Thursday, July 31, 2008

KBM Kembali di DECEM

(I)

Oleh Pak Long

Alhamdulillah program FU di SMK DC telah dapat dilakukan petang semalam (29 Julai) di bilik muzik, SMK DC. Program bermula jam 2.30pm sehingga 5.00pm. Kali ini Pak Long dibantu oleh Pak Imam, Kak Anie dan 2 orang anakanda, Nadhirah AR dan Ainnur Amalina.

Kehadiran anak2 kasih dan sayang adalah sekitar 46 orang. Kehadiran team KRJJ amat dinanti oleh anak-anak ini.

Mulakan langkah petang itu dengan Happy Chicky dan Demi Matahari, kemudian ditayangkan semula semua video clip yang telah Pak Imam rakamkan semasa prog KBM 2 minggu yang lalu, seronok mereka melihat gelagat mereka kembali... dari video clip semasa KMKY hinggalah ke MKMS.

Kemudian slot perkongsian tentang perubahan mereka dalam tempoh selepas KBM telah dapat diadakan, imbas kembali akan janji2 mereka pada ibu ayah, ingatkan mereka akan kad harapan yang telah mereka tujukan khas pada ibu ayah dan janji mereka utk terus menjadi insan
yang terbaik dan menjadi contoh pada semua.

Program petang semalam diakhiri dengan sambutan hari lahir utk 2 orang pelajar yang hadir ketika itu. Sempat pak imam keluar sekejap beli 2 kek semasa Pak Long sibuk berceloteh dengan anak-anak kasih dan sayang. Punyalah seronok mereka, sebab tak sangka diberi sambutan sedemikian rupa oleh KRJ, Kak Anie pula ada sediakan sedikit jajan utk anak-anak makan bersama semasa meraikan sambutan hari lahir teman mereka.

Sebelum kami beredar, ada yang bertanya....
"PakLong!, boleh datang tak tiap2 bulan? "
Pak Long hanya mampu tersenyum, so Pak Long serah pd majlis tertinggi KRJJ.

PakLong


(II)

Oleh Kak Anie

Alhamdulillah. ..selesai sudah prm follow-up di SMK Desa Cemerlang semalam (29 Julai 2008). Seramai kira-kira 40 orang pelajar yang hadir dalam pgm tersebut yg terdiri dari 5 org pelajar tingkatan 5 dan selebihnya pelajar tingkatan 3.

Program ini telah dikendalikan oleh Pak Long dan turut dibantu oleh Pak Imam, Kak Anie, Kak Nad dan Kak Ainnur. Ia telah bermula jam 2.30 ptg dan berakhir pd jam 5.00 ptg.

Kelihatan adik2 kasih n sayang begitu gembira dgn kehadiran pak2 n kakak2 walaupun setelah 3 minggu berlalu.

Program dimulakan dgn berhappy chiky n ber Demi matahari bersama pak2, kakak2 dan adik2 DECEM. Kemudian disusuli pula dgn tayangan video klip bagi mengembalikan ingatan adik-adik pd pgm sebelum ini. Selesai tayangan, pgm diteruskan pula dgn melakukan 3s oleh adik-adik kasih n sayang. Terpancar kegembiran di hati mereka saat melakukan aktiviti-aktiviti tersebut tersebut.

Selesai slot tersebut, adik2 kasih n sayang telah diminta duduk berpasangan n sekeping kertas putih telah diberikan kpd setia seorg. Mereka telah diminta untuk menuliskan segala perubahan yang baik yg telah dilakukan sepanjang 3 minggu selepas pgm dan tidak ketinggalan juga mereka turut mencatatkan apa kah perkara negatif yg mereka belum ubah.Kemudian mereka telah diminta untuk berkongsi catatan mereka bersama teman yg paling rapat n sama-sama membantu dalam perubahan yg ingin dilakukan.

Alhamdulillah, di akhir pgm satu kejutan telah diberikan kepada adik kasih n sayang yg hari lahir mereka jatuh pada bulan Julai. Walupun sepatutnya terdapat 4 org adik kasih n 4 org adik sayang yang sepatutnya diraikan tapi hanya seorg adik kasih n seorg adik sayang yang hadir. So kira rezeki mereka la kan..Kejutan tersebut dibuat sehinggakan adik kasih yg diraikan mengalirkan air mata kegembiraan.

