Jazakallahhukhairan kepada Pak Uteh & keluarga kerana meraikan kami pengerak-penggerak KRJ dan KRI serta keluarga Mudah-mudahan limpahan keberkatan diperolehi pada Pak Uteh sekeluarga serta sekeluarga mertuanya... dan begitu juga dengan kami semua yang hadir semalam.
Pagi tu kami berkumpul di pejabat JIM, ingatkan setakat 2~3 kereta aje…, rupa-rupanyanya 7 buah kereta, bila sampai Pekan Nenas... sekali tengok yang konvoi tu 11 buah kereta semuanya. Bila semua dah sampai rumah Pak Uteh di Kampung Rambah, semua sekali ada 16 buah kereta rupanya, dengan kehadiran pada kiraan kasar Pak Long ada lebih kurang dekat-dekat 60 orang ( dah macam buat family day ...)
Alhamdulillah, program santai-santai amat meriah di dusun didepan rumah Pak Haji Cikgu Mad ( mertua pak uteh) dengan 3 kereta sorong penuh dengan buah durian, (pagi tu pergi pungut sendiri kat bawah pokok... kena pulak lepas hujan pagi tu... punya lah jakun masing-masing... ialah orang bandar masuk kebun... opsss, tapi semua macam tu eh!) Pergi belakang rumah... punyer ler banyak pokok pulasan, apa lagi habis dikerjakan.. . bukan pokoknya, tapi buahnya.
(kata pak anjang... rambutan tu- rambutan melayu, pulasan tu plak - rambutan negro... sebab ada yang tak jarang jumpa buah pulasan... nak makan tak reti nak pulas, digigit nya macam rambutan... memang ler rasa pahit kulitnya...apalah korang nie, buat malu company jer! ) Buah langsat yang muda-muda pun habis...rambutan yang tinggal hujung-hujung pun habis...durian dan pulasan jangan citer ler.... tapi masih ada lagi yg boleh bawa balik, masing2 bawa bontrot tengahari tu.
Wah! sedap betul asam pedas ikan sembilang dan ikan parang, kena pulak dengan lemak pucuk turi... peh! Itu yang Azan makan sampai tak perasan kat orang, Alah ! Aboh pun apa kurangnya...tak sedor depa yang lain masih makan durian lagi. Pulak tu, ayam bakar KRJ ( sebab KRJ yang sponsor) mengharum baunya... Terima kasih Pak Anjang yang setia membakar ayam dengan ditemankan oleh 'menantu' nya ( nie yangaku nak cari menantu jugak nie)... tak, orang lain pun buat jugak , tak gitu Pak Imam!. Sampai hitam hangus pun ada. Alhamdulillah, suasana amat meriah dan gembira dapat jumpa semua yang ada, Shid.... walaupun lewat hadir ( mungkin jalan jem masa lalu Senggarang agaknya) setidak2nya jadi bahan usikan kami ( tak gurau, maka tak
mesra, tak mesra maka tak kasih, tak kasih maka tak sayang... cewah!).
Moga ukhuwwah yang dibina berkekalan akhirnya….
No comments:
Post a Comment