Saturday, July 31, 2010

Kami dah Pindah...

Untuk mengikuti perkembangan kami, Sila ke laman JK Remaja dan Belia IKRAM Johor disini

Saturday, July 17, 2010

Mulai Jun 2010 ini, semua aktiviti Kelab Remaja JIM Johor akan bergerak melalui JK Belia dan Remaja Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor.

Lihat http://www.ikram.my untuk maklumat lanjut mengenai Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

JK Remaja dan Belia IKRAM Johor terdiri daripada

Pengerusi: Tuan Hj Aminuddin Alias
Timbalan: Abdul Halim Mohd Ali
Setiausaha: Rafidah Mahat
AJK: Hasnor Hassim

Walaubagaimanapun nama KRJ Johor masih ada dikekalkan. Sekian dimaklumkan

Tuesday, July 06, 2010

Kesudahan amal kita~

بسم الله الرحمن الرحيم

---
Artikel asal daripada .:: Stranger in Mystery ::.



Kalaulah satu hari nanti, bila kita bangkit daripada tidur yang lena, sedar-sedar, 2 malaikat Allah sudah pun bersedia disebelah kita untuk menyoal tentang kehidupan kita.

Dalam keadaan yang entah sedia entah tidak, apakah kita sangka kita boleh menjawab soalan-soalan mereka? Sekali pun soalan-soalannya telah pun bocor ketika di dunia, namun demikian, siapakah yang akan menjawab soalan-soalan ni untuk kita?

Mulutkah? atau amal didunia?

Kalau lah selama kita masih hidup didunia hanya bertuhankan harta dan kekayaan, hiburan yang menjadi halwa telinga, majalah-majalah sensasi yang menjadi tatapan harian, gosip-gosip panas menjadi perbualan harian, dan kalau lah hidup lebih ekstrim, zina menjadi agenda nafsu, arak menjadi minuman utama, agak-agak boleh jawab ke tak soalan-soalan yang bakal dikemukan kepada kita?

Kalau lah pada ketika itu, mulut terkumat-kamit nak jawab tapi tidak keluar-keluar langsung apa-apa kalimah, yang keluar hanyalah,

"aku...aku...aku tidak TAHUUU!!!!!!"

BAM!! BAM!! BAM!!

Remuk jasad kita dipukul malaikat. Hancur segala anggota disebat.

Tidak ngerikah? Tidak terseksakah? Tapi itu baru sahaja hentian pertama sebelum destinasi terakhir. Bagaimana pula dengan keadaan 'NARRUJAHANNAM' Allah? Tak berkali-kali lebih dahsyatkah?

"Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api Neraka, kekallah dia di dalamnya dan baginya azab seksa yang amat menghina." [An-Nisa', 4 : 14]

Tapi kan, semua tu tak semestinya berlaku, andai kata hidup ni kita cuba hiasi dengan amal-amal akhirat. Bukan sekadar laksanakan yang wajib semata, tapi cuba dipertambahkan lagi dengan yang sunat. Akhlak diperbaiki. Amal ditambah. Hati diikhlaskan, semuanya untuk Allah semata.

"Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam." [Al-An'am, 6 : 162]

Bayangkan soalan-soalan yang dikemukan, semuanya dapat kita jawab dengan cemerlangnya. Kenapa? Sebab didunia kita telah pun bersedia dengan segala macam amal yang menuruti perintah Allah.

Maka tak wajarkah kita dapat nikmat syurga Allah janjikan?

"Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmannya) : "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan agamanya), dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai ganguan) kerana menjalankan agamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil) sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-sebaiknya (bagi mereka yang beramal salih)"." [Ali-'Imran, 3 : 195]

"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari sisi Allah. Dan (ingatlah), apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang (yang taat yang banyak berbuat kebajikan)." [Ali-"imran, 3 : 198]

"Tetapi orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu (yang meriah dengan nikmat pemberian) dari sisi Allah. Dan (ingatlah), apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih baik bagi orang-orang (yang taat yang banyak berbuat kebajikan)." [Al-A'raf, 7 : 42]

Jadi, kenapa kita selalu merugikan kehidupan kita dengan khayalan semata-mata? Tak nak ke kita berusaha untuk dapatkan benda yang kekal selama-lamanya? Benda yang Allah janjikan kenikmatan yang cukup hebat.

Dengan itu, saya ajak kita sama-sama kembali muhasabah diri. Tanya diri sendiri,

"Semalam, apa yang telah saya lakukan untuk dekatkan diri dengan Allah?"

"Hari ni pula, apa yang saya boleh buat untuk dekatkan diri dengan Allah?"

Mulakanlah hari dengan niat yang tulus hanya kerana ingin mencari redha Allah. Mulakan dengan Bismillah dengan beramal lah dengan sebaik mungkin.

Semoga Allah memberikan kekuatan kepada kita untuk konsisten dalam beramal.
---
Wallahu'alam


Sunday, June 06, 2010

Selamat berehat...

