Thursday, August 03, 2006

Program KASTURI, SMK TUN iSMAIL, BP

Assalammu’alaikum..w.b.t

Ahad 31 Julai - Alhamdulillah program 2 hari motivasi KRJ JIM BP di Sek.Men.Keb.Tun Ismail Parit Raja baru saja tamat dengan jaya tengahhari tadi. Sekitar 200 pelajar mengambil bahagian yang majoritinya pelajar Tkt 6 atas dan bawah. Beberapa perkongsian sessi malam dan hari kedua:

A) Pelajar dan ibubapa
1. Penglibatan pelajar-pelajar yang amat baik sekali hampir kesemua menangis insaf
mulai slot in team , penghayatan malam , simulasi kematian hinggalah ke sessi pertemuan dengan ibubapa. 5~6 pelajar yg tampil memberi ulasan dipenghujung sessi dengan esakan sayu:
· Amat menginsafi jasa ibubapa
· Kali pertama menangis sejak memasuki alam remaja
· Terima kasih kepada semua yg menyedarkan mereka

2. Kehadiran ibubapa juga amat baik sekali rasanya inilah program di mana kaum bapa yg datang agak ramai. Komen dari seorang bapa dihadapan semua peserta ...kali pertama pakcik sebak dan menangis di dalam program anjuran belia (mungkin beliau terlupa atau tidak dimaklumkan kerjasama KRJ JIM) dan program ini sepatutnya dibuat sebulan atau 6 bulan sekali (Ini yang kita tunggu-tunggu program 2 hari ini sebagi pengenalan namun yg lebih penting adalah program penerusan, sekurang-kurang 2 usrah dapat dibentuk selepas ini insyallah)

B) Pengendali dan Fasilitator
1. JZKK kpd Pak Lang and the team from JB. Mudah-mudahan aura Pak Lang kekal
teraruh kepada bakal-bakal pengganti slotnya terutama kepada Dr.Khalid yang stay dari mula sampai hampir 2 pagi. Program ini juga adalah program TOT secara live kepada kami.
2. Syabas Akhie Farhan(menantu Dr.Khalid) yg berjaya mengendalikan beberapa slot yg. Penting.
3. Tahniah kpd akhie Masiri selain menjadi RTM kpd JIM BP, kaki ‘pukul’ yang belum dicabar beliau juga berjaya menurunkan anak-anak usrahnya (Akhie Suria alhafiz and the gang) dari KUITTHO selaku fasi.(ini yg sememangnya kami sasarkan).
Kita juga menurunkan seorang fasi Kuitto dari Kemboja. Masa ana ambil beliau ketika mendaftar diri ke Kuittho diantara sembang beliau dengan ana. “ Dah ramai pelajar Kemboja yg ke Al-Azhar, jadi saya nak balik kemboja sebagi jurutera kalau tak nanti siapa yang nak buat masjid”. Ramli namanya.
Juga syabas buat Kak Pah dan fasi dari Iman ELC (kebanyaknya ahli baru JIM) .Mudah-mudah program yang akan datang maktab Peguruan Batu Bahat dapat mewarnai sama.
4. Dan kalau adalah pekara yang paling mengejut dan
mengembirakan yg mungkin tak pernah berlaku dalam sejarah dunia (lagipun
hanya ada satu JIM dalam dunia) ialah kehadiran seorang pelajar KUITTHO non muslim yg membantu sebagai fasi juga pelakon utama menjadi mayat. Ditengah- tengan slot malam tadi beliau yg namanya Suharto menangis di riba akhie Masiri. Doakan semoga JIM BP dijadikan Allah sebagi asbab beliau memeluk Islam. Suharto berasal dari keluarga kristian Sabah.

5. Diakhir program ana bisikan kepada Prof Ir Mohd Zainal “ Ana bagi 200% ucapan
penutup yang anta sampaikan “ Perkataan Jamaah Islah Malaysia adalah wirid utama beliau. Diantara sasaran utama program ini adalah POL..POL..POL
disamping PSM. Beliau juga menyebut contoh Sek men Agama Al Jawahir Senggarang program penerusan 2 minggu sekali telah diadakan. (Ayuh sahabat- sahabatku Sek.Men Semerah, Sek Men Kolam Air , Sek Men Dato Bentara Luar. Jangan biarkan anak-anak itu tanpa bimbingan dari kita semua). Syabas akhie walaupun anta kata kitar semula tapi bukan kitar sebarang kitar.

