Dan setiap kali saya minum air, saya tak pernah-pernah basuh cawan tuh. Lepas dah habis minum milo, letak tepi jap, kemudian buat la perkara seharian dan bila tiba masa saya nak minum air, saya terus je tuang dengan air oren. Dan begitulah seterusnya apa yang berlaku. dengan bermacam-macam jenis air. Tak lama selepas itu, saya terkena penyakit. Aduh~ peritnya perutku ini. Masuk hospital, doktor pun cakap saya terkena keracunan minuman. Huh??
Bila di flashback kembali, baru saya sedar punca dia kat mana. Cawan yang saya gunakan itu tidak pernah saya basuh. Dan as masa berlalu, cawan yang saya gunakan itu berkulat dan berbakteria (eeeee~ geli!!). So, paham-paham la. Kalau tak basuh, minum, kuman masuk perut, sakit, masuk hospital. Habis cerita.
So, apa kaitannya dengan tajuk? Apa kaitan pulak dengan hati? hmm...
Sahabatku yang dirahmati,
hati ini merupakan satu element yang sangat penting dalam kehidupan kita. Bahkan Rasulullah SAW pernah mengatakan tentang kepentingan hati dalam mencorak bentuk kehidupan kita.
"...Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati." (Hadith 6, Imam An-Nawawi)So, macam manakah caranya nak pelihara hati ini? Macam mana caranya nak membuatkan hati ini sentiasa bersih dan suci daripada kuman-kuman yang melekat akibat perbuatan seharian kita?
Kalau cawan yang sudah dipakai, pasti akan di basuh dengan air sabun, kalau hati pula bagaimana? Dalam seharian kita gunakan hati ini untuk beramal dan berkerja, sudah pasti dosa-dosa kecil akan sentiasa 'terbuat'. So, macam mana nak menyucikan diri daripada dosa-dosa ini?
Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya hati-hati akan berkarat seperti berkaratnya besi. Sahabat-sahabat bertanya bagaimana untuk mensucikannya, ya Rasulullah? Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati." - HadithYa sahabatku, Al-Quranlah yang menjadi penyuci dan penyembuh hati yang mati. Ia berperanan menjadi air sabun untuk menyucikan kotoran-kotoran yang melekat pada cawan hati agar ia kembali bersih dan bercahaya. Bahkan ia memberikan kekuatan kepada mereka-mereka yang sering membasahkan lidah dan hatinya dengan kalam Allah yang begitu indah.
Dan bukankah Al-Quran itu menjadi panduan kehidupan kita? Tapi kenapa masih ramai yang meraguinya sedangkan Allah berfirman :
"Inilah al-Kitab (al-Quran) yang tiada sebarang syak padanya, ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa." [Al-Baqarah : 2]Mungkinkah ia kerana hati yang gelap penuh dengan dosa itu menjadi penghalang kepada kita untuk mencintai dan mendekati Al-Quran? Kalau di bandingkan dengan cawan yang kotor itu, macam mana kita nak tuangkan air yang bersih lagi lazat ke dalam cawan yang kotor itu? Adakah kita akan lalu untuk tuang bahkan minum air daripada bekas yang tidak bersih? Sudah tentu tidak ya sahabatku. Sudah tentu tidak.
Sebagai pengakhiran kepada bicara saya kali ini, ingin sekali saya bawak satu hadith Rasulullah SAW yang cukup indah :
"Sebaik-baik daripada kamu adalah yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya." -Hadith-
Sahabatku,
moga-moga kita menjadi antara orang-orang yang terbaik seperti yang Rasulullah SAW sebutkan dan juga kita sentiasa menyucikan hati kita ini dengan Al-Quran agar cahaya Allah akan sampai ke hati kita. Insya Allah.
Wallahu'alam
Originated from ~Ku Seorang Pengembara~
1 comment:
semoga kita diantara mereka yang terpilih.
Post a Comment