Monday, July 13, 2009

KBM SSP: Pesawat KRJ 110709 selamat mendarat

Ahad,12 Julai – Alhamdulillah, KBM Remaja siri 08/2009 selamat disempurnakan . Peserta ialah seramai 133 orang pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 SMK Seri Perhentian, Pontian (SSP).

Terimakasih diucapkan kepada pengetua SSP, Puan Hajjah Farida Mashur dan seluruh warga pendidik SSP atas kerjasama dan kepercayaan yang diberikan kepada KRJ. Program ini ialah kali ke –2 diadakan di SSP. Pada sesi penutup yang tamat pada jam 1.00 tengahari semalam, lebih kurang 70% ibubapa peserta telah hadir dan sebanyak RM506 telah dikutip untuk tabung Palestin

Tahniah dan terimakasih kepada para pengendali dan fasilitator. Tenaga KRJ kali ini adalah seramai 24 orang, termasuk 9 orang fasilitator baru. Terimakasih kepada saudara Hafiz Hamid (JKPRB) sebagai pengendali utama (sesi In-Team dan MAM), Pak Im (MKMS), saudara Umayr, Ammar Salleh , Amin Mokri dan Ammar Shahrin (KMKY, Hijrah dan KSIA). Terimakasih kepada orang Pontian, Cikgu Syahriah , Cikgu Khalid dan rakan-rakannya yang turut hadir membantu.

Tahniah kepada semua peserta ‘kasih’ dan ‘sayang’! Pengalaman selama 29 jam bersama kalian amat berharga buat kami. Syukur kepadMu ya Allah kerana memberikan kami kekuatan dalam KBM SSP. Ampunkanlah dosa kami, dan terimalah amal kami. Aminn..

Abang Bai dan Yeop

kakak Fasi


Abang Fasi

Abang A-A

Antara gambar2 di slot KMKY


Ewah2...lama jugak ka nak buat ni..apa2pun tahniah











4 comments:

Unknown said...

waa.ada lagi.

Balqish said...

ni skola sy laa.
selepas ni, buat yg lagi hebat.
pasti ramai yg akn terlibat.
tahniah!!!!

http://cintabertasbihhatibersabda.blogspot.com

Abdullah Munir said...

~dh sambung belajar~melepas~

yaya said...

peSawat kRj meNdarAt di sq0laku...
beSt sgt2!!!
tAhniah c0z wt kAmi epPy...

SURE - SUkan REmaja 2009!!!