Wednesday, December 30, 2009

Sempena Sambutan 2010...pesanan dari team ABJZ

Salam alaik…Hai adik-adik..apa khabar semua? Alhamdulillah..Allah panjangkan usia kita untuk selangkah ke tahun baru (2010)..Happy New Year 2010...pejam jelik-pejam jelik...rasanya sebentar sahaja 365 hari telah berlalu...dan selangkah lagi usia kita menuju ke arah kedewasaan..Tapi dewasakah kita dalam menyambut tahun baru kali ini?...Bagaimana cara dan saluran yang betul untuk sambutan kali ini...Adik-adik ada plan apa-apa ke ?

baca seterusnya di http://abjzjohor.blogspot.com/2009/12/sempena-sambutan-tahun-baru-2010-3-hari.html

Monday, December 28, 2009

Harga minimum rokok RM6.40 - Usaha mencegah kanak-kanak, remaja daripada terjebak dalam tabiat merokok


(dari Kosmo Online)

KUALA LUMPUR - Mulai Jumaat ini, harga minimum rokok di pasaran tempatan ditetapkan pada kadar RM6.40 bagi pek 20 batang bagi mengurangkan akses kanak-kanak serta remaja daripada terjebak dalam kancah merokok.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penguatkuasaan peraturan itu akan dapat membendung golongan tersebut daripada membeli rokok selain menyekat aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

"Demi menjaga kepentingan kanak-kanak dan remaja daripada terjebak dengan ketagihan rokok dan seterusnya kemungkinan risiko penyalahgunaan dadah serta penularan penyakit-penyakit kronik, kerajaan komited untuk mengambil pendekatan mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok oleh golongan ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


Tegas beliau, banyak kajian sama ada dari dalam mahupun luar negara membuktikan bahawa peningkatan cukai dan harga rokok mampu mengurangkan kadar merokok dalam masyarakat terutama di kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah.


"Hasil kajian yang dibuat pada 2004 di Malaysia menunjukkan bahawa dengan peningkatan harga rokok sebanyak 10 peratus, ia akan dapat mengurangkan penggunaan terhadap rokok sebanyak 3.8 peratus," katanya.


Menurut beliau, peraturan baru itu dikuatkuasakan melalui Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) (No.2) 2009 yang telah diwartakan.

Friday, December 25, 2009

Tahniah kepada calon PMR 2009


Kelab Remaja JIM Johor mengucapkan tahniah kepada calon PMR 2009 yang telah mendapat keputusan semalam. Semoga kejayaan dapat menjadi pencetus kepada kejayaan yang lebih besar di masa akan datang.

Tahniah Peserta X-PeRT Johor!!!

20 Disember 2009 - Alhamdulillah, peserta2 XPeRT dari Johor telah selamat sampai ke Johor malam tadi, kira-kira jam 8 malam. X-PeRT (Ekspedisi Pemimpin Remaja Tahan Lasak) merupakan program ketiga dalam ProDuCe (Program Dua Tahun Cemerlang).

Tahun ini, XPeRT disertai oleh peserta2 ProDuCe Gen4.(intro cukup skema) Team Johor ada 17 orang. 8 lelaki 6 perempuan. 3 pengiring.Ikhwah: Munzir Mokri (ketua), Basheer, Anas Mahmood, Ammar Ruslan, Amni, Arsyad, Farhan Hilmi dan Sulaiman. Akhawat: Aalia AR, Raudhah, Izatur Farhana, Aminah Farhana, Humaira' Jelani dan Aliya K (me).Pengiring: Anas Razak, Asyraf Amin dan Kak Hajar Mokri. (kak Hajar datang pada 2 hari terakhir)

Baca seterusnya di http://hottoite-selcouth.blogspot.com/2009/12/xpert-2009-di-melaka.html

Baca sampai habis...Video diaorang buat power sey!!

Wednesday, December 23, 2009

HARI 'ASYURA - 10 MUHARRAM


HARI ‘ASYUURAA’ ----- SEJARAH DAN KELEBIHANNYA

Perkataan ‘Asyuuraa’  (عاشوراء)diambil dari lafaz Al-‘Aasyir  (العاشر)yang membawa maksud sepuluh. Ini berketepatan dengan hari itu iaitu hari yang kesepuluh dari bulan Muharram. Dalam penggunaan istilah Islam, bilangan hari keesokannya diambil dari malam sebelumnya. Ini bermakna setelah berlalu malam ‘Asyuuraa’ barulah terbitnya fajar siang hari ‘Asyuuraa’. Ini bersesuaian juga dengan penggunaan pada bulan Ramadhan. Sebagai contoh, kita akan melalui malam ke-27, barulah keesokan harinya dinamakan hari ke-27 Ramadhan.

