Sunday, January 10, 2010

KBM SMTP pembuka tirai 2010

Khamis, 7 Januari- Alhamdulillah, Kelab Remaja JIM telah diberi peluang mengendalikan Kursus Re-Orientasi: KBM kepada seramai 400 orang pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Teknik Perdagangan Johor Bahru (SMTP). Kursus ini bermula dari 5 Januari dan berakhir pada pukul 2 petang tadi.

Alhamdulillah majlis penutup yang amat menarik tadi dimana semua guru termasuk Pengetua, En Chia Song Choy hadir mendengar luahan hati dan azam baru pelajar-pelajar yang disayangi. Kursus ini mendapat sokongan kewangan dari PIBG yang turut menghantar YDPnya pada majlis penutup.

Tahniah dan syabas kepada semua peserta atas kerjasama yang membanggakan.

Tahniah dan terimakasih diucapkan kepada semua pengendali. Antara pengendali utama ialah Hj Mokri Sabran, Hj Aminuddin Alias, Saudara Salleh Kassim dan Saudara Hisham Jaffar. Saya kira satu pengalaman manis buat mereka mengendalikan 'program interactive' kepada 400 orang pelajar. Rekod peserta KBM teramai kini dipegang oleh peserta SMTP!

Terimakasih dan tahniah juga kepada kepada semua fasilitator termasuk 5 orang dari Kuala Lumpur (diketuai oleh saudara Hafiz Abdul Hamid). Walaupun ramai fasilitator adalah muka-muka baru, mereka telah memberi komitment yang sangat baik. Syabas!




2 comments:

STYLO LIFE'S said...

SALAM..
saya Muhd Syafiq..,mrupakan salah seorang pelajar tingkatan 5 smtpjb, ingin mngucapkan rbuan trima kasih kpada KRJ Johor krana sudi dtg dan mmberi motivasi dan tunjuk ajar yg sngat2 mnrik prhtian dan sngguh brmkne kpada kami semua. saya brhrap phak KRJ dpat bkrjasame skali lgi dngan phak smtpjb, dan kali ini adlah untuk adik2 kami ( tingkatan 4 ) yg akan mnjadi wrga smtpjb yg bru.. Akhir kata.. saya mndoakan KRJ, pak2,terutama skali Pak Imam, abg2 dan kakak2 faci.., akan sentiasa maju dan brjaya di dunia dan di akhirat..
SALAM....

Fahim kamran mirza said...

mashallah keep the good work on you are doing a great job

learn online Quran Tutor are

SURE - SUkan REmaja 2009!!!