, he was outnumbered; he failed to retrieve back his belongings; the house and everything. Well, of course when someone is been bullied and then been beaten again though he tried as much as he could, he would just be a laughing stock for the bullies. The strangers laughed out loud when humiliating the man and his family. Some of his family members tried to find help. They went to the neighbourhood, yelling and screaming out loud for help, but there was no one there. It was like suddenly on that particular day, windows and doors were all shut tight. No one seemed to care for what happened to this family. For once, the family felt very, very disappointed to those people whom once they called friends, once they called friendly neighbours and once they call them brothers and sisters.

After realising that they were no match for the strangers and with no help from anyone near at that time, they decided to retreat and make a camp not far from the house. To them, they will do anything in order to retrieve back what belongs to them. But for the time being, they must gather strength so that one day, when the right time comes, the house will be come back to its rightful owner, if not him, his future generations.

Until now, after he passed away, his successor carried out his dream. Until now too, they still fought for this house who at reality and legally belongs to them. Until now too, for them, a lot has been sacrificed for this house. It’s not a matter of material but it’s more to a matter of pride and honour. How can someone accept being kicked out of his own house? And then was forced to acknowledge this proclaim house as some other person’s house? Naturally, anyone in this world would fight for what belongs to them. Anyone in this world would die for what they think it’s right. Thus, does this makes them a terrorist in their own property? In their own house? For their own belongings?

How about it? How would you feel, if it were to happen to you? How would you feel being sacked out of your own legal home? The home where you put your effort in, the home where it protects you, the home which belongs to your grandfathers who nurture it, care for it, and died to bring back its freedom for so many years. May be it's time for us to think back.

Wallahu'alam.

originated from ~Ku Seorang Pengembara~

Monday, June 29, 2009

Ijlis Bina Nukmin Sa'ah...

Tazkirah Abang Taufiq malam kelmarin di SMTJB antara lain memetik kata-kata
Mu'adz bin Jabal :
"IJLIS BINA NUKMIN SA'AH."
Mari duduk bersama-sama kami, kita beriman sejenak.
Ungkapan itu disebut kembali oleh Abdullah bin Rawahah ketika beliau berkata kepada Abu Darda’ r.a sambil menarik tangannya

” Marilah kita beriman sejenak kerana sesungguhnya hati itu lebih mudah berbolak-balik daripada masakan dalam periuk yang sedang mendidih di atas api”

Dan lagi ..
Tidak berkumpul suatu kaum di suatu rumah dari rumah Allah, mereka membaca Al-Quran dan saling mengkajinya, kecuali Allah akan menurunkan kepada mereka kemenangan, menaburkan mereka rahmat, para malaikat berdesakan dengan mereka, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di hadapan majlis malaikat (HR Muslim)

Suasana di program usrah SMTJB malam kelmarin sebelum pembahagian kumpulan. Tahniah kepada adik-adik aspura dan aspuri form 5 kerana terus istiqamah dengan amalan mulia ini.

Sunday, June 21, 2009

Berharap kepada Allah~

بسم الله الرحمن الرحيم



Ingin sekali saya kongsikan dengan anda tentang satu analogi yang cukup mudah untuk menerangkan satu sifat yang patut ada dalam setiap daripada kita. Biarlah dengan sifat ini ia menyedarkan diri kita tentang siapakah diri kita yang sebenarnya dan apakah posisi kita di dunia ini.

Sahabatku,
cubalah kita sama-sama bayangkan seorang petani yang menanam benih yang baik serta pada tanah yang cukup subur. Kemudian dia menyiram dan membajai benih ini agar ia mempunyai nutrian yang secukupnya. Dia juga tidak lupa untuk melindungi tanamannya daripada serangga dan mahkluk perosak yang lain agar tanamannya ini sentiasa dalam keadaan yang terbaik. Sambil menanti musim menuai, dia sentiasa menumpukan perhatian pada tanamannya agar tiada bencana mahu pun penyakit yang mendatang agar dia mendapat hasil tuaian yang terbaik.