Program telah berakhir tepat jam 5 petang n kepulangan kami telah diiringi dgn harapan adik2 agar KRJ akan datang kembali ke sekolah mereka utk berprogram.

KBM MRSM Pontian

Laporan KBM MRSM Pontian
Oleh Kak Ika

Pada 19 dan 20 Julai 2008 yang lepas, team- team KRJ beraksi lagi!! Meneruskan perjuangan di MRSM pontian. Kali ini team KRJ yang diketuai oleh Pak Uteh dan dibantu krew-krew yang terdiri daripada 7 fasi lelaki yang hensem dan sporting dan 12 orang fasi perempuan yang comel dan sopan-santun belaka. Jumlah peserta MRSM pontian yang mengikuti penerbangan bersama krew-krew KRJ pula adalah seramai 132 orang; iaitu 84 orang pelajar perempuan dipanggil Kasih dan 48 orang pelajar lelaki yang dipanggil Sayang.


Pada hari pertama slot dimulakan dengan “ Knowing Me Knowing You” yang bertempat di Bilik Seminar. Penerbangan yang memperkenalkan Pak uteh sebagai ketua pilot dan Kak Ani (Kak Laptop) sebagai Co-Pilot serta memperkenalkan para Pramugara (Abu Nuha, Abang Kay, Abang Amin, Abang Ammar, Abang Anas A, Abang Anas R, Abang Asyraf, Abang Afiff) dan Pramugari (Kak Yatie bersama Assistant kecilnya Fathiya, Kak Ani, Kak Ainnur, Kak ‘Abidah, Kak Umi, Kak Della, Kak Nad, Kak Najlaa, Kak Zulaikha, Kak Ha dan Kak Ika). Suasana menjadi semakin ceria dengan aksi-aksi spontan oleh Abang Amin dan Abang Ammar ditambah dengan aksi Army-Yell daripada para peserta. Kreatif dan Menarik!! Gud job guys.


Slot seterusnya ialah slot In-Team yang dikendalikan oleh Abu Nuha. Suasana bilik seminar menjadi syahdu seketika. Mata sudah mula berkaca-kaca. Akhirnya air mata gugur jua. Dalam suasana yang penuh syahdu adik-adik kasih dan sayang saling mendoakan kejayaan antara satu sama lain. Sebak dan sayu!! Itulah yang dapat digambarkan apabila ramai yang tampil ke hadapan untuk memohon maaf dan saling memberi sokongan untuk kejayaan bersama. Segala masalah akhirnya terurai. Semoga ukhwah pelajar tingkatan lima MRSM pontian semakin kukuh dan mereka mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM. Amin…. Ukhwah fillah Abadan abada. insyaAllah. Teruskan perjuangan adik-adik!

Program diteruskan pada sebelah malamnya, Slot Meniti Angin Malam yang dikendalikan oleh Pak Uteh dan Abang Anas A dan dibantu oleh semua krew yang lain. Slot yang paling mencabar dan menguji emosi! Syukur Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Tiada masalah dilaporkan.


Hari kedua, Slot Hijrah. Adik-adik kasih dan sayang dikumpulkan di Surau Nur Hidayah di bawah kelolaan Pak Im, Abang Amin, Abang Ammar dan Kak ‘Abidah. mereka diberi galakan dan dorongan untuk berhijrah ke arah yang lebih baik. InsyaAllah. Mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.


Sesungguhnya mereka (belia-belia ) yang beriman kepada Tuhan mereka, lalu kami ( ALLAH ) tambahkan kepada mereka petunjuk, ( Al-Khafi 18:13)

Lebih kurang 90 ibu bapa telah hadir untuk sama-sama menjayakan slot Meniti Kasih Menuai Sayang yang dikelola oleh Pak Uteh di bilik seminar. Kemuncak program ini adalah apabila adik-adik kasih dan sayang diserahkan kepada ibubapa yang hadir. Kesedihan menyelubungi bilik seminar. Air mata tidak mampu dibendung lagi. Sebak dan mengharukan!!

Semoga Keindahan Bersama Mu di MRSM Pontian berjaya menjadi titik tolak penghijrahan dan kecemerlangan adik-adik di sana.