Selamat bercuti buat adik-adik yang bersekolah. Cuti = Berehat sejenak dan bina kekuatan untuk semester yang akan datang.
Program Kelab Remaja JIM Johor selapas cuti ialah:
KBM di SMK Taman Universiti
26-27 Jun 2010
untuk 200 orang pelajar tingkatan 3 kursus aliran agama
KBM di SM Teknik Johor Bahru
3-4 Julai 2010
untuk 250 orang pelajar tingkatan 4
Selamat mendirikan rumahtangga buat Abang Salman Hishamuddin (7 Julai), Kak Azizah Aripin (3 Julai) ...
Selamat bertunang kepada Cikgu Khalid Pontian(6 Jun)

Monday, May 31, 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA

Kenyataan Media CMT-LL4G 1


KENYATAAN MEDIA

Isnin 31hb Mei 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain

a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.


Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Sumber:http://www.lifeline4gaza.org/2010/05/31/kenyataan-media-cmt-ll4g-1/
www.facebook.com/lifeline4gaza
www.facebook.com/aqsa syarif
http://www.youtube.com/watch?v=HDVuQpzwsRo&NR=1

Terkini dari Kapal ke Gaza

Confirmed: Kapal kemanusiaan Mavi Marmara ditembaki oleh helikopter Israel...3 orang syahid, 30 orang terluka 10 minutes ago via web
korban bertambah...3 orang syahid...confirmed! 12 minutes ago via web
Heard over Turkish TV feed live from Mavi Marmari:"We have critically injured people here.We need help. Do not fire on us, We are civilians" 12 minutes ago via web
Masih diintimidasi...mereka menembak anggota Kafilah dari Helikopter...confirmed : 2 orang syahid dan 30 orang terluka!! 13 minutes ago via web
ISRAEL MENYERANG KAPAL KEMANUSIAAN MAVI MARMARA. 2 ORANG SIPIL MENINGGAL, 30 LUKA2!!!!! 16 minutes ago via web
CONFIRMED 2 orang syahid dan 30 orang terluka di Mavi Marmara!!!! Allahu Akbar! 19 minutes ago via web
2 orang syahid di Mavi Marmara, 30 orang terluka...confirmed!!! live streaming ON...!!! Allahu Akbar!!!! 21 minutes ago via web
BROADCASTLIVE ON 2 orang Syahid...confirmed!!! 22 minutes ago via web
BROADCASTLIVE ON 2 orang Meninggal 22 minutes ago via web
satelit mati-hidup. IHH pusat masih coba kontak dengan Kapal Mavi Marmara... 23 minutes ago via web
2 orang meninggal. 30 Orang terluka! (Menurut twit IHH yang kami terjemahkan) 25 minutes ago via web
Menurut Twit dan FB IHH (Blm dikonfirmasi): Terjadi konflik. Helikopter Israel menyerang Flotilla,&menembakkan peluru sungguhan kearah kapal 26 minutes ago via web
terjadi konflik di kapal!!! Allahu Akbar!!! 27 minutes ago via web
Israel benar2 memutus koneksi satelit dan komunikasi lain di Freedom Flotilla! Konflik terjadi lagi...mohon bantu doa 33 minutes ago via web
Posisi terakhir Mavi Marmira di 33.00984,33.54862. dua jam yang lalu 35 minutes ago via web
Sahabat Al-Aqsha pusat kehilangan kontak dengan kapal..kontak terakhir 1 jam yg lalu...jalur satelit dan streaming mati. Web IHH di-hacked 39 minutes ago via web

Friday, May 21, 2010

Program Terdekat

22 Mei, Sabtu
lepas Isya
Ceramah oleh wakil Palestin, Jualan, Kutipan untuk tabung Palestin
Anjuran Aqsa Syarif
Masjid BBU (Bandar Baru Uda ), Johor Bahru


4 Jun, Jumaat
Jualan (lepas jumaat), jamuan (lepas maghrib), Ceramah Palestin (lepas Isya)
Anjuran Aqsa Syarif
Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bharu


Jom Peduli, Jom Bantu saudara seIslam

Thursday, May 20, 2010

Moga Selamat Semuanya

Selamat menempuh peperiksaan kami ucapkan kepada adik-adik yang sedang menjalani peperiksaan Semester 1...Selamat Belajar


Selamat mendaftar di IPT buat semua
yang mendaftar hujung minggu ini

Wednesday, May 19, 2010

Konvoi Kapal ke Gaza...doakan mereka


KUALA LUMPUR, 15 Mei – Ketua misi konvoi Malaysia yang akan menyertai konvoi kapal ke Gaza, Sdr Noorazman Mohd Samsuddin, menyenaraikan enam kemungkinan yang bakal dihadapi oleh konvoi apabila berdepan dengan kapal perang Israel.