Akhirul kalam
Syabas kepada semua terutamanya kpd Mak Su Pengurus KRJ Batu Pahat dan nama-nama yg tak sempat dinyatakan di sini. Semoga kita semua adalah seperti ”Basiruddin” dan bukannya ”Sultan Qais” di dalam pandangan Allah S.W.T.
JZKK.
Roslan Abd.Hamid


SYABAS kalian di Batu Pahat.........
Tika menekan kekunci ni bahang anak remaja di Batu Pahat masih tinggi gelombang rasanya... masih terbayang wajah redup sayu Eizuddin, Faisal dll terutama dari kumpulan “The Bujang Rockers” tu..
“Pak Lang, saya terasa sangat gembira dan cukup puas” begitulah kata Eizudin pada ana semasa salam Doa perpisahan kita petang semalam... Apa tidaknya malam sebelum dia sampai menggigil- gigil berdoa utk ibua ayahnya...... sampai lepak di atas ribaan ana... “saya banyak kali tengking emak saya...” antara kata kata nya... pada malam tersebut. Ana kira memang dia puas semasa sesi ibu ayah tu.... masih teringat lagi dia berlari deras menuju ke arah ibu ayah nya.... tragis sekali salam dan sujud kepada ibu nya....
Suharto - ini pun satu yg mengejutkan diri ini bagaimana insan yang belum islam ini bersedia menjadi fasi... berjaga malam dan memainkan peranan yg cukup penting... Malam tu kita ada sebut pada peserta sekurang kurangnya pada malam ini dpt ingat 2 perkara pun jadi lah.... apakah perkara yg paling dekat dgn kita - KEMATIAN, siapakah org yg paling bijak - ORANG YG MENGINGATI KEMATIAN DAN BERSIAP SEDIA UTK KEMATIAN.... Dan Suharto khabarnya semasa bersalaman dgn peserta telah mengingatkan peserta supaya INGAT DUA PERKARA ini. Marilah kita doakan agar Hidayah tersiram di hati.... (tentu sekali usaha gigih kita sebagai pra syarat)
Fasilitator - program bukan saja terkesan kepada peserta tapi kepada fasilitator yg lain.... tenaga muda yg baru masuk ke KUITTHO khabar nya sudah bertanya dan berminat dan nak berusrah dengan JIM.... Tahniah..... jgn lambat lambat ya.... Fasilitator muda yang ana bawa dari taman ana sendiri semasa ana hantar balik ke rumahnya kelihatan nya terus memeluk ibu nya bila sampai ke rumahnya.... dan malam ni ana menerima sms yg cukup panjang menyatakan bersyukurnya dia dapat berkenalan dengan KRJ yg telah pun banyak mengubah gaya hidupnya....

TOT - JK Mentor sedang mempertimbangkan performance protege... Kami yakin salah seorang tu 200% lulus.... Beberapa orang kami rasa masih perlu repeat, refer semula nampaknya :-) ... INGAT - KEJAYAAN kita bermula dengan KEGAGALAN...
OK - ajak lah kumpulan Bujang Rockers lawan Futsal dengan team ana kat sini...

