Saturday, March 13, 2010

Ucapan dan Doa

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Cikgu Faridah Kamaludin (SMK Mt Austin) dan pasangannya saudara Ramli Baba.

Marilah kita sama-sama mendoakan Pak Imam Zailani semoga cepat sembuh selepas menjalani pembedahan baru-baru ini (9/3/10). Kini Pak Imam telah keluar wad dan berehat di rumah.

Selamat berangkat buat 16 orang peserta KRJ Johor yang akan bertolak ke Program X-Cell pada jam 10.00 malam 13/3/10

Ucapan Tahniah dari semua warga KRJ di atas kejayaan adik-adik / anak-anak di dalam keputusan SPM 2009. Moga lebih bersemangat dalam menempuh kejayaan yang lebih gemilang

Tahniah kepada team bolasepak MSSD B-18 tahun SM Teknik dan SMI Hidayah JB yang telah melangkah ke peringkat akhir pada 6 Mac baru-baru ini. Tahniah berganda kepada pasukan SMi Hidayah yang menjadi juara!

3 comments:

Unknown said...

ramainye smpi 16 org yg g. wow ! hantar pengiring?

Unknown said...

perghh.cikgu faridah da dipunyai.sob.haha.tahniah.agak ramai di situ.16.tak agakagak.hehe.masa untuk menimba ilmu di luar waktu sekolah.yeaa.

ahlimijan said...

ada lagi yg nk pegi..tapi lambat bagitau

SURE - SUkan REmaja 2009!!!