Wednesday, March 29, 2006

SMK Bandar Maharani...Luahan Peserta


Luahan Peserta I

Saya bersyukur kerana program ini menjadikan diri saya …bermotivasi tinggi. Signifikannya ‘Meniti Angin Malam’ mempengaruhi perasaan saya terhadap ibu bapa yang dicintai. Program yang bertunjangkan kepada pembangunan rohani dan infrastuktur sikap yang luhur amat sesuai untuk diri saya.

Pogram ini sangat berkesan dan memberi pengajaran yang banyak dalam meniti kehidupan. Fasilitator banyak memberi tunjuk ajar dan sumbangan dalam aktiviti yang disediakan.

Saya Mohd Fadzil bin Esa menyatakan program ini memang berkesan kepada diri dan rohani saya. Program ini memang best among the best.

Luahan Peserta 2

Rasa terharu kerana ahli KRJ sanggup bersama peserta tak kira siang atau malam

Bersyukur kepada Allah kerana dapat bertemu dengan KRJ. Inilah salah satu impian saya

Merasakan seperti adik beradik dan ayah ibu semasa program ini dijalankan…. iaitu abang dan kakak fasilitator dan Pak Lang, Pak De, Abu Nuha, Pak Im, Pak Long.


Luahan Peserta 3

Program ini sangat bagus untuk semua pelajar, tidak mengira peringkat umur.Ia melahirkan, membina dan mewujudkan sifat berani dan keyakinan diri.

Saya paling suka program penghayatan malam.Ia menyentuh sungguh perasaan saya. Rasanya itulah program yang paling membuatkan saya mengalirkan airmata yang deras, seterusnya membuat saya insaf dan bertaubat.

Saya akan melakukan sesuatu yang membuatkan orang lain kagum kepada saya dengan mendapat 9A dalam PMR ( pelajar terbaik).Saya hendakkan kejayaan dunia dan akhirat


Untuk Fasilitator dan KRJ

…Fasilitor semua baik-baik. Lepastu, cantik-cantik dan hensem. Kiranya tak pernah jumpa team yang best macam kakak-kakak dan abang –abang

…best giler, fasilitator best-best, aktiviti menarik, saya rase seronok dapat mengikuti program ini

…saya rasa gembira kerana ditemukan dengan kakak fasilitator yang memberi bimbingan. Terima kasih KRJ!

…memenag best giler. Kitaorang mmg enjoy dengan program yang dibuat. Melalui program ini banyak benda yang dapat saya ketahui.Kalau boleh buat lagi…

…saya berasa bangga kerana kedatangan KRJ datang memberi saya semangat ketika diri ini begitu kerapuhan dalam mencari keyakinan saya sendiri. Dengan izinNya kini saya lebih bersemangat dan amat bersyukur kerana adanya insan-insan yang saya sayangi disisi.

…terima kasih KRJ kerana saya rasa motivasi inilah yang paling banyak memberi kesan dalam diri saya daripada motivasi-motivasi yang lain

…saya bersyukur kepada Allah kerana dapat mengikuti program ini. Saya juga bersyukur kerana ahli JIM telalu sangat ‘sporting’

…fasilitator memang (ya Allah) buat kitaorang sayang kat diorang walaupun tak kenal, tak boleh nak terlalu sayang kat semua fasi dan penceramah sbb nanti bila taksub sangat sbb diorang best tak boleh nak lupa dan nak ikut diaorang

…tahniah to Abang Syahir,Abg Ikram, Abg Saif,Kak Rai,Kak Nis,KakUzun dan semua fasi. Happy birthday abang Syahir !

…Aiman tak kisah…Best Gile, fasilitator Best-best. Kalau boleh datang lagi ye kat SMKBM. Jangan Lupa SMK Bandar Maharani…!

Laporan Program Bina Sahsiah, SMK Bandar Maharani



Oleh PakLang

Alhamdulillah, dengan izinNya pada 25 & 26.3.2006 KRJ Johor dengan kerjasama JIM Muar telah mengadakan program Kem Pembangunan Sahsiah di SMK Bandar Maharani dengan bilangan peserta seramai 112 orang.

Program ini merupakan program pertama KRJ dan JIM di Muar melibatkan sekolah menengah (sebelum ini sekolah rendah).... ana percaya dengan kemahiran follow up sebelum ini, follow up utk sekolah menengah ini akan meledakkan dakwah remaja di Muar..... ana cukup percaya .... apatah lagi peserta adalah dari kalangan peserta kelas Rancangan Khas yang baik-baik belaka........ memang terselah sekali lepas habis program penat nak layan peserta........ nak bersama KRJ, nak jadi fasi KRJ seperti abang abang dan kakak- kakak fasi....... ana rasalah fasi pun penat sungguh nak tanda tangan autograf mereka...

OK syabas diucapkan pada semua fasilitator yang terlibat....... Syahir, Saif dan Ikram.... Raihanah, Nisreen, Hajar dan Fauzun........ ni semua geng R2A @ SMIH...... Shafinaz ( x- MRSM Pontian - bekas peserta KRJ dulu ) juga turut serta. Zeck, Wan dan Azral ...ni 3 orang semua dari Megah Ria bekas peserta 3 minggu lalu...


*************************
” Pak Lang..... macam mana abang abang dan akak akak fasi tu boleh pergi ke Aceh.... best lah tengok gambar dan video- video tu......." begitulah pertanyaan para peserta dalam program KRJ di SMK Bandar Maharani Muar..........

Ternyata tayangan santai itu cukup menyerlah kepada ramai remaja.......... ternyata juga R2A dapat set satu example dan standard kepada remaja apa mereka nak buat sementara nak tunggu keputusan SPM

Bila peserta R2A jadi fasi banyak yg boleh dikongsikan oleh mereka.... ternyata dan terbukti... bila kita ada sesuatu sudah tentu kita boleh berikan sesuatu... cerita cerita dari Aceh mereka ini yang menyebabkan mereka bertambah intim ..... gembira rasa hati melihatnya. Mereka ni tambah dihormati apabila banyak A yg diperolehi dalam SPM...... dalam buku catatan seorang peserta semalam ana dapat baca catatan ini......

Abang Saif.... 12A
Abang Syahir ... 10 A
Abang Ikram ..... 7 A
Kak Raihanah .... 11 A1
Kak Nisreen.....
Kak Fauzun…
Kak Hajar......
Kak Shafinaz...... 8A

Sorry lah ana tak ingatlah berapa A mereka ni dapat.... Dan ana sendiri pun sebagai pengendali program memang rasa bangga cakap pada ibu dan ayah peserta KRJ memberi the best fasi pada anak anak mereka dan memang tak segan utk cakap minta anak mereka stay in contact dengan abang-abang dan kakak-kakak fasi yang cemerlang dan gemilang dalam serba serbi....


haaa... ni baru dpt sms peserta kat megah ria ni nak ajk gi konvo mlm ni... tu mesti nak jumpa abang fasi krj kat konvo yg sibuk berniaga.......... alhamdulillah suka hati bila melihat keintiman mereka... ... dan kami ajk surau megah ria sedang sibuk nak buat bbq kat surau....jumaat mlm sabtu ni... program follow up ketiga ... alhamdulillah the support that we have kat surau ni begitu excellent sekali......




(pak Im: dapat bayangkan betapa hebohnya gerai tu nanti. Dah agak dah apa strategi mrk berdasarkan pengalaman mereka yang merupakan pemenang Tunas Bestari tahun lepas…ala-ala The Apprentice kat Amerika tula…mesti laris jualan mlm ni punya)


SURE - SUkan REmaja 2009!!!