Wednesday, December 19, 2007

X-Rek J 2007 Best!!

(gambar di atas adalah peserta, pengendali dan fasilitator X-Rek J Team B)

Tiada coretan dari team KRJ kali ini...hanya komen peserta yang mampu kami laporkan.. Selamat Hari Raya Aidiladha...Terimakasih semua pengendali, fasilitator dan peserta termasuk yang mendoakan... Anda memang Remaja Kental Luarbiasa!

Pengisian rohani yang banyak


  • Fasi yang baik hati, sangat bertauliah, mesra, best, sporting .

  • KELAB REMAJA JIM Marvellous 100000x

  • XREK Johor 2007 best sangat

  • Buat 2 kali setahun

  • Program lain daripada yang lain

  • Macam tak nak tinggalkan program ini

  • Program DERU(satu slot program X-Rek)adalah satu program yang bagus dan harus didedahkan kepada para remaja...Menginsafkan

  • Pihak penganjur mengambil berat tentang peserta.

  • Saya harap KRJ dapat berkembang di negeri saya Melaka, macam KRJ Johor

  • Seperti mana yang saya tahu, KRJ ni memang best giler, bapak saya sendiri ahli KRJ , saya mula berasa cemburu apabila beliau menceritakan tentang program yang diadakan seperti X-rek ni.., Objektif tercapai

  • Program dijalankan dengan sangat terpatut dan patut di iklankan di TV

  • Terkejut bila sampai di Johor terus diprogramkan macam tu

  • Ini adalah aktiviti yang paling mencabar yang pernah saya ikuti dan memberi kesan dalam hidup saya.

  • Overall program memang menyerlah jauh dari yang biasa. Program yang hebat... Syabas KRJ.

  • Alhamdulillah dapat ilmu baru yag akan membetulkan adab, pemikiran dan gaya hidup saya.

  • Jemputlah buat program di SMIH JB, kami ternanti-nantikan KRJ

  • Ketepatan waktu yang ditetapkan memeng menguji iman ..hu,.hu..hu..

  • Lagu tema menaikan semangat peserta.

  • Hadiah bestt..

  • Sampai-sampai dah penat, rasa macam tak larat nak teruskan. Tapi kuatkan semangat juga sebab Kak Fida dah motivate kita orang. Selalu panggil kasih & sayang tapi kali ni panggil sister & brothers...he. he

  • Moga KRJ terus bergerak melangkah menyerlah jauh dari yang biasa. Moga amal di terima. Tercatat rapi di Luh Mahfuz. Menjadi pembekal meniti sirat, Menjadi peneman memasuki syurga .

2 comments:

Anonymous said...

saya daripada bekas pelajar jawahir al-ulum senggarang meminta lagu yg krj berikan kpd pelajar jawahir bleh berikan kpd saya lagu menyerlah jauh dari yg biasa

Anonymous said...

dah slalu pegi prgrm krj but this x-rek j 2007 is the best!!!!
new idea, new sentuhan yg btl2 t'sentuh, new prgrm n fasi2 yg mantop (bace care ust zamri kt mari mengaji)

SURE - SUkan REmaja 2009!!!