Thursday, January 31, 2008

Program Kepimpinan SMKA Maahad Muar

Tempat; Felcra Tebing Tinggi, Segamat
Peserta; Badan kepimpinan Pelajar SMKA Maahad Muar
Tarikh: 26 & 27 Januari 2007

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana program berjalan dengan baik dan selamat. Modul Kepimpinan Tahap 2 telah berjaya dijalankan dengan Nuquba' [Hanif] , exco asrama [Tengku] dan pengawas [Faiz] . Tema 'Pemimpin yang menyerlah jauh dari biasa' yang selalu dilaungkan oleh Haziq [Captain] dan kepetahan anak Cikgu Yusof BP iaitu Ainul masih kedengaran di KL.

Kekuatan team orang muda KRJ dari Matrik Tangkak yang hebat, yang diketuai Asim (black market business manager), dan bantuan Anas (popular) dan Azlan ( dare to speak) telah menjadikan program ini berjaya. 100% cadangkan mereka untuk terlibat aktif dalam aktiviti remaja, ...ya, sememangnya mereka telah aktif bersama KRJ. Sangat menghargai bakat menyerlah Pak Tam, yang memang dah menyerlah jauh dari biasa, dalam mengendalikan sesi Transfer the Vision. Hasil perbincangan itu sangat baguss...

Terima kasih kepada JIM Muar yang memberi peluang kami untuk menjadi sebahagian dari penyumbang kepada perubahan di SMKA Maahad Muar Semua merasa puas kesyukuran dan mengharap agar peluang sebegini untuk kumpulan nuqaba' dapat di jalankan lagi. Sekian

oleh Pak Ngah Suhaimi

Wednesday, January 23, 2008

Bersama Peserta R2J2

Nama Program: Explorace dan KBM Tarikh : 18 - 20 Januari 2008
Tempat: ABC(DEF)G(HI)JKLMN...., Sono Kembang, L'a Mr.O kafy! -anun- , Tempat 37 MRSM (begitulah clue yang diberi dalam e-mail setiap kumpulan...). Bermula di pejabat HIDEF, berakhir di Tiram Indah Village, Ulu Tiram ( port biasa KRJ)
Peserta: 35 Pelajar lepasan SPM - R2J2- Road to Jawa (2) yang akan berlepas ke Jawa pada 24 Januari
Antara Komen Peserta: seperti berikut


1
Alhamdulillah ana bersyukur ana datang sini..First time pergi program KRJ tapi ana rasa puas hati. Kita sebagi peserta tak di tekan, di beri peluang untuk meluahkan isi hati malah benar-benar merapatkan ukhuwah antara kami. Program ini juga betul-betul mengubah persepsi kami yang agak sukar untuk menerima keadaan untuk berprogram disini pada mulanya. Terima kasih kepada KRJ & fasilitator.
2
Walaupun dah banyak kali pi program yang macam ni..tapi KBM lain dari yang lain. Mungkin tautan hati antara penganjur dengan peserta dan ibubapa. Banyak input yang diterima ...insy.Allah boleh digunakan untuk dibawa ke Jawa. Pendekatan yang lebih tentang keinsafan ( ingatkan mati + pengorbanan mak ayah + ukhuwah dengan sahabat )

3
Saya amat berbesar hati kerana telah dapat menyertai program KBM ini. Satu saja yg saya nak highlightkan dan paling saya akan abadikan sampai bila-bila masa ialah MENGHARGAI. Dalam program ini saya telah mula belajar menghargai dan mula sedar akan kepentingan menunjukkan cara kita amat berterima kasih akan jasa seseorang itu.
4
Alhamdulillah ana bersyukur kehadrat Ilahi kerana beri ana peluang untuk ikut program ni. Ana ucapkan terima kasih kepada pihak KRJ kerana melakukan "Slot Istimewa " pada petang tu sehingga berjaya menyentuh hati kami, walaupun pada awalnya ada masalah, tetapi semangat dan kekuatan pakcik-pakcik dan fasi-fasi mampu menghidupkan kembali suasana ceria, ana lebih rasa mudah untuk berkomunikasi apabila antum main peranan ( sporting dan enjoy ). Tahniah kepada penganjur program KBM.
Tahniah kepada semua peserta...Moga beroleh kebaikan buat bekalan ke Jawa nanti!

