Saturday, May 24, 2008

KBM Kembali di SDARY

24 Mei, Sabtu - Alhamdulillah...baru selesai program untuk alumni KBM Tingkatan 3 dan 5 SDARY pada jam 12 tengahari tadi. Seramai lebih 140 orang pelajar hadir. Rombongan KRJ diketuai oleh Pak Im dan seramai 7 orang lagi fasilitator. Penolong Kanan Puan Madiah Jaafar turut hadir.

Antara Pengisian
1. Tayangan videoklip KBM lepas
2. Live telecast (talian hayat) dengan Pak Uteh(pengendali utama KBM lepas) yang sedang berada di Pontian!
3. Sambutan harijadi...5 adik-adik perempuan dan 2 adik-adik lelaki
4. Penyerahan sijil Program KBM dan buku luahan rasa pelajar-pelajar
5. Sharing perubahan yang telah dilakukan sejak KBM lepas

Terimakasih kepada semua yang hadir...Pelajar-pelajar SDARY memang best! Moga terus istiqamah dalam amalan...




















Selamat berprogram buat otai2 KRJ dan abang Amar dan Amin fasi di Melaka...Selamat bercuti buat adik-adik semua!

_PAK IM_





Moga cepat sembuh kak Anie..

Moga cepat sembuh kak Norhairani Deman (aktivis KRJ dan KRI )...Beliau di masukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar (Hospital Besar Muar) kerana jangkitan kuman di paru-paru kanan selepas 2 bulan batuk-batuk yang tidak baik-baik. Beliau ditahan wad sejak Jumaat, 16 Mei.

Panduan ke hospital: Dari JB, exit tol Pagoh. Belok kiri, pandu terus kearah pusat Bandar. Akan melalui 3 traffic light yang jaraknya jauh-jauh. Traffic light ketiga adalah simpang 4. Terus sehingga masuk bandar dan akan jumpa sign kearah hospital. Hospital sebelah kiri.

Friday, May 23, 2008

FORMULA I.S.L.A.M MELAHIRKAN REMAJA KELAS PERTAMA

FORMULA I.S.L.A.M MELAHIRKAN REMAJA KELAS PERTAMA
-Oleh Dr. Danial Zainal Abidin
Sempena program ’Cinta dan Sukses’, anjuran bersama Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Johor dan Team R2J2 Persatuan Alumni SMIH pada 17 Mei 2008 di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru, Johor.


Pada zaman Nabi Musa golongan muda banyak memainkan peranan untuk membela kebenaran. Dalam surah Yunus ayat 83 Allah berfirman, ” Tidak beriman kepada Musa melainkan golongan muda dari kaumnya dalam keadaan takut bahawa Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya akan menyeksa mereka”


Said Hawa dalam al-Asas al-tafsir berkata, ” Kebiasaannya golongan yang mudah menerima seruan untuk melakukan islah atau perbaikan di dalam masyarakat ialah golongan muda. Hal ini disebabkan fitrah mereka masih sejahtera dan jiwa mereka lebih bersedia menerima kebenaran. Justeru, para pendakwah hendaklah mendekati lombong kekuatan ini. Mereka tidak perlu membuangkan masa pada golongan yang tidak bersedia untuk bertindak (demi kebenaran). Walaubagaimanapun secara dasarnya dakwah hendaklah disampaikankepada semua lapisan masyarakat tanpa pengecualian.”

Pada zaman nabi golongan muda diberikan kepercayaan. Sebagai contoh, pada tahun ke-10 Hijrah, baginda mengarahkan agar umat Islam bersiap sedia untuk menghadapi Rom. Untuk tujuan itu satu pasukan tentera disiapkan dipimpin oleh seorang anak muda bernama Usamah bin Zaid bin Harithah. Beliau ketika itu berumur antara 18-20 tahun.

Sahabat Abdullah ibn Abbas dilahirkan tiga tahun sebelum hijrah dan ketika nabi wafat, beliau berumur tiga belas tahun. Beliau amat mahir dalam bidang tafsir Al-Quran sehingga beliau diberikan gelaran Turjuman Al-Quran atau Penterjemah Al-Quran.

Formula I.S.L.A.M itu adalah:
I LMU
S IKAP
L EDAK
A GAMA
M AHIR

ILMU

Ilmu dikuasai melalui penguasaan dua ayat,iaitu,pertamanya,menguasai ayat-ayat al-Quran dan,keduanya,ayat-ayat Allah yang tersembunyi di alam semesta. Penguasaan ayat-ayat al-Quran adalah penting untuk mencapai kecemerlangan di dunia dan akhirat. Melalui al-Quran manusia mengenali tujuan hidup dan cara hidup. Allah berfirman dalam surah an-Nahl ayat 89, ”Dan Kami telah menurunkan kepadamu sebuah Kitab yang menjelaskan tentang setiap perkara (di samping itu) ia merupakan petunjuk serta rahmat dan berita gembira bagi mereka yang Muslim”.

