Tuesday, July 22, 2008

Laporan KBM SMK Convent


Oleh Kak Muss
Alhamdulillah...petang ni baru saja selamat sampai dari program KBM di SMK Convent Muar. Program yang berlangsung dari 19-20 Julai ini disertai oleh 139 orang pelajarperempuan. Kesemua 18 orang fasilitator didatangkan dari Kolej Matrikulasi Tangkak, manakala tenaga kerja dari JB pula seramai 6 orang, Kak Fida, Kak Muss, Sarah dan Shahida tiba pada Jumaat malam manakala Pak Anjang dan Pak Im tiba pada Sabtu petang.
Slot KMKY dikendalikan oleh pengendali dan fasilitator perempuan sepenuhnya. Sedikit mencabar bila terpaksa melawan bunyi hujan lebat, lebih-lebih lagi slot pada pagi Sabtu itu diadakan di dewan terbuka. Apa pun Alhamdulillah, yang penting para peserta dapat menghayati intipati rasional yang ingin disampaikan melalui slot tersebut.
Petangnya, slot In-Team dikendalikan pula oleh Kak Fida. Slot tersebut berjaya menyatukan kembali beberapa 'klik' yang telah lama bersengketa, malah saling bermaafan sesama mereka. Slot tersebut dimanfaatkan sepenuhnya dengan mereka turut memohon kemaafan kepada guru-guru yang hadir pada petang tersebut.
Aktiviti pada malam harinya pula dibantu oleh Pak Anjang, Pak Im dan ahli-ahli JIM Muar. Keesokan paginya, slot Hijah dan MKMS berjalan dengan baik, dan tamat lebih awal daripada biasa. Namun begitu, rata-rata peserta tetap memberikan respon yang cukup baik dan maklumbalas yang amat memberangsangkan.

Berbanyak terimakasih kepada ahli-ahli JIM Muar yang telah banyak membantu kami di sana, khususnya kak Sazira dan pak cik Anuar. ..juga kepada makcik Mahayati dan pakcik Ghazali yang meminjamkan Unser yang membawa kami bermusafir dengan selamat pergi dan balik. Juga kepada Shahida dan Sarah.Syukur dipanjatkan kepada-Nya lantaran dipermudahkan segala urusan. Semuanya adalah aturan Allah.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (al-Baqarah : 286)

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!