Monday, July 24, 2006

Kejohanan Futsal KRJ

Bandar Seri Alam, Johor Bahru 16.07.2006 Ahad,

Kejohanan Futsal KRJ dengan kerjasama Kelab Rakan Industri JIM JB (KRI) telah pun berjalan dengan jayanya pada hari semalam.

Perlawanan telah pun bermula pada jam 9.20 pagi dan berkahir kira-kira jam 12.10 tengahari.



Kejohanan ini merupakan satu aktiviti khas untuk remaja yang kebanyakannya merupakan mereka yang pernah bersama KRJ dalam program rakan masjid dan KENDIRI .

Walaupun ada sedikit insiden semasa satu perlawanan, namun ianya tidak mematahkan semangat pemain dan penganjur untuk meneruskan kejohanan dan menganjurkan lagi kejohanan ini pada masa akan datang. Setidak-tidaknya ianya merupakan pengalaman berharga buat kami dalam menangani remaja pada masa akan datang. .Insya-Allah kejohanan seperti akan diadakan setiap tahun berdasarkan sambutan diluar dugaan dan amat menggalakkan dari semua pihak.

Jazakallah kepada pihak pengurusan KRJ dan KRI kerana memberikan sokongan dalam merialisasikan aktiviti seperti ini bagi memantapkan lagi semangat ukhuwah dalam membina sebuah generasi muda yang sihat dan cergas.

Perlawanan–perlawanan yang telah berjalan adalah:
(1) Kejohanan Futsal KRJ yang di sertai 6 pasukan iaitu
Tmn Megah Ria A & B, Tmn Bukit Kempas, Tmn Universiti, Tmn Putri Kulai dan Tmn Daya.
(2) Perlawanan Futsal Persahabatan antara KRI dan Kempas (Terdiri dari lepasan program KEMWI).

Keputusan Liga FUTSAL Piala KRJ:

JOHAN: Tmn Bukit Kempas
N.Johan: Tmn Daya
Ke-3: Tmn Megah Ria A
Ke-4: Tmn Megah Ria B




Keputusan Perlawanan FUTSAL Persahabatan:

KRI vs Kempas (Berkesudahan 6-5)

Alhamdulillah, syabas kepada semua pemain dan semua mereka yang hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.
Harap semua dapat ambil bahagian.




Sekian, MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA

Monday, July 10, 2006

Program di Muar

Assalamu'alaikum.

Sekadar satu perkongsian pgm yg di jalankan hujung minggu yang lalu. Laporan di tulis oleh Pak Lang ( Akhi Mokri )

Tahniah kepada JIM Muar.........

kerana telah berjaya mengadakan program KEM PERMATA UPSR untuk lebih kurang 100 orang pelajar tahun 5 dan 6 di SK Paya Redan, Pagoh.

Dalam kesibukan YDP Muar, Cikgu Dolah serta orang kanannya Akh Abdul Manaf bersama fasilitator yang merupakan anak didik KEM PERMATA yang terdahulu seramai 5 orang telah mengendalikan program ini dengan jayanya... JIM Muar turut mengendalikan program bersama orang asli di kaki Gunong Ledang dengan ziarah dari rombongan ikhwah / akhawat dari PJ. Dikhabarkan keluarga org asli tersebut tinggal di satu perkampungan dan telah memeluk islam, ada surau..... tetapi dimaklumkam kini dan ramai yang tidak tahu mengucap kalimah syahadah..... jadi usaha ini merupakan siri siri usaha yang dijalankan secara berkala oleh JIM Muar menyantuni semula keluarga orang asli ini untuk kembali kepada Islam.

Di SK Paya Redan, ana bersama akh Masiri dari Batu Pahat sempat bersama membantu mereka dalam bidang masing masing..... bagi memantapkan program tersebut.. alhamdulillah semua berjalan lancar seperti program program KRJ yang lain...

Keistimewaan JIM Muar seperti biasa berupaya memberi penerangan kepada ibu bapa serta guru yang hadir pengenalan kepada JIM, termasuk edaran brochure JIM... dan dalam sesi penutup ana telah mengambil kesempatan menayangkan video clip isu palestin serta short update tentang keadaan Palestin sekarang serta pentingnya kita memberi sumbangan walaupun sedikit...... paling tidak dapat diterangkan akan tanggung jawab kita dan nampaknya selepas penerangan ada yang sedang berpakat pakat untuk buat kutipan dan serahkan kepada JIM .... dan barangkali rangsangan yg diterima masa sesi ibu bapa insyaAllah membina kepercayaan mereka kepada JIM yang juga telah menjadi ahli Al Quds Institution.

