Tuesday, December 30, 2008

Solat Hajat dan Munajat untuk Palestine




Selasa ,30/12/2008 -Sumber-sumber perubatan Palestin di Gaza melaporkan petang Isnin lalu, empat rakyat Palestin, termasuk seorang pemimpin Al Quds Brigades, sayap bersenjata Islam Jihad, telah terbunuh dalam satu serangan udara Israel di Khan Younis, di selatan Semenanjung Gaza. Jumlah maut terkini di Gaza adalah 345, manakala lebih daripada 1650 telah tercedera."

Note: sumber : http://www.imemc.org/




Solat Hajat dan Munajat untuk Palestin



Tempat: Masjid Jamik Tan Sri Ainuddin Wahid,

Taman Universiti, Skudai

Masa: 8. 15 malam, 31 Disember 2008




Jadual: 8.15 malam Isya 8.30 Solat hajat

9.00 -10.30 Ceramah Palestin

4.00 pagi (1 januari 2009) Qiam dan Munajat untuk Palestin




Semua di Jemput Hadir








اللَّهُمَّ إِنَّ بِإِخْوانِنا الْمَنْكُوبِينَ فِي غَزَّةَ مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَعْلَمُهُ إِلاَّ أَنْتَ، وَإِنَّ بِنا مِنَ الوَهَنِ وَالتَّقْصِيرِ مَا لاَ يَخْفَى عَلَيْكَ، إِلَهَنا إِلَى مَنْ نَشْتَكِي وَأَنْتَ الكَرِيمُ القَادِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَنْصِرُ وَأَنْتَ المَوْلَى النَّاصِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَغِيثُ وَأَنْتَ المَوْلَى القَاهِر،




Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya) ?


اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَفاتِيحُ الفَرَجِ فَرِّجْ عَنْ إِخْوانِنا وَاكْشِفْ


ما بِهِمْ مِنْ غٌمَّةٍ.



Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu.


اللَّهُمَّ يا عَزِيزُ يا جَبَّارُ يا قَاهِرُ يا قَادِرُ يا مُهَيْمِنُ يا مَنْ لاَ يُعْجِزُه شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّماءِ، أَنْزِلْ رِجْزَكَ وَعَذَابَك عَلَى اليَهُودِ الصَّهَايِنَةِ وَمَنْ يُعِينُهُمْ عَلَى الْمُسْلِمِينَ.



Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam.


اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَقَالِيدُ الأُمُورِ، يا مَنْ يُغَيِّرُ وَلاَ يَتَغَيَّرُ قَدْ اشْتاقَتْ أُنْفُسُنا إِلَى عِزَّةِ الإِسْلاَمِ، فَنَسْأَلُكَ نَصْراً تُعِزُّ بِهِ الإِسْلاَمَ وَأَهْلَهُ وَتٌذِلُّ بِهِ البَاطِلَ وَأَهْلَهُ.



Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya.






PMR 2008: Tahniah...Tahniah

Warga KRJ Johor ingin mengucapkan tahniah kepada adik-adik atas kejayaan dalam keputusan PMR ...moga kejayaan dapat membuahkan kejayaan yang lebih besar dikemudian hari demi memajukan umat Islam.
KRJ Johor juga ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1430, moga tahun baru lebih baik dari tahun lepas dengan semangat dan azam baru

Monday, December 15, 2008

X-REK 2008: Selamat Berjuang

Khamis 18 November: Alhamdulillah 17 orang peserta X-REK (Ekspedisi Remaja Kental) yang mewakili Johor telah pun tiba di Kemanan. Trip 1 bertolak jam 9 dari Larkin dan trip 2 bertolak dari Sri Putri jam 11 pagi tadi (lewat 1jam !). Mereka akan bermalam di SRI Al-Amin Kemaman malam ini.

Mari sama-sama kita doakan juga semoga usaha kita dan adik2 peserta X-REK untuk ditarbiah dalam projek PRODUCE ni diberkati Allah. Semoga X-REK menjadi 'Langkah Bermula' bagi mereka. Moga mereka selamat juga dalam perjalanan pulang nanti.

X-REK ialah program pertama PRODUCE (Program Dua Tahun Cemerlang) anjuran JKPRB JIM Pusat. X-REK akan berlangsung di Cheneh Recreation Resort dari 19-21 Disember 2008.

Klik sini untuk Gambar

Klik sini untuk Laporan Nadia



Friday, December 12, 2008

5R: Ciri-ciri Remaja Muslim

Kita JELAS bila FAHAM
dan orang-orang yang mendalam dalam pengetahuan berkata, "kami percaya kepadanya (Al-Quran) ; semuanya dari sisi Tuhan kami", dan tiada yang mengingatinya, kecuali orang-orang yang berakal (Ali Imran: 7)


Kita diRAHMATi bila berAMAL

sesungguhnya Allah SWT tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu
(hadis riwayat Muslim)





Kita diHORMATi bila BerMENAFAAT

abda rasulullah s.a.w : "sebaik-baik manusia adalah yang paling bermenafaat bagi manusia yang lain" (hadis riwayat Jabir)





Kita MAJU bila berINOVASI

dan (Nabi yaakub)berkata, "wahai anak-anakku, janganlah masuk dari satu pintu gerbang; masuklah dari pintu-pintu yang berlainan, Namun begitu, aku tidak berguna kepada kamu sedikitpun terhadap Allah; keputusannya hanyalah bagi Allah. Kepada-Nya aku bertawakkal, dan kepada-Nya hendaklah semua mempercayakan (Yusuf: 67)



Kita MANTAP bila berPASUKAN

" dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yang lain"(at-Taubah: 71)

dipetik dari 'ole-ole Pimpinan Remaja dan Belia JKPRB JIM Pusat'
5 ciri-ciri Remaja Muslim Kontemporari dan Progresif

Thursday, December 11, 2008

Tahniah Abang Yeop dan kak Yong

Seluruh warga KRJJ mengucapkan tahniah kepada Abang Yeop (Umayr) dan Kak Yong (Muhaini) kerana kelahiran baby mereka Mus'ab bin Umayr pada jam 7.02 malam 10 Disember.




nak tengok lagi gambor baby derang kat sini

Tuesday, December 09, 2008

Program remaja Cuti Sekolah (lagi...)

iklan dari Kelab Kanak-Kanak JIM
1. Kursus Komputer (Teknik Membuat blog)
Remaja : Kanak- Kanak 10-2 tahun dan Remaja 13 - 17 tahun
Tarikh: 21Dis 08 (AHAD
Masa: 9pg-1ptg
Tempat: Makmal komputer P02-106 Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM
Bayaran: RM5

2. Kursus Komputer:
( Teknik Menggunakan Facebook dan Friendster )
Remaja : 13 - 17 tahun
Tarikh :21 Dis 08 (AHAD)
Masa : 2.00 PTG - 5.00 PTG
Tempat: Makmal komputer P02-106 Fakulti Kejuruteraan Elektrik, UTM
Bayaran: RM5Tempat adalah terhad kepada 40 orang sahaja.
Bahan Kursus dan minuman disediakan. Maklumat lanjut/pendaftaran, hubungi:
Saudara Salleh 019-7566164 atau Saudara Abdullah 019-7107185
Program : KEMBARA MAHARANI
(Lawatan Sambil Belajar Ke Muar )

Anjuran :Kelab Kanak-Kanak JIM Johor Bahru
(dengan kerjasama JIM Daerah Muar dan Kelab Aulad JIM Muar)
Tarikh : 24 - 25 Disember 2008
Hari : Rabu dan Khamis
Yuran : RM 75(Yuran termasuk kos pengangkutan, makanan, penginapan dan aktiviti)
Aktiviti –aktiviti menarik :
...Program Bersama Ahli-ahli Kelab Aulad JIM Muar...’River Cruise’ …MUDIK SUNGAI MUAR...Berkayak dan berakit...Lawatan ke perusahaan makanan ringan, tanaman cendawan dan lain-lain

Daftar segera sebelum 16 Disember 2008!
*Tempat adalah terhad
Terbuka Kepada Semua Ahli Kelab Kanak-Kanak JIM JB
Pertanyaan hubungi:Puan Norliza ( 019-7712512/07-5216613)

Sunday, December 07, 2008

Program Remaja Cuti Sekolah (Siri 2- 4)

siri seterusnya untuk remaja darjah 6 - tingkatan 5


Siri 2: 17 Disember
Mari Memasak dan Futsal
...nak belajar masak spaghetti, fruit punch, muffin, chocolate cake?apple pie? custard...hmmm seronoknye...


Siri 3: 24 Disember
Swimming


Siri 4: 31 Disember
Lawatan ke Rumah Orang Tua


hubungi kak nursakinah 013-3561853 atau nantikan pengumuman seterusnya

Tuesday, December 02, 2008

Iklan: Program Bersama Dr Hishamuddin

SEMBANG-SEMBANG BERSAMA
DR. HISHAMUDDIN ALHAM


"Mengimbau Nikmat Allah"

Tarikh: 3 DISEMBER 2008
Waktu: 5 PETANG
Tempat: PEJABAT JIM JOHOR
Penyertaan: SEMUA ANAK-ANAK REMAJA (12-17 TAHUN)

Jom pakat datang ramai-ramai dan ajak kawan-kawan
Anjuran Bersama:KELAB REMAJA JIM JOHOR DAN JIM JB

Maklumat lanjut hubungi:SAKINAH NOR KHAIR (013 3561853)
Nantikan program seterusnya...Nak tahu program apa? Jom datang program ni dulu...

SURE - SUkan REmaja 2009!!!