Tuesday, July 29, 2008

Sukan KSPPJ...Siapa nak Join?

Kejohanan Sukan Piala Presiden JIM 2008
Tarikh : 24/08/2008
Tempat: Stadium Kluang
11 Pasukan
Kontijen 1. Melaka (2 kontijen ) 2. Muar 3. Segamat 4. Batu Pahat 5. Kluang 6. Kota Tinggi 7. Pasir Gudang 8. Lokaliti Kulai Jaya 9. Lokaliti Skudai 10. Lokaliti Pulai
Acara Perempuan :1.Badmiton 2.Bola Jaring 3. Ping Pong 4. Bowling 5. Sukaneka 6. Congkak 7. Anyaman
14 Acara
Acara Lelaki:1.Badminton (Terbuka) 2. Futsal (Remaja & Terbuka) - 3. Olahraga - 400m x 4 (terbuka) 100m x 4 (Remaja & Terbuka)50m x 8 ( Veteren) 4. Tarik Tali (campuran) -5 . Bowling (Remaja & Terbuka) 6. Ping Pong - Terbuka - 7. Lontar pelure
Tarikh Tutup Penyertaan - 15/8
Siapa yang berminat sila hubungi AJK KRJ terdekat, Jom ke Kluang!
Adik DECEM, SMK PJ3, SMKS, SDARY, BBU dan sekitar JB boleh mewakili remaja untuk Skudai, Pulai dan PG

Monday, July 28, 2008

Pengumuman


Pelancaran Semarak Ramadhan JIM Johor

Tempat:Surau Taman Pulai Indah

Tarikh : Khamis 31 July 2008.

Atucara:Majlis dimulakan dengan solat Maghrib, tahlil, Solat Isya

Ceramah oleh Ustaz Aminudin Ruskam dan majlis pelancaran.

Jamuan turut diadakan pada malam tersebut.

Berita Ringkas KRJ Johor Sepanjang Julai (selain KBM)

29 Julai -Program follow-up di SMK Desa Cemerlang (KBM Kembali). Seramai kira-kira 40 orang pelajar yang hadir dalam program tersebut yang terdiri dari 5 orang pelajar tingkatan 5 dan selebihnya pelajar tingkatan 3.

Alhamdulillah, di akhir program satu kejutan telah diberikan kepada adik-adik yg hari lahir mereka jatuh pada bulan Julai. Walupun sepatutnya terdapat 4 org adik perempuan 4 org adik lelaki yang sepatutnya diraikan tapi hanya seorang adik lelaki dan perempuan yang hadir. So kira rezeki mereka la kan..Kejutan tersebut dibuat sehinggakan mereka yang diraikan mengalirkan air mata kegembiraan.

Program ini telah dikendalikan oleh Pak Long dan turut dibantu oleh Pak Imam, Kak Anie, Kak Nad dan Kak Ainnur. Ia telah bermula jam 2.30 ptg dan berakhir pd jam 5.00 ptg.


26 Julai - Mak Chu Rozita (KRJ Batu Pahat) telah telah selamat melahirkan seorang anak perempuan (anak ke 6). Tahniah Pak Chu dan Mak Chu. Moga menjadi anak yang soleh..

25 Julai -Usrah di SM Teknik JB, untuk pelajar tingkatan 5. Kali ke 9 alhamdulillah... kali ni lain sikit...pelajar-pelajar lelaki dijamu dengan 10kg rambutan selepas habis usrah. Biasanya group Pak Im je dapat makan.. Sori ye adik-adik perempuan...mereka habis awal kerana kakak2 ada meeting untuk KBM MRSM Pontian keesokan harinya

17 Julai -KBM Kembali di sekolah Menengah Teknik, Johor Bahru. Kira-kira 80 % pelajar Tingkatan 4 graduan KBM bulan lepas hadir. KRJ telah menyampaikan sijil dan luahan /resolusi kelas pada majlis tersebut. Seramai 23 orang pelajar telah meraikan ulangtahun ke-16. Meriah, Meriah...