Kemungkinan pertama ialah semua kapal dan anggota konvoi dibenarkan berlabuh di Gaza tanpa apa-apa halangan. Kebarangkalian untuk senario ini berlaku adalah sangat tipis.
Kemungkinan kedua, konvoi akan disekat dan ditahan di tengah-tengah Laut Mediterranean untuk satu jangkamasa yang panjang. Israel juga mungkin akan menyerang pelabuhan Gaza untuk menghalang kapal-kapal daripada berlabuh.

Kemungkinanan ketiga, kapal-kapal konvoi akan dirampas dan peserta-peserta ditangkap oleh pihak berkuasa Israel. Tindakan ini akan menyerlahkan lagi kekejaman rejim Israel dan akan mengundang lebih banyak simpati daripada warga dunia kepada perjuangan membebaskan Gaza dan Palestin.

Kemungkinan keempat, kapal perang Israel akan menembak dan melanggar kapal-kapal konvoi. Kebarangkalian untuk senario ini berlaku adalah rendah walaupun bukan mustahil. Ini kerana tindakan menembak dan melanggar kapal-kapal konvoi adalah seumpama pengisytiharan perang Israel terhadap seluruh dunia.


Empat senario di atas adalah adalah senario yang disenaraikan oleh penganjur utama konvoi iaitu Pertubuhan Hak Asasi dan Bantuan Kemanusiaan (IHH) yang berpengkalan di Turki.
Selain daripada empat senario di atas, Noorazman menyatakan terdapat dua lagi kemungkinan yang boleh berlaku, iaitu kemungkinan wujud unsur ‘duri dalam daging’ atau sabotaj dari dalam. Ini adalah ujian yang paling getir untuk konvoi. Oleh sebab itu para peserta konvoi disaring dan dipilih dengan teliti oleh IHH.

Senario terakhir yang mungkin berlaku ialah konvoi akan dipaksa untuk berlabuh di Ashdod, sebuah pelabuhan Israel. Barang-barang muatan akan diturunkan untuk diperiksa dan sekiranya pihak berkuasa Israel berpuas hati, mereka mungkin akan membenarkan kemasukan barang-barang ke Gaza melalui jalan darat. Perkara ini dilaporkan oleh Jurusalem Post yang memetik kenyataan seorang pegawai daripada Kementerian Pertahanan Israel awal bulan April yang lalu.

Sdr Noorazman menyeru seluruh rakyat Malaysia agar memperbanyakkan doa dan munajat. Beliau juga bagi pihak peserta-peserta konvoi dari Malaysia memohon kemaafan atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah dilakukan.

“Sekiranya kami tidak pulang ke Malaysia, maafkanlah kesalahan kami, halalkanlah makan minum kami dan bantulah keluarga kami.” -ihhh

http://www.lifeline4gaza.org/gaza/
http://aqsasyarif.com/
http://haluanpalestin.haluan.org.my/

Thursday, May 13, 2010

Program Hujung Minggu Ini

14 Mei, Jumaat
Halaqah di SM Teknik JB jam 8.45 malam selepas Isya di surau sekolah
16 Mei, Ahad
2.00 hingga 5.00 petang
Daurah untuk nuqaba KRJ di Pejabat JIM Taman Desa Skudai

Thursday, May 06, 2010

Program Hujung Minggu Ini

Jumaat 7 Mei
Halaqah di MRSM Pontian jam 8.45 malam
Ceramah oleh Cikgu Zulkhair - Offline dengan Syaitan di surau MRSM Pontian jam 8.45 malam
Sabtu 8 Mei - Ahad 9 Mei
KBM di SM Dato Syed Esa, Batu Pahat

LEADERS 2010

....LEADERS 2010.....

Program PRODUCE kedua untuk tahun ini
Tarikh :14-16 Jun 2010
Lokasi :Teratai Resort di Rantau Abang, Terenganu( Tepi pantai Beb )
Peserta :Produce Gen 5 ( Peserta XREK 2009 )
Yuran :RM 60 sahaja
Tarikh tutup Pendaftaran :6 Jun 2010

Friday, April 30, 2010

Apa program weekend ni ye...

Walaupun hari pekerja..Program dakwah tetap berjalan.

Ada satu program KBM di Batu Pahat..

Ahad full day ada Program untuk Wanita di Surau Annur, Taman Desa Skudai

Ahad malam Isnin lepas Isya' jemput ramai-ramai ke Masjid Taman Sri Pulai Perdana (lagi) ye..jamuan lepas maghrib. Lepas Isya ada kuliah oleh bekas pastor Sabah. Lupa pulak nama ustaz tu..sorilah

kalau sempat saya akan updatekan...

