Tuesday, August 22, 2006

Mukhayyam KRJJ Utara

Alhamdulillah, pada 18-20 Ogos telah diadakan Mukhayam KRJ bagi JIM daerah Muar, Batu Pahat dan Kluang di Semberong Lake Resort, Air Hitam. Seramai 89 peserta (37 perempuan dan 52 lelaki) telah menghadiri mukhayam ini - daripada tingkatan 2 hinggalah 6 Atas. Mereka adalah yang terpilih dan telah mengikuti program tarbiyah di daerah masing-masing.
Tahniah & syabas diucapkan kepada semua fasilitator, penganjur dan ikhwah dan akhawat yang terlibat dalam menjayakan mukhayam KRJ buat julung-julung kalinya di utara Johor. Setelah melalui program yang diatur, sinar terserlah daripada anak-anak ini yang kita harapkan dapat meneruskan tarbiyah di lokaliti masing-masing. Kumpulan keseluruhan terbaik (Palestin), peserta terbaik (Shukri dan Farahin) dan kumpulan nasyid terbaik (Palestin) menyerlahkan potensi yang ada pada anak-anak ini.
Tiga orang fasi adalah pelajar Aceh dari INTISAR. Menyejukkan hati apabila solat berjamaah turut diimamkan oleh ketua kumpulan Palestin, Hasbullah (hafiz) dan Shukri. Berkayak/water confidence dan membuat rakit mengajar mereka keyakinan diri dan kepentingan kerja berkumpulan.
Terima kasih kepada Prof Mohd Zainal yang menyumbangkan seekor kambing sebagai aqiqah cucu sulung beliau.

( Laporan Hashimy Halimi, Kluang )

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!