Monday, June 08, 2009

The Soccer Kids~

بسم الله الرحمن الرحيم



Saya sangat suka memberikan satu analogi yang telah saya dengari daripada seorang tokoh yang cukup terkenal dalam dunia motivasi iaitu Dr. Danial Zainal Abidin berkaitan dengan bola sepak. Izinkan saya bercerita sedikit.

Al-kisah :

Satu hari, ada beberapa orang budak-budak kampung sedang bersiap sedia untuk bermain bola. Setiap petang budak-budak ini akan bermain bola bersama-sama di padang umum kampung mereka. Sedang mereka sedang gembira jalan bersama-sama menuju ke padang tersebut, mereka menjadi terperanjat kerana padang bola tersebut sedang dalam proses baik pulih. Gol di cabut dan padang dikuarantin oleh pihak berkuasa kerana ingin mencantikkan padang tersebut.

Bila melihat keadaan tersebut, kecewa lah budak-budak ini. Nak buat macam mana, padang dalam renovation, so tak dapat la budak-budak ini bermain. Kemudian, mereka berjalan pulang. Dalam perjalanan pulang, salah seorang daripada budak-budak ini terlihat satu area lapang yang cukup besar untuk bermain bola. Lantas dia memberikan cadangan kepada kawan-kawannya yang lain untuk bermain.

Pada mulanya, mereka macam agak bingung. Ye lah, nak bermain macam mana kalau tiada gol dan garisan out. So, dengan kebijaksanaan kawan mereka yang seorang ini, dia mencadangkan untuk menggunakan selipar sebagai golnya dan untuk game kali ini, tak payah main out. Yang penting team yang banyak gol menang.

So, kembali ceria lah budak-budak yang lain kerana dapat juga bermain bola petang tu. So, sebelum bermain, mereka telah mensettingkan gelanggan mereka. Gol diukur dengan baik supaya kedua-dua belah gol lebih kurang sama jaraknya antara satu selipar dengan yang lain. Kemudian strategi susunan pemain dirangka dan diposisikan. Penjaga gol, defender, wing dan juga striker semua dalam posisi. Tak lama kemudian, mereka mula bermain.

Selang masa berlalu, mereka bermain dengan sangat seronok dan bersemangat. Masing-masing memberikan kerjasama yang cukup mantap untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang, terdapat juga pemain yang jatuh dan luka, tapi oleh kerana mindset hendak menjaringkan gol punya pasal, sakit yang sedikit diketepikan.

Akhirnya, permainan tamat. Tiada yang menang atau yang kalah sekalipun banyak gol yang berjaya budak-budak ini jaringkan. Ye lah, mereka bermain hanya untuk seronok-seronok dan untuk beriadhah la juga kot.

-Tamat-

Pernah atau tidak kita terfikir, kenapa kadang-kadang dalam kehidupan kita ini, terasa macam susah je nak lalui? Bahkan, ada kala tu, kita macam tak tahu nak buat apa and apa yang kita nak capai dalam kehidupan kita ini. Ada juga yang hidup kaya raya, senang, berkemampuan, tapi terasa juga kosong dalam jiwa mereka seolah-olah masih ada sesuatu yang besar, yang belum juga mereka berjaya capai. Kenapa ya?

Muhasabah kisah :

1. GOAL SETTING

Sebagai seorang muslim, Allah telah sebutkan tentang hakikat kejadian manusia ini.
"Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [Az-Zariyat, 51 : 56]
Matlamat pertama kejadian kita adalah untuk meng'abdikan diri pada Allah. Jangan jumudkan pemikiran bahawa ibadah itu hanya pada ketika solat, puasa, zakat dan haji. Itu hanyalah antara ibadah-ibadah khusus, yang mana ibadah umum adalah merangkumi semua perbuatan kita in an everyday life seperti makan, minum, tidur, berkerja, study, bercucuk tanam, berblogging dan sebagainya selagi mana ia tidak melanggar syara' dan diniatkan kerana Allah, maka insya Allah ia akan dianggap sebagai satu ibadah.

