Monday, July 10, 2006

Program di Muar

Assalamu'alaikum.

Sekadar satu perkongsian pgm yg di jalankan hujung minggu yang lalu. Laporan di tulis oleh Pak Lang ( Akhi Mokri )

Tahniah kepada JIM Muar.........

kerana telah berjaya mengadakan program KEM PERMATA UPSR untuk lebih kurang 100 orang pelajar tahun 5 dan 6 di SK Paya Redan, Pagoh.

Dalam kesibukan YDP Muar, Cikgu Dolah serta orang kanannya Akh Abdul Manaf bersama fasilitator yang merupakan anak didik KEM PERMATA yang terdahulu seramai 5 orang telah mengendalikan program ini dengan jayanya... JIM Muar turut mengendalikan program bersama orang asli di kaki Gunong Ledang dengan ziarah dari rombongan ikhwah / akhawat dari PJ. Dikhabarkan keluarga org asli tersebut tinggal di satu perkampungan dan telah memeluk islam, ada surau..... tetapi dimaklumkam kini dan ramai yang tidak tahu mengucap kalimah syahadah..... jadi usaha ini merupakan siri siri usaha yang dijalankan secara berkala oleh JIM Muar menyantuni semula keluarga orang asli ini untuk kembali kepada Islam.

Di SK Paya Redan, ana bersama akh Masiri dari Batu Pahat sempat bersama membantu mereka dalam bidang masing masing..... bagi memantapkan program tersebut.. alhamdulillah semua berjalan lancar seperti program program KRJ yang lain...

Keistimewaan JIM Muar seperti biasa berupaya memberi penerangan kepada ibu bapa serta guru yang hadir pengenalan kepada JIM, termasuk edaran brochure JIM... dan dalam sesi penutup ana telah mengambil kesempatan menayangkan video clip isu palestin serta short update tentang keadaan Palestin sekarang serta pentingnya kita memberi sumbangan walaupun sedikit...... paling tidak dapat diterangkan akan tanggung jawab kita dan nampaknya selepas penerangan ada yang sedang berpakat pakat untuk buat kutipan dan serahkan kepada JIM .... dan barangkali rangsangan yg diterima masa sesi ibu bapa insyaAllah membina kepercayaan mereka kepada JIM yang juga telah menjadi ahli Al Quds Institution.

Apa pun tahniah JIM Muar - 3 program serentak ... santuni orang asli, motivasi dan palestin.



Sememangnya KRJj selalu menayangkan gambar gambar serta aksi peserta selalunya sesi pagi Ahad.... tapi kali ini tayangan tayangan ini cukup memberi kesan berbanding dengan program program dulu....

Petang tu bila ana, anak ana Abdullah Munzir (jadi Mat labtop) dan akh Masiri (sengaja ana ajak utk cari bahan video utk sekolah rendah) tiba jam 5.30 petang terus join program di atas padang.... sempatlah ambil video dan gambar mereka.... untuk makluman program ni sebenarnya mula sekitar jam 3 ptg... bukan bermula pagi...

Kemudian malam nya berjaya juga akh Masiri ambil video video yang menarik... kalau sekolah rendah ni ana tak kisah sangat lampu dibuka.... so senanglah akh Masiri ambil video...

Puas hati juga kami kerana sebelum mula program pagi tu dua video clip telah disediakan satu latarbelakang nasyid akrab persahatan dan satu lagu nasyid baru diberi nafas baru bernama "anak soleh" dari album terbaru aeman..... (album baru ni nasyid ayah)....

Apa lagi pagi tu bagai nak pecah classroom depa tengok video plus nasyid akrab tu.... dan masa sesi ibu bapa mmg ana mulakan penyampaian tunjuk suasana ceria anak-anak dengan video clip akrab dan paling akhir video clip anak soleh tu.... so nampaklah dari gelak ketawa tengok anak dan titisan air mata menanti ketibaan anak mereka......... Tahniah akh masiri yg semakin profesional ambil video.... mengalahkan berita harian.... semua main close up sampai air mata menitis dan mengalir pun nampak dengan jelas. Tahniah juga kepad aakh Masiri yang telah menyediakan satu video clip .... Kasih Ibu kasih Ayah ... gambar video sekolah semerah....... dan antum tahu apa yang berlaku kat Semerah dulu kan....

Di Paya Redan, satu peristiwa yg cukup menyentuh hati ana ialah apabila tengok seorang pelajar perempuan, comel aje darjah 5.... memang diperhatikan asyik menangis teresak esak... semasa sedang beratur untuk bersalam dengan gurunya pada malam tu ana sempat tanya dia....

s: Macam mana semua ... esok mak dtg tak.... suruh mak dtg ye..

j: Emak tak datang....

s: pasal apa mak tak datang...

j: emak kat kl... kerja kat KL.

s: kerja apa kat KL

j: guru TASKA

s; Ayah tak datang ke

j: Mak dan ayah dah cerai..... (masa ni terpampan dibuat nya bila mendengar kata ini... )

s: nama siapa ... pak lang nak tahu

j: Yasmin

s: habis sekarang ni Yasmin tinggal dgn siapa

j: dengan atuk

s: mak selalu balik tak...

j: ada... sebulan sekali..

s: ayah

j: dah lama tak jumpa

s: bila last sekali jumpa ayah

j: semasa umur saya empat tahun.........


(waduh pilunya hati mendengar cerita itu)...
Semasa sesi ibu bapa..... ana tetap memerhatikan Yasmin..... biasalah bila mereka masuk dewan tu dah ramai yg meleleh air mata..... bila ana melepaskan mereka bertemu ibu ayah ana terus melihat di mana Yasmin.... ana melihat nya terjengkek-jengkek meninggikan diri nya, melihat ke sana dan sini, meninjau ninjau.... melihat ibu dan ayah yg datang... air matanya meleleh deras sekali..... pergh (pastinya atuk nya tak datang ni...... )... ana terus memandang keluar dewan menahan air mata ni... kena pulak fasi perempuan memang tak ada langsung..... jadi ana terus melalui pembesar suara minta guru naik kepentas... meraikan mereka di atas termasuk Yasmin.... (ana rasa antum boleh bayangkan ..... pak utih jgn melalak ya....:-) ).... Akhirnya ana minta saja ibu bapa yg hadir pilih dan ambillah anak anak kat depan tu bawa duduk kat depa..... Yasmin diambil oleh seorang ibu yg juga kawan rapat anak nye.... ana perhatikan Yasmin begitu manja sekali.... dia duduk atas riba siibu tu.... menangis teresak esak.... entah berapa kali dia cium si Yasmin tuhan saja yg tahu.....

Yasmin.... moga engkau tabah menerima ujian hidup ini.... itulah ungkapan terakhir
ana dengan Yasmin ....

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!