-Oleh Dr. Danial Zainal Abidin
Sempena program ’Cinta dan Sukses’, anjuran bersama Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Johor dan Team R2J2 Persatuan Alumni SMIH pada 17 Mei 2008 di Pusat Islam Iskandar Johor Bahru, Johor.
Pada zaman Nabi Musa golongan muda banyak memainkan peranan untuk membela kebenaran. Dalam surah Yunus ayat 83 Allah berfirman, ” Tidak beriman kepada Musa melainkan golongan muda dari kaumnya dalam keadaan takut bahawa Firaun dan pemuka-pemuka kaumnya akan menyeksa mereka”
Pada zaman nabi golongan muda diberikan kepercayaan. Sebagai contoh, pada tahun ke-10 Hijrah, baginda mengarahkan agar umat Islam bersiap sedia untuk menghadapi Rom. Untuk tujuan itu satu pasukan tentera disiapkan dipimpin oleh seorang anak muda bernama Usamah bin Zaid bin Harithah. Beliau ketika itu berumur antara 18-20 tahun.
Sahabat Abdullah ibn Abbas dilahirkan tiga tahun sebelum hijrah dan ketika nabi wafat, beliau berumur tiga belas tahun. Beliau amat mahir dalam bidang tafsir Al-Quran sehingga beliau diberikan gelaran Turjuman Al-Quran atau Penterjemah Al-Quran.
Formula I.S.L.A.M itu adalah:
I LMU
S IKAP
L EDAK
A GAMA
M AHIR
SIKAP
Menekankan kepentingan sikap untuk cemerlang. Antara yang akan ditekankan ialah:
Ikhlas.
Sabar dan cekal.
Rajin dan tawakkal.
Konsisten.
Tawaddu’.
Penyantun.
Tolong-menolong.
Berlapang dada.
Dalam surah Fussilat ayat 33 Allah berfirman, ”Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada mereka yang menyeru manusia ke jalan Allah serta beramal soleh seraya berkata, Aku dari kalangan orang-orang Muslim.” Berhubung dengan ayat ini, As-Syeikh Said Hawa dalam al-Asas fit Tafsir berkata, ” Termasuk dalam golongan ini semua penyeru dan pendakwah di jalan Allah... Dan Imam Ibnu Kathir berkata, ’Orang yang tidak mengerjakan yang makruf tidak termasuk dalam golongan yang mengajak kepada makruf dan tidak termasuk dalam golongan mereka yang mencegah kemungkaran mereka yang melakukan kemungkaran’.”
Mengabaikan dakwah mempunyai risikonya yang tersendiri. Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, Nabi bersabda, ”Demi Allah hendaklah kamu mengajak kepada makruf dan hendaklah kamu mencegah kemungkaran dan jika ini tidak dilakukan akan datanglah kepadamu balasan berbentuk seksaan daripada Allah dalam masa yang terdekat dan ketika itu kamu semua akan berdoa sedangkan Allah tidak akan mengabulkan doa-doa kamu.”Imam Tirmizi berkata, hadis ini bertaraf hasan.
Autentik
Akidah
Amal Salih
Awlawiyat
Amanah
Akhlak
MAHIR
Antara kemahiran yang diperlukan ialah dalam IQ, PQ, EQ dan SQ. IQ berkaitan dengan kepintaran untuk berfikir secara logik serta menguasai bahasa. PQ berkaitan dengan kesihatan fizikal. EQ berkaitan dengan kepintaran emosi dan SQ berkaitan dengan kekuatan spiritual.
No comments:
Post a Comment