Thursday, July 31, 2008

KBM MRSM Pontian

Laporan KBM MRSM Pontian
Oleh Kak Ika

Pada 19 dan 20 Julai 2008 yang lepas, team- team KRJ beraksi lagi!! Meneruskan perjuangan di MRSM pontian. Kali ini team KRJ yang diketuai oleh Pak Uteh dan dibantu krew-krew yang terdiri daripada 7 fasi lelaki yang hensem dan sporting dan 12 orang fasi perempuan yang comel dan sopan-santun belaka. Jumlah peserta MRSM pontian yang mengikuti penerbangan bersama krew-krew KRJ pula adalah seramai 132 orang; iaitu 84 orang pelajar perempuan dipanggil Kasih dan 48 orang pelajar lelaki yang dipanggil Sayang.


Pada hari pertama slot dimulakan dengan “ Knowing Me Knowing You” yang bertempat di Bilik Seminar. Penerbangan yang memperkenalkan Pak uteh sebagai ketua pilot dan Kak Ani (Kak Laptop) sebagai Co-Pilot serta memperkenalkan para Pramugara (Abu Nuha, Abang Kay, Abang Amin, Abang Ammar, Abang Anas A, Abang Anas R, Abang Asyraf, Abang Afiff) dan Pramugari (Kak Yatie bersama Assistant kecilnya Fathiya, Kak Ani, Kak Ainnur, Kak ‘Abidah, Kak Umi, Kak Della, Kak Nad, Kak Najlaa, Kak Zulaikha, Kak Ha dan Kak Ika). Suasana menjadi semakin ceria dengan aksi-aksi spontan oleh Abang Amin dan Abang Ammar ditambah dengan aksi Army-Yell daripada para peserta. Kreatif dan Menarik!! Gud job guys.


Slot seterusnya ialah slot In-Team yang dikendalikan oleh Abu Nuha. Suasana bilik seminar menjadi syahdu seketika. Mata sudah mula berkaca-kaca. Akhirnya air mata gugur jua. Dalam suasana yang penuh syahdu adik-adik kasih dan sayang saling mendoakan kejayaan antara satu sama lain. Sebak dan sayu!! Itulah yang dapat digambarkan apabila ramai yang tampil ke hadapan untuk memohon maaf dan saling memberi sokongan untuk kejayaan bersama. Segala masalah akhirnya terurai. Semoga ukhwah pelajar tingkatan lima MRSM pontian semakin kukuh dan mereka mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Amin…. Ukhwah fillah Abadan abada. insyaAllah. Teruskan perjuangan adik-adik!

Program diteruskan pada sebelah malamnya, Slot Meniti Angin Malam yang dikendalikan oleh Pak Uteh dan Abang Anas A dan dibantu oleh semua krew yang lain. Slot yang paling mencabar dan menguji emosi! Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Tiada masalah dilaporkan.


Hari kedua, Slot Hijrah. Adik-adik kasih dan sayang dikumpulkan di Surau Nur Hidayah di bawah kelolaan Pak Im, Abang Amin, Abang Ammar dan Kak ‘Abidah. mereka diberi galakan dan dorongan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.


Sesungguhnya mereka (belia-belia ) yang beriman kepada Tuhan mereka, lalu kami ( ALLAH ) tambahkan kepada mereka petunjuk, ( Al-Khafi 18:13)

Lebih kurang 90 ibu bapa telah hadir untuk sama-sama menjayakan slot Meniti Kasih Menuai Sayang yang dikelola oleh Pak Uteh di bilik seminar. Kemuncak program ini adalah apabila adik-adik kasih dan sayang diserahkan kepada ibubapa yang hadir. Kesedihan menyelubungi bilik seminar. Air mata tidak mampu dibendung lagi. Sebak dan mengharukan!!

Semoga Keindahan Bersama Mu di MRSM Pontian berjaya menjadi titik tolak penghijrahan dan kecemerlangan adik-adik di sana.

2 comments:

Anonymous said...

terima kasih krj atas program yg sudah dilancarkan ..doakan kejayaan kami plajar2 mRSm Pontian dan semOga kami menjadi anak yg sOleh dan sOlehah..amin

Anonymous said...

sy ucapkn terima kasih ats program yg telah dilaksanakn..terima kasih juga kerana telah mengajar kami tntg khidupan ini..terutama pak uteh,pak im dan fc yg laen..
doakn kjayaan kami semua plajar mrsm pontian di dlm spm kami..
doakn kami mjndi muslim dan muslimah yg berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat..amin...

-eman n is-

SURE - SUkan REmaja 2009!!!