Monday, April 24, 2006

( Buku) ACEH…Imbauan Kenangan

I

At another time, ada seorang adik tu, minta tolong gosokkan baju kurung. Yang kami dok memikir kenapa la adik ni beria-ia sangat nak gosok baju pengasuh dia? Kami pun tanya,” Adik…baju sapa ni, gapain mau digosok?” Adik tu pun jawap, “Ini baju ibu, kak. Ya Allah! Tersentak, terasa jantung mengecut . Bertuahnya ibu mengandung kan mu. Hiba, sedih…dan simpatinya kami menatap wajah adik yang memegang baju yang selama ini dipakai oleh ibunya. Tiba-tiba kami terfikir,macam mana adik ni boleh simpan baju ibu dia padahal rumahnya sudah hancur tinggal tapak sahaja? Laa…rupa-rupanya ‘ibu’ yang dimaksudkan adik tu adalah pengasuhnya! Mereka sudah dididik seperti sebuah keluarga, saling bantu-membantu antara satu sama lain.

II
…Masa inilah Zahid datang, “ Amin, baca kejap sms ni” so ana pun baca “ teman kamu Mirza dan Rahmat sudah wafat, mereka kecelakaan semasa pulang dari tempat kamu”.

Ana tersentak…ana menahan sedih. Aargh! kenapa? kenapa? Inilah persoalan yang pertama timbul dalam fikiran…ana masih teringat pesanan ana yang terakhir kepada dia, ” Mirza, tolong tengok-tengokkan si Rahmat ni, jangan bagi dia hisap rokok lagi…nanti kita jumpa di Malaysia ya?”

Ana terus mencari kepastian, ana berjumpa Abang Udi…Abang Udi kata betul…Sebak di hati semakin terasa…ana cuba menahan lagi perasaan sehinggalah di atas kapal terbang Kartika Airlines. Apabila ternampak anak-anak Darul Aytam , 2 dan 3 melambai dari pagar lapangan terbang itu…akhirnya ana tewas dengan perasaan sendiri

III

Di sana kami diajar bagaimana nak berdakwah. Kami ke sekolah-sekolah untuk bersilaturrahim bersama pelajar-pelajar di sana. Disana kami cuba selit-selitkan dakwah Mula-mula tu memang la kekok, tapi sampai sekarang ada lagi pelajar Aceh yang masih menghubungi kami di sini. Mereka meminta pendapat dari kami. Kami juga lihat bagaimana dai’e-dai’e di sana bergerak. MasyaAllah… memang teramat-amat bagus. Dai’e kat sana macam sentiasa dahagakan mad’u. Dalam fikiran mereka hanyalah dakwah dan jihad kerana Allah.

IV
…Jawab ikhwan tersebut,” Dakwah tetap berjalan walaupun hadirnya kita atau tidak. Kerana dakwah dan perjuangan itu milik semua”.

Balasan SMS itu membuatkan aku termenung panjang. Dalam diam aku berdoa semoga aku tergolong dalam mereka yang sentiasa memperjuangkan dakwah ini. Namun, hatiku semakin runsing taktala fikiranku ligat berfikir. Agaknya ketika di universiti nanti bisakah aku menjadi sehebat mereka? Bisakah?

Kini, aku benar-benar merindui Aceh. Bukan kerana keseronokan yang aku dapat ketika menaiki kapal terbang, mahupun dapat bersiar-siar di negara orang supaya apabila pulang ke Malaysia nanti boleh aku ceritakan kepada semua. Tetapi kerana tabiyahnya yang telah memaut hatiku. Kerana ukhuwwah yang terjalin ini telah kurasa kemanisannya. Dan kerana semua telah membuatkan kehidupanku kini bercahaya dengan gemilangnya.


Ikuti pengembaraan suka dan duka Izzah Atikah Norkhair, Amin Mokri, Saif Jamaluddin dan Fauzun Abdullah Suhaimi bersama rakan R2A mereka dalam buku terbaru di pasaran, Aceh Imbauan Kenangan Terbitan Hidef Group Sdn Bhd. (07 5566370)

Buku ini diterbitkan bagi mengabadikan kenangan 37 remaja lepasan SPM 2005 yang berpeluang bemusafir selama sebulan di Nanggroe Aceh Darussalam

Bacalah dengan hadirnya hati kerana dengan hatilah buku ini ditulis.
Selamat membaca!

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!