· Pak Lang-

assalamualaikumsekadar menambah...Uniknya program KRJ di Batu Pahat kali ni……1.Suharto... 2 kali belakon jadi jenazah…masa slot malam dia beriya2 menangis dan apabila akhi Masiri mendekatinya... dia keluar dari dewan dan akhi surya mendekatinya.. dia menghadapi masalah keluarga.. berlakukeretakan hubungan antara ibu dan ayahnya hingga adiknya terpaksa bekerja..dia anak sulung dari 7 adikberadik....Masa dia jadi mayat slot sakaratulmaut , akhi Mokri ada sebut dalam doa ‘… jangan matikan kami melainkan dalam keadaan Islam.’ Mudah2an mesej tu sampai kat dia (dia kata dia tak tido ketika jadi mayat ). Kita doakan agar Allah beri hidayah pada dia. Dia pun pernah dengar join program rehlah dan yang terbaru pernah hadir mendengar tazkirah ‘Keajaiban Quran’ masa dia joint program iftar kat rumah ana baru-baru ni... akhi Hakim (anak kakRos - Raudatus Sakinah) rapat dengannya telah melakukan tugasan yang terbaik bagi memenuhi tuntutan dakwah fardhiah.2. Seramai 12 orang... 5 lelaki dan 7 orang fesi perempuan dari KUITTHO tak pernah ikut apa2 program sebeulm ni… fesiperempuan mengaku di awal2 depa ata tak pandai nak jadi fesi. Ana kata tak pe.. joint je. Bila bab nangis2tu ana tengok depa yang nangis lebih….yang baru datang petang tu, tak sampai 1 jam dah nangis. Depa ni tahun satu baru masuk n baru kenal antara satu sama lain…. tapi masa slot intem depa nangis juga bila depa buat apa yang Pak Lang suruh. Ada ketikanya fesi terpaksa tenteram fesi pulak…..boleh tengok ……ada dalam video . YANGBESTNYA masa malam ada yang tanya macam mana nak jadi ahli JIM. Ana pun explain n suruh joint Karisma. Bila ana tanya nak ikut usrah tak…. Semua kata nak. ….. Alhamdulillah. So ana nampak dengan ajak jadi fesi, salah satucara nak ajak joint usrah. Bagi kami di Kuitho yang tak ada wadah, boleh guna kaedah ni lah lain kali untuk carimad’u. Masa makan sebelum balik ana tanya depa letih tak……depa kata letih jugak tapi best….lain kali nak joint lagi. Terima kasih Hakim dan Suria yang berusaha mencari fesi. Ubai pula tak sangka boleh ganti Abu Nuha…. Selama ni kami dok tercari2 sape la yang boleh ganti Abu Nuha ni…. Alhamduliallah begitulah perancangan Allah.3. Masa salam diakhir program, ada sorang mak tanya …tak de buat untuk belia ke? Ana kata boleh bincang. Yang paling tak sangka ada student masa salam tu dia kata………boleh jadi mak angkat ? Spontan keluar dari mulut boleh, boleh….( dalam hati ni peluang….tapi terfikir eh!.... nak dapat anak perempuan terus besar, sbb anak ana 5 semua lelaki. InsyaAllah ana akan buat follow up.4. Ada sorang ibu bagi ucapan untuk KRJ. Dia tulis pada kertas dan minta bagi tau pada semua yang terlibat.
Teksnya seperti berikut : KEPADA ANDA SEMUA KRJ……..KAK TAK PERNAH RASA SESEDIH INI…..SEBAGAI IBU…KAK RASA PENERANGAN INI CUKUP BERMAKNA BAGI KAK DAN ANAK-ANAK. SEBAGAI ANAK, TAKBANYAK SEDIKIT, ANAK-ANAK SUKA MELAWAN CAKAP KAK. Dihelaian sebelahnya pula dia tulis : KAK DARI SELANGOR BARU BERPINDAH KE JOHOR. TAHNIAH KAK UCAP KEPADA ANDA!!! DAN SEMUA YANG TERLIBAT. TERUSKAN USAHA MURNI ANDA!!! HANYA ALLAH SAHAJA DAPAT MEMBALAS JASA MURNI MU…..K.R.J. BETAPA INSAFNYA KAK MENDENGAR UNGKAPAN BICARA MU!! TAHNIAH….TERUSKAN USAHA MU MEMBERI PENERANGAN KEPADA GENERASI MUDA.
Begitulah luahan rasa seorang ibu. Masyarakat menaruh harapan kepada kita. Setiap kali habis program memang penat , tapi dalam kepenatan ada nikmat. Peluang untuk kita melabur saham akhirat terbentang luas. Rugi kalau tak rebut peluang ni, sape2 yang tak nak lepaskan peluang ni ,jom sama2 kita gemblingkan tenaga khususnya untuk ikhwah/wat BP. Ayuhhh!!!! tingkatkan usaha kita……..2020 makin hampir…….. Terima kasih kepada team KRJ JB kerana masih sudi membantu BP, pegurus dan cikgu2 IMAN yang menjadi fesi , fesi dr Kuitho serta semua yang terlibat dan yang menghadirkan diri. Terima kasih daun keladi , lain kali bantukami lagi.
Rozita Othman

“Ya Allah, Engkau lembutkan lah hati sahabat kami ini yang bernama Suharto, Engkaulah kurnikankanlah hidayah kepada nya, berikan nur, berikan kekuatan kepada nya untuk memahami Islam dan seterusnya memeluk agama mu ini.”
“Ya Allah, Engkau berikan kekuatan kepada kami untuk mendampingi nya, kekuatan jiwa dan kata kata untuk melembutkan hati, jua kekuatan berdoa untuk nya sebagai senjata kami.........”

1 comment:

Kay J said...

pakcik.. or makcik.. bila nak buat dekat STA bp pulak? kalau buat.. ajaklah saya sekali.. saya anak perempuan akhi jiwa.. kalau kenal lah.. rasanya pakcik khalid kenal lah tu.. pakcik zainal pun sy kenal rasanya.. ohh.. tp sy kat UK lg skang.. balek nov nnt.. okies.. suka sgt nak join KRJ nie.. sbb muda2 dulow tak penah dapat peluang..

kausar

SURE - SUkan REmaja 2009!!!