-Pak Im-

Thursday, April 29, 2010

Jom Jadi Bijak di Sekolah Menengah Teknik, JB


Alhamdulillah, beberapa orang fasilitator KRJ telah dapat bersama meraikan pelajar-pelajar SMTJB pada 28 April lepas pada jam 2 hingga 4 petang. Selama 3 setengah jam mereka mengikuti program Jom Jadi Bijak yang bertajuk Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ). Penceramah program ialah Pak Long Aminuddin Alias dan Abang Yeop. Disertakan beberapa gambar.

Tahniah kepada semua yang . Moga beroleh ilmu dan pengalaman berharga . Selamat menjadi duta kempen ABJZ..

Sunday, April 25, 2010

Katibah Penggerak KRJ


Selesai sudah Katibah Penggerak Remaja yang diadakan di Surau Istiqamah, Taman Kota Masai, Masai, Johor. Kehadiran seramai 16 orang lelaki dan 14orang perempuan termasuk AJK KRJ. Penyampaian telah disampaikan oleh Ustaz Zulrahim dengan tajuk Syahadatain dengan rujukan buku Usul Dakwah hasil karangan Dr. Karim Zaidan, best dan cukup santai penyampaiannya!





Program bersambung dengan qiam di Surau Istiqamah bersama kariah surau di sini. Terimakasih kepada semua AJK KRJ PG & JB (Pak Im, Adib, Hasnor, Idayati, Faridah, Insyirah) yang sudi hadir meraikan para fasiliator KRJ dengan harapan agar program ini memantapkan lagi ukhuwah disamping membantu pembangunan kader-kader dakwah masa hadapan, insyaAllah.

Report by Insyirah

Sunday, April 18, 2010

Minggu ini: 19 hingga 25 April


Program Minggu ini:
Meeting KRJ Johor
pada Khamis 22 April di Pej JIM JB
Halaqah KRJ
pada Jumaat 23 April di SMTeknik JB jam 9.00-10.030 malam

BPRIMA (Belia Prihatin Masyarakat)
Khidmat Masyarakat di Pusat Penjagaan Orang-orang Tua (Nur Ehsan)
Kempas, Johor Bahru
pada Sabtu 24 April 8:30pagi - 1:00 tengahari
hubungi
Khalid pakkay68@gmail.com Rafidah rafidahmahat_jb@yahoo.com.my

Ceramah Palestin
Palestin Terkini, Al Aqsa Perjuangan Kami
pada Sabtu 24 April 7.45 - 9.00 malam
Surau Taman Bukit Kempas, JB

Katibah Penggerak KRJ
pada Sabtu 24 April jam 9.00 malam hinga 8.00 pagi Ahad 25 April
di Pejabat JIM Pasir Gudang dan Surau AnNur, Taman Megah Ria

Meniti Usia Baligh
(program utk remaja di awal usia baligh 12-16 tahun)
di Surau Taman Megah Ria
pada hari Ahad 25 April jam 8.00 pagi hingga 6.15 petang
hubungi
Hj Mohamed Shahurain 013 7686930
Othman Abu Shah 013 7702176
Pn Zana 012 7647072

Forum Amal
di Masjid Taman Sri Pulai Perdana
Ahad 25 April jam 9.00 malam
Tajuk: Akhlak Remaja: Apakah Peranan Ibu Bapa?
Forum oleh Ustaz Azhar dan Ustaz Ismail Mustari

Saturday, April 17, 2010

Dari Album Lama




Video Kumpulan Saff-One- Sandaran Cinta ...semasa Program JIM: Khidmat Masyarakat di Ulu Tiram pada tahun 2005

Friday, April 16, 2010

Team SMK PJ3..


akhirnya ada jugak gambar...tahniah dan terimakasih semua yang beraksi minggu lepas di

KBM SMK Permas Jaya 3. ramainya!

Minggu Ini

Tahniah
kepada Abang Mujahid Hasanuddin (12 April) dan Faizal Long (13 April) atas kurniaan cahayamata sulung mereka
Selamat berjuang
buat pendebat-pendebat SMIH di Interschool Debating Championship 2010
pada 16th - 21st April 2010 di UIA , Gombak
Program Minggu ini:
Meniti Usia Baligh
di Surau Taman Megah Ria
pada hari Ahad 18 April jam 8.00 pagi hingga 6.15 petang
(DITANGGUHKAN KE MINGGU HADAPAN 25 APRIL)
Maulidurrasul
di masjid Taman Pulai Perdana
Sabtu 17 April 2.00 petang hingga 11.00 malam

Thursday, April 08, 2010

Program Minggu ini

Program Minggu ini

9 April (Jumaat)
9.00malam Halaqah dan Kuliah Umum di MRSM Pontian (KRJ)
9.00malam Usrah di SMTJB (KRJ)
9.00malam Program Bicara Ilmu PENGURUSAN HARTA DAN WASIAT MENURUT PERSPEKTIF SYARI'AH Penceramah : Ustaz Ajmain (JIM, terbuka kepada semua)

10-11 April(Sabtu-Ahad): KBM Remaja di SMK Permas Jaya 3
11 April (Ahad) : Ihtifal SMIH di Nusa Mutiara

Monday, April 05, 2010

Kerjasama erat kariah SJM memastikan dakwah terlaksana

Kerjasama erat kariah SJM memastikan dakwah terlaksana

Alhamdulillah, Program Keindahan BersamaMu di Surau Jauharul Muttaqin, Taman Mutiara Rini, Skudai (SJM) telah disempurnakan sejurus sebelum waktu zohor semalam (4 April 2010). Terimakasih dan tahniah buat AJK SJM, para pengendali dan fasillitator KRJ . Tahniah juga kepada 42 orang peserta yang hadir.