Nah sahabatku, tidakkah dia layak untuk mendapat hasil tuaian yang baik di atas usahanya itu?

Begitu jualah dengan hati manusia ini, sahabatku. Sekiranya ia ditanam dengan benih keimanan, disiram dengan air ketaatan, dibajai dengan keikhlasan dan kesungguhan serta dijauhkan daripada segala akhlak-akhlak yang buruk, tidak patutkah kita mengharapkan daripada Allah untuk menerima hasil tuaian yang baik di akhirat kelak?

Ya sahabatku, dan ini juga yang dapat kita fahamkan daripada sifat ar-raja' iaitu sifat mengharap kepada Allah SWT.

Pernah atau tidak dalam kehidupan kita ini, kita tertanya, bilakah saat-saatnya aku berharap kepada Allah? Adakah hanya pada ketika kita diselubungi kesusahan? ataukah pada setiap kali kita beramal dan kita berharap Allah menerima setiap amalan kita?

Sahabatku, moga-moga kita adalah yang terakhir. Sentiasa berharap kepada Allah. Dan sifat berharap ini sahabatku, adalah sifat yang terpuji kerana ia sering mendorong kita untuk beramal dan berkerja dengan bersungguh-sungguh seperti petani yang mengharapkan hasil tuaian yang baik itu.

Ingatlah sahabatku, Allah itu Maha 'adil dan Maha penyayang. Dia pasti akan memberikan ganjaran yang lumayan pada hamba-hambanya yang mengharap kepada-Nya.
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, mereka akan mendapat syurga-syurga yang penuh kenimkatan, mereka kekal di dalamnya, sebagai janji Allah yang benar. Dan dia Mahaperkasa, Mahabijaksana." [Luqman, 31 : 8-9]
Sebagai pengakhiran daripada sahabatmu ini, ingin sekali lontarkan sebuah persoalan pada anda dan moga persoalan ini sentiasa bermain dalam minda kita supaya kita tidak lupa akan janji kita pada Allah suatu ketika dahulu sebelum kita dilahirkan.

Wajarkah seseorang itu mengharapkan rahmat dan kasih sayang dari tuhan yang tidak dia taati?

Wallahu'alam.

oringinated from ~Ku Seorang Pengembara~

Monday, June 08, 2009

The Soccer Kids~

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya sangat suka memberikan satu analogi yang telah saya dengari daripada seorang tokoh yang cukup terkenal dalam dunia motivasi iaitu Dr. Danial Zainal Abidin berkaitan dengan bola sepak. Izinkan saya bercerita sedikit.

Al-kisah :

Satu hari, ada beberapa orang budak-budak kampung sedang bersiap sedia untuk bermain bola. Setiap petang budak-budak ini akan bermain bola bersama-sama di padang umum kampung mereka. Sedang mereka sedang gembira jalan bersama-sama menuju ke padang tersebut, mereka menjadi terperanjat kerana padang bola tersebut sedang dalam proses baik pulih. Gol di cabut dan padang dikuarantin oleh pihak berkuasa kerana ingin mencantikkan padang tersebut.

Bila melihat keadaan tersebut, kecewa lah budak-budak ini. Nak buat macam mana, padang dalam renovation, so tak dapat la budak-budak ini bermain. Kemudian, mereka berjalan pulang. Dalam perjalanan pulang, salah seorang daripada budak-budak ini terlihat satu area lapang yang cukup besar untuk bermain bola. Lantas dia memberikan cadangan kepada kawan-kawannya yang lain untuk bermain.

Pada mulanya, mereka macam agak bingung. Ye lah, nak bermain macam mana kalau tiada gol dan garisan out. So, dengan kebijaksanaan kawan mereka yang seorang ini, dia mencadangkan untuk menggunakan selipar sebagai golnya dan untuk game kali ini, tak payah main out. Yang penting team yang banyak gol menang.

