Friday, August 18, 2006

Macam-macam Berita

1. Alhamdulillah, Jazakalllah diucapkan kepada semua yang membantu Program Bina Insan di SMK Sri Perling pada 12 dan 13 Ogos tempohari... samada hanya pada hari Sabtu sahaja mahupun yang menyumbang hingga hari Ahad. Program disertai oleh lebih kurang 80 orang peserta Tingkatan 1 hingga 5. Berita-berita lanjut program akan disusuli kemudian

2. KRJJ Utara

Selamat bermukhayam di ucapkan kepada team KRJ Batu Pahat , KRJ Muar dan KRJ Kluang pada 19 & 20 Ogos di Institut Haiwan Ayer Hitam. Di fahamkan penyertaan hampir 100 orang ( Batu Pahat- 25 orang , Muar - 49 orang, Kluang- 17 orang dan Senggarang 9 orang ) . Moga usaha antum semua dalam melahirkan insan soleh wa musleh di permudahkan Allah.

3. Fasilitator KRJ Batu Pahat

Adik-adik fasilitator dari Batu Pahat dijemput untuk bersama-sama di dalam
pewariskrjj@yahoogroups.com agar ikatan bersama KRJ dan ikatan sesama pewaris akan lebih erat. Jika ada alamat e-mail mereka diharap boleh hubungi AJK KRJ.

4. Sekolah Menengah Teknik

Alhamdulillah..malam tadi kami secara formal di jemput oleh pihak sekolah untuk buat program susulan.Program bermula pada jam 9 malam hingga 11.15 malam. Program di jalankan dengan mengimbas semula program yang lepas melalui video klip dan CD ( terima kasih kepada Pak Iman yg siapkan CD..macam filem pulak ada pelakon, ada pengarah, ada pereka set dan sebagainya lah ) seterusnya perkongsian tentang hijrah yg mereka lakukan selama 2 minggu ini serta mereka ber’intim’ sekali lagi.Akhirnya di tutup dengan ucapan fasilitator dan di sampaikan pesanan dari fasilitator melalui SMS ( yang telah di pancarkan di skrin besar ) . Yang paling menggembirakan ialah ucapan ustazah sekolah tu...lebih kurang berbunyi...

" Sayalah yang paling gembira dan terharu di sini. Sudah lama saya tunggu program ini dapat di jalankan di sekolah ni. Saya ucapkan terima kasih kepada KRJ & Pengetua kerana beri kesempatan kepada kami untuk buat program ini. Untuk pengetahuan pelajar program susulan ini adalah dibuat secara sukarela tidak dibayar. Moga ALlah sahaja yg membalasinya.

Moga apa yang anak-anak dapat terus terbentuk sehingga akhir tahun dan seterusnya sampai ke anak-anak jadi senior.

Alhamdulillah pada 15 Ogos yg lepas saya dapat hadir mesyuarat PIBG. Dan dalam mesyuarat tersebut telah di persetujui serta di luluskan untuk menjadikan program ni sebagai program tahunan. Dan mungkin akan di gabungkan untuk tingkatan 4 & 5. Macamana KRJ boleh ke kalau 300 lebih ni...?


Syukur Alhamdulillah ya Allah, kami diberi peluang berprogram di SM Teknik dan alhamdulillah dengan izinMU program berjalan lancar sehingga kami di beri peluang berprogram semula pada masa akan datang.

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!