16 Julai- Pagi ini KRJ Johor menerimat fax dari Pengetua SMKA Bandar Penawar , Kota Tinggi. Antara kandungan surat tersebut ialah perlantikan KRJ Johor sebagai Pengendali Bengkel Kepimpinan Pelajar dan aktiviti sesi 2008 seperti berikut:-

1. bengkel usrah sebulan sekali
2. kuliah subuh sebulan sekali
3. tamrin (trainning ) 2 bulan sekali
4. Qiam sebulan sekali

Tahniah lagi KRJ Johor...

12 Julai - Telah berlangsungnya usrah dan qiam di SMKA Bandar Penawar.. melibatkan penyertaan dari pelajar tingkatan 4 dan 5.. seramai 90 orang pelajar, 25 lelaki dan 65 perempuan. Semangat nampaknya pengendali dan peserta setelah 2 minggu program KBI (Keindahan Bersama Islam)...

Ceriakan Johor dengan Usrah!

Thursday, July 24, 2008

Laporan KBM di SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat

oleh Pak Chu

Batu Pahat; 19-20 Julai 2008. KBM di SMKDBL telah berjaya dilaksanakan. KBM kali ini adalah yang terakhir dalam kalender KRJ BP. Penyertaan pelajar seramai 122 orang (48 lelaki dan 74 perempuan) telah berprogram bersama dan kehadiran ibu bapa sekitar 60 orang di akhir slot.

Kami mendapat maklum balas yang baik dari pelajar melalui komen mereka dan juga dari ibu bapa semasa sesi perkongsian MKMS. Pihak sekolah juga turut menunjukkan respons yang baik dan berjanji untuk menempah awal KBM pada tahun hadapan. Majlis penutup dilakukan oleh Pengetua dan bagi pihak JIM di wakili oleh TYDP, Prof Ir Mohd Zainal.


Sedikit perkongsian dari seorang ibu semasa sesi MKMS:
27 tahun lepas ibu ini pernah mengikut program seumpama ini (tetapi tidak ada penekanan agama kerana peserta semua agama) di Cameron Highland dengan bayaran RM500, tiga tahun lepas ibu ini menghubungi semula syarikat yang mengendalikan program ini tetapi bayarannya adalah RM4000. Dia bersyukur kerana walau pun dalam masa singkat mengikuti KBM dia dapat refresh balik hubungannya dengan ibunya yang masih ada. Dan bersyukur anaknya dapat hadir dalam program ini dan mengucapkan terima kasih kepada KRJ

Tuesday, July 22, 2008

Laporan KBM SMK Convent


Oleh Kak Muss
Alhamdulillah...petang ni baru saja selamat sampai dari program KBM di SMK Convent Muar. Program yang berlangsung dari 19-20 Julai ini disertai oleh 139 orang pelajarperempuan. Kesemua 18 orang fasilitator didatangkan dari Kolej Matrikulasi Tangkak, manakala tenaga kerja dari JB pula seramai 6 orang, Kak Fida, Kak Muss, Sarah dan Shahida tiba pada Jumaat malam manakala Pak Anjang dan Pak Im tiba pada Sabtu petang.
Slot KMKY dikendalikan oleh pengendali dan fasilitator perempuan sepenuhnya. Sedikit mencabar bila terpaksa melawan bunyi hujan lebat, lebih-lebih lagi slot pada pagi Sabtu itu diadakan di dewan terbuka. Apa pun Alhamdulillah, yang penting para peserta dapat menghayati intipati rasional yang ingin disampaikan melalui slot tersebut.
Petangnya, slot In-Team dikendalikan pula oleh Kak Fida. Slot tersebut berjaya menyatukan kembali beberapa 'klik' yang telah lama bersengketa, malah saling bermaafan sesama mereka. Slot tersebut dimanfaatkan sepenuhnya dengan mereka turut memohon kemaafan kepada guru-guru yang hadir pada petang tersebut.
Aktiviti pada malam harinya pula dibantu oleh Pak Anjang, Pak Im dan ahli-ahli JIM Muar. Keesokan paginya, slot Hijah dan MKMS berjalan dengan baik, dan tamat lebih awal daripada biasa. Namun begitu, rata-rata peserta tetap memberikan respon yang cukup baik dan maklumbalas yang amat memberangsangkan.

