Tuesday, July 15, 2008

KBM SMK Skudai Dalam Kenangan

Laporan KBM SMKS
oleh Kak Abyd

"Seronok, sedih, seram, menakutkan, dan semuanya..MACAM- MACAM ADA!", begitulah komen yang diterima KRJ dari peserta SMKS.

AlhamduliLlah, tanggal 12 dan 13 Julai menyaksikan krew KRJ beraksi dalam Keindahan BersamaMu (KBM) di SMK Skudai, Sri Skudai, Johor. Kali ini, krew KRJ yang terlibat secara langsung ialah Pak Tam, Pak Im, Pak Uteh, Pak Anjang, Abu Nuha, Kak Yatie, Kak Im (Kak Laptop), Abang Ammar, Abang Amin, Abang Anas A, Abang Anas R, Abang Mubin, Abang Ghazi, Abang Asyraf, Abang Danial, Kak Sarah Sahrel, Kak 'Abidah, Kak Syahidah, Kak Ainnur, Kak Sarah Qistina, Kak Farhah, Kak Wanie, Kak Anis dan Kak Seri. Bilangan peserta KBM SMKS kali ini adalah 203 (81 lelaki, 122 perempuan).

Kehadiran adik-adik dihangatkan dengan gelak ketawa dan gembira ceria dengan Slot Knowing Me Knowing You yang dikendalikan oleh gandingan pasangan kembar tak seiras (bak kata peserta) iaitu Abang Amin dan Abang Ammar. Gamat suasana dewan pada pagi itu dek keletah pengendali dan peserta. Adik-adik SMKS berjaya mempersembah Army Yell yang menarik dan memikat hati. Tahniah SMKS!

Seterusnya, Slot InTeam dikendalikan oleh otai yang tak asing lagi iaitu Pak Uteh. Ramai adik-adik kasih dan sayang yang menjadi cair dengan sentuhan hati dan lisan Pak Uteh.

Adik-adik Kasih dan Sayang kemudiannya direhatkan dengan aktiviti riadhah di padang sekolah dan dataran perhimpunan. Antara aktiviti yang dimainkan adalah 'Banjir, Ribut dan Musang', 'Kahwin, Cerai, Rujuk', dan lain-lain.

Selesai mengerjakan solat Maghrib dan 'Isya' berjemaah serta membaca al-Ma'thurat, adik-adik disajikan dengan slot Meniti Angin Malam. Meniti Angin Malam 1 dikelola penuh oleh Pak Uteh dengan bantuan Kak Laptop. Di sini, peserta dan krew diuji dengan beberapa insiden yang menginsafkan dan penuh dengan 'ibrah dan pengajaran.

Mari ladeni firman Allah SWT yang berikut.."...Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib..." [2:2-3]

Dengan semangat adik-adik Kasih dan Sayang, alhamduliLlah, slot Meniti Angin Malam 2 tetap dijalankan tanpa berbelah bahagi. AlhamduliLlah, kali ini Allah lancarkan perjalanannya. Slot MAM2 dijayakan sepenuhnya oleh semua krew KRJ dengan tugas masing-masing. Kira-kira jam 2 pagi, barulah adik-adik Kasih dan Sayang masuk tidur dan berehat sambil menanti keesokan harinya.Pagi Ahad, adik-adik diceriakan dengan teka teki dan kisah lucu Abang Amin dan Pak Im.

Kemudian, slot Hijrah dan Kasih Sayang Ibu Ayah menyaksikan gandingan mantap Pak Im dan Abang Amin yang sekali lagi menyentuh hati adik-adik Kasih dan Sayang. Pada masa yang sama, seramai lebih 100 orang ibu bapa adik-adik Kasih dan Sayang turut mengikuti slot yang hampir sama yang dikendalikan oleh Pak Anjang di dewan tingkat 2.Jam 11.50 pagi, adik-adik Kasih dan Sayang dipertemukan dengan ibu bapa yang memenuhi dewan. Tangisan keinsafan dan kesyahduan mengisi ruang dan tempat. Banyak air mata yang gugur yang mudah-mudahan mampu menjernihkan hati semua ibu bapa, guru-guru, adik-adik dan tak lupa juga krew KRJ.

