Wednesday, May 27, 2009

Remajaku,Kembalilah..

oleh Roha Hassan

Nampaknya, tidak perlu kita bicarakan tentang keperluan dan kepentingan persoalan jati diri remaja. Semua pihak telah memperkatakannya. Sama ada individu atau organisasi, semua pihak sering mempersoalkan keadaan remaja hari ini.

Di dada akhbar atau di skrin TV, kisah kebejatan sosial dalam kalangan remaja sering dipertontonkan kepada umum dalam pelbagai gaya, rupa dan warna. Masing-masing menggelengkan kepala dan meluahkan kerisauan, kekecewaan, kemarahan dan tidak kurang juga yang bersedih melihat apa yang dilakukan oleh generasi Y.

Namun apa pun jua perasaan yang menyelubungi kita, kita masih tetap memiliki tanggungjawab yang hakiki dalam mengembalikan generasi hari ini kepada generasi yang cemerlang di dunia dan akhirat. Ini disebabkan generasi remaja dan belia hari ini adalah generasi pemimpin masa hadapan. Baca seterusnya...klik sini

Kempen ABJZ...Anda Bijak Jauhi Zina


Kempen ABJZ merupakan satu usaha dalam menyantuni masyarakat ke arah pembinaan individu yang Soleh wa Musleh. Oleh itu, dalam usaha menjadi agen merubah masyarakat, blog ini menjadi medium maya yang menyediakan maklumat semasa berkenaan kempen ABJZ bagi menyuntik kesedaran sivik di dalam masyarakat ke arah melahirkan ummat yang berpaksikan Islam selari dengan motto kempen iaitu Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.
Sila klik di sini untuk pengenalan kempen dan maklumat lanjut.

Sunday, May 24, 2009

Paintball!: Tahniah semuanya..



Tempat: Paintball Zone..dekat-dekat Taman Impian Emas
Masa: 3.30petang - 5.30 petang
Tarikh: Sabtu, 23 Mei
Perkongsian yang mungkin mencetuskan satu lagi bidang sukan yang patut kita ceburi, PAINTBALL!!!!
Pada 23 Mei lepas, KRJ Johor bersama team pewaris berjaya mengadakan Perlawanan Paintball di Paintball Zone, Impian Emas. Seramai 27 orang tentera (20 lelaki, 7 perempuan) telah bertempur dan memang team otai tak boleh dikalahkan…champion la kirakan…Terimakasih juga pada Pak Long, Kak Fidah dan kak Amira yang bergegas dari program ABJZ di Segamat untuk bersama kami walaupun hanya datang menyokong dan makan..huhu
Selama ni tak sempat pun nak berprogram bersama team pewaris, nak ta’aruf dan sebagainya ... kali ni alhamdulillah dapat juga berkumpul dan beriadah walaupun tak semua, apa pun memang seronok dan puas.

Sedikit gambar-gambar untuk dikongsi bersama







lepas ni reramai pergi futsal esok, KBM, bla-bla, ...sesi TOT ABJZ Ahad malam..
nak tengok gambar lain klik kat bawah ni

Pelancaran KRJ Daerah Pasir Gudang

Majlis Pelancaran KRJ Daerah Pasir Gudang
Tempat: SMK Permas Jaya 3 (SMK PJ3)
Masa : 9.00-10.30 malam
Tarikh: Khamis, 21 Mei 2009

oleh Insyirah Mokri

Tahniah buat adik-adik SMK Permas Jaya 3 yang telah berhasil mewujudkan team KRJ Pasir Gudang. Alhamdulillah..tercapai juga KPI yang telah diamanahkan bagi KRJ Johor untuk memenuhi bilangan remaja dalam kepimpinan. Majlis Pelancaran dihadiri oleh barisan jawatankuasa KRJ Pasir Gudang, guru-guru SMK PJ3, barisan JIM PG (Pak Long, Abang Azan, Abang Faizal & Mak Lang), team KRJ Johor (Pak IM, Kak Fidah, Kak Gee, Kak Faridah dan diri sendiri) juga tak lupa adik-adik dari SMK Taman Daya 1.

Majlis yang ringkas diserikan dengan ucapan wakil pelajar, ucapan wakil JIM PG, tayangan montaj, penyerahan wang sumbangan (lawatan ke Terengganu) dan apa lagi kalau tak makan-makan...dan sesi bergambar.

Terima kasih atas usaha tak terhingga buat guru-guru SMKPJ3, Cikgu Idayati, Cikgu Wahyu, Ustaz Nasir dan lain-lain atas usaha menggerakkan usrah remaja di sekolah tersebut dan Johor telah memutuskan untuk menjadikan SMKPJ3 sebagai 'pilot project' bagi usaha mewujudkan usrah remaja di sekolah-sekolah harian biasa.