Berbanyak terimakasih kepada ahli-ahli JIM Muar yang telah banyak membantu kami di sana, khususnya kak Sazira dan pak cik Anuar. ..juga kepada makcik Mahayati dan pakcik Ghazali yang meminjamkan Unser yang membawa kami bermusafir dengan selamat pergi dan balik. Juga kepada Shahida dan Sarah.Syukur dipanjatkan kepada-Nya lantaran dipermudahkan segala urusan. Semuanya adalah aturan Allah.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..." (al-Baqarah : 286)

Tuesday, July 15, 2008

KBM SMK Skudai Dalam Kenangan

Laporan KBM SMKS
oleh Kak Abyd

"Seronok, sedih, seram, menakutkan, dan semuanya..MACAM- MACAM ADA!", begitulah komen yang diterima KRJ dari peserta SMKS.

AlhamduliLlah, tanggal 12 dan 13 Julai menyaksikan krew KRJ beraksi dalam Keindahan BersamaMu (KBM) di SMK Skudai, Sri Skudai, Johor. Kali ini, krew KRJ yang terlibat secara langsung ialah Pak Tam, Pak Im, Pak Uteh, Pak Anjang, Abu Nuha, Kak Yatie, Kak Im (Kak Laptop), Abang Ammar, Abang Amin, Abang Anas A, Abang Anas R, Abang Mubin, Abang Ghazi, Abang Asyraf, Abang Danial, Kak Sarah Sahrel, Kak 'Abidah, Kak Syahidah, Kak Ainnur, Kak Sarah Qistina, Kak Farhah, Kak Wanie, Kak Anis dan Kak Seri. Bilangan peserta KBM SMKS kali ini adalah 203 (81 lelaki, 122 perempuan).

Kehadiran adik-adik dihangatkan dengan gelak ketawa dan gembira ceria dengan Slot Knowing Me Knowing You yang dikendalikan oleh gandingan pasangan kembar tak seiras (bak kata peserta) iaitu Abang Amin dan Abang Ammar. Gamat suasana dewan pada pagi itu dek keletah pengendali dan peserta. Adik-adik SMKS berjaya mempersembah Army Yell yang menarik dan memikat hati. Tahniah SMKS!

Seterusnya, Slot InTeam dikendalikan oleh otai yang tak asing lagi iaitu Pak Uteh. Ramai adik-adik kasih dan sayang yang menjadi cair dengan sentuhan hati dan lisan Pak Uteh.

Adik-adik Kasih dan Sayang kemudiannya direhatkan dengan aktiviti riadhah di padang sekolah dan dataran perhimpunan. Antara aktiviti yang dimainkan adalah 'Banjir, Ribut dan Musang', 'Kahwin, Cerai, Rujuk', dan lain-lain.

Selesai mengerjakan solat Maghrib dan 'Isya' berjemaah serta membaca al-Ma'thurat, adik-adik disajikan dengan slot Meniti Angin Malam. Meniti Angin Malam 1 dikelola penuh oleh Pak Uteh dengan bantuan Kak Laptop. Di sini, peserta dan krew diuji dengan beberapa insiden yang menginsafkan dan penuh dengan 'ibrah dan pengajaran.

Mari ladeni firman Allah SWT yang berikut.."...Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) ; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib..." [2:2-3]

Dengan semangat adik-adik Kasih dan Sayang, alhamduliLlah, slot Meniti Angin Malam 2 tetap dijalankan tanpa berbelah bahagi. AlhamduliLlah, kali ini Allah lancarkan perjalanannya. Slot MAM2 dijayakan sepenuhnya oleh semua krew KRJ dengan tugas masing-masing. Kira-kira jam 2 pagi, barulah adik-adik Kasih dan Sayang masuk tidur dan berehat sambil menanti keesokan harinya.Pagi Ahad, adik-adik diceriakan dengan teka teki dan kisah lucu Abang Amin dan Pak Im.

Kemudian, slot Hijrah dan Kasih Sayang Ibu Ayah menyaksikan gandingan mantap Pak Im dan Abang Amin yang sekali lagi menyentuh hati adik-adik Kasih dan Sayang. Pada masa yang sama, seramai lebih 100 orang ibu bapa adik-adik Kasih dan Sayang turut mengikuti slot yang hampir sama yang dikendalikan oleh Pak Anjang di dewan tingkat 2.Jam 11.50 pagi, adik-adik Kasih dan Sayang dipertemukan dengan ibu bapa yang memenuhi dewan. Tangisan keinsafan dan kesyahduan mengisi ruang dan tempat. Banyak air mata yang gugur yang mudah-mudahan mampu menjernihkan hati semua ibu bapa, guru-guru, adik-adik dan tak lupa juga krew KRJ.