Selepas penguasaan ayat al-Quran, ayat kedua yang perlu dikuasai ialah ayat-ayat yang tersembunyi di alam semesta. Ayat-ayat merupakan tanda serta bukti tentang kekuasaan Allah yang tersembunyi di alam semesta. Untuk mencapai tujuan ini umat Islam perlu mengkaji alam ini secara sistematik. Antara ayat al-Quran yang menjelaskan tentang perkara ini ialah ayat 53 dalam surah Fussilat yang bermaksud,”Akan Kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran Kami di segenap ufuk ( penjuru ) dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa al-Quran itu benar.”


Dalam kitab Tafsir al-Quran al-Azim, Imam Ibnu Kathir berkata,” ( Allah ) akan tunjukkan bukti-bukti serta dalil-dalil di alam ini yang menunjukkan bahawa al-Quran ini adalah benar.” Untuk menerokai dan mengeluarkan bukti serta dalil daripada alam, sains diperlukan. Dari ayat ini sedarlah umat Islam tentang kepentingan penguasaan ilmu naqliah dan aqliah.

SIKAP
Menekankan kepentingan sikap untuk cemerlang. Antara yang akan ditekankan ialah:
Amanah.
Ikhlas.
Sabar dan cekal.
Rajin dan tawakkal.
Konsisten.
Tawaddu’.
Penyantun.
Tolong-menolong.
Berlapang dada.

LEDAK

Allah mahu umat islam menjadi imam (pemimpin). Jesteru, umat Islam perlu meledakkan Islam pada diri mereka dan meledakkan kebenaran Islam kepada orang lain dengan memimpin dan membimbing mereka kepada kebenaran. Justeru, kita perlu mengajak kepada makruf dan mencegah kemungkaran.

Dalam surah Fussilat ayat 33 Allah berfirman, ”Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia ke jalan Allah serta beramal soleh seraya berkata, Aku dari kalangan orang-orang Muslim.” Berhubung dengan ayat ini, As-Syeikh Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir berkata, ” Termasuk dalam golongan ini semua penyeru dan pendakwah di jalan Allah... Dan Imam Ibnu Kathir berkata, ’Orang yang tidak mengerjakan yang makruf tidak termasuk dalam golongan yang mengajak kepada makruf dan tidak termasuk dalam golongan mereka yang mencegah kemungkaran mereka yang melakukan kemungkaran’.”

Mengabaikan dakwah mempunyai risikonya yang tersendiri. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, Nabi bersabda, ”Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk seksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.”Imam Tirmizi berkata, hadis ini bertaraf hasan.

AGAMA
Tanpa agama manusia akan hidup seperti haiwan malah mungkin lebih sesat daripada itu. Berhubung dengan agama, formula 6A perlu difahami:
Autentik
Akidah
Amal Salih
Awlawiyat
Amanah
Akhlak

MAHIR
Antara kemahiran yang diperlukan ialah dalam IQ, PQ, EQ dan SQ. IQ berkaitan dengan kepintaran untuk berfikir secara logik serta menguasai bahasa. PQ berkaitan dengan kesihatan fizikal. EQ berkaitan dengan kepintaran emosi dan SQ berkaitan dengan kekuatan spiritual.


Friday, May 16, 2008

Selamat Hari Guru

Guruku



Album : Nur Insani
Munsyid : Inteamhttp://liriknasyid.com

Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya ALLAH piliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati

(Bridge)Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan

LAGU:INTEAM,Cikgu Hasnol dan Nada Syahdu
Lirik :INTEAM dan Halim Libya

Thursday, May 15, 2008

Selamat Hari Ibu @ KBM SDARY

oleh Nurin Syahidah MN

Hujan renyai-renyai dinihari Sabtu, 10 Mei 2008 merupakan hujan rahmat dari Allah. Sekali lagi pesawat KRJJ telah membawa adik-adik SDARY dalam penerbangannya yang memakan masa 29 jam. Kali ini penumpang seramai 192 orang dan krew penerbangan seramai 36 orang, dan telah dibantu dengan beberapa orang x-KBM SDARY tingkatan 5 yang masih fresh dari KBM mereka 2 minggu lepas. Jet Jumbo terpaksa digunakan untuk membawa penumpang yang 'agak' ramai kali ini.

KMKY menampilkan gandingan mantap Kak Abyd dan Abang Amin. Tak kering gusi adik-adik SDARY dengan telatah mereka berdua. Namun begitu, aspek-aspek keselamatan tetap diutamakan bagi mengelakkan kejadian tak diingini berlaku. Kehadiran 'kembar' Abang Amin (siapalah tu agaknya...) dan Abg Yeop menghangatkan lagi suasana.

Solat Zuhur berjemaah dilaksanakan bersama-sama dan tak lupa lunch juga berjemaah antara krew dan penumpang .M.E.S.R.A cuba dipraktikkan oleh fasi2 dan otai2 di sini. Program diteruskan dengan INTEAM. Kali ini, Pak Uteh menguasai pentas cuba mengeratkan hubungan adik2 tingkatan 3 di SDARY, dalam gelak tawa ada titisan air mata yang berderai jua.

