Alhamdulillah... Program Jalinan Kasih KRJ BP baru sahaja melabuhkan tirainya melangkaui pukul 1.00tgh 17 Sep 06 di Novo Park Hotel BP. Ianya merupakan diantara program kemuncak penerusan program-program yang sebelumnya dan juga kemuncak kedua selepas XPDC Semberong bulan lalu. Seramai hampir 200 orang pelajar hadir dari lebih 5 buah sekolah yang pernah diadakan program motivasi pada tahun ini. Ini bermakna lebih 30% pelajar mengikuti program susulan dari keseluruhan pelajar yang pernah mengikuti program pertama. Ia juga diwarnai dengan kehadiran fasi dari Kuittho dan Maktab Perguruan BP.
Pengisian-pengisian kali ini dipengerusikan oleh Akhie Farhan dengan sajian oleh:
Tahfiz dan terjemahaan Al-Quran
C.I.N.T.A
DENDANGAN BUATMU IBU
Peserta dari SMK Munshi Sulaiman BP. Da’wah melalui nasyid boleh diteruskan oleh anak2 ini. Mana tahu mungkin satu masa nanti sehebat Yusof Islam atau seperti Aqil Hayy atau sehebat penyair Iqbal.
BERTAARUF DENGAN KARISMA
Celoteh menarik Abang Abd Hakim anak Kak Ros ( Kak Rosmawati Riadus Sakinah) dan Abg Suria.Tahniah di atas celoteh bersahaja dari mereka berdua. Orang kuat Kuithho yang menjadi pembimbing adik2 junior nanti insya Allah.
BICARA PAK LANG
Kemunculan yg dinanti-nantikan oleh anak-anak kasih dan sayang. Bila nama pak
Lang dipanggil, sepontan mereka menunjukkan reaksi gembira. Siapa yg Glamour
akhirnya difahami oleh mereka. Ada anak yang mengesat airmata semasa clip
Palestin keudara.
Ada seorang ayah datang bertanya ana.”Bagaimana JIM ada duit buat program di hotel dan tak mintak bayaran kpd peserta?”. Ana jawab ”Duit JIM berada dipoket ahli-ahlinya?”. Beliau menarik ana ketepi dan menghulur RM300.00. Seorang lagi datang ulur RM50.00. Alhamdulillah’ Tabung biskut’ hari itu bila dibuka berjumlah RM540.72. Masih tak cukup utk menampung kos keseluruhan. Tapi alhamdulillah hati puas kerana mereka menyumbang dari keikhlasan bukan bayaran yg terpaksa. Pn.Nora(ibu peserta yg ikut sama) yang mintak akaun no. KRJ nampaknya dah serasi dengan Kak Pah, kalau kena gaya macam nak bertambah ahli baru dari seorang ibu, doakan begitulah hendaknya
PSU BP sempat survey kepada sebahagian peserta dari Al Jawahir Senggarang,”mana best program ini atau di Sembrong?.Jawab mereka,”sama-sama best”.”Prog.hari ni slot mana yg paling best..?slot glamournya aku..Saiful apek berentap dengan Pak Cik Kap Chai gamaknya..tahniahlah Pak Lang ..boleh menyelami jiwa remaja...itu nampak Pak Lang muda sokmo..(nganu mari)
Tak lupa terima kasih juga buat Pak Cu dan Kak Fidah yang setia dengan multimedia...orang kuat KRJ Johor. Mak Cu, Ustazah Pauziah/Khadijah, Kak Pah , Pak Cik Salim, Cikgu Yusof dan Isteri, Pak Cik Khalid dan Pak-pak dan Mak-mak yang bergelar macam-macam ada bagi bantuan dan sokongan.
Akhirnya,walaupun mungkin ada nama-nama yang ana tak sebutkan di sini namun sangat besar sumbangannya kepada kelancaran programhari ini, doa untuk kalian tetap dipanjatkan kepada Allah agar ianya menjadi pemberat timbangan amal di akhirat nanti. Sesungguhnya kepadaNya tempat kita kembali dan berharap.
No comments:
Post a Comment