Monday, July 24, 2006

Kejohanan Futsal KRJ

Bandar Seri Alam, Johor Bahru 16.07.2006 Ahad,

Kejohanan Futsal KRJ dengan kerjasama Kelab Rakan Industri JIM JB (KRI) telah pun berjalan dengan jayanya pada hari semalam.

Perlawanan telah pun bermula pada jam 9.20 pagi dan berkahir kira-kira jam 12.10 tengahari.



Kejohanan ini merupakan satu aktiviti khas untuk remaja yang kebanyakannya merupakan mereka yang pernah bersama KRJ dalam program rakan masjid dan KENDIRI .

Walaupun ada sedikit insiden semasa satu perlawanan, namun ianya tidak mematahkan semangat pemain dan penganjur untuk meneruskan kejohanan dan menganjurkan lagi kejohanan ini pada masa akan datang. Setidak-tidaknya ianya merupakan pengalaman berharga buat kami dalam menangani remaja pada masa akan datang. .Insya-Allah kejohanan seperti akan diadakan setiap tahun berdasarkan sambutan diluar dugaan dan amat menggalakkan dari semua pihak.

Jazakallah kepada pihak pengurusan KRJ dan KRI kerana memberikan sokongan dalam merialisasikan aktiviti seperti ini bagi memantapkan lagi semangat ukhuwah dalam membina sebuah generasi muda yang sihat dan cergas.

Perlawanan–perlawanan yang telah berjalan adalah:
(1) Kejohanan Futsal KRJ yang di sertai 6 pasukan iaitu
Tmn Megah Ria A & B, Tmn Bukit Kempas, Tmn Universiti, Tmn Putri Kulai dan Tmn Daya.
(2) Perlawanan Futsal Persahabatan antara KRI dan Kempas (Terdiri dari lepasan program KEMWI).

Keputusan Liga FUTSAL Piala KRJ:

JOHAN: Tmn Bukit Kempas
N.Johan: Tmn Daya
Ke-3: Tmn Megah Ria A
Ke-4: Tmn Megah Ria B




Keputusan Perlawanan FUTSAL Persahabatan:

KRI vs Kempas (Berkesudahan 6-5)

Alhamdulillah, syabas kepada semua pemain dan semua mereka yang hadir untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.
Harap semua dapat ambil bahagian.




Sekian, MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!