Friday, July 31, 2009

Alfatihah buat adik Syafiq..

Dukacita dimaklumkan yang anak Pak Uteh , Syafiq bin Mohd Hisham Jaafar, baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir tadi di Hospital. Khabranya beliau (Syafiq) memberitahu jururawat bahawa beliau hendak tidur, dan seterusnya rebah, dan kembali ke rahmatuLlah.

Dijadualkan, setelah selesai urusan di Rumah Mayat, jenazah akan dibawa terus ke Masjid Taman Putri, Kulai, untuk disolatkan, insya Allah, dijangka sampai di sana sebelum waktu Asar. Jenazah akan dikebumikan hari ini juga di Tanah Perkuburan Kulai di Jalan Kulai Ayer Hitam, bersebelahan Pasar Raya Tesco.

Moga Allah beri kekuatan kepada Pak Uteh sekeluarga. Moga Allah menempatkan arwah bersama hambaNya yang dikasihi dan diredhai.. insya'Allah pasti kita semua akan menyusul suatu hari nanti..

Terkini 3.20 ptg.. Jenazah sedang dimandikan
3.48 Van Jenazah berangkat dari HSA
4.20 Tiba di Masjid Kulai
6.00 Jenazah selamat disemadikan

2 comments:

Unknown said...

takziah.semoga ketabahan untuk pak uteh sekeluarga.

6 KUNING said...

takziah bt keluarga pak uteh..semoga arwah tenang di sana.AMIN..setiap yang bernyawa akan pergi kepadaNya juga pada suatu hari..

SURE - SUkan REmaja 2009!!!