Jam 1 petang, Majlis Penutup KBM KRJ telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan HEM SMKS seterusnya membenarkan KBM melabuhkan tirainya.Memetik kata seorang bapa,

"Semoga tangisan yang menitis pada hari ini merupakan permulaan perubahan yang sebenar dalam diri anak-anak semua yang akan menjadikan anak-anak semua insan berguna.." Ameen, ya Rabbal 'Aalameen.

Maklumbalas peserta:

(+)"KBM merupakan aktiviti yang amat berguna bagi membantu pelajar menyedari kesalahan diri dan meminta keampunan daripada Allah, KBM berjaya membuat pelajar ingin mendekatkan diri kepada Allah dan memahami dan menghargai pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita.."

"Saya telah diajar untuk menghargai agama yang telah dikurniakan kepada saya sejak lahir. Saya harus bersyukur sebab tak perlu bersusah payah nak dapatkan agama Islam tapi saya tetap tak bersyukur dan melakukan larangan. Tetapi program ini dah menyedarkan saya. Congrats!"

"Fasi-fasi kat sini tegur dengan care berhemah, orang tak kecik hati tapi terasa!"

"Abang Amin & Ammar.. pasangan pengacara yang sempoi! Teruskan bakat abang-abang! ""Program ini patut diteruskan sebab meruntun jiwa"

"Kpd Pak Uteh & Pak Im, Both of you memang pandai bagi nasihat. Now I will change my attitude. Sedih tu kena nasihat malam-malam. ."

"Abang dan Kakak yang sangat sporting dan baik dan suka memberikan motivasi yang sangat best"

"Program ni sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah yang nak muhasabah diri!"

"First impression, fasi tak mesra. Tapi bila dah ikut program, fasi sangat best!!!"

"KRJ juru audio yang gempak!!! Lagu dan video yang dipilih memang kena dengan program and mood! Video prog memang best and cepat gile korang siapkan!!"

"Slot Meniti Angin Malam ke-2 best, sangat adventure!"

"Nak join KRJ la..Macamana nak jadi fasi? Saya nak berkhidmat untuk KRJ!!"

"Prog ni sepatutnya dijalankan dengan kerap di sekola-sekolah terutama sekolah-sekolah menengah sebab remaja-remaja sekarang banyak masalah sosial..."

"Prog ni membawa diri saya ingat kepada kematian dan insaf. Kadang2 saya rasa kematian tu dekat sangat dengan diri saya...."

"Prog ni memberi saya pengalaman baru dan telah membantu saya menghubungkan persahabatan saya dengan rakan saya yang telah tak bertegur sapa beberapa bulan lalu. Terima kasih sangat2!!"

"Buat KBM 3 hari 2 malam boleh tak???"

"Kakak dan Abang fasi yang sangat happening sampai kami ketawa tak kering gusi!"

"Abang-abang n akak-akak da bomb! Sangat kuat dan tenang time handle peserta yang kena .. walaupun kitorang dah jerit-jerit ...!"

"Masa singkat sangatla...Kena panjangkan lagi prog ni.."

"Penerbangan yang best sangat2!!""Crew KRJ best n sporting sangat! Kitorang penat tapi best"

"Kakak dan Abang memang ambil berat pada kitorang! Thank you! Love you all!"

"Majulah KRJ untuk Islam"

1 comment:

biebah said...

assalammualaikum...
hye prgrm krj nie mmng bez sgt... x dpt kami luah an dgn kata2 hanya Allah sja yg tahu...meniti angin mlm mmbuat an kami seram...tp kami mula sedar tntg beberape prkara...
tok abng fasi n kakak fasi yg spotng kami syg korang sgt2...
rinduw dkt korg...hope krj dtg lg...doakan kami berjaya!!!

SURE - SUkan REmaja 2009!!!