SEJARAH PUASA HARI 'ASYUURAA’

عن عائشة قالت: كان قريش تصوموا عاشوراء في الجاهلية، وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه. فلما هاجر الى المدينة صامه وأمر بصيامه. فلما فرض شهر رمضان قال: من شاء صامه ومن شاء تركه.
(رواه البخاري ومسلم وأحمد ومالك وأبو داود  والترمذي وابن ماجه)

Dari Aisyah berkata: Kaum Quraisy mereka berpuasa ‘Asyuuraa’ pada zaman jahiliah, dan Rasulullah saw juga berpuasa. Apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah baginda berpuasa dan menyuruh sahabat yang lain berpuasa. Apabila difardhukan puasa Ramadhan baginda berkata: Barangsiapa yang mahu berpuasa (‘Asyuuraa’) maka teruskanlah, barangsiapa yang tidak mahu maka tinggalkanlah.   (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Malik, Abu Daud, Tirmizi & Ibnu Majah)

عن ابن عباس قال: قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينة فرأى اليهود تصوم عاشوراء، فقال: ما هذا؟ قالوا: يوم صالح، نجى الله فيه موسى وبني إسرائيل من عدوهم، فصامه موسى، فقال النبي: أنا أحق بموسى منكم، فصامه وأمر بصيامه.   (رواه البخاري ومسلم وأحمد وأبو داود وابن ماجه)

Dari Ibnu Abbas berkata: Setibanya Rasulullah saw di Madinah, dilihatnya penduduk Yahudi Madinah berpuasa ‘Asyuuraa’. Bertanya Rasulullah: Apakah ini? Mereka menjawab: Ini adalah hari yang baik, hari yang Allah swt menyelamatkan Nabi Musa dan Bani Israel dari musuh mereka, maka berpuasalah Nabi Musa. Rasulullah berkata: Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu semua. Maka berpuasalah Rasulullah dan disuruh sahabat yang lain berpuasa.   (Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

++   Nabi saw berpuasa ‘Asyuuraa’ sebelum diangkat menjadi Rasul kerana mengikut adat penduduk Makkah. Sesudah menjadi Rasul, baginda berhenti dari berpuasa ‘Asyuuraa’ kerana menganggap ia adalah amalan jahiliah penduduk Makkah. Namun setelah tiba di Madinah, baginda mengetahui bahawa berpuasa ‘Asyuuraa’ merupakan daripada syariat Nabi Musa, maka baginda berpuasa dan disuruh juga sahabat yang lain. (Rujukan: Al-Muntaqa Syarah Muwattho’)

++  Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu semua…Kata-kata Rasulullah ini dituju kepada Yahudi Madinah. Mereka beriman dengan Nabi Musa, namun mereka merubah segala syariat Nabi Musa sewenangnya. Manakala Nabi Muhammad beriman dengan Nabi Musa, baginda mengikut syariat Nabi terdahulu selagi mana tidak diwahyukan perkara baru untuk menggantikan syariat tertentu yang terdahulu. (Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

++  Sejarah membuktikan Baginda tiba di Madinah pada bulan Rabiul Awwal, maka bagaimana hadis ini menjelaskan baginda melihat penduduk Madinah berpuasa ‘Asyuuraa’? Jawapannya, maklumat ini disingkap dari kata-kata sahabat, mereka berkongsi maklumat dengan Rasulullah tentang amalan penduduk Madinah. Maka apabila baginda mengetahui mereka mengamalkan puasa ‘Asyuuraa’, maka ditanyalah baginda dengan lebih lanjut. Maka tercetuslah hadis di atas.(Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

KELEBIHAN BERPUASA HARI ‘ASYUURAA’

عن أبي قتادة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صوم يوم عرفة، فقال: يكفر السنة الماضية والباقية، وسئل عن صوم يوم عاشوراء، فقال: يكفر السنة الماضية، وسئل عن صوم يوم الإثنين، فقال: ذلك يوم ولدت فيه، وبعثت فيه، وأنزل علي فيه.  (رواه مسلم)

Dari Abi Qatadah berkata: Rasulullah saw ditanya tentang puasa hari Arafah, baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Ditanya tentang puasa hari ‘Asyuuraa’, baginda menjawab: Diampunkan dosa setahun yang lepas. Ditanya tentang puasa hari Isnin, baginda menjawab: Itulah hari aku dilahirkan, hari aku diangkat menjadi Rasul, dan hari diturunkan Al-Quran padaku buat kali pertama.   (Riwayat Muslim)

++ -- Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim menjelaskan bahawa yang dimaksudkan di sini adalah dosa-dosa kecil sahaja. Jika seseorang itu tidak mempunyai dosa kecil, moga-moga diringankan dosa besarnya. Jika tiada juga dia berdosa besar, akan diangkat darjat & martabatnya di sisi Allah azza wajall --.

