Monday, April 24, 2006

( Buku) ACEH…Imbauan Kenangan

I

At another time, ada seorang adik tu, minta tolong gosokkan baju kurung. Yang kami dok memikir kenapa la adik ni beria-ia sangat nak gosok baju pengasuh dia? Kami pun tanya,” Adik…baju sapa ni, gapain mau digosok?” Adik tu pun jawap, “Ini baju ibu, kak. Ya Allah! Tersentak, terasa jantung mengecut . Bertuahnya ibu mengandung kan mu. Hiba, sedih…dan simpatinya kami menatap wajah adik yang memegang baju yang selama ini dipakai oleh ibunya. Tiba-tiba kami terfikir,macam mana adik ni boleh simpan baju ibu dia padahal rumahnya sudah hancur tinggal tapak sahaja? Laa…rupa-rupanya ‘ibu’ yang dimaksudkan adik tu adalah pengasuhnya! Mereka sudah dididik seperti sebuah keluarga, saling bantu-membantu antara satu sama lain.

II
…Masa inilah Zahid datang, “ Amin, baca kejap sms ni” so ana pun baca “ teman kamu Mirza dan Rahmat sudah wafat, mereka kecelakaan semasa pulang dari tempat kamu”.

Ana tersentak…ana menahan sedih. Aargh! kenapa? kenapa? Inilah persoalan yang pertama timbul dalam fikiran…ana masih teringat pesanan ana yang terakhir kepada dia, ” Mirza, tolong tengok-tengokkan si Rahmat ni, jangan bagi dia hisap rokok lagi…nanti kita jumpa di Malaysia ya?”

Ana terus mencari kepastian, ana berjumpa Abang Udi…Abang Udi kata betul…Sebak di hati semakin terasa…ana cuba menahan lagi perasaan sehinggalah di atas kapal terbang Kartika Airlines. Apabila ternampak anak-anak Darul Aytam , 2 dan 3 melambai dari pagar lapangan terbang itu…akhirnya ana tewas dengan perasaan sendiri

III

Di sana kami diajar bagaimana nak berdakwah. Kami ke sekolah-sekolah untuk bersilaturrahim bersama pelajar-pelajar di sana. Disana kami cuba selit-selitkan dakwah Mula-mula tu memang la kekok, tapi sampai sekarang ada lagi pelajar Aceh yang masih menghubungi kami di sini. Mereka meminta pendapat dari kami. Kami juga lihat bagaimana dai’e-dai’e di sana bergerak. MasyaAllah… memang teramat-amat bagus. Dai’e kat sana macam sentiasa dahagakan mad’u. Dalam fikiran mereka hanyalah dakwah dan jihad kerana Allah.

IV
…Jawab ikhwan tersebut,” Dakwah tetap berjalan walaupun hadirnya kita atau tidak. Kerana dakwah dan perjuangan itu milik semua”.

Balasan SMS itu membuatkan aku termenung panjang. Dalam diam aku berdoa semoga aku tergolong dalam mereka yang sentiasa memperjuangkan dakwah ini. Namun, hatiku semakin runsing taktala fikiranku ligat berfikir. Agaknya ketika di universiti nanti bisakah aku menjadi sehebat mereka? Bisakah?

Kini, aku benar-benar merindui Aceh. Bukan kerana keseronokan yang aku dapat ketika menaiki kapal terbang, mahupun dapat bersiar-siar di negara orang supaya apabila pulang ke Malaysia nanti boleh aku ceritakan kepada semua. Tetapi kerana tabiyahnya yang telah memaut hatiku. Kerana ukhuwwah yang terjalin ini telah kurasa kemanisannya. Dan kerana semua telah membuatkan kehidupanku kini bercahaya dengan gemilangnya.


Ikuti pengembaraan suka dan duka Izzah Atikah Norkhair, Amin Mokri, Saif Jamaluddin dan Fauzun Abdullah Suhaimi bersama rakan R2A mereka dalam buku terbaru di pasaran, Aceh Imbauan Kenangan Terbitan Hidef Group Sdn Bhd. (07 5566370)

Buku ini diterbitkan bagi mengabadikan kenangan 37 remaja lepasan SPM 2005 yang berpeluang bemusafir selama sebulan di Nanggroe Aceh Darussalam

Bacalah dengan hadirnya hati kerana dengan hatilah buku ini ditulis.
Selamat membaca!

Hi Tea Bersama Raihan & Anak-anak Acheh

Hi Tea Bersama Raihan & Anak-anak Acheh
Berhibur Sambil Menderma...

http://www.freewebs.com/hitea-acheh/

PENGENALAN
Bagi memanfaatkan masa lapang pelajar lepasan SPM 2005, satu program khusus telah dirangka. Program ini mengandungi 3 modul dan berlangsung selama 3 bulan dan dikenali sebagai "Road to Acheh”atau singkatnya R2A.

Program telah disertai oleh 35 orang lepasan SPM 2005 dari Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMIH) Johor Bahru dan dikendalikan oleh SMIH, Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah (PALS) dan HIDEF Sdn. Bhd.

Di antara aktiviti yang telah dijalankan ialah latihan keterampilan, keusahawanan dan lawatan serta khidmat masyarakat di kawasan yang dilanda Tsunami di Acheh.