So, kembali ceria lah budak-budak yang lain kerana dapat juga bermain bola petang tu. So, sebelum bermain, mereka telah mensettingkan gelanggan mereka. Gol diukur dengan baik supaya kedua-dua belah gol lebih kurang sama jaraknya antara satu selipar dengan yang lain. Kemudian strategi susunan pemain dirangka dan diposisikan. Penjaga gol, defender, wing dan juga striker semua dalam posisi. Tak lama kemudian, mereka mula bermain.

Selang masa berlalu, mereka bermain dengan sangat seronok dan bersemangat. Masing-masing memberikan kerjasama yang cukup mantap untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang, terdapat juga pemain yang jatuh dan luka, tapi oleh kerana mindset hendak menjaringkan gol punya pasal, sakit yang sedikit diketepikan.

Akhirnya, permainan tamat. Tiada yang menang atau yang kalah sekalipun banyak gol yang berjaya budak-budak ini jaringkan. Ye lah, mereka bermain hanya untuk seronok-seronok dan untuk beriadhah la juga kot.

-Tamat-

Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa kadang-kadang dalam kehidupan kita ini, terasa macam susah je nak lalui? Bahkan, ada kala tu, kita macam tak tahu nak buat apa and apa yang kita nak capai dalam kehidupan kita ini. Ada juga yang hidup kaya raya, senang, berkemampuan, tapi terasa juga kosong dalam jiwa mereka seolah-olah masih ada sesuatu yang besar, yang belum juga mereka berjaya capai. Kenapa ya?

Muhasabah kisah :

1. GOAL SETTING

Sebagai seorang muslim, Allah telah sebutkan tentang hakikat kejadian manusia ini.
"Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [Az-Zariyat, 51 : 56]
Matlamat pertama kejadian kita adalah untuk meng'abdikan diri pada Allah. Jangan jumudkan pemikiran bahawa ibadah itu hanya pada ketika solat, puasa, zakat dan haji. Itu hanyalah antara ibadah-ibadah khusus, yang mana ibadah umum adalah merangkumi semua perbuatan kita in an everyday life seperti makan, minum, tidur, berkerja, study, bercucuk tanam, berblogging dan sebagainya selagi mana ia tidak melanggar syara' dan diniatkan kerana Allah, maka insya Allah ia akan dianggap sebagai satu ibadah.

Bahkan matlamat kita yang kedua adalah untuk menjadi khalifah Allah di bumi ini. Seperti firmannya:
"Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat,' Aku ingin menjadikan khalifah di bumi.' " [Al-Baqarah , 2 : 30]
Kita diberi tanggungjawab untuk memakmurkan 'Alam ini dengan kalimat "laa ilaha illallah". Juga membawa "kesejahteraan" kepada seluruh pelosok bumi ini supaya setiap makhluk kembali seperti fitrah mereka.

2. STRATEGY & POSITIONING SETTING

In an everyday life, kita semua memerlukan perancangan awal untuk mencapai setiap matlamat kita. Andainya perancangan tidak dibuat, maka ia akan menyukarkan bahkan memustahilkan kita untuk mencapai matlamat kita. Bagaiman dengan perancangan yang rapi akan memudahkan gerak kerja kita. Tapi ada kalanya, perancangan kita pasti tidak akan mengikut kehendak kita. Tapi itulah lumrahnya perancangan. Kita merancang, Allah juga merancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang [3:54] dan setiap apa yang Allah berikan, pasti ada hikmahnya untuk kita.