SUNNAH NABI DALAM BERPUASA ‘ASYUURAA’

عن ابن عباس قال: لما صام رسول الله يوم عاشوراء، وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله، إنه يوم تعظمه اليهود والنصارى. فقال: إذا كان العام المقبل إن شاء الله صمنا اليوم التاسع. قال: فلم يأت العام المقبل حتى توفي رسول الله.   (رواه مسلم وأبو داود)

Dari Ibnu Abbas berkata: Ketika Rasulullah saw berpuasa hari Asyuraa’ dan menyuruh sahabat yang lain berpuasa juga, mereka berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya ini adalah hari kebesaran Yahudi dan Nasrani. Maka berkata Rasulullah: Jika diizinkan Allah, kita akan berpuasa juga pada hari yang ke-9 pada tahun hadapan. Berkata Ibnu Abbas: Rasulullah saw tidak berkesempaian untuk menunaikannya kerana telah wafat sebelum itu.   (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

++  Pendapat Imam Asy-Syafie dan Imam Ahmad, disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan juga ke-10 berdasarkan pada hadis ini. (Rujukan: Taudih Al-Ahkam Min Bulughil Maram, karangan Abdullah Al-Bassaam)

++  Jika tidak berpuasa pada hari ke-9, disunatkan oleh mazhab Asy-Syafie untuk berpuasa pada hari ke-11. Malah Imam Asy-Syafie ada menyebut dalam kitab Al-Umm disunatkan juga berpuasa pada ketiga-tiga hari ini sekali gus, ke-9, ke-10 dan ke-11. Keempat-empat mazhab melainkan Al-Hanafiyyah mengatakan tiada salahnya berpuasa hanya pada hari ke-10 sahaja, tiada makruhnya sama sekali, ia dibolehkan. (Rujukan: Fiqhul Islam Wa Adillatuh karangan Wahbah Zuhailiy)

++  Maka kaedah berpuasa untuk hari ‘Asyuuraa’ mengikut keutamaan:
1)      Hari ke-9   hari ke-10   hari ke-11.
2)      Hari ke-9   hari ke-10.
3)      Hari ke-10.
       (Rujukan: Zaadul Ma’ad karangan Ibnu Qayyim)

Monday, December 21, 2009

Program Akan Datang..

Dijemput semua Remaja dan Pelajar IPT untuk hadir Ke Program di bawah

Program Remaja Terakhir Sempena Cuti Sekolah/IPT kali ini!

Tajuk : 'Get Organized!'
oleh saudara Salleh Kasim @ Pak Anjang
Tarikh: 24 Disember 2009 (Khamis)
Masa 8.45 pm
Tempat: di Pejabat JIM Johor Bahru, Taman Desa Skudai

Mohon di sebarkan kepada anak-anak, sahabat dan jiran.

Wednesday, December 16, 2009

Optimis dalam kehidupan~

بسم الله الرحمن الرحيم

Things sometimes doesn't goes as it plans in life. Ada kalanya kita merancang sesuatu dengan baik, tapi akhirnya tidak menjadi juga rancangan kita. Tapi ada kalanya, keadaan terbalik juga berlaku. Kita tidak merancang apa pun, hadir pulak rezeki.

Bagi mereka yang beriman, mereka akan rasa, ini adalah karunia Allah SWT buat mereka. Namun bagi mereka yang kurang keimanan, mereka akan rasa, ini adalah nasib.

Nasib? Wujudkah nasib dalam dunia ini? atau segalanya memang rancangan Allah? Bergantung kepada mereka yang menafsirkannya.

Untungnya bagi seorang mukmin, bila mereka meyakini janji-janji Allah itu pasti, hidup mereka akan sentiasa memandang ke hadapan walau berat macam mana sekali pun beban yang terpaksa di pikul, walau terseksa macam mana sekali pun jasad menanggung. Mereka yakin, segala mehnah ini datangnya daripada Allah. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan untuk menguji keimanan mereka. Untuk menaikkan pangkat iman mereka. Bukan untuk menyeksa dan mendera mereka.
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah : 286]
Setiap hari, bila mereka bangun pagi, mereka berazam untuk melakukan yang terbaik untuk hari tersebut. Andai ada gunung yang tinggi menghalang, ia akan di daki, andai ada laut yang luas terbentang, ia akan di harungi, semuanya untuk mencapai matlamat mulia sebagai seorang hamba.

Tekanan dan desakan yang diberikan dunia hanyalah pemangkin kepada pemantapan iman. Selagi mana mereka berpegang teguh kepada tali Allah, maka mereka akan lebih yakin, janji Allah itu pasti.

Rasulullah SAW merupakan qudwah terbaik buat kita dalam menjalani kehidupan. Sikap optimistik baginda yang begitu tinggi serta keteguhan iman baginda yang tiada tolak bandingannya menyebabkan hingga hari ini, kita di berikan nikmat Iman dan Islam oleh Allah SWT.

Sekali pun baginda tidak berpeluang untuk melihat Islam tertegak di muka bumi ini hingga menjadi sebuah tamadun yang teragung suatu ketika dahulu, namun dengan usahanya yang begitu bersungguh-sungguh serta sikapnya yang optimis terhadap janji Allah, hasilnya risalah ini tersebar keseluruh pelosok dunia.