Jam 1 petang, Majlis Penutup KBM KRJ telah dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan HEM SMKS seterusnya membenarkan KBM melabuhkan tirainya.Memetik kata seorang bapa,

"Semoga tangisan yang menitis pada hari ini merupakan permulaan perubahan yang sebenar dalam diri anak-anak semua yang akan menjadikan anak-anak semua insan berguna.." Ameen, ya Rabbal 'Aalameen.

Maklumbalas peserta:

(+)"KBM merupakan aktiviti yang amat berguna bagi membantu pelajar menyedari kesalahan diri dan meminta keampunan daripada Allah, KBM berjaya membuat pelajar ingin mendekatkan diri kepada Allah dan memahami dan menghargai pengorbanan ibu bapa yang membesarkan kita.."

"Saya telah diajar untuk menghargai agama yang telah dikurniakan kepada saya sejak lahir. Saya harus bersyukur sebab tak perlu bersusah payah nak dapatkan agama Islam tapi saya tetap tak bersyukur dan melakukan larangan. Tetapi program ini dah menyedarkan saya. Congrats!"

"Fasi-fasi kat sini tegur dengan care berhemah, orang tak kecik hati tapi terasa!"

"Abang Amin & Ammar.. pasangan pengacara yang sempoi! Teruskan bakat abang-abang! ""Program ini patut diteruskan sebab meruntun jiwa"

"Kpd Pak Uteh & Pak Im, Both of you memang pandai bagi nasihat. Now I will change my attitude. Sedih tu kena nasihat malam-malam. ."

"Abang dan Kakak yang sangat sporting dan baik dan suka memberikan motivasi yang sangat best"

"Program ni sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah yang nak muhasabah diri!"

"First impression, fasi tak mesra. Tapi bila dah ikut program, fasi sangat best!!!"

"KRJ juru audio yang gempak!!! Lagu dan video yang dipilih memang kena dengan program and mood! Video prog memang best and cepat gile korang siapkan!!"

"Slot Meniti Angin Malam ke-2 best, sangat adventure!"

"Nak join KRJ la..Macamana nak jadi fasi? Saya nak berkhidmat untuk KRJ!!"

"Prog ni sepatutnya dijalankan dengan kerap di sekola-sekolah terutama sekolah-sekolah menengah sebab remaja-remaja sekarang banyak masalah sosial..."

"Prog ni membawa diri saya ingat kepada kematian dan insaf. Kadang2 saya rasa kematian tu dekat sangat dengan diri saya...."

"Prog ni memberi saya pengalaman baru dan telah membantu saya menghubungkan persahabatan saya dengan rakan saya yang telah tak bertegur sapa beberapa bulan lalu. Terima kasih sangat2!!"

"Buat KBM 3 hari 2 malam boleh tak???"

"Kakak dan Abang fasi yang sangat happening sampai kami ketawa tak kering gusi!"

"Abang-abang n akak-akak da bomb! Sangat kuat dan tenang time handle peserta yang kena .. walaupun kitorang dah jerit-jerit ...!"

"Masa singkat sangatla...Kena panjangkan lagi prog ni.."

"Penerbangan yang best sangat2!!""Crew KRJ best n sporting sangat! Kitorang penat tapi best"

"Kakak dan Abang memang ambil berat pada kitorang! Thank you! Love you all!"

"Majulah KRJ untuk Islam"

Wednesday, July 09, 2008

Cuit SiKEt..

Perbaikikanlah mana yang sompek
Perbetulkanlah mana yang kurang
Cantikkanlah mana yang hodoh
Hebatkanlah mana yang lemah
muga kita sentiasa terserlah hebat jauh dari yang biasa.

masing2 ada kekuatan
masing2 ada kelemahan
masing2 ada kelebihan
masing2 ada kekurangan
yang kuat menampung yang lemah
yang lebih menokok pada yang kurang
yang kuat dan lebih jangan lokek utk menghulur
yang lemah dan kurang terimalah dengan penuh kesyukuran
yang kuat dan lebih jangan berasa sombong dan ujub
yang lemah dan kurang jangan pula berasa rendah hati.

masing2 ada perasaan
masing2 ada pemikiran
suka, seronok, duka dan hiba
kekadang datang secara tiba2
tak disuruh dan tak jua diminta
masing2 memerlukan antara satu sama lain
suka, duka, seronok dan hiba
kalau dapat digabung, akan bahagia tak terkata.

Cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit
piat telinga kanan, telinga kira yang mula merah
luka ditangan kanan, tangan kiri yang pegang plaster.

Umur meningkat, kematangan kan menyerlah
memberi erti yang kita semakin dewasa
lambat laun kita kan jadi orang tua
tak lama, sekadar nantikan hari esok dan lusa
bukannya lama, hanya sekadar sedetik lamanya

jadi contoh pada adik2
jadi sebutan pada pak2 dan mak2
kita bahagia, orang lain gembira.
hidup kan terasa penuh bermakna.

Sayang semua
PakLong
8 Julai 2008

Tuesday, July 08, 2008

KBM DECEM...5 dan 6 Julai

Ahad 6 Julai - KBM di Sekolah Menengah Kebangsaan DECEM ( Desa Cemerlang ), Johor Bahru buat kali ke-2 telah tamat pada jam 1.30 petang . Majlis penutup diakhiri dengan ucapan oleh tuan pengetua. Peserta KBM kali ini ialah seramai 98 orang pelajar tingkatan 3 dan 5, termasuk 15 orang pelajar kaum India. Pada hari pertama turut serta ialah seramai 25orang peserta dari SMK Desa Jaya.
Antara Gambar menarik:

Fasilitator Perempuan

Slot hari Pertama


Slot Akhir

Slot Akhir

Fasilitator Lelaki
Sebelum majlis penutup, seramai 31 0rang ibubapa telah hadir pada slot MKMS (Menuai Kasih Menuai Sayang) yang bermula pada jam 11.45. Pada slot ini peserta di pertemukan dengan ibubapa masing-masing.
Coretan dari seorang Ibu
Terimakasih kerana mengadakan program sebegini. Saya bagi pihak ibubapa amat besyukur dapat membuka pintu hati anak-anak yang mengikuti program ini.
Tidak payah dengan ucapan, tapi sekadar linangan air mata adalah sebagai tanda keinsafan anak-anak yang berada di sini, walaupun mungkin selama ini banyak membuat kesilapan melukakan hati ibubapa
Dan saya rasa ibubapa juga mendapat pengajaran dari program ini. Mudah-mudahan usaha berterusan kita sama-sama lakukan agar anak-anak kita berjaya
Kita doakan semoga anak-anak yang akan mengambil Peperiksaan PMR dan SPM mendapat keputusan cemerlang...Amin




Tuesday, July 01, 2008

Doakan Maklong Abang Yeop dan adik2nya...

foto dari AAL Multiply

Assalamu 'alaykum warahmatuLLAH...

Sabtu 28 Jun: Kereta Mak Long kepada Abang Yeop, Ammar Taqi, Asim dan Kak Ruqayyah Ainollotfi (Kia Sephia) berlanggar berdepan dengan sebuah kereta lain (Viva) di Kuala Pilah, NS.

Status terkini:
Tujuh (7) tulang rusuk patah.
Patah satu tangan
Patah satu kaki
Kecederaan tengkuk/leher (whiplash effect)
Kini di Hospital Seremban
Menunggu operation


SANGAT perlukan do'a untuk:
Cepat sembuh
Tiada komplikasi
Kemaskini pagi Selasa 1 Jun: telah selamat dioperasi malam tadi dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Seremban

Menurut Abang yeop: Maklong adalah seorang guru yang sangat baik hati. Tak lokek nak mengajar dan membimbing anak buahnya. Pernah semasa dia datang ke rumah kami dia mengajar rakan-rakan Ruqayyah (Batch 9) biologi/sains (bagi yang ingat la). Dia juga seorang yang lewat kemarahannya dan murah senyumannya. Jadi, ana mohon ye, do'akan dia mudah-mudahan cepat sembuh

KBI bersama 194 peserta weekend lepas


KRJ dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor(JPJ) telah mengendalikan Program Pembangunan Nuqaba' ( Keindahan Bersama Islam- KBI ) di SMKA Bandar Penawar bermula Jumaat 9 malam hingga Ahad tengahari (27 - 29 hb Jun)

Peserta yang hadir adalah seramai 194 orang pelajar ( 75 lelaki dan 119 perempuan ) dari 9 buah sekolah.