3. ACTION!!

Kemudian, setelah membuat perancangan, kita perlu bertindak. Nak bertindak macam mana? Kalau dalam kisah di atas, budak-budak kampung ini bermain dengan bersungguh-sungguh untuk menjaringkan "GOAL" walaupun ada yang cedera, maka dalam kehidupan kita juga perlu begitu. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita. Ya, kadang kala, ada sahaja halangan yang datang, tapi halangan itu sepatutnya tidak menggugatkan semangat kita untuk mencapai matlamat kita. Kalau sekadar luka-luka kecil itu pun sudah membuatkan kita jadi lemah semangat, ini bermakna matlamat kita masih belum jelas.

Cuba bayangkan kalau budak-budak kampung tersebut tidak bersemangat untuk bermain, sudah tentu mereka tidak akan dapat menjaringkan "GOAL" kemudian, peluang untuk mereka KALAH akan lebih terbuka. Adakah kita nak "KALAH" dalam kehidupan kita ini? Cukup kah sekadar kita "BERMAIN" sahaja tapi tidak berjaya untuk jaringkan "GOAL"? Sesudah game itu tamat, adakah kita akan "PUAS" dan "GEMBIRA" dengan usaha kita?

4. WORK TOGETHER GUYS!!

Dan yang terakhir sekali daripada soccer kampung tersebut adalah TEAMWORK. Sememangnya dalam kehidupan kita ini, kita tak akan mampu untuk berkerja sendirian. Kita memerlukan bantuan daripada orang-orang lain. Tidak kira in any situation. Cuba bayngkan kalau lah dalam permainan budak-budak kampung tersebut, hanya ada seorang keeper sahaja, atau hanya ada wing, atau defender sahaja atau pun hanya ada striker sahaja. Mesti mereka akan menjadi sangat penat sebab kena cover satu area yang sangat luas serta susah untuk mereka menjaringkan "GOAL".

Selain daripada itu, bila kita berkerja dalam satu pasukan, akan wujud satu suasana ingat-mengingati antara satu sama lain. Kalau defender itu terlalu tinggi sangat bermain, maka seorang akan panggil dia untuk turun semula dan kembali kepada posisinya. Bila suasana ini ada, ia akan membantu meneguhkan defend sekali gus menyukarkan pihak lawan untuk menerobos pertahanan.

Bukankah dalam kehidupan kita ini, kita memerlukan teguran untuk membina dan membaiki diri?
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang saling ingat-mengingati akan kebenaran dan saling ingat-mengingati akan kesabaran." [Al-'Asr, 103 : 1-3]
Secara kesimpulannya, banyak sebenarnya perkara dalam kehidupan ini yang Allah ciptakan untuk kita berfikir. Berfikir tentang kekuasaan-Nya, keagungan-Nya dan juga rahmatnya. Bahkan, bila mana kita berfikir tentang kejadian Allah, kita mengharapkan ia mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." [Al-'Imran, 3 : 190]
Wallahu'alam.

Originated from ~Ku Seorang Pengembara~

Sunday, June 07, 2009

~Menjadi saksi yang benar~

BISMILLAH

Kisah :

Satu hari, ada seorang lelaki yang bernama si A sedang berjalan-jalan dibandar. Sambil dia berjalan-jalan, dia terlihat 2 orang lelaki iaitu si B dan si C sedang berkelahi atas sesuatu perkara yang tidak diketahui. Melihat keadaan ini, si A menjadi teruja untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku. Sambil dia menghampiri si B dan si C itu, keadaan semakin hangat, lantas si B menikam si C di perut sebanyak 3 kali menggunkan pisau, lalu mengambil barang-barang milik si C dan terus melarikan diri tanpa menghiraukan si A.

Melihat keadaan ini, si A menjadi gementar dan takut. Tanpa berlengah, si A menelefon ambulans dan polis untuk memberitahukan keadaan.

Tak lama kemudian, si A dipanggil oleh mahkamah untuk memberikan keterangan sebagai satu-satunya saksi yang menyaksikan kejadian itu. Sebagai seorang yang menyaksikan kejadian, si A berusaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu kepada hakim dan para juri tentang keadaan sebenar yang berlaku seperti mana apa yang dilihatnya. Bagi si A, dia inginkan si B ditahan atas kesalahan yang dilakukan dan memberikan keadilan kepada si C yang teranaiya.