Dan itu baginda SAW, seorang rasul, tapi juga seorang manusia. Allah membuktikan yang manusia sememangnya mampu mengubah dunia andai mereka yakin dengan janji-janji Allah. Seandainya mereka optimis dalam melakukan gerak kerja. Sememangnya manusia itu merupakan mahkluk Allah yang hebat, cuma...bila mereka melupakan tujuan hidup mereka, lupa tentang tugasan mereka serta tidak yakin dengan janji-janji Allah, maka mereka ibarat sebuah kereta ferrari yang tersimpan dalam garage. Hanya menunggu masa.

Rasulullah SAW bersabda:
Manusia ibarat logam. Sehebat-hebat mereka ketika jahiliyah, juga sehebat-hebat mereka ketika Islam adalah kerana mereka faham. (Bukhari)
Yakinlah, anda mampu mengubahnya!!

Wallahu'alam

Artikel asal daripada 'Asim 'Abdullah.

Sunday, December 13, 2009

Bowling utk remaja perempuan

Sihat Sepanjang Hayat (SSH)
Jom Main Bowling (perempuan sahaja)
Tarikh:17 Disember 2009
Masa: Khamis bermula jam 10 pagi
Tempat: Angsana Bowl (level atas sekali), Plaza Angsana
RM 4 ++ ( bayaran masuk & kasut, mohon pakai stokin terus ye..)
Nota: SSH ini akan menggantikan program remaja untuk minggu tersebut, insya'Allah.

Berminat? Hubungi kak AA +60137140671 untuk pendaftaran nama.

Friday, December 11, 2009

cinta.

haha.1st post [ku.] untuk blog KRJJ.
sekelumit dari sony DSC-S650.
kem i love islam@pejabat JIM.
8-11 disember 2009.
day 1.
day 2.
day 3.
semoga segala kebaikan yang mereka dapat dari kem ini dapat menyuburkan hatihati mereka untuk terus izzah dengan islam.

Tuesday, December 08, 2009

Syaitanisme di Kalangan Remaja


Salam,

Semoga hebahan ini menemui ikhwah dan akhawat sekalian dengan limpahan rahmah dan kasih sayang Allah SWT.

Insya'Allah satu lagi program akan menemui anak-anak dan adik-adik remaja baik yang bercuti sekolah, masih bercuti dari pengajian di IPT dan kolej masing-masing, mahupun mereka bekerja dan mempunyai kelapangan pada waktu malam, serta ibu bapa pembimbing dan pemimpin anak-anak remaja.

Program Remaja II
Syaitanisme Di Kalangan Remaja
oleh Dr Farahwahida Mohd Yusuf
pada 8 Disember 2009
bersamaan hari Selasa
jam 8.45 malam

bertempat di Pejabat JIM, Taman Desa Skudai
 

Mohon dipanjangkan hebahan kepada teman-teman, sahabat-sahabat, kakak abang adik, anak-anak, jiran tetangga dan semuanya agar kita semua dalam mengutip mutiara ilmu dalam program remaja kali ini.

Jazakumullahu Khayran Katheera

Islah Membawa Perubahan :)

'Abidah binti Ali

Saturday, December 05, 2009

Impak rancangan TV realiti terhadap remaja

Impak rancangan TV realiti terhadap remaja
Ruzain Syukur Mansor

Siapa yang tidak kenal dengan Zahid, Mawi mahupun Faizal Tahir? Kelibat anak-anak muda tersebut tiba-tiba menjadi buah mulut rakyat Malaysia setelah berjaya memenangi rancangan hiburan berbentuk TV realiti. Rancangan Akademi Fantasia, Malaysian Idols dan sebagainya menimbulkan kegilaan warga muda terutamanya untuk mengejar impian menjadi jutawan dalam sekelip mata.
Apa yang menimbulkan kegilaan segelintir individu hasil daripada rancangan sedemikian? Kajian menunjukkan kepuasan untuk berhibur dan menyelami perasaan keseronokan membuatkan mereka leka untuk mengikuti perkembangan peserta rancangan TV realiti walaupun mengetahui ada kalanya apa yang dipertontonkan sesetengahnya lakonan semata-mata. Kebijaksanaan penganjur program memanipulasi emosi penonton berjaya menarik kesetiaan penonton kepada stesen televisyen tertentu.

Artikel selanjutnya dalam http://www.malaysiaharmoni.com/index.php/kolumnis/copy-of-copy-of-copy-of-kolumnis-category/155-impak-rancangan-tv-realiti-terhadap-remaja-

Maklumat X-PeRT 2009 diMelaka pada 17-20 Disember

X-PeRT 2009 ( Ekspedisi pemimpin Remaja Tahan Lasak) akan menggabungkan aktiviti lasak dari sudut fizikal, dari sudut dalaman dan dari sudut minda dengan menggabung jalinkan ilmu2 yang diperolehi semasa mengikut program X-REK dan LEADERS. X-PeRT 2009 juga akan mendedahkan peserta dengan masyarakat seluasnya dengan ciri2 sentiasa bergerak, survival, berkenderaan awam, bersama masyarakat, membuat persediaan sebelum program, tarbiyah dan kemahiran IT.