Moga dakwah di kejiranan Jalan Bakti, Taman Mutiara Rini bertambah rancak selepas ini. Kami amat kagum dengan semua AJK surau yang terlibat untuk memastikan program berjalan dengan lancar. Ini termasuklah mencari peserta, kebajikan fasilitator dan peserta dan lain-lain.

Mulanya agak kurang pasti dengan keselesaan ruang dan mungkin program ini akan mengganggu jemaah yang hadir setiap waktu solat. Rupanya ada satu ruang yang ber'air-cond' disebelah belakang yang agak tersembunyi sebagai kegunaaan pelbagai program dan dewan solat tambahan. 1 hari sebelum program pula, mereka dapat pula sponsor untuk mendirikan 2 khemah besar.

Hujan lebat hampir di sepanjang program tidak melemahkan semangat peserta dan AJK surau yang bertugas siang dan malam. Disertakan beberapa gambar sebagai ringkasan program tersebut..

(gambar di atas: Kak Gjang sedang mengendalikan program diperhatikan oleh Kak Hasnor)


(Sesi pagi Ahad bersama Abang Amin di dalam khemah besar)

(Bertugas sambil bersantai...antara AJK surau yang tak kenal penat meraikan kami)


(Sesi penutup diruang utama: Pengerusi surau sedang berucap)


( Bunting KRJ segak berdiri disepanjang program)

Saturday, April 03, 2010

Program Hujung Minggu ini...

Sekadar mengingatkan Program Hujung Minggu Ini:

Sabtu 3 April – Ahad 4 April:
KBM Remaja, Surau Jauharul Muttaqin,Taman Mutiara Rini (Kelab Remaja JIM)

Sabtu 3 April:
Maulidurrasul di Masjid Senai, jom beli produk Aqsa Syarif dari 6 ptg -11 malam
8 pagi: Jom Jadi Bijak di SMS Kota Tinggi (JIM KT)
8 malam: Ceramah Palestin oleh Ustaz Rofazlin di Masjid Kg Maju Jaya ( JIM KT)
8 malam : Kuliah Ustaz Zahazan, Masjid Taman Desa Jaya bertajuk: Dan Mengalirlah Airmata Ketaqwaan

Ahad 4 April:
XPDC ke Singapura (Kelab Belia JIM)

Saturday, March 27, 2010

Halaqah 26/3: Cemerlang Dengan Wawasan

Bismillah...

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka”.(Al Baqarah: 201)

Melalui ayat di atas, Allah menerangkan matlamat dan wawasan (yang diperlukan oleh seorang individu untuk berjaya) dalam bentuk doa. Doa ini disebut berulang-ulang kali hampir setiap hari oleh umat Islam di dalam dan di luar sembahyang.

Alhamdulillah, pada sesi halaqah malam tadi (26 Mac) bersama kepimpinan pelajar di MRSM Pontian... para pengendali telah mengupas ayat di atas bersama kumpulan masing-masing.

Di atas ialah kumpulan Cikgu Khalid
Adik Adib berkongsi wawasannya bersama rakan-rakan dalam kumpulan yang lain... halaqah diakhiri dengan doa. Tahniah buat semua peserta halaqah...moga adik-adik MRSM Pontian terus cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya dunia dan akhirat (GPK Keputusan SPM 2009 baru-baru ini ialah 1.98)

Sementara itu di surau maktab, Abang Asim Abdullah Ainullotfi telah memulakan kuliah umumnya lebih awal sekitar jam 9.00 malam bertajuk Membina Remaja Cemerlang.


Tahniah dan terimakasih buat semua pengendali yang hadir. Belum berkempatan ambil gambar kumpulan halaqah pelajar perempuan lagi.

Ingin dikongsi satu kata-kata motivasi...Umat Islam menganggap dunia sebagai ladang bercucuk tanam dan akhirat sebagai tempat menuai hasilnya. Mereka hanya dianggap berjaya apabila tanaman mereka di dunia dapat dituai diakhirat.

Sila rujuk Buku Dr Danial: Tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran untuk kupasan lanjut tajuk halaqah

Jumpa lagi dalam Halaqah akan datang

Thursday, March 25, 2010

Laporan XCELL 2010

Laporan XCELL 2010 di Pulau Pinang boleh dibaca di blog adik Aliya Khairuddin...terimakasih buat Aliya
http://hottoite-selcouth.blogspot.com/2010/03/xcell-2010-kami-remaja-excellent.html

Program Hujung Minggu ini...