Dengan bukti dan penjelasan yang jelas daripada si A, tak lama kemudian, si B berjaya di tangkap dan diadili. Dia juga dihukum atas kesalahannya.

-Tamat-

Itu adalah keadaan si A. Dia menjadi saksi kepada suatu kejadian. Bagaimana pula dengan kita? Kita yang menjadi saksi kepada suatu kebenaran? Suatu kebenaran yang hakiki yang disampaikan kepada kita melalui sebuah Kitab yang tiada keraguan padanya. Juga melalui seorang Rasul yang begitu tinggi pekertinya.

Bila mana kita mengatakan,

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

Apakah tindakan kita? Adakah kita bertindak seperti si A? Berusaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu kepada ummat tentang kebenaran yang kita saksikan ini? Atau kita sekadar menyembunyikan kebenaran ini? dan membiarkan ummat ini dengan segala kebatilan yang mereka fikir benar.

Kalau kita menyembunyikan kebenaran, maka ingatlah firman Allah SWT :

"Dan siapakah yang lebih zhalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" [2:140]
Adakah kita ingin menjadi orang-orang yang paling zhalim seperti yang Allah sebutkan dalam ayat di atas?

Tidak, dan sudah tentu tidak yang setegas-tegasnya. Kita ingin menjadi insan yang mulia. Kita ingin menjadi insan yang Allah muliakan kerana kebenaran yang kita miliki. Kita ingin Allah angkat derajat kita setinggi-tingginya dan menempatkan kita bersama-sama dengan para rasul dan syuhada' di syurga Allah nanti. Kita inginkan kebenaran tersemai dalam hati kita. Bagaimana?

Untuk itu, perlulah kita setting dalam diri, bahawa setiap kebenaran yang berjaya kita miliki dengan izin Allah, kita berhasrat nak kongsikan dengan sesiapa sahaja agar mereka juga turut memiliki dan mengerti kebenaran sepertimana yang kita miliki ini.

Firman Allah :

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (ummat Islam) "ummat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." [2:143]
Rasulluah SAW bersabda :
"Sampaikanlah daripadaku walau pun sepotong ayat."
Moga dengan kebenaran yang kita sampaikan akan menghasilkan kepada kemusnahan kebatilan [17:81] yang merosakkan akhlak dan menyongsangkan fitrah manusia. Moga suatu hari nanti, dunia ini akan kembali bersinar dengan cahaya Islam yang tersebar luas ke setiap pelosok bumi ini atas kesedaran kita untuk berkongsikan kebenaran yang hakiki ini.

Wallahu'alam.

--
'Asim 'Abdullah bin Ainullotfi
Bach. of Science (Remote Sensing)
University of Technology, Malaysia
Skudai.

Wednesday, May 27, 2009

Remajaku,Kembalilah..

oleh Roha Hassan

Nampaknya, tidak perlu kita bicarakan tentang keperluan dan kepentingan persoalan jati diri remaja. Semua pihak telah memperkatakannya. Sama ada individu atau organisasi, semua pihak sering mempersoalkan keadaan remaja hari ini.

Di dada akhbar atau di skrin TV, kisah kebejatan sosial dalam kalangan remaja sering dipertontonkan kepada umum dalam pelbagai gaya, rupa dan warna. Masing-masing menggelengkan kepala dan meluahkan kerisauan, kekecewaan, kemarahan dan tidak kurang juga yang bersedih melihat apa yang dilakukan oleh generasi Y.

