BismiLlah...11 bulan hampir berlalu, dari Syawal hinggalah ke Rejab. Kini Ramadhan sudah sangat hampir. Hanya tinggal kurang dari dua minggu. Ada dari kalangan kita yang terkejut akan kelajuan zaman menelan masa. Dan ada pula yang telah lupa bahawa ia bakal menjelma sebentar sahaja lagi. Itulah dia hakikat manusia yang sering lupa dan lalai dari perkara-perkara awlaa...
Bulan yang begitu mulia akan datang. Bulan yang diturunkan al-Qur'an di waktunya bakal menjelang. Tetapi persoalannya, apakah persediaan yang telah kita lakukan? Sebaik habisnya ia pada tahun lalu (1426H) sehingga sekarang? Marilah kita sama-sama menghisab diri dalam hal ini. 322 hari telah berlalu semenjak 1 Syawal 1426H. Ia merupakan tempoh yang sangat lama. Ia hampir sama dengan 1/10 perjalanan dakwah RasuluLlah di Makkah. Yang mana pada ketika itu, RasuLlah s.a.w. berjaya mendidik atau mentarbiyah beberapa orang terdekat dengan asas aqidah Islam seperti Abu Bakar, Ali dan al-Arqam ibn Abi Arqam. Yang kemudiannya dengan asas-asas tersebutlah mereka mengerti Islam dan perjuangannya.Sehinggalah Islam itu sampai kepada kita.
Seandainya Nabi s.a.w. dapt melakukan persediaan yang besar dalam masa satu tahun, sudah pasti kita juga mampu melakukan persediaan yang lebih mudah; persiapan menuju bulan Ramadhan al-Mubarak. Sepatutnya momentum dalam ibadah khusus kita sudah sangat tinggi, sehinggakan inertia nafsu dan syaitan tidak mampu membuatkan kita malas dan demotivated untuk beribadah kepada Allah. Sepatutnya pada suku terakhir bulan rejab ini, qiyamullail sudah boleh dilakukan dengan ringannya setiap malam, al-Qur'an sudah mampu dibaca satu juzu' satu hari, dan sadaqah boleh dikeluarkan dengan senang hati. Persediaan yang kita lakukan sepatutnya telah menjadikankita seorang 'abduLlah yang sangat mudah melakukan perkara sunat dan sangat membenci melakukan perkara-perkaramakruh (apatah lagi yang haram).
Seandainya kita termasuk dalam golongan orang yangdisebutkan di atas, maka terus lah kita beristiqamah dengan 'amal soleh kita;" Dan katakanlah: Beramallah kamu, maka Allah dan RasulNya serta orang-orang mu'min akan melihat amalanmu itu..."(9:105)
Tetapi seandainya tidak, hendakalah kita bermula daripada hari ini, bermulanya saat ini. Kita cuba bersihkan hati sehingga kebersihannya menyebabkan amalan soleh kita mempunyaimomentum untuk mengatasi inertia nafsu. Yang kedua, hendaklah kita mula menyekat mata kita dengan lebih intensif, kerana mata adalah antara nikmat Allah yang sering disalah-gunakan oleh kita sehingga hati menjadi sangat keras. Ketiga, mulut dan lisan sangat² perlu diperlihara. Kedua-duanya (sama sahaja kedua-duanya) , merupakan asas pergaduhan atau lain-lain perkara yang dapat meningkatkan inertia syaitan. Seperti an pepatah lama ; " Sebab mulut badan binasa". Pada masa yang sama, basahkan lisan dengan alunan al-Qur'an, semoga dengan itu hati dapat dilembutkan. Dan terakhir, amalkanlah doa ini
..."Allahumma baariklana fi rajabi wa sya'ban,wa ballighna ramadhan el-mubaarak. .."(Ya Allah, berkatilah kami di bulan rejab dan sya'ban,dan sampaikanlah kepada kami ramadhan al-mubarak)
Semoga kita dapat menyambut Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini.
Jadi ayuhlah kita, melakukan persediaan untuk menyemarakkanlagi bulan Ramadhan yang tidak lama lagi menyusul...
Salam uhkuwwah dan SEMARAK RAMADHAN!
Mashizaki Keikan JunduLlah,ArdhiLlah.
No comments:
Post a Comment