Bahkan matlamat kita yang kedua adalah untuk menjadi khalifah Allah di bumi ini. Seperti firmannya:
"Dan (ingatlah) ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat,' Aku ingin menjadikan khalifah di bumi.' " [Al-Baqarah , 2 : 30]
Kita diberi tanggungjawab untuk memakmurkan 'Alam ini dengan kalimat "laa ilaha illallah". Juga membawa "kesejahteraan" kepada seluruh pelosok bumi ini supaya setiap makhluk kembali seperti fitrah mereka.

2. STRATEGY & POSITIONING SETTING

In an everyday life, kita semua memerlukan perancangan awal untuk mencapai setiap matlamat kita. Andainya perancangan tidak dibuat, maka ia akan menyukarkan bahkan memustahilkan kita untuk mencapai matlamat kita. Bagaiman dengan perancangan yang rapi akan memudahkan gerak kerja kita. Tapi ada kalanya, perancangan kita pasti tidak akan mengikut kehendak kita. Tapi itulah lumrahnya perancangan. Kita merancang, Allah juga merancang tapi Allah lah sebaik-baik perancang [3:54] dan setiap apa yang Allah berikan, pasti ada hikmahnya untuk kita.

3. ACTION!!

Kemudian, setelah membuat perancangan, kita perlu bertindak. Nak bertindak macam mana? Kalau dalam kisah di atas, budak-budak kampung ini bermain dengan bersungguh-sungguh untuk menjaringkan "GOAL" walaupun ada yang cedera, maka dalam kehidupan kita juga perlu begitu. Berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat kita. Ya, kadang kala, ada sahaja halangan yang datang, tapi halangan itu sepatutnya tidak menggugatkan semangat kita untuk mencapai matlamat kita. Kalau sekadar luka-luka kecil itu pun sudah membuatkan kita jadi lemah semangat, ini bermakna matlamat kita masih belum jelas.

Cuba bayangkan kalau budak-budak kampung tersebut tidak bersemangat untuk bermain, sudah tentu mereka tidak akan dapat menjaringkan "GOAL" kemudian, peluang untuk mereka KALAH akan lebih terbuka. Adakah kita nak "KALAH" dalam kehidupan kita ini? Cukup kah sekadar kita "BERMAIN" sahaja tapi tidak berjaya untuk jaringkan "GOAL"? Sesudah game itu tamat, adakah kita akan "PUAS" dan "GEMBIRA" dengan usaha kita?

4. WORK TOGETHER GUYS!!

Dan yang terakhir sekali daripada soccer kampung tersebut adalah TEAMWORK. Sememangnya dalam kehidupan kita ini, kita tak akan mampu untuk berkerja sendirian. Kita memerlukan bantuan daripada orang-orang lain. Tidak kira in any situation. Cuba bayngkan kalau lah dalam permainan budak-budak kampung tersebut, hanya ada seorang keeper sahaja, atau hanya ada wing, atau defender sahaja atau pun hanya ada striker sahaja. Mesti mereka akan menjadi sangat penat sebab kena cover satu area yang sangat luas serta susah untuk mereka menjaringkan "GOAL".

Selain daripada itu, bila kita berkerja dalam satu pasukan, akan wujud satu suasana ingat-mengingati antara satu sama lain. Kalau defender itu terlalu tinggi sangat bermain, maka seorang akan panggil dia untuk turun semula dan kembali kepada posisinya. Bila suasana ini ada, ia akan membantu meneguhkan defend sekali gus menyukarkan pihak lawan untuk menerobos pertahanan.

Bukankah dalam kehidupan kita ini, kita memerlukan teguran untuk membina dan membaiki diri?
"Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian kecuali mereka yang saling ingat-mengingati akan kebenaran dan saling ingat-mengingati akan kesabaran." [Al-'Asr, 103 : 1-3]
Secara kesimpulannya, banyak sebenarnya perkara dalam kehidupan ini yang Allah ciptakan untuk kita berfikir. Berfikir tentang kekuasaan-Nya, keagungan-Nya dan juga rahmatnya. Bahkan, bila mana kita berfikir tentang kejadian Allah, kita mengharapkan ia mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal." [Al-'Imran, 3 : 190]
Wallahu'alam.

Originated from ~Ku Seorang Pengembara~

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!