Pengendali utama ialah Pak Uteh dan Pak Ngah Suhaimi dengan sokongan padu 30 orang AJK, team media dan fasilitator.

Program tamat pada 1.30 petang tadi. Majlis penutup telah dilaksanakan oleh Pengetua SMKABP, Ustaz Sakijan Muri.

Ribuan terima kasih kepada semua yang menjayakan dan mendoakan. Ribuan terikasih juga kepada Tuan pengarah KRJJ Prof Razman Salim yang dan YDP JIMJB, Abu Nuha yang turut bersama.


Alhamdulillah program telah berjalan dan dilaksanakan dengan jayanya. Modul baru, idea baru dan cadangan baru bagi modul ini telah berjaya dilaksanakan. Antara slot-slot menarik ialah pendedahan peserta kepada bahan tarbiah seperti 3T, 10 muwasoffat, pengalaman berusrah, kaedah dan praktikal usrah, kebejatan sosial, izzah kepada Islam dan lain-lain.

Seramai 13 orang duta KRJ dari kalangan peserta juga telah dipilih untuk mewakili sekolah masing-masing.


Common conclusion peserta: Mereka akan mengerakkan usrah di sekolah masing masing dengan minimum menjadi ahli usrah.



klik http://musannafah.fotopages.com
atau http://picasaweb.google.com/ummu.fathiyah untuk gambar terkini


Laporan KBM di SMK Convent Batu Pahat

Tarikh: 28-29 Jun 2008
Peserta: 155 orang peserta perempuan (Tingkatan 3 dan 5)
kehairan Ibubapa: lebih kurang 80 orang
Fasi: 16 orang (dari UTHM, IPTHO, exKBM STI - tingkatan 6 dan yang dah masuk IPT)Pengendali: Abg Nizwan dan Abg Fadli , Pak Chu, Ustazah Pauziah, Ustazah Khadijah , Kasma, Makcik Pah , Dr Khalid

Ulasan
Alhamdulillah KBM berjalan lancar dan selamat mendarat dengan sempurna. Respons dari peserta, ibubapa dan pihak sekolah amat positif. Kali pertama Mak Chu tidak terlibat .... masuk hospital tengahari Sabtu setelah selesai menduduki peperiksaan bahasa inggeris kerana premature contraction. Secara peribadi Pak Chu dalam keadaan sedikit risau dan bimbang kerana isteri masuk hospital... terpaksa juga meneruskan program... pulak tu kali pertama kena kendalikan inteam kerana pengendali sebelum ni, abg Fauzi dan cikgu yati (Mak Uda) tidak dapat bersama kerana outstation. Memang betul nak kendalikan KBM ni kena selesaikan/lupakan masalah peribadi... isteri di hospital, first time ... gabra juga... Selesai inteam kena edit video (Pak Uda outstation - biasanya dia yang buat) ... dapat juga siapkan dua videoklip... ikutkan hati tak mahu nak buat video tapi memikirkan video tu sebag aitrademark KBM... buat juga... Selesai sahaja buat video terus bergegas balik ambil anak dan terus ke hospital...

Pukul 7 ptg baru sempat setengah jam berjumpa isteri dan lepas tu terus ke sekolah untuk program KBM seterusnya.. . Alhamdulillah MAM 1 dan MAM 2 berjalan lancar walaupun semasa MAM 1 dua pengendali baru agak kehilangan punca apabila ...***...tapi peserta tetap terkesan dengan slot ini . Sesi MKMS berjalan seperti dirancang... respons peserta dan ibubapa yang memuji program ini... begitu juga dengan ucapan pengetua (pengetua mengikuti MAM 1 dan MAM 2 sampai habis dan bersalaman dengan peserta). TYDP JIM Prof Zainal berucap memawakili JIM.

Pak Chu

SURE - SUkan REmaja 2009!!!