Wednesday, March 29, 2006

SMK Bandar Maharani...Luahan Peserta


Luahan Peserta I

Saya bersyukur kerana program ini menjadikan diri saya …bermotivasi tinggi. Signifikannya ‘Meniti Angin Malam’ mempengaruhi perasaan saya terhadap ibu bapa yang dicintai. Program yang bertunjangkan kepada pembangunan rohani dan infrastuktur sikap yang luhur amat sesuai untuk diri saya.

Pogram ini sangat berkesan dan memberi pengajaran yang banyak dalam meniti kehidupan. Fasilitator banyak memberi tunjuk ajar dan sumbangan dalam aktiviti yang disediakan.

Saya Mohd Fadzil bin Esa menyatakan program ini memang berkesan kepada diri dan rohani saya. Program ini memang best among the best.

Luahan Peserta 2

Rasa terharu kerana ahli KRJ sanggup bersama peserta tak kira siang atau malam

Bersyukur kepada Allah kerana dapat bertemu dengan KRJ. Inilah salah satu impian saya

Merasakan seperti adik beradik dan ayah ibu semasa program ini dijalankan…. iaitu abang dan kakak fasilitator dan Pak Lang, Pak De, Abu Nuha, Pak Im, Pak Long.


Luahan Peserta 3

Program ini sangat bagus untuk semua pelajar, tidak mengira peringkat umur.Ia melahirkan, membina dan mewujudkan sifat berani dan keyakinan diri.

Saya paling suka program penghayatan malam.Ia menyentuh sungguh perasaan saya. Rasanya itulah program yang paling membuatkan saya mengalirkan airmata yang deras, seterusnya membuat saya insaf dan bertaubat.

Saya akan melakukan sesuatu yang membuatkan orang lain kagum kepada saya dengan mendapat 9A dalam PMR ( pelajar terbaik).Saya hendakkan kejayaan dunia dan akhirat


Untuk Fasilitator dan KRJ

…Fasilitor semua baik-baik. Lepastu, cantik-cantik dan hensem. Kiranya tak pernah jumpa team yang best macam kakak-kakak dan abang –abang

…best giler, fasilitator best-best, aktiviti menarik, saya rase seronok dapat mengikuti program ini

…saya rasa gembira kerana ditemukan dengan kakak fasilitator yang memberi bimbingan. Terima kasih KRJ!

…memenag best giler. Kitaorang mmg enjoy dengan program yang dibuat. Melalui program ini banyak benda yang dapat saya ketahui.Kalau boleh buat lagi…

…saya berasa bangga kerana kedatangan KRJ datang memberi saya semangat ketika diri ini begitu kerapuhan dalam mencari keyakinan saya sendiri. Dengan izinNya kini saya lebih bersemangat dan amat bersyukur kerana adanya insan-insan yang saya sayangi disisi.

…terima kasih KRJ kerana saya rasa motivasi inilah yang paling banyak memberi kesan dalam diri saya daripada motivasi-motivasi yang lain

…saya bersyukur kepada Allah kerana dapat mengikuti program ini. Saya juga bersyukur kerana ahli JIM telalu sangat ‘sporting’

…fasilitator memang (ya Allah) buat kitaorang sayang kat diorang walaupun tak kenal, tak boleh nak terlalu sayang kat semua fasi dan penceramah sbb nanti bila taksub sangat sbb diorang best tak boleh nak lupa dan nak ikut diaorang

…tahniah to Abang Syahir,Abg Ikram, Abg Saif,Kak Rai,Kak Nis,KakUzun dan semua fasi. Happy birthday abang Syahir !

…Aiman tak kisah…Best Gile, fasilitator Best-best. Kalau boleh datang lagi ye kat SMKBM. Jangan Lupa SMK Bandar Maharani…!

1 comment:

Ayu Zan said...

gambar kawan2 sekolah~

SURE - SUkan REmaja 2009!!!