Namun apa pun jua perasaan yang menyelubungi kita, kita masih tetap memiliki tanggungjawab yang hakiki dalam mengembalikan generasi hari ini kepada generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat. Ini disebabkan generasi remaja dan belia hari ini adalah generasi pemimpin masa hadapan. Baca seterusnya...klik sini

Friday, December 12, 2008

5R: Ciri-ciri Remaja Muslim

Kita JELAS bila FAHAM
dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "kami percaya kepadanya (Al-Quran) ; semuanya dari sisi Tuhan kami", dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang berakal (Ali Imran: 7)


Kita diRAHMATi bila berAMAL

sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu
(hadis riwayat Muslim)





Kita diHORMATi bila BerMENAFAAT

abda rasulullah s.a.w : "sebaik-baik manusia adalah yang paling bermenafaat bagi manusia yang lain" (hadis riwayat Jabir)





Kita MAJU bila berINOVASI

dan (Nabi yaakub)berkata, "wahai anak-anakku, janganlah masuk dari satu pintu gerbang; masuklah dari pintu-pintu yang berlainan, Namun begitu, aku tidak berguna kepada kamu sedikitpun terhadap Allah; keputusannya hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku bertawakkal, dan kepada-Nya hendaklah semua mempercayakan (Yusuf: 67)



Kita MANTAP bila berPASUKAN

" dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain"(at-Taubah: 71)

dipetik dari 'ole-ole Pimpinan Remaja dan Belia JKPRB JIM Pusat'
5 ciri-ciri Remaja Muslim Kontemporari dan Progresif

Tuesday, August 26, 2008

Allah Bersama mu

PEDOMAN AL-QURAN 4

Mari kita beri sedikit masa untuk merenungkan tanda-tanda kebesaran Allah..

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu)ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaan Nya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu)menggunakan akal fikiran.

(AlBaqarah:164)

PEDOMAN AL-QURAN 3

Kita sebagai Ayah Ibu perlu risau apa akan jadi dengan anak-anak kita sepeninggalan kita. Lihat wasiyat Nabi Ibrahim dan Nabi Yaakub.. .risau tentang pegangan agama mereka dulu!Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'kub. (Ibrahim berkata):

"Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama Islam". Adakah kamu hadir ketika Ya'kub kedatangan (tanda-tanda) maut,ketika ia berkata kepada anak-anaknya:
"Apa yang kamu sembah sepeninggalku? " Mereka menjawab:
"Kami akan menyembah Ilah-mu dan Ilah nenek moyangmu, Ibrahim, Isma'il, dan Ishaq, (yaitu) ilah Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk kepada-Nya".

(AlBaqarah: 132-133)

PEDOMAN AL-QURAN 2

Allah akan menguji kita dengan pelbagai bencana atau musibah. Ketikaitu, bersabarlah dan ucapkan "Innalillah. .." " Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.(yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun"Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.

(AlBaqarah:155- 157)

Thursday, January 03, 2008

Wahai Remaja...Sihatkah Anda?


...Baru baru ni penulis terbaca satu iklan seorang remaja 24 berusia tahun, seorang gym instructor yang terpaksa mengurangkan 36% kandungan kalestrol dalam tubuhnya...tak sangka dalam usia semuda ini saya terpaksa mengurangkan sebanyak ini, katanya
...minggu lepas, dalam sebuah akhbar harian ada melaporkan bunuh diri bakal menjadi pembunuh no 2 di Malaysia
...masalah kolestrol tinggi, masalah sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, obesiti, stress bukan hanya dialami oleh mereka yang berada di peringkat pertengahan usia. Remaja juga tidak ketinggalan, malah ada kes remaja seawal 10 tahun sudah dihinggapi darah tinggi
...Mengamalkan gaya hidup sihat adalah jawapannya...bersenam 3 kali seminggu, kurangkan pengambilan gula dan garam, lakukan pemeriksaan kesihatan adalah antara langkah-langkahnya. Jangan sudah terantuk baru mengadah..Katakan ini pada diri anda
Katakan YA pada SIHAT..
Bestnya SIHAT!
gambar-gambar diatas dan bawah di ambil dari program dwi-mingguan, SSH (Sihat Sepanjang Hayat) anjuran JIM Johor pada pagi Ahad 20 Disember 2007 baru-baru ini di Taman Tasik Taman Pulai Indah, Johor Bahru... penulis sempat bertemu Muhaimin Ismail (peserta X Rek J) yang tinggal di taman berkenaan.
Minggu depan (13 januari 2008) SSH akn diadakan di Hutan MBJBT Mutiara Rini, Skudai jam 7.30 hingg 9.00 pagi Jom Join Jom ...