Monday, January 21, 2008

KBM SM Teknik Jasin


Pada 19 hingga 20 Januari 2008, KRJJ marancakkan lagi KBMnya di Sekolah Menengah Teknik Jasin pula. Kali kedua di sekolah tersebut sejak yang pertamanya pada tahun lepas, peserta kali ini adalah seramai 323 orang (kehadiran penuh + 2 orang pelajar India non-muslim) dengan kekuatan seramai 5 pengendali, 36 fasilitator bersama Team Media dan barisan ikhwah akhawat JIM Melaka; Dr Zainal, Dr Mai, Ummi dll. Dari KRJ Johor adalah terdiri daripada Pak Long, Kak Muss, Kak Ani dan Pak Imam. KBM kali ini sekali lagi dilengkapkan lagi dengan kehadiran Bob dari Perak dan Hafiz Bai dari Gombak.


Sepanjang program tersebut, para peserta sangat reponsif. Malah, kebanyakannya berani tampil kehadapan untuk bersuara dan berkongsi luahan rasa hinggakan ada ketikanya kami terpaksa hadkan kepada bilangan tertentu sahaja. Kehadiran ibu bapa juga tidak mengecewakan, sampai hampir memenuhi dewan. Syabas buat para peserta KBM Angkatan 4 di Melaka!
Begitu juga kepada barisan fasilitator daripada Matrikulasi Tangkak, UTeM, UiTM Segamat dan alumni KBM SMT Bukit Piatu 07.... syabas juga diucapkan kerana telah menjalankan tugas dengan cukup baik. Jazakumullah khairan kathira di atas sumbangan tenaga yang diberikan, hanya Allah mampu membalas dengan sebaik-baik ganjaran.
Laporan oleh Musannfah (SU KRJJ)

Monday, January 14, 2008

KBM IPT Zon Selatan

Tempat: Tiram Indah Village, Ulu Tiram
Tarikh: 12 dan 13 Januari 2008
Peserta: 90 mahasiswa/i UTHM, UiTM Segamat dan UTeM, Melaka

Program ini pada asalnya telah di batalkan kerana bilangan peserta yang hanya 20 lebih sahaja. Namun dengan usaha semua pihak yg bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk menjayakan program ini,akhirnya seramai 99 orang nama dapat dikumpul...dan lebih kurang 90 orang yang mengikuti program ini. Terima kasih Ya Allah atas bantuanMU menggerakkan hati-hati mereka untuk menghadiri program ini.

Setelah selesai ana membaca kesemua maklumbalas dari peserta..apa yang saya boleh simpulkan..hampir 95 % penulisan di mulakan dengan kata-kata seumpama ini 'Saya bersyukur kepada Allah kerana saya dipilih olehNYA untuk berada dalam program ni ' Kesemuanya juga dapat merasai apa yang kita nak kongsikan bersama mereka. Keindahan hubungan dengan Allah, dengan Rasulullah, dengan ibubapa, dengan sahabat . Ukhuwah yang cukup indah turut di rasai mereka. Semuanya memberi kesan di hati dengan pengakuan yang mereka katakan mereka telah ikhlaskan hati untuk mengikuti program ini. Insaf dan nak buat perubahan. Malahan nak ajak kawan-kawan dan adik beradik turut berubah.