Lawatan dan khidmat masyarakat di Acheh selama sebulan telah menyedarkan peserta tentang perlunya membuat kutipan dana bagi meringankan penderitaan anak-anak yatim di Acheh dan membantu pembinaan dan penyelenggaraan rumah anak-anak yatim di sana.
Tercetuslah idea bagi menganjurkan satu program berbentuk Majlis Hi Tea "Bersama RAIHAN dan Anak-anak Acheh"

Majlis ini dianjurkan oleh Persatuan Alumni Sekolah Menengah Islam Hidayah (PALS) dengan kerjasama Pertubuhan Jamaah Islam Malaysia (JIM), Pertubuhan Kebajikan Al- Nidaa dan Yayasan Rabitatul Islam Malaysia.

Wednesday, April 19, 2006

Ketahuilah OlehMu

oleh M Hafizuddin
Ketahuilah OlehMu

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja... Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menelepon...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

Ketika kau pikir bahwa kau sudah mencoba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi... Allah SWT punya jawabannya.

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu.

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur...
Allah SWT telah memberkatimu.

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu.

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

Ingat bahwa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU .......

Laporan Explorace KRJ di Masjid Taman U

oleh Pak Kamal


Nama Program: Explorace KRJ
( sempena Maulidurrasul )
Tarikh: 16 April 2006
Tempat : Masjid Jamek Taman U
Masa: 2.30 hingga 5.00 petang

Saya mewakili ikhwah dan akhawat lokaliti Taman Universiti ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada KRJ dan fasi-fasi dari kalangan peserta R2A 2006 kerana sudi mencemar duli turun ke Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid dan melaksanakan program Explorace KRJ 2006.

Tidak juga tidak dilupakan ikhwah-ikhwah lain seperti Pak Long, Pak Utih, Abang Long,
Ayah Yob dan tidak dilupakan semua ikhwah dari sekitar lokaliti Taman Universiti yang
turut membantu menceriakan majlis ini.

Sebanyak 16 kumpulan terdiri dari 80 peserta semuanya yang telah mengambil bahagian
untuk acara explorace ini. Ramai peserta yang juga ditolak disaat akhir kerana pihak
urusetia hanya menyediakan package untuk hanya 16 kumpulan sahaja.

15 kumpulan peserta laki-laki dan satu kumpulan peserta perempuan telah menyertai explorace ini.

Kumpulan telah dibahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan menengah atas berumur 15, 16 dan 17 tahun dan kumpulan menengah rendah yang berumur 12, 13 dan 14 tahun.

Kumpulan dari menengah atas hanya ada 6 kumpulan sahaja, manakala kumpulan dari
menengah bawah ada 10 kumpulan.


Kamal Khalil
AJK JIM JB @lokaliti Taman Universiti

Tuesday, April 18, 2006

Catatan Pengalaman dari Perak

Coretan program KRJ Johor bersama KRJ Perak.
Di tulis oleh adik pewaris KRJ.

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum w.b.t.

Tepat pada tarikh 8 dan 9 April yang lalu, satu lagi program Keindahan BersamaMu dapat dilaksanakan atas usahasama KRj Innovation (Johor) dan KRj Network Perak). Program ini berlangsung di Sekolah Menengah Abdul Rahman Taib (SMART), Teluk Intan, Perak.

Seramai 81 orang pelajar yang semuanya berada di Tingkatan 5 memberi respon yang baik sepanjang program dijalankan. Remaja Perak begitu semangat dan kami semua menjangkakan jika program penerusan dilaksanakan di sekolah tersebut. Insya-Allah ramai mujahidin akan lahir dari sekolah SMART. Kebanyakan Pelajarnya se "smart” seperti nama sekolahnya.

Gabungan mantap fasi dari kedua-dua negeri sungguh memberangsangkan dari segi program dan juga penjagaan peserta. Alhamdulillah, KRJ Innovation yang terdiri dari Pak Uteh, Pak Lang , Akh Umayr, Akh Saif, Akh Amin, Akh Syahir dan Akh Fahim dan juga dua orang akhawat, Kak Fidah dan Kak Baiti. Team KRJ NP dari Perak ialah Pak Teh, Ayah Cho, Ustaz Alias, Haji Mat Noh (pengetua), Pak Radin, Abang Bob , Akh Munawwar (sekarang dah jadi orang perak) , Akh Bie, Akh Jim, Akh Huzai, Akh Hafiz.dan wakil akhawat dari perak terdiri dari Kak Shima , Kak Achik Nita dan Kak Zie.

Syabas kepada fasi yang terlibat.

CERITA DISEBALIK PROGRAM

Kami semua bertolak dalam jam 5.30 petang dari Johor padahari sebelum program berlangsung. Mulanya sudah merancang mahu bertolak pada paginya tapi pertambahan orang penting menyebabkan kami terpaksa bertolak lambat ke Perak. Pak Uteh yang baru pulang dari Jakarta atas urusan kerja. (Baguih betul la Pak Uteh ni, penat-penat kerja pun sanggup ikut kite orang pergi program,...respek la!). Janji pukul 4.30 petang semua berkumpul di Iman ELC. Last-last dapat tahu Amin tak jadi ikut kite orang naik Unser , jadi terpaksa cari seorang lagi bagi tidak membazirkan ruang yang ada. Lagipun bukannya selalu dapat berprogram jauh-jauh ni...jadi ada seorang ikhwah yang terpaksa berkemas dan join kite orang yang dah semangat nak pergi ni,, iaitu akh Syahir.

Lepas tu baru pick up Pak Uteh di rumah yang baru sampai dari Jakarta. Bermulah pengembaraan 8 jam kami. Mulanya Kak Fidah yang drive, saje buat alasan tak nak drive malam. Ikhwah yang muda2 duduk belakang sekali, yang tua sikit duduk dengan Pak Uteh di bahagian tengah. Tengah-tengah kite muda kat belakang