Angin sepoi-sepoi bahasa petang itu disegarkan lagi dengan riadhah yang di'conduct' oleh abang-abang dan kakak-kakak fasi. Adik-adik kasih dengan 'rasa sayang'nya dan adik-adik sayang dengan kain pelikatnya. ( apa korang wat pe dengan kain tu?).

Selesai riadhah ISOMA. Kasihan jua buat adik-adik yang tak dapat mandi kerana pesawat kekurangan bekalan air bersih. Krew juga tak terlepas dari masalah ini. Selesai maghrib berjemaah, maathurat dibaca beramai2. Alhamdulillah, sekali lagi fasi sempat berM.E.S.R.A dengan peserta.

MAM dikendalikan dengan jayanya oleh Pak Uteh. Dari hubungan dengan Allah, Rasul dan ibu ayah. Hati2 yang dahulunya keras lentur juga... Bukan tangisan dipinta tapi keinsafan dalam diri didamba. Walaupun malam itu ramai yang semangatnya kurang, namun fasi2 masih bisa mengawal keadaan.

11 Mei 2008.
Masing2 bangun dengan semangat dan azam yang baru. Namun tanpa disedari ada ujian bakal menguji para fasi kali ini. Tiada siapa yang sedar otai-otai telah pulang kerana tugas di tempat lain. Kelam kabut Kak Abyd dan Hajar mencari bahan untuk digunakan pagi tu. Kesabaran semakin teruji bila lagu killer tak dijumpai. Dari laptop Kak Mus sampai hard drive Pak Tam diselongkar. Tapi mood peserta yang mulai kebosanan diselamatkan dengan trio A... 'Ammar, Amin dan Anas.

Kehadiran ibu bapa amat memberangsangkan. Hampir 100 orang ibu bapa hadir walaupun pada awalnya hanya 4 orang sahaja yang ada. Sesi bersama ibu bapa lebih istimewa dengan Hari Ibu yang jatuh pada hari itu. Kek-kek kasih sayang disuap ke mulut ibu oleh adik2 kasih dan sayang dengan penuh kasih sayang.

Alhamdulillah, pesawat dapat mendarat dengan selamat. Semoga bertemu lagi dalam KBM akan datang...

Tuesday, May 13, 2008

Program Dr Danial di Pulai Perdana 17 Mei



SIRI BICARA TOKOH: Dr Danial Zainal Abidin

Quran Saintifik: Kecemerlangan Quran daripada Perspektif Sains


17 Mei 2008, Sabtu
Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Skudai


Aturcara:
Selepas Maghrib: Jamuan & Multimedia
Selepas Isyak: Ceramah
Jom Beramai-ramai!


Friday, May 09, 2008

Laporan KBM di TIGS, Batu Pahat

Batu Pahat: 03-04 Mei 2008. Alhamdulillah KBM di TIGS Batu Pahat telah selamat disempurnakan dengan peserta terdiri dari pelajar-pelajar perempuan yang tinggal di asrama tingkatan 3, 5 dan 6 seramai 105 orang. KBM kali ke 5 ini di terajui oleh 3 orang pengendali iaitu Mak Chu (slot KMKY dan MAM 1), Mak Uda (Cikgu Yati) ( slot INTEAM dan ceramah kepada parents) dan Pak We ( ? )peserta yang memberi nama tersebut (Dr Jiwa) ( slot MKMS) dan 7 orang fasi utama yang majoritinya dari UTHM. Sementara itu seramai lebih kurang 150 ibubapa telah hadir dalam sesi MKMS.

Di majlis penutup, TYDP JIM Batu Pahat, Prof Ir Mohd Zainal Mohd Yusuf telah berucap bagi mewakili JIM. Respons pengetua TIGS amat positif dan menerima baik penglibatan kali kedua KRJ di TIGS ini.

Akhirnya di perturunkan serangkap pantun yang telah dibacakan oleh pengerusi majlis semasa sesi penutup yang telah dikarang oleh peserta KBM

Pelbagai rasa telah diselami
Moga hati menjadi bersih
Terima kasih warga KRJ membimbing kami



Ikhlas dari kami adik-adik kasih

Pak Chu:
Di majlis penutup... dari kiri Dr Jiwa (YDP JIM BP), En Tumaisuri (pengerusi Pewaris), Prof Ir Mohd Zainal (TYDP JIM BP) dan Pn Hajjah Remy (Pengetua TIGS)

Saturday, May 03, 2008

Doakan Mak Long

Isteri Pak Long, Puan Munirah Daud (Guru SMKA Johor Bahru) kini sedang berada di bilik 336, Tingkat 3 Johor Specialist Hospital setelah selamat menjalani operation mengeluarkan cyst sebesar bola tennis dari paru-parunya Selasa lepas. Kemungkinan keluar dari wad dan balik ke rumahnya di Taman Desa Jaya dalam sehari dua lagi...
Didoakan Moga Mak Long segera sembuh

SURE - SUkan REmaja 2009!!!