Friday, December 28, 2007

Wahai Remaja...Di manakah Anda Pada Malam Tahun Baru nanti?

Tahun baru 2008 akan di sambut 3 hari lagi... pastinya ramai yang menunggu-nunggu dan berpusu-pusu ke tempat keramaian untuk menyambutnya...dengan pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan dan hiburan dan lain-lain, semuanya untuk menyambut tahun baru. Persoalannya di manakah anda ketika itu?


1. Di KLCC...bersama pasangan anda?
2. Di Danga Bay...bersama rakan-rakan anda?
3. Di rumah...bersama keluarga anda?
4. Di panggung wayang...bersama pasangan anda menonton filem terbaru?

Dimanapun anda berada ketika itu...sepatutnya peristiwa sepanjang 2007 berikut akan menginsafkan kita...sekadar menamakan beberapa contoh:


1. Kejadian gempa yang tak putus-putus reda dan tsunami dinegara jiran Indonesia
2. Banjir besar yang menimpa negara...pada awal tahun sehingga mengesani lebih ratusan ribu penduduk dan ratusan kampung dan terbaru di pantai timur yang mengesani puluhan ribu penduduk
3. Pelbagai lagi peristiwa duka yang menimpa umat Islam serata dunia sepanjang zaman


Seharusnya kita sebagai remaja Muslim mampu memilih aktiviti yang bersesuaian dengan peribadi seorang muslim dan menjadikan malam tahun baru ini sebagai masa menghisab diri.


اغتنم خمسا قبل خمس حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك وغناك قبل فقرك


Rebutlah lima perkara sebelum [datang] lima perkara: Hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum sebelum masa sibukmu, masa mudamu sebelum masa tuamu dan masa kayamu sebelum faqirmu.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad didalam Musnadnya dari Ibn Abbas)


Rasulullah SAW bersabda, ''Orang yang cerdas adalah orang yang pandai menghisab dirinya di dunia dan beramal untuk kehidupan setelah mati sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya suka berharap kepada Allah tanpa melakukan apa-apa.'' (Hadis Riwayat Tirmidzi).

''Hisablah diri kamu sekalian sebelum dihisab oleh Allah. Dan berhias dirilah (dengan amal) untuk menghadapi ujian terbesar. Sesungguhnya, penghisaban di hari kiamat itu hanya akan terasa ringan bagi orang yang terbiasa menghisab dirinya di dunia.'' ( Umar al Khattab)

Saturday, August 25, 2007

Sekadar Muhasabah Diri

Artikel dari e-mail oleh Kak insyirah Mokri



Iman : Assalamualaikum, bos

Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?

Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..

Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..

Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir


Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...entah la

Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..

Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti

Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..

Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!! Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali

Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...

Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.

Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?

Diri : Janganlah menyalahkan saya.


Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tapi kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami

Diri : Dah awak tak melawan?

Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?

Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya

Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..

Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya

Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami

Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas

Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..

Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya

Iman : Tuan betul-betul sanggup?

Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..

Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi

Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?

Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnyaDiri : Terima kasih pegawai kewanganku ..

Wednesday, August 22, 2007

Surah Luqman Ayat 12-15

[12] Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu)". Dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

[13]Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, semasa ia memberi nasihat kepadanya:" Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar".

[14]Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).

[15]Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik. Dan turutlah jalan orang-orang yang rujuk kembali kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!