Kisah :
Melihat keadaan ini, si A menjadi gementar dan takut. Tanpa berlengah, si A menelefon ambulans dan polis untuk memberitahukan keadaan.
Tak lama kemudian, si A dipanggil oleh mahkamah untuk memberikan keterangan sebagai satu-satunya saksi yang menyaksikan kejadian itu. Sebagai seorang yang menyaksikan kejadian, si A berusaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu kepada hakim dan para juri tentang keadaan sebenar yang berlaku seperti mana apa yang dilihatnya. Bagi si A, dia inginkan si B ditahan atas kesalahan yang dilakukan dan memberikan keadilan kepada si C yang teranaiya.
Dengan bukti dan penjelasan yang jelas daripada si A, tak lama kemudian, si B berjaya di tangkap dan diadili. Dia juga dihukum atas kesalahannya.
-Tamat-
Itu adalah keadaan si A. Dia menjadi saksi kepada suatu kejadian. Bagaimana pula dengan kita? Kita yang menjadi saksi kepada suatu kebenaran? Suatu kebenaran yang hakiki yang disampaikan kepada kita melalui sebuah Kitab yang tiada keraguan padanya. Juga melalui seorang Rasul yang begitu tinggi pekertinya.
Bila mana kita mengatakan,
"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."
Apakah tindakan kita? Adakah kita bertindak seperti si A? Berusaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu kepada ummat tentang kebenaran yang kita saksikan ini? Atau kita sekadar menyembunyikan kebenaran ini? dan membiarkan ummat ini dengan segala kebatilan yang mereka fikir benar.
Kalau kita menyembunyikan kebenaran, maka ingatlah firman Allah SWT :
"Dan siapakah yang lebih zhalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" [2:140]Adakah kita ingin menjadi orang-orang yang paling zhalim seperti yang Allah sebutkan dalam ayat di atas?
Tidak, dan sudah tentu tidak yang setegas-tegasnya. Kita ingin menjadi insan yang mulia. Kita ingin menjadi insan yang Allah muliakan kerana kebenaran yang kita miliki. Kita ingin Allah angkat derajat kita setinggi-tingginya dan menempatkan kita bersama-sama dengan para rasul dan syuhada' di syurga Allah nanti. Kita inginkan kebenaran tersemai dalam hati kita. Bagaimana?
Untuk itu, perlulah kita setting dalam diri, bahawa setiap kebenaran yang berjaya kita miliki dengan izin Allah, kita berhasrat nak kongsikan dengan sesiapa sahaja agar mereka juga turut memiliki dan mengerti kebenaran sepertimana yang kita miliki ini.
Firman Allah :
"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (ummat Islam) "ummat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." [2:143]Rasulluah SAW bersabda :
"Sampaikanlah daripadaku walau pun sepotong ayat."Moga dengan kebenaran yang kita sampaikan akan menghasilkan kepada kemusnahan kebatilan [17:81] yang merosakkan akhlak dan menyongsangkan fitrah manusia. Moga suatu hari nanti, dunia ini akan kembali bersinar dengan cahaya Islam yang tersebar luas ke setiap pelosok bumi ini atas kesedaran kita untuk berkongsikan kebenaran yang hakiki ini.
Wallahu'alam.
--
'Asim 'Abdullah bin Ainullotfi
Bach. of Science (Remote Sensing)
University of Technology, Malaysia
Skudai.
No comments:
Post a Comment