Program weekend ni...

Jumaat, 26 Mac
Halaqah dan kuliah umum di MRSM Pontian (9.00malam)
Kuliah Umum oleh Abang Asim

Sabtu, 27 Mac
Jom Jadi Bijak (ABJZ) di SMK Lenga , Muar

Sabtu dan Ahad, 27-28 Mac
KBM di UiTM Segamat

Sabtu 27 Mac
Maulidurrasul Surau Taman Megah Ria (pagi hingga malam)

Ahad, 28 Mac
Riadah warga SMI/SRI Hidayah JB Lokaliti Pulai
Tempat: di 'Central Park', Taman Sri Pulai Perdana bermula jam 8.30 pagi

23-29 Mac
Pesta dan Gerai sempena Konvo ke -44 di tapak Konvo UTM Skudai
pelbagai barangan dan pameran menanti


Jom meriahkan..

Thursday, March 18, 2010

Jom Pegi KL..


tukartukartukar.dewan serbaguna masjid wilayah persekutuan,jalan duta.venue diubah kerana permintaan yang amatamat menggalakkan.hanya 2000 tiket disediakan.dapatkan segera sebelum terlambat.

Saturday, March 13, 2010

Ucapan dan Doa

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Cikgu Faridah Kamaludin (SMK Mt Austin) dan pasangannya saudara Ramli Baba.

Marilah kita sama-sama mendoakan Pak Imam Zailani semoga cepat sembuh selepas menjalani pembedahan baru-baru ini (9/3/10). Kini Pak Imam telah keluar wad dan berehat di rumah.

Selamat berangkat buat 16 orang peserta KRJ Johor yang akan bertolak ke Program X-Cell pada jam 10.00 malam 13/3/10

Ucapan Tahniah dari semua warga KRJ di atas kejayaan adik-adik / anak-anak di dalam keputusan SPM 2009. Moga lebih bersemangat dalam menempuh kejayaan yang lebih gemilang

Tahniah kepada team bolasepak MSSD B-18 tahun SM Teknik dan SMI Hidayah JB yang telah melangkah ke peringkat akhir pada 6 Mac baru-baru ini. Tahniah berganda kepada pasukan SMi Hidayah yang menjadi juara!

Monday, March 08, 2010

KBM Pertama di SMK St. Joseph

Ahad, 7 Mac- Alhamdulillah, buat pertama kalinya Kelab Remaja JIM telah diberi peluang mengendalikan Kursus Nadwah Islami: KBM kepada seramai 62 orang pelajar tingkatan 3 SMK Saint Joseph, Johor Bahru. Kursus ini bermula dari semalam 9 pagi dan berakhir pada pukul 1 petang tadi.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas kerjasama yang membanggakan.

Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua pengendali. Pengendali utama ialah Saudara Hisham Jaffar (Pak Uteh), saudara Halim Ali (Pak Im), saudara Amin dan Insyirah Mokri.


Terimakasih dan tahniah juga kepada kepada semua fasilitator atas komitment yang diberikan.
Terimakasih kepada Puan Haliza, Ustaz Sulaiman dan Cikgu Zahir dan semua warga SMKSJ. Moga program ini dapat memberikan semangat baru kepada semua peserta.
KBM ialah program motivasi yang menitikberatkan ketaatan kepada ibubapa dan menjadi muslim sejati.

Gambar2 lain sila klik di link berikut di http://picasaweb.google.com/ummu.fathiyah/AlbumKBMSMKStJosephJB?feat=directlink

Thursday, March 04, 2010

OPICK

Opick – Bila Waktu Tlah Berakhir

Bila Waktu Tlah Berakhir - Opick

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu


dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya


bila waktu tlah memenggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi

Friday, February 19, 2010

Bayi luar nikah mesti diberi peluang untuk hidup

artikel ini adalah daripada:

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Bayiluarnikahmestidiberipeluanguntukhidup/Article/index_html

KUALA LUMPUR: Setiap bayi yang dikandung melalui hubungan perzinaan berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan terlatih di premis kesihatan serba lengkap yang mampu mengendalikan sebarang kecemasan. Malah setiap ibu yang hamil berhak mendapatkan jagaan sempurna bagi memastikan kesihatannya dalam keadaan baik sepanjang masa.

Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata statistik antara 2000 sehingga 2006 menunjukkan sebanyak 580 bayi dibuang dengan majoriti 92 peratus baru lahir manakala lapan peratus lagi masih janin menyebabkan pendekatan lebih serius perlu diambil dan tidak dilihat daripada sudut gejala sosial dan seksual semata-mata. “Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan lebih membimbangkan, ia tidak lagi berlaku di bandar besar malah di desa dan luar bandar. “Setiap bayi baru lahir yang ditemui mati dikira kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu) yang menandakan keadaan kesihatan tidak sempurna, malah awal Julai lalu dilaporkan penemuan mayat reput seorang wanita di bilik asrama sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersama bayi dilahirkannya secara sendirian yang sepatutnya dielakkan sekiranya jagaan kesihatan serta perubatan diberikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Sehubungan itu, menurutnya, pendekatan lebih menyeluruh dengan menekankan aspek pencegahan dan rawatan perlu diambil bermula pada tahap individu diperkayakan kemahiran membuat keputusan bijak serta bertanggungjawab berkaitan aspek seksualiti mesti mempunyai daya tahan, disiplin serta integriti mengendalikan emosi serta keinginan nafsu syahwat.

“Usaha mesti dipertingkatkan supaya institusi keluarga dan masyarakat kembali membangunkan sistem nilai dan disiplin yang mampu mengawal tingkah laku malah pihak berwajib mesti mengekang sebarang aktiviti pergaulan bebas,” katanya.

Beliau berkata, strategi mendidik dan menyeru masyarakat kembali mengamalkan ajaran agama yang menekankan gaya hidup murni mesti dilipat gandakan dan menjadi keutamaan di setiap peringkat dari pucuk pimpinan negara sehinggalah kepada rakyat jelata .

Dr Harlina berkata, setiap janin dan bayi, sekalipun yang terhasil daripada perzinaan mestilah diberikan peluang serta hak hidup berpandukan sirah Rasulullah S.a.w, di mana seorang wanita Al-Ghamidiyah mengaku hamil selepas berzina dan meminta dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya.

Thursday, February 18, 2010

Syabas!!

Ada yang masih bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina??
Mungkin ada yang sudah bersekolah semalam...SYABAS!! kerana anda hadir ke sekolah.
Ilmu adalah pelita hidup, tanpa ilmu gelaplah hidup:)
(gambar diambil dari SMK BBU)

Friday, February 12, 2010

Jangan sambut Valentines Day

Assalamualaikum..

I Perayaan Valentine’s day langsung tidak berkaitan dengan umat Islam. Malah ia berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. Rasulullah SAW melarang umat Islam meniru budaya orang bukan Islam kerana dibimbangi akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabda baginda bermaksud:
”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (Riwayat Abu Dawud).



baca seterusnya di http://jomjadibijak.blogspot.com/



II Ini usaha bijak amal maaruf nahi mungkar di Pulau Pinang dan KL..jom sertai





KELAB BELIA JIM (KBJ) KELAB RAKAN SISWA ISLAH MALAYSIA (KARISMA) KELAB REMAJA JIM (KRJ)
akan berganding bahu menggerakkan. ..
TASK FORCE"JOM CEGAH ZINA"
Suatu usaha amar makruf nahi mungkar bersama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Tarikh: 14 Februari 2010 (Ahad) Tempat berkumpul: Masjid Jamek, Kuala Lumpur


Masa berkumpul: 6.00 petang
(Boleh menginap di Masjid Jamek selepas Task Force berakhir dengan kebenaran JAWI)
Kita perlukan sekurang-kurangnya 100 sukarelawan.

Perlukan 55 sukarelawan lagi!!
Jika berminat untuk terlibat, hantarkan nama penuh, umur, no. telefon dan alamat email ke abu_itqan@yahoo.com atau hafizbai@gmail.com
Kepada mereka yang telah mendaftar, mula berkumpul di Masjid Jamek Kuala Lumpur jam 6.00 petang Ahad 14 Februari 2010 dan terus hubungi Saudara Wan Am di talian 012-6615745 apabila telah tiba di masjid tersebut.

III Ini pula satu kempen di internet...jom sebarkan





Saturday, February 06, 2010

Halaqah Ilmu telah bermula di MRSM Pontian

Pontian, 5 Febuari - Alhamdulillah, 2 program telah dilaksanakan serentak di MRSM Pontian malam tadi.

Program pertama ialah majlis ilmu oleh saudara Salleh Kassim kepada pelajar-pelajar di surau. Pengisian bertajuk Jom Jadi Insan Cemerlang bermula pada jam 9.30 malam dan tamat kira-kira jam 11.00 malam.

Program kedua ialah halaqah ilmu untuk pemimpin pelajar. Sebanyak 14 kumpulan halaqah telah dibentuk melibatkan kira-kira 150 orang pelajar. Halaqah bertujuan membimbing ahli-ahlinya mengamalkan Islam dan merapatkan ukhuwah.

