Sunday, May 24, 2009

Pelancaran KRJ Daerah Pasir Gudang

Majlis Pelancaran KRJ Daerah Pasir Gudang
Tempat: SMK Permas Jaya 3 (SMK PJ3)
Masa : 9.00-10.30 malam
Tarikh: Khamis, 21 Mei 2009

oleh Insyirah Mokri

Tahniah buat adik-adik SMK Permas Jaya 3 yang telah berhasil mewujudkan team KRJ Pasir Gudang. Alhamdulillah..tercapai juga KPI yang telah diamanahkan bagi KRJ Johor untuk memenuhi bilangan remaja dalam kepimpinan. Majlis Pelancaran dihadiri oleh barisan jawatankuasa KRJ Pasir Gudang, guru-guru SMK PJ3, barisan JIM PG (Pak Long, Abang Azan, Abang Faizal & Mak Lang), team KRJ Johor (Pak IM, Kak Fidah, Kak Gee, Kak Faridah dan diri sendiri) juga tak lupa adik-adik dari SMK Taman Daya 1.

Majlis yang ringkas diserikan dengan ucapan wakil pelajar, ucapan wakil JIM PG, tayangan montaj, penyerahan wang sumbangan (lawatan ke Terengganu) dan apa lagi kalau tak makan-makan...dan sesi bergambar.

Terima kasih atas usaha tak terhingga buat guru-guru SMKPJ3, Cikgu Idayati, Cikgu Wahyu, Ustaz Nasir dan lain-lain atas usaha menggerakkan usrah remaja di sekolah tersebut dan Johor telah memutuskan untuk menjadikan SMKPJ3 sebagai 'pilot project' bagi usaha mewujudkan usrah remaja di sekolah-sekolah harian biasa.

Sekali lagi TAHNIAH dan selamat bertolak buat adik-adik SMK PJ3 yang akan ke Terengganu 30-31 Mei ini, diharap KRJ Terengganu nantikan mereka di sana, insyaAllah.

Sedikit detik-detik yang sempat dirakam…(lagi gambar-gambar akan menyusul kemudian)







Ucapan oleh Pak Long (YDP JIM PG) Ucapan adik Faiz Ismail(Pengerusi KRJ PG)Penyerahan sumbangan dari KRJ Johor khas buat adik-adik SMKPJ3 Adik-adik SMKTD bersama cikgu mereka (Mak Lang)

Sebahagian hadirin yang sempat dirakam..kelihatan abang Azan dan abang Faizal dari JIM PG





Sesi akhir..

1 comment:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!