Program bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sarapan pagi dan kata-kata aluan dari Dr Nor Izam selaku Ketua Wanita JIMJB. Kemudian menyusul tazkirah “Glamournya Kita…” dari Ustaz Hairozi . Senamrobik ringkas menyusul kemudian sebelum sesi ta’aruf bersama kumpulan masing-masing dan Forum” Inilah Jalanku”
Selepas makan tengahari peserta ditugaskan untuk bekerjasama dalam kumpulan untuk bersama-sama bertanding dalam pertandingan ‘Membina Mahligai’.Tahniah kepada kumpulan yang merekacipta Mahligai ‘Ruhul Jadid” atas kemenangan mutlak mereka.
Majlis bersurai pada jam 4.15 petang selepas sesi muhasabah dan penyampaian cenderahati. Uniknya...sebelum berpisah peserta dikehendaki memberi satu hadiah kepada peserta yang paling tidak mereka kenali. Semoga program ini berjaya memantapkan ukhuwwah fillah yang ada dan seterusnya mencapai objektifnya.
“(ingatlah peristiwa tatkala serombongan pemuda pergi ke gua, lalu mereka berdoa, “Wahai Tuhan kami, kurniakan lah kami rahmat dari sisiMu dan berikanlah kami kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami” ( AlKahfi:10)
No comments:
Post a Comment