"Ya Allah! Berkati kami pada bulan Rejab dan Syaaban,dan sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan"
Ini adalah doa pengharapan agar kita akan diberkati oleh Allah selama dalam bulan Rejab dan Syaaban, mulai hari ini. Ia juga adalah permintaan bagi kita untuk menemui dan bertemu bulan suci Ramadhan. Apakah ada mukmin yang tidak mahu merebut kesempatan keemasan ini?
Bulan Rejab dan Syaaban adalah masa terbaik untuk mula membuat persiapan jiwa dan mental
bagi berhadapan dengan bulan Ramadhan. Antara yang boleh dilakukan adalah:
Mula puasa Isnin dan Khamis.
Bersyukur kerana Allah melanjutkan usia dan dan berdoa agar Allah izinkan bertemu Ramadhan sekali lagi
Banyakkan membaca dan mendengar Al-Quran.
Cuba untuk mendapatkan khusyuk ketika solat.
Tilawah Al-Quran dan cuba mengkhatamkannya minima sekali sebelum Ramadhan.
Membaca atau mendengar ceramah dari kaset berkenaan Allah, Syurga dan nikmatnya, Zikrullah, Taubat dan sebagainya.
Berazam untuk meninggalkan beberapa tabiat buruk seperti merokok, mengumpat, mengeluarkan kata-kata kesat, membazir dan sebagainya.
Berfikir tentang kejadian makhluk Allah.
Muhasabah diri tentang pencapaian amalan di bulan Ramadhan tahun lepas.
Doa semoga Allah bantu supaya kita thabat dalam melakukan ketaatan
Mengajak suami/isteri serta anak-anak beramal dan mengingatkan mengenai kedatangan Ramadhan
1 comment:
Semoga Ramadhan tahun ini dapat kita jalani dengan maksimal. Amiin
Post a Comment