Sunday, July 19, 2009

Aku Ingin Berbakti !!

"Ini baktiku Untuk Palestina!!" [jerit Si Kecil dalam tangisannya]


Aku ingin berbakti kepada Allah,
kerana Dialah yang telah memberi nikmat kehidupan Iman dan Islam.

Aku ingin berbakti kepada Rasulullah,
kerana bagindalah yang telah membawa risalah ini kepada umat manusia.

Aku ingin berbakti kepada ibu bapaku,
kerana mereka telah memperkenalkan kepadaku Islam.

Aku ingin berbakti kepada guru-guruku,
kerana merekalah yang telah mendidik aku mengenal kehidupan.

Aku ingin berbakti kepada teman-temanku,
kerana mereka telah memberi erti kebersamaan.

Aku ingin berbakti kepada SEMUA,
kerana telah menjadikan hidup ini bererti..

11/4/09-11.12pm
Tronoh

1 comment:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!