Apa pun tahniah JIM Muar - 3 program serentak ... santuni orang asli, motivasi dan palestin.



Sememangnya KRJj selalu menayangkan gambar gambar serta aksi peserta selalunya sesi pagi Ahad.... tapi kali ini tayangan tayangan ini cukup memberi kesan berbanding dengan program program dulu....

Petang tu bila ana, anak ana Abdullah Munzir (jadi Mat labtop) dan akh Masiri (sengaja ana ajak utk cari bahan video utk sekolah rendah) tiba jam 5.30 petang terus join program di atas padang.... sempatlah ambil video dan gambar mereka.... untuk makluman program ni sebenarnya mula sekitar jam 3 ptg... bukan bermula pagi...

Kemudian malam nya berjaya juga akh Masiri ambil video video yang menarik... kalau sekolah rendah ni ana tak kisah sangat lampu dibuka.... so senanglah akh Masiri ambil video...

Puas hati juga kami kerana sebelum mula program pagi tu dua video clip telah disediakan satu latarbelakang nasyid akrab persahatan dan satu lagu nasyid baru diberi nafas baru bernama "anak soleh" dari album terbaru aeman..... (album baru ni nasyid ayah)....

Apa lagi pagi tu bagai nak pecah classroom depa tengok video plus nasyid akrab tu.... dan masa sesi ibu bapa mmg ana mulakan penyampaian tunjuk suasana ceria anak-anak dengan video clip akrab dan paling akhir video clip anak soleh tu.... so nampaklah dari gelak ketawa tengok anak dan titisan air mata menanti ketibaan anak mereka......... Tahniah akh masiri yg semakin profesional ambil video.... mengalahkan berita harian.... semua main close up sampai air mata menitis dan mengalir pun nampak dengan jelas. Tahniah juga kepad aakh Masiri yang telah menyediakan satu video clip .... Kasih Ibu kasih Ayah ... gambar video sekolah semerah....... dan antum tahu apa yang berlaku kat Semerah dulu kan....

Di Paya Redan, satu peristiwa yg cukup menyentuh hati ana ialah apabila tengok seorang pelajar perempuan, comel aje darjah 5.... memang diperhatikan asyik menangis teresak esak... semasa sedang beratur untuk bersalam dengan gurunya pada malam tu ana sempat tanya dia....

s: Macam mana semua ... esok mak dtg tak.... suruh mak dtg ye..

j: Emak tak datang....

s: pasal apa mak tak datang...

j: emak kat kl... kerja kat KL.

s: kerja apa kat KL

j: guru TASKA

s; Ayah tak datang ke

j: Mak dan ayah dah cerai..... (masa ni terpampan dibuat nya bila mendengar kata ini... )

s: nama siapa ... pak lang nak tahu

j: Yasmin

s: habis sekarang ni Yasmin tinggal dgn siapa

j: dengan atuk

s: mak selalu balik tak...

j: ada... sebulan sekali..

s: ayah

j: dah lama tak jumpa

s: bila last sekali jumpa ayah

j: semasa umur saya empat tahun.........


(waduh pilunya hati mendengar cerita itu)...
Semasa sesi ibu bapa..... ana tetap memerhatikan Yasmin..... biasalah bila mereka masuk dewan tu dah ramai yg meleleh air mata..... bila ana melepaskan mereka bertemu ibu ayah ana terus melihat di mana Yasmin.... ana melihat nya terjengkek-jengkek meninggikan diri nya, melihat ke sana dan sini, meninjau ninjau.... melihat ibu dan ayah yg datang... air matanya meleleh deras sekali..... pergh (pastinya atuk nya tak datang ni...... )... ana terus memandang keluar dewan menahan air mata ni... kena pulak fasi perempuan memang tak ada langsung..... jadi ana terus melalui pembesar suara minta guru naik kepentas... meraikan mereka di atas termasuk Yasmin.... (ana rasa antum boleh bayangkan ..... pak utih jgn melalak ya....:-) ).... Akhirnya ana minta saja ibu bapa yg hadir pilih dan ambillah anak anak kat depan tu bawa duduk kat depa..... Yasmin diambil oleh seorang ibu yg juga kawan rapat anak nye.... ana perhatikan Yasmin begitu manja sekali.... dia duduk atas riba siibu tu.... menangis teresak esak.... entah berapa kali dia cium si Yasmin tuhan saja yg tahu.....

