Monday, November 16, 2009

LAPORAN SURE 2009

SURE KRJ 2009 Melabuhkan Tirai
Oleh Mohammad Zakri Tarmidi

Johor Bahru, 15 November – Sukan Remaja (SURE) Zon Selatan 2009, yang dianjurkan oleh Kelab Remaja JIM (KRJ) Johor, telah melabuhkan tirainya pada petang hari ini dengan berjayanya. Sukan yang julung-julung kali diadakan oleh pihak KRJ Johor untuk Zon Selatan, yang meliputi Negeri Johor dan Melaka ini, telah berlangsung di Kelab Kilat TNB Pasir Gudang, bermula jam 8 pagi, sehinggalah ke jam 5 petang.

Program yang dirasmikan oleh Yang DIpertua Daerah Pasir Gudang, Tuan Hj Aminuddin Alias, atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Long dikalangan remaja, telah berjaya menghimpunkan seramai lebih kurang 250 orang peserta dari serata Negeri Johor, meliputi Daerah Johor Bahru, Pasir Gudang, Pontian, Kulaijaya, Batu Pahat, dan Kluang. Menurut pengarah program, Salman Hishamuddin, walaupun tiada penyertaan dari Negeri Melaka, yang juga merupakan kawasan Zon Selatan, ianya tetap meriah dengan kontijen yang bersemangat untuk mengeratkan silaturrahim, disamping memperlihatkan skill dalam sukan yang digemari.

Sebanyak 15 acara telah dipertandingkan, antaranya Bola Sepak Padang 5 sebelah tanpa penjaga gol, badminton, bola jaring, sukan rakyat dan sebagainya.

Program yang dirangka untuk mengeratkan silaturrahim antara remaja di Zon Selatan ini, memberikan kesan yang besar kepada peserta, kerana peserta telah diajak bersama untuk solat Zuhur berjemaah di atas padang, sebagai teladan kepada pelajar, agar tidak meninggalkan solat, atas sebab-sebab yang remeh.


Diharapkan dengan program Sukan seperti ini, dapat memberikan impak positif kepada remaja, untuk menjaga kesihatan diri, disamping tidak meninggalkan suruhan agama Islam.





No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!