Tuesday, July 21, 2009

Tazkirah sempena Isra' Mikraj

...dipetik dari buletin REMAJA bil.2 terbitan KRJ Johor (2007) oleh Pak Uteh

Allahuma bariklana fi rajab wa syaaban Wa balighna Ramadhan.Ya Allah berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban dan temukan kami Ramadhan.
Assalamualaikum wbt anak-anak Kasih dan Sayang! Marilah kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan kita kesihatan serta peribadi yang sentiasa soleh dan solehah. Ameen.


Pernahkah anak-anak terfikir bahwa kejadian kita ini cukup istimewa! Manusia dijadikan oleh Allah swt dalam bentuk yang amat sempurna. Apakah kesempurnaan dan istimewanya manusia ini?


Dalam peristiwa Israk dan Mikraj* Rasulullah saw, baginda telah melalui perjalanan yang amat istimewa. Dalam waktu yang seketika dari Masjidil Haram di Makkah Rasulullah saw sampai ke Masjidil Aqsa di Syam menaikki Buraq yang mana kisahnya di abadikan dalam Surah Al Israa: 1.



”Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Peristiwa ini telah mengangkat manusia kepada darjat yang amat tinggi sehingga di muliakan Allah swt kepada Rasulullah saw untuk mengimamkan solat para rasul di Masjdil Aqsa. SubhanAllah!


Anak-anak yang dikasihi dan disayangi..Nabi kita Muhammad saw adalah seorang hamba yang amat mulia! Ia amat mengasihi dan menyayangi umatnya. Sehingga akhir kewafatan baginda masih mengingati umatnya dan memohon kepada Allah swt agar perit dan sakit cabutan nyawa itu biarlah dirasai baginda dan tidak kepada umatnya.


Inilah kasih dan sayangnya Rasulullah saw kepada kita! Bukan itu saja, kita sebagai umatnya mendapat keutamaan oleh Allah swt daripada umat nabi-nabi yang terdahulu. Oleh itu marilah kita bersama-sama meneruskan berselawat kepada Baginda Nabi Muhamad saw. Jom anak-anak marilah dan teruskan berselawat kepada Baginda. Semoga kerahmatan Allah swt bersama-sama kita.


Salam sayang dan kasih daripada Pak Uteh


*Isra adalah perjalanan malam hari , sedangkan mikraj adalah perjalan naik ke atas.

1 comment:

Unknown said...

allahummasolli'alamuhammad.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!