Begitu juga dengan para peserta yang selama ini jadi fasilitator KRJ , bila diri sendiri jadi peserta mereka lebih menghayati dan memberi kesan yang mendalam dalam diri mereka. Ada yang dah 2 kali dan ada yang lebih..namun ia tidak menjemukan malahan sentiasa mengharapkan program ini berterusan. ..kerana sesungguhnya itulah fitrah kehidupan manusia yang sentiasa perlu diingatkan. Seperti yang kita semua sedia maklum, apa yang disampaikan dalam KBM bukanlah sesuatu yang baru tapi ia lebih kepada perkongsian dan penegasan semula ilmu-ilmu dan kefahaman asas sebagai umat Muhammad yang kadangkala kita lalai malah kita tertipu dengan kita sangka perkara asas ini kita dah beres..namun bila kita cari dan kita gali banyak lagi yang kita tak selesai.

Selain itu ramai juga yang mendoakan kita semua para pengendali KRJ , fasilitator dan penganjur serta semua peserta agar di beri kekuatan untuk terus menjalankan amanah Rasulullah sebagai khalifah Allah meneruskan dakwah ini.

Tahniah yang tidak terhingga kepada Pengarah Program, Pak Chu, barisan pengendali dan fasilitator dan abang-abang KRI yang turut sama membantu.

Oleh Kak Fidah



Gambar2 akan menyusul kemudian

KBM SM Teknik Melaka, Bukit Piatu


Pada 5-6 Januari (Sabtu & Ahad) lepas, KRJ telah memulakan KBMnya bagi sesi 2008...bermula dengan Sekolah Menengah Teknik Melaka (SMTM) di Bukit Piatu. Pada hari sebelum program bermula, pada Jumaat malam (4 Januari), telah diadakan terlebih dahulu sesi taklimat bersama fasilitator yang terlibat.

Seramai 10 orang pengendali dan urusetia didatangkan khas dari Johor termasuklah Pak Lang, Pak Tam, Kak Fida, Kak Yati dan saya sendiri, Kak Muss! Yang menariknya takungan fasilitator pada program kali ini kebanyakannya terdiri daripada alumni SMTM sendiri malah telah pun melalui sendiri KBM dan menyertai X-Rek Johor pada tahun lepas. Di samping itu, beberapa orang fasilitator daripada KARISMA Melaka turut turun padang sama beraksi. Alhamdulillah program berjalan dengan lancarnya. Seramai 283 orang pelajar semuanya yang hadir (143 lelaki, 140 perempuan).

Thursday, January 03, 2008

Wahai Remaja...Sihatkah Anda?


...Baru baru ni penulis terbaca satu iklan seorang remaja 24 berusia tahun, seorang gym instructor yang terpaksa mengurangkan 36% kandungan kalestrol dalam tubuhnya...tak sangka dalam usia semuda ini saya terpaksa mengurangkan sebanyak ini, katanya
...minggu lepas, dalam sebuah akhbar harian ada melaporkan bunuh diri bakal menjadi pembunuh no 2 di Malaysia
...masalah kolestrol tinggi, masalah sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, obesiti, stress bukan hanya dialami oleh mereka yang berada di peringkat pertengahan usia. Remaja juga tidak ketinggalan, malah ada kes remaja seawal 10 tahun sudah dihinggapi darah tinggi
...Mengamalkan gaya hidup sihat adalah jawapannya...bersenam 3 kali seminggu, kurangkan pengambilan gula dan garam, lakukan pemeriksaan kesihatan adalah antara langkah-langkahnya. Jangan sudah terantuk baru mengadah..Katakan ini pada diri anda
Katakan YA pada SIHAT..
Bestnya SIHAT!
gambar-gambar diatas dan bawah di ambil dari program dwi-mingguan, SSH (Sihat Sepanjang Hayat) anjuran JIM Johor pada pagi Ahad 20 Disember 2007 baru-baru ini di Taman Tasik Taman Pulai Indah, Johor Bahru... penulis sempat bertemu Muhaimin Ismail (peserta X Rek J) yang tinggal di taman berkenaan.
Minggu depan (13 januari 2008) SSH akn diadakan di Hutan MBJBT Mutiara Rini, Skudai jam 7.30 hingg 9.00 pagi Jom Join Jom ...

SURE - SUkan REmaja 2009!!!