Yasmin.... moga engkau tabah menerima ujian hidup ini.... itulah ungkapan terakhir
ana dengan Yasmin ....

Tuesday, July 04, 2006

Sepintas Memori: Sek Men Dato' Bentara Luar

Assalamualaikum,

Iye, kepada semua maaf hantar news lewat. Maklum la tak berapa sihat.. Sori yek pak Im.. Maklum la ganti tugas Kkak Laptop”…

Mlm tue kami bertolak dari JB, and sampai lebih kurang pukul 10 pm lebih la.. Sampai rumah Pakcik Masiri dan Makcik Ita, dijamu selera dan tido.

Ok fasi yang pergi seramai 7 orang fasi akhawat:
1. Anisah Khalid (dr BP, hanya dpt 1hr)
2. Nazira Jiat (dr BP)
3. Saiyidah Balqis (dr BP)
4. Shakirah Noor Azlan (JB)
5. Nazifah Md Nor (JB)
6. Zarifah Sis (JB)
7. Hazwani Sis (JB)

dan Fasi 11 orang fasi Ikhwah :
1. Anas Fadhli Shahrudin (JB)
2. Muhammad Mudzakir (JB)
3. Mohamad Fadhli (BP)
4. Jamil Nagoor (JB)
5. Anas Adam (BP)
6. Mohd. Shahfizan (BP)
7. Mohamad Nizam (JB)
8. Abd Rashid (BP)
9. Abdullah Amin (JB)
10. 'Ammar Taqiyuddin (JB)
11. Mohammad Ahnaf (JB)

Gabungan mantap dari batu pahat memudahkan kerja² kami.. Perjalanan program seawal jam 9am yang dirasmikan oleh Guru kaunseling Sek Men Dato’ Bentara Luar, dan kemudiannya diambil alih oleh Abu Nuha. Slot Knowing Me, Knowing U dihandle oleh akh Farhan dan Abu Nuha. Pasangan yang mantap, menceriakan lagi sesi tersebut.

Jam 2pm, Abu Nuha berhasrat utk membuat slot “in-Team”… Program lancar macam biasa.. Biasalah Presiden KRJ yang handle… =) Semua boleh..

Slot Riadhah akhawat, Dapat respond yang amat baik dari adik2.. tul tak Nazifah, Shakirah, Anisah, Zarifah, Nazirah.. Riadhah ikhwah, main kejar2.. Yang dihandle oleh semua fasi ikhwah.. Seronok gak jadi di alam kanak2 yek!

Penghayatan mlm… Nie part best... Briefing yang disampaikan oleh Pak Im.. And semua ikhwah seronok nak pegang macam² “jawatan” ada nak jadi pemukul, ada nak azan, mayat (Anas, hehe..) Nizam, pembaca yasin dan yang lain² laaa… Thanks semua bagi commitment yang baik.

Malam tue, kami semua buat keputusan nak tido jer kat sekolah tue… Untuk kemudahan, walaupun Kak Fida dah tempah “hotel” (tadika n nurseri Iman)… Masing² lena dibuai mimpi, sebab masing² dah penat.

Slot pagi, Hijrah.. Yang diketuai oleh Pak Im, dan dibantu adik² fasi. Mulanya diisi dengan games, Ahnaf dan Ammar, lepas tue Ana dan Anas. Slot Hijrah, Amin, yang nampaknya bawa yang terbaik… Katanya ingin beri yang terbaik dan terbaik… Jamal dah ke depan… Hehe… Ana pun
try yang termampu… Masing² try the best untuk slot tue. Bagus pas nie semua org boleh gerak. Tul tak Pak Im dan Abu Nuha?

Slot parent dihandle oleh Abu Nuha dan makcik Ita. Kemudian adik² dibawa berjumpa dengan ibubapa mereka.. Yang ana perasan laa, cuma ada sorang je parent adik sayang (lelaki) yang datang.. (betul ker???)

Program habis jam 12.30pm.. Lepas tue masing² bergambar. Sori semua, gambar tak dapat lagi dr kawan ana, Balqis.. Nanti ana usahakan.. Thanks a lot pada makcik Ita, Makcik Hafsah, Pakcik Masiri dan Pakcik Amin. Kerna sudi belanja kami makan.

Dalam perjalanan balik sempat la, singgah kampung Abu Nuha… Then balik ke JB… Alhamdulillah..

Sekian.
*P/S: maaf atas kelewatan...
Wassalam.

Disediakan oleh:
Kak Hazwani
-- Posted dalam Mailing List Pewaris KRj Johor --

SURE - SUkan REmaja 2009!!!