Friday, December 28, 2007

Wahai Remaja...Di manakah Anda Pada Malam Tahun Baru nanti?

Tahun baru 2008 akan di sambut 3 hari lagi... pastinya ramai yang menunggu-nunggu dan berpusu-pusu ke tempat keramaian untuk menyambutnya...dengan pertunjukan bunga api, persembahan kebudayaan dan hiburan dan lain-lain, semuanya untuk menyambut tahun baru. Persoalannya di manakah anda ketika itu?


1. Di KLCC...bersama pasangan anda?
2. Di Danga Bay...bersama rakan-rakan anda?
3. Di rumah...bersama keluarga anda?
4. Di panggung wayang...bersama pasangan anda menonton filem terbaru?

Dimanapun anda berada ketika itu...sepatutnya peristiwa sepanjang 2007 berikut akan menginsafkan kita...sekadar menamakan beberapa contoh:


1. Kejadian gempa yang tak putus-putus reda dan tsunami dinegara jiran Indonesia
2. Banjir besar yang menimpa negara...pada awal tahun sehingga mengesani lebih ratusan ribu penduduk dan ratusan kampung dan terbaru di pantai timur yang mengesani puluhan ribu penduduk
3. Pelbagai lagi peristiwa duka yang menimpa umat Islam serata dunia sepanjang zaman


Seharusnya kita sebagai remaja Muslim mampu memilih aktiviti yang bersesuaian dengan peribadi seorang muslim dan menjadikan malam tahun baru ini sebagai masa menghisab diri.


اغتنم خمسا قبل خمس حياتك قبل موتك، وصحتك قبل سقمك، وفراغك قبل شغلك، وشبابك قبل هرمك وغناك قبل فقرك


Rebutlah lima perkara sebelum [datang] lima perkara: Hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum sebelum masa sibukmu, masa mudamu sebelum masa tuamu dan masa kayamu sebelum faqirmu.
(Hadis Riwayat Imam Ahmad didalam Musnadnya dari Ibn Abbas)


Rasulullah SAW bersabda, ''Orang yang cerdas adalah orang yang pandai menghisab dirinya di dunia dan beramal untuk kehidupan setelah mati sedangkan orang yang bodoh adalah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan hanya suka berharap kepada Allah tanpa melakukan apa-apa.'' (Hadis Riwayat Tirmidzi).

''Hisablah diri kamu sekalian sebelum dihisab oleh Allah. Dan berhias dirilah (dengan amal) untuk menghadapi ujian terbesar. Sesungguhnya, penghisaban di hari kiamat itu hanya akan terasa ringan bagi orang yang terbiasa menghisab dirinya di dunia.'' ( Umar al Khattab)

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!