Sekali lagi TAHNIAH dan selamat bertolak buat adik-adik SMK PJ3 yang akan ke Terengganu 30-31 Mei ini, diharap KRJ Terengganu nantikan mereka di sana, insyaAllah.

Sedikit detik-detik yang sempat dirakam…(lagi gambar-gambar akan menyusul kemudian)







Ucapan oleh Pak Long (YDP JIM PG) Ucapan adik Faiz Ismail(Pengerusi KRJ PG)Penyerahan sumbangan dari KRJ Johor khas buat adik-adik SMKPJ3 Adik-adik SMKTD bersama cikgu mereka (Mak Lang)

Sebahagian hadirin yang sempat dirakam..kelihatan abang Azan dan abang Faizal dari JIM PG





Sesi akhir..

Wednesday, May 20, 2009

Jom Paintball!



Tuesday, May 19, 2009

Jom main Futsal Ahad ni...


JIMJB akan menganjurkan ...

PERTANDINGAN FUTSAL JIMJB

Tempat : Padang Futsal Taman Pulai Utama

Tarikh : 24 Mei 2009 (Ahad)

Masa : 8.30pg hingga 1.00 ptg


Syarat-syarat penyertaan :
1. Setiap lokaliti boleh menghantar lebih dari satu pasukan
2. Setiap pasukan terdiri dari 5 pemain dan 3 simpanan
3. Setiap pasukan MESTI terdiri dari pemain berumur 18 tahun ke atas.
4. Setiap pasukan MESTI melibatkan 2 orang pemain yang berumur 30-40 tahun, dan seorang 40 tahun ke atas

Pertanyaan Boleh Hubungi:
1. Luqman Mohamed Makki 019-6605253 ( luqman_makki@yahoo.com )
2. Md Nor Azan Said 012-755 7440 ( azan_dunia@yahoo.com.my )
3. Zakri Tarmidi 013-711 0180 ( mzakri.tarmidi@gmail.com )

Sunday, May 17, 2009

Selamat Hari Guru



Album : Nur Insani
Munsyid : Inteam
http://liriknasyid.com

Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya ALLAH piliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati,
Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan

LAGU:INTEAM,Cikgu Hasnol dan Nada Syahdu
Lirik :INTEAM dan Halim Libya

Mus'ab anak Abang Yeop masuk wad


Salam.

Doanya Mus'ab Bin Umayr Saifurrahman (5 bulan) yang kini berada di Hospital Sultanah Aminah, JB ( Blok B Tingkat 2 ) sakit pneumonia cepat sembuh. Mus'ab masuk wad 15/5/09 ( malam ) Doanya juga Yeop & Kak Yong tabah menghadapi ujian ini dan segala urusan keluarga ini dipermudahkanNYA. sebelah (gambar Mus'ab sebulan lepas di SMTJB)

tadi dpt sms dari Sarah , ibu Ammar ( anak Ustaz Iswan, SMIH ) yang berada di ICU HSA , blok yg sama dengan Mus'ab dan sakit yang sama. Menurut Sarah, perkembangan Ammar semakin baik dan dah boleh bernafas tanpa bantuan mesin, namun masih lagi di ICU. Doakan Ammar cepat sembuh.

sekian
kak fida

Friday, May 15, 2009

jadual ABJZ terkini

Jadual ABJZ

16 Mei SMK Dato' Ali , Pontian
16 Mei SMK Dato Abdul Rahman Andak, Simpang Renggam , Kluang
20 Mei SMK Tmn Daya , JB
23 Mei SMK Batu Anam , Segamat
6 Jun Pusat kesihatan rengit
27 Jun SMK Chaah, Segamat - Pakej 29 jam
11 Julai SMK (P) Temenggung Ibrahim,

Tuesday, May 12, 2009

Gambar2 program SMR...












Tahniah kepada pihak penganjur dan semua peserta
Annuur:21. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mengikuti langkah-langkah syaitan, kerana sesiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, sesungguhnya ia menyuruh pada kesumbangan dan mungkar. Sekiranya tidak kerana pemberian Allah kepada kamu dan pengasihan-Nya, tentu tiada seorang pun antara kamu yang menjadi suci selama-lamanya; tetapi Allah menyucikan siapa yang Dia mengkehendaki; dan Allah Mendengar, Mengetahui.