Terimakasih dan tahniah kepada semua nuqaba' dan penggerak KRJ yang menjayakannya. Program ke dua akan menyusul pada 26 Febuari 2010



Foto-foto lain boleh didapati dari facebook KRJ Johor




Sunday, January 31, 2010

Sejenak dari Al-Quran (2)

Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu; dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang. Dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat. (terjemahan surah Luqman : Ayat 11)

Tahniah warga SMIH





Tahniah buat adik-adik pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah atas aksi dan semangat kesukanan yang tinggi padi Hari sukan tadi. Gambar di atas ialah sesi bergambar untuk pelajar-pelajar tingkatan 5. Semoga berjaya dalam SPM!!

Saturday, January 30, 2010

Promosi MyMutabaah

Buat yang pertama kali mendengar tentang MyMutabaah ?
ia merupakan buku mutabaah amal yang besaiz poket dengan panduan penggunaan didalam, berfungsi untuk menilai prestasi amal fardhi setiap ahli usrah secara sistematik dengan graf dan markah.
Amat berguna untuk melatih diri dan ahli usrah sekalian untuk memantapkan prestasi amal insyaAllah :) Pelaburan yang baik dengan hanya RM 5 untuk setahun..kalau beli pukal insyaAllah ada diskaun ;)
Senarai Harga Pembelian

1 - 19 unit = RM 5.00
20 - 29 unit = RM 4.70
30 - 39 unit = RM 4.40
40 - 49 unit = RM 4.10
50 - 99 unit = RM 3.80
100 - 299 unit = RM 3.50
300 > unit = RM 3.00


Sekian,Wassalam
Wan Abdullah Mujahid bin Hasanuddin
JK MediaKelab Rakan Siswa Islah Malaysia
Fellow ResearcherPalestine Centre of Excellence
012-2076797
013-6424609

Monday, January 25, 2010

Sejenak dari Al-Quran (1)

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
(terjemahan al Quran Surah AnNur:ayat 45)

Sunday, January 24, 2010

KRJ dan JJB di MRSM Pontian

Jumaat, 22 Januari - Alhamdulillah program Jom Jadi Bijak telah berjalan dengan lancar, bermula pada pukul 8.30 malam di Dewan Besar MRSM Pontian. Program dimulakan dengan pengenalan Kelab Remaja JIM dan fasilitator oleh saudara Abdul Halim Ali. Seterusnya ceramah Jom Jadi Bijak oleh pengerusi JJB, Tuan Hj Aminuddin Alias. Semua pelajar MRSM berjumlah sekitar 550 orang hadir sampai tak cukup button.

Ceramah berhenti rehat pada jam 10.15 dan penyampaian cenderahati oleh Tuan Pengetua dan disambung sehingga jam 12.00 malam. Tahniah kepada semua pelajar MRSM yang telah menjadi duta Jom Jadi Bijak.
Terimakasih kepada tim Jom Jadi Bijak semua fasilitator KRJ yang hadir.

Insyaallah, fasilitator KRJ akan datang setiap 2 minggu ke MRSM Pontian untuk berhalaqah dengan para nuqaba di sana.

Sedikit gambar untuk dikongsi








Sunday, January 10, 2010

Buat Semua Guru SMTP, Johor Bahru

Guru adalah insan yang mulia...berbudi pada bangsa...berkorban diri untuk kemajuan orang lain..ibarat lilin membakar diri menerangi yang lain...hormatlah guru agar ilmu yang dicurahkan menjadi keberkatan dunia dan akhirat (Pak Imamtekno, KRJ)

Videoklip dibawah ditujukan khas buat semua Pengetua SMTP En Chia Song Choy dan semua guru SMTP yang telah memberi kerjasama 100% kepada KRJ dalam Program Reorientasi tempohari. Syabas...

KBM SMTP pembuka tirai 2010

Khamis, 7 Januari- Alhamdulillah, Kelab Remaja JIM telah diberi peluang mengendalikan Kursus Re-Orientasi: KBM kepada seramai 400 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru (SMTP). Kursus ini bermula dari 5 Januari dan berakhir pada pukul 2 petang tadi.

Alhamdulillah majlis penutup yang amat menarik tadi dimana semua guru termasuk Pengetua, En Chia Song Choy hadir mendengar luahan hati dan azam baru pelajar-pelajar yang disayangi. Kursus ini mendapat sokongan kewangan dari PIBG yang turut menghantar YDPnya pada majlis penutup.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas kerjasama yang membanggakan.

Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua pengendali. Antara pengendali utama ialah Hj Mokri Sabran, Hj Aminuddin Alias, Saudara Salleh Kassim dan Saudara Hisham Jaffar. Saya kira satu pengalaman manis buat mereka mengendalikan 'program interactive' kepada 400 orang pelajar. Rekod peserta KBM teramai kini dipegang oleh peserta SMTP!

Terimakasih dan tahniah juga kepada kepada semua fasilitator termasuk 5 orang dari Kuala Lumpur (diketuai oleh saudara Hafiz Abdul Hamid). Walaupun ramai fasilitator adalah muka-muka baru, mereka telah memberi komitment yang sangat baik. Syabas!




SURE - SUkan REmaja 2009!!!