Kepada peserta PRODUCE Gen-4, sila lawati blog X-PeRT di http://xpert09.blogspot.com/
untuk mengetahui maklumat terkini. Jangan lupa beri mendaftar dari beri nama kepada Kak Azizah (Gee)

Sunday, November 29, 2009

Laporan X-Rek 2009


X-REK 2009

Oleh Najihah Noor Azlan


Tarikh: 23-25 November 2009

Tempat: Impian Resort, sungai Semungkis, Selangor

Alhamdulillah, KRJ Johor telah menghantar 14 orang peserta, 6 orang lelaki dan 8 orang perempuan ke Program Ekspedisi Remaja Kental (X-Rek ’09). Turut mengiringi peserta X-rek 09 bagi team Johor ialah Anas Razak, Basyir Tholuddin dan Hajar Mokri. Senarai nama peserta bagi team Johor:

  1. Hakimi bin Khalid (BP)
  2. Isyraf bin Masiri (BP)
  3. Abdullah Mursyid bin Hasanuddin
  4. Muhammad Harish Al-Hakim bin Mohammad
  5. Muhammad Zulfadhli bin Mohd Zin
  6. Anas bin Hishamuddin
  7. Nur Aqilah binti Zainudin (BP)
  8. Ainul Husna binti Mohd Yusof (BP)
  9. Asma’ Nadzirah binti Mohamed Ruslan
  10. Najihah binti Noor Azlan
  11. Nur Dalila binti Kahar
  12. Syifa’ binti Mohd Aizaini
  13. Murshida binti Mokri
  14. Zaynab Almardhiyyah binti Ainullotfi

22 November 2009,Ahad

*Bertolak ke Kuala Lumpur jam 12.00 tgah malam

Tempat: Stesen bas Sri Putri

Sri Maju> LRT> BAS U40> BAS U412> Perodua Rusa> Impian Country Resort


23 November 2009,Isnin

*Sampai di puduraya jam 3.30 pagi

*Tunggu waktu subuh di sekitar puduraya

*Solat Subuh

*Pendaftaran

.team Johor banat.

*Sesi Taaruf dan pembahagian kumpulan [berlainan negeri]

*Makan Tengah Hari

*Solat

*Bersiap untuk Obstacle

[sblm itu, sesi bersama TokWan dahulu baru obstacle]

Diakhiri dgn mandi sungai

[team johor bnt,plg lmer mandi sungai!]

*riadhah petang [peserta banat,indoor.peserta banin,bola]

*memasak

[disebabkan dapur peserta Johor ade 1 je, so, mereka b'gilir2 memasak.banin masak dulu.]



*solat Maghrib + isya’

*sesi malam kebudayaan

Tema: Palestin

*tidor~


24 November 2009,Selasa

*solat subuh

*riadhah

*memasak [banat masak]

*jungle tracking

[diakhiri dgn mandi sungai lg,dan team johor bnt naik lpas 30 min semua peserta naik]

*memasak [banin masak]

*aktiviti dlm kump

[membuat tazkirah dan lagu bagi nama tokoh-tokoh Islam kumpulan masing-masing]

*solat zohor + asar

*riadhah [banat: indoor again.banin:galah panjang]

*memasak [banat masak]

*khidmat diri untuk malam

*solat magrib+ isya’

*pembentangan aktiviti dlm kump

*muhasabah diri[bersama TokWan]

*night walk

*tidor~


24 November 2009,Rabu

*solat subuh,tazkirah

*riadhah

*sarapan pagi

[banin masak utk diri sendiri.banat masak dgn peserta banat dr negeri lain]

.team Perak+Johor.

*explorace

*penutup

[sesi bergambar,penyampaian hadiah,refleksi]

.team Johor bergambar.

*solat zohor

*balik.



.kami pulang!.

*sampai johor[sekitar 10.mlm]

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pengendali dan fasilitator. Tahniah kepada semua peserta. Peserta team Johor semua sudah meminta nama mereka ditempah dahulu untuk Leaders pada tahun hadapan. Semoga segala kelemahan dapat diperbaiki dan segala kebaikan akan diteruskan. Untuk melihat gmbar yang lain, boleh ke link ini.



Friday, November 27, 2009

Takziah kepada keluarga Abang Long

KRJJ mengucapkan takziah di atas perginya saudara bungsu Abg Long Hanuar pada 22 November lepas. Didoakan agar Abang Long sekeluarga tabah di atas ujian Allah ini. Semoga Allah mengampuni, mengurniai rahmat dan kebaikan yang berterusan kepada ruh Allahyarham di sana. Amiin.
Disertakan gambar-gambar semasa pengebumian di Tanah Perkuburan Islam, Felda Cahaya Baru, Pasir Gudang




Seperti yang dilihat dalam gambar, selain pak imam membacakan talkin, Abang Long terus mengambil peluang menyampaikan tazkirah kematian kepada mereka yang hadir di pengkebumian adik Abg Long, yang rata-ratanya remaja dan belia belaka...ramai yang tersentuh dan mengalirkan air mata mendengar tazkirah tersebut. Semoga, Allah terus memberi hidayah dan kesedaran kepada yang hadir...dan terpulanglah kepada kita samada mahu mengambil peluang untuk meyantuni mereka-mereka ini.

Sebahagian video tazkirah kematian oleh Abang Long boleh didownload di:
http://www.4shared.com/file/158680589/e976accb/Tazkirah_Kematian_by_Abg_Long.html

Program Remaja kini kembali lagi 1 Disember ini..

Program Remaja kini kembali lagi.

Program kali ini mensasarkan adik-adik yang bercuti sekolah; dari tingkatan 1 sehingga 6, Kakak-kakak dan Abang-abang yang bercuti di IPT dan institut pengajian masing-masing. Tak lupa juga untuk mereka yang bekerja siang dan punya kelapangan di waktu malam - selagi bergelar REMAJA, semuanya dijemput ke:


Program Remaja
'Mencari Mutiara Yusuf'

oleh Dr Hishamuddin Alham

pada 1 Disember 2009
bersamaan hari Selasa
bermula jam 8.30 malam

bertempat di Pejabat JIM, Taman Desa Skudai

Ajak anak-anak, kawan-kawan, adik-adik, abang-abang, kakak-kakak, saudara-mara, jiran tetangga, selagi bergelar remaja untuk sama-sama ke program ini
Semoga semua dilapangkan urusan dan masa untuk hadir.

Video SURE Zon Selatan 2009

Monday, November 16, 2009

LAPORAN SURE 2009

SURE KRJ 2009 Melabuhkan Tirai
Oleh Mohammad Zakri Tarmidi

Johor Bahru, 15 November – Sukan Remaja (SURE) Zon Selatan 2009, yang dianjurkan oleh Kelab Remaja JIM (KRJ) Johor, telah melabuhkan tirainya pada petang hari ini dengan berjayanya. Sukan yang julung-julung kali diadakan oleh pihak KRJ Johor untuk Zon Selatan, yang meliputi Negeri Johor dan Melaka ini, telah berlangsung di Kelab Kilat TNB Pasir Gudang, bermula jam 8 pagi, sehinggalah ke jam 5 petang.

Program yang dirasmikan oleh Yang DIpertua Daerah Pasir Gudang, Tuan Hj Aminuddin Alias, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Long dikalangan remaja, telah berjaya menghimpunkan seramai lebih kurang 250 orang peserta dari serata Negeri Johor, meliputi Daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Pontian, Kulaijaya, Batu Pahat, dan Kluang. Menurut pengarah program, Salman Hishamuddin, walaupun tiada penyertaan dari Negeri Melaka, yang juga merupakan kawasan Zon Selatan, ianya tetap meriah dengan kontijen yang bersemangat untuk mengeratkan silaturrahim, disamping memperlihatkan skill dalam sukan yang digemari.

Sebanyak 15 acara telah dipertandingkan, antaranya Bola Sepak Padang 5 sebelah tanpa penjaga gol, badminton, bola jaring, sukan rakyat dan sebagainya.

Program yang dirangka untuk mengeratkan silaturrahim antara remaja di Zon Selatan ini, memberikan kesan yang besar kepada peserta, kerana peserta telah diajak bersama untuk solat Zuhur berjemaah di atas padang, sebagai teladan kepada pelajar, agar tidak meninggalkan solat, atas sebab-sebab yang remeh.


Diharapkan dengan program Sukan seperti ini, dapat memberikan impak positif kepada remaja, untuk menjaga kesihatan diri, disamping tidak meninggalkan suruhan agama Islam.





Selamat periksa buat calon SPM/STPM


Selamat memempuh peperiksaan SPM /STPM
kepada semua adik-adik kasih dan sayang yang bakal mendudukinya bermula 2 hari lagi
Didoakan moga berjaya dengan cemerlang.

Allahumma, Ya ALLAH... Ramai di antara adik-adik kami menginginkan kebaikan daripada apa yang mereka lakukan. Terutama buat mereka yang masih di peringkat peperiksaan SPM/STPM, jadikanlah buat mereka peperiksaan SPM/STPM ini peperiksaan yang mengukuhkan keimanan mereka terhadapMu, dan jadikanlah ia satu sebab untuk mereka mendekatiMu.Ya ALLAH ya ar-Rahman. Engkau maha mengetahui keadaan mereka, YA ALLAH, maka Engkau permudahkanlah buat mereka apa yang sukar buat mereka. Engkau peringatkanlah buat mereka apa yang mereka lupa, dan Engkau ajarkanlah mereka apa yang tidak mereka ketahui.Ya ar-Razzaq, Ya ar-Rahim.
Sungguh Engkau menyukai hamba-hambaMu yang kuat, maka ENgkau jadikanlah adik-adik ini, adik-adik yang kuat. Adik-adik yang mampu bertahan dengan tekanan perasaan dan harapan. Jadikanlah mereka teguh dalam menghadapi ujian-ujianMu.KepadaMulah kami memohon dan meminta. KepadaMu jualah kami bergantung harap. Tidak berkurang sedikit pun kekayaanMu dari menunaikan apa yang kami pohonkan. Maka perkenankanlah do'a kami, dan terimalah 'amalan kami.
Redhailah kami dan jauhkanlah kami dari api neraka, serta masukkanlah kami ke dalam syurgaMu.Amiin, YA RABBA L-'ALAMIIN...

Thursday, October 29, 2009

SURE - SUkan REmaja 2009!!!






Assalamualaikum
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

SEMANGAT UKHUWWAH REMAJA ENERGETIK !!!!

Kecik-kecik dulu asyik dok main keliling kampung..
Bowling kampung, galah panjang dan macam2 lagi,
Kini peluang tiba macam dulu-dulu di kampung..
Jom sertai SURE, jangan lengah lagi!!


SUKAN REMAJA (SURE) ZON SELATAN
Tarikh: 15 November 2009 (Ahad)
Tempat: Dewan Kilat, TNB Pasir Gudang

Yuran : RM 100/kontinjen KRJ daerah
Tarikh akhir pendaftaran: November 2009*
*sila gunakan borang pendaftaran yg dikepilkan

Acara untuk remaja lelaki:
Bola sepak  5 sebelah (5 + maksimum 3, minimum 1) – separuh padang, tiada penjaga gol!!
Olahraga (100m dan 200m)
*Sukan Rakyat
Tarik tali

Acara untuk remaja perempuan:
Bola jaring (P) – 7 utama, 3 simpanan
Badminton (double)
Sukan rakyat
* galah panjang, bowling kampung, congkak, anyam ketupat dan banyak lagi!!!!

Nantikan berita selanjutnya..
CEPAT2 HUBUNGI:



DAERAH
PIC
No Telefon
Johor Bahru
Anas Razak/
Norlizawati
013-7190413 /
017-7420737
Pasir Gudang
Adib /
Hasnor
016-9974746 /
 013-3797159
Kulaijaya
Pak Kay
019-7551775 
Kluang
Mohd Jafri
013-7078235
Kota Tinggi
‘Umayr Sayfurrahman /
Abu Nuha
019-7311209 /
012-7137702
Batu Pahat
Cikgu Yati
019-7100614
Muar
Cikgu Manaf
019-7764272 
Pontian
Cikgu Khalid 
019-3588795
Melaka
Mohd Hanuar
013-7294850


---
Mohammad Zakri Bin Tarmidi
Jabatan Geoinformatik
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi
Universiti Teknologi Malaysia

Sunday, October 25, 2009

SURE Zon Selatan: Maklumat Terkini

Sukan Remaja Zon Selatan telah ditetapkan pada 15 November 2009
Tempat: Dewan Kilat TNB, Pasir Gudang
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Acara dipertandingkan:
Bolasepak 5 sebelah (padang), L
Bola jaring, P
Badminton double (perempuan)
Lumba Lari 100 dan 200m, L
Sukaneka
hubungi KRJ AJK berhampiran untuk pendaftaran atau
penyertaan adalah terbuka, bukan ikut daerah
Makluman lanjut menyusul kemudian

Friday, October 16, 2009

Penangguhan Sukan Remaja(SURE) Zon Selatan

Dimaklumkan SURE Zon Selatan terpaksa ditangguhankan kepada tarikh 14 atau 15 November 2009 atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Urusetia SURE Zon Selatan memohon berbanyak-banyak kemaafan atas penangguhan ini.
Nantikan maklumat selanjutnya

Wednesday, October 07, 2009

PMR..Moga cemerlang semuanya!

Warga KRJJ mengucapkan selamat menjalani peperiksaan buat semua calon PMR. Moga diberi ketenangan, idea dan ketajaman fikiran dalam menjawab semua soalan.
Semoga Berjaya

Wednesday, September 30, 2009

Sukan Remaja (SURE) KRJ Zon Selatan

Assalamualaikum wrt wbt..
Ramadhan bulan melatih nafsu..
Hati pilu bila ianya berlalu..
Syawal kini mencabar perutku=)
Apalagi?! jom sertai SURE!! wa caya sama lu=)
SUKAN REMAJA (SURE) ZON SELATAN
Tarikh: 25 Oktober 2009
Tempat: Sekitar Johor Bahru
Aktiviti 'membuang lemak rendang & ketupat' yang bakal dipertandingkan..=)
Bolasepak- L
Badminton (double) - L & P
Bola Jaring -P
4x100m -L
4x200m -L
Tarik tali -L
Sukan rakyat - L & P
Penyertaan terbuka kepada semua KRJ daerah di negeri Johor & Melaka.
Syarat-syarat peserta:Berumur 13-19 tahun
Ahli & bakal ahli KRJ
Seorang pemain layak menyertai 2 permainan sahaja
Nantikan berita selanjutnya..

Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran

Salam lebaran buat semua dari warga Kelab Remaja JIM Johor
Hiba rasanya berlalunya Ramadhan
Tarbiyyah sebulan pasti diteruskan
Tasbih dan tahmid pula dilaungkan
Menyambut Syawal penuh kesyukuran
Eid Mubarak diucapkan
Salam kemaafan dikirimkan


Bocah cilik mangan sego
Sego dipangan karo gulo
Wes suwi orak ngomong jowo
Dhino royo njalok ngapuro
Selamat Hari Raya
(ni pantun jawa...jawap ye)




Friday, September 18, 2009

Renungan Ramadhan 29

Renungan Ramadan 29
Oleh Dr Omar Yaakob

Saudara-saudari yang dirahmati Allah,
Esok, lusa, kita dijangka menyambut 1 Syawwal, di mana kita merayakan Aidilfitri.

Aidilfitri adalah hari raya khusus untuk orang yang bertakwa selepas sebulan berpuasa.

Aidilfitri juga hari perayaan iman. Bagi setiap orang yang benar-benar memahami serta menghayati Islam akan menginsafi dan merasai bahawa betapa gembiranya mereka pada hari ini.

Allah menetapkan Aidilfitri sebagai hari kegembiraan dan kemenangan bagi orang beriman. Kita perlu merasakan hakikat nikmat Allah yang lengkap dan sempurna ketika menyambut hari lebaran ini.

Betapa agungnya Aidilfitri jelas dilihat apabila Rasulullah saw melarang umatnya (haram) daripada berpuasa pada hari itu.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri, katanya: “Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak boleh berpuasa pada dua hari tertentu iaitu Hari Raya Korban (Aidiladha) dan hari berbuka daripada Ramadan (Aidilfitri).”(Hadis Riwayat Muslim).

Kenikmatan berhari raya hanya dapat dirasakan oleh orang yang berpuasa Ramadan dalam erti kata sebenar saja. Maksudnya, orang yang melaksanakan ibadat puasa semata-mata kerana tunduk dan patuh kepada perintah Allah. Bukan mulut mereka saja berpuasa, malah anggota badan lain seperti telinga, mulut, hidung dan mata dipelihara daripada melakukan perkara keji dan kotor.

Orang yang hanya sekadar “puasa-puasaan” atau tidak berpuasa dengan sengaja tanpa sebab dibenarkan syarak, bagi mereka hari raya tidak mempunyai sebarang erti dan nilai.

Sesungguhnya, kegembiraan berhari raya itu bukan diukur dan bergantung kepada kehebatan pakaian atau hiasan serta banyaknya makanan pada hari raya. Ia terletak kepada sejauh mana bertambahnya ketakwaan dan keimanan seseorang itu.

Kedatangan Aidilfitri hendaklah disambut dengan ucapan takbir dan tahmid.

Takbir dan tahmid yang kita ucapkan pada malam dan pagi hari raya mengandungi dua makna. Pertama, menyambut kedatangan Syawal yang mulia dan kedua, menunjukkan kesedihan di atas pemergian Ramadan al-Mubarak.

Dalam kemeriahan menyambut hari raya, janganlah sekali-kali dilupai orang yang tidak berkemampuan. Sebagai tanda mensyukuri nikmat yang Allah kurniakan kepada kita, berilah bantuan kepada mereka dan binalah persaudaraan Islam sejati.

Kedatangan 1 Syawal tidak seharusnya dicemari dengan hiburan yang melampaui batas. Sebaliknya, perayaan Islam dimulakan dengan takbir dan tasbih memuji dan menyucikan Allah.
Rasulullah menyarankan agar umat Islam menyambut hari raya ini dengan banyak memuji kebesaran Allah. Nabi Muhammad bersabda bermaksud:“Hiasilah hari raya (Aildilfitri dan Aldiladha) kamu dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis (mengingati dan mengagungkan Allah)."(Hadis Riwayat al-Thabrani).

Laungan takbir yang berkumandang di seluruh pelusuk tanah air, pasti menyejukkan jiwa. Ia akan kembali menenangkan fikiran, melapangkan hati untuk bermaafan, menjalin dan mengukuhkan ikatan persaudaraan yang lama terjalin sesama umat Islam.

Semoga Allah menerima puasa kita, solat kita, doa kita dan semua amalan kita.

Semoga Allah membantu kita untuk meneruskan amalan-amalan ini secara berterusan sepanjang tahun; biarpun sedikit sebagaimana di dalam hadis Aisyah (ra) yang berkata yang maksudnya;"Ditanya Nabi (saw) tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: "Amalan yang berterusan walaupun sedikit." (Hadis Riwayat Bukhari)

SELAMAT HARI RAYA.. Maaf Zahir BatinWabillahi taufik wal Hidayah.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!