Monday, May 11, 2009

Iklan: Kursus Menghasilkan Videoklip KBM


Nama Program : Kursus Menghasilkan Videoklip KBM
Objektif: memantapkan team media KBM (KRJ dan KBJ)
Tenaga Pengajar: Zailani Mohd Said (Pak Imam)
Tarikh: Sabtu 16 Mei
Masa 9 pagi hingga 5 petang
Tempat: Pejabat JIM Skudai
Bayaran: RM 15 sahaja
Software digunakan: Ulead 11
Pendaftaran : hubungi sdri Norhairani 019 7560980

Kalender KRJ dari Mei hingga Ogos

Kalender Mei - Ogos, confirmation dan details menyusul kemudian

Mei
10 Mei Meeting Pengurusan , 2.30 petang
16 Mei Kursus menghasilkan Video KBM (oleh Pak Imam)
17 Mei Sukan Wanita JIM
21 Mei Majlis Pelancaran KRJ Pasir Gudang di SMK PJ3 , 8 malam
23 Mei Paintball Pewaris (2.00 petang, to be confirmed)
24 Mei Futsal JIMJ (PIC: Lokman, Zakri, SalmanH, to be confirmed)
30 -31 Mei KBM SMK Sri Lalang, Kluang 200 orang (T1-T5)


Jun

6,7,8: Jaulah KRJ/ Perkasa(JIM)
11-13: Program Cuti Sekolah :Taman Desa Jaya

17 - STARP: program 3 jam (160 Orang)-lom confirm
20,21: KBM 2 SMTJB
27,28 - Reserve KBI SMK PJ3

Julai
4,5 - KBM SMK Mount Austin
11-12 - KBM Sri Perhentian, Pontian (120orang:T3,5,6)
18-19 - KBM MRSM Pontian
25-26 -

Ogos
1,2 - KBM STARP
8,9 - 3R
15,16 - 3R

Sept
5-6 3R SMK PJ3, SMTJB

(nota program ABJZ: 16 Mei SMK Dato’ Ali ( Pelajar Lelaki ) 200orang 22 Mei SMK Tmn Daya 100 orang 23 Mei Pelancaran ABJZ Daerah Kluang 20 Jun SMK Chaah, Segamat )


Wednesday, May 06, 2009

Program 8 Mei pulak...

PROGRAM DISKUSI WANITA JIM JB
TARIKH : 8 MEI 2009
HARI : JUMAAT
MASA : 9.00 MALAM
TEMPAT : Pejabat JIM Johor, No 31 A, Jalan Harmoni 12, Taman Desa Skudai
TAJUK : PANADOL @ BANADOL ( KENALI UBAT ANDA )
PENCERAMAH :AHLI FARMASI DARI JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR

( pameran ada juga disediakan )
ANJURAN : Wanita JIM JB


Semua ahli wanita JIM / rakan JIM/ anak remaja perempuan & Jiran-jiran di jemput untuk hadir ke program ini. Kita beli ubat sebab kita nak sihat, tapi tanpa sedar kita tertipu dengan pelbagai ubat CIPLAK yang semakin banyak di pasaran. Panadol pun yang sangat mudah didapati di mana-mana kedai tu belum tentu ianya ASLI. Daripada nak sihat jadi bertambah parah pula akhirnya.

JOM ! KITA JADI PENGGUNA YANG BIJAK & PRIHATIN.
kerjasama anda semua memanjangkan hebahan ini sangat2 kami hargai. Terima kasih

Sunday, May 03, 2009

Tahniah adik-adik SMIH..

klik imej diatas utk berita /imej lebih terang
tahniah semua pendebat muda harapan negara! membawa nama sekolah ke taman ilmu dan budi!

bahasa melayu : . ili syazwani . nur liyana . ilham . abdullah zubayr . nadiyah syahira . muhd hanif . anas kb . nur raihana .
english : huzaifah . nadiah farhana . nurul qarirah . daeng lokman . nur tasnim . nur dalila . amnah . nur athirah .

Program best 9 mei ini...

SEMINAR KEMASYARAKATAN
" SYAITANISME: MERASUK REMAJA"

TARIKH : 9 MEI 2009
MASA : 8.00am- 2.00pm

TEMPAT : PUSAT ISLAM, JOHOR BAHRU

PENCERAMAH
1.Ustaz Rifqi Mydin
2.Ustazah Fazidah binti Mohd Yusof
3.Ustaz Abdul Rahim Sahalan

ARTIS JEMPUTAN : MIRWANA


ANJURAN :

ROAD2JAWA3 (R2J3)
PIBG Sekolah Menengah Islam Hidayah(SMIH)
ALUMNI SMIH (PALS)

Tiada Bayaran Dikenakan
details klik disini

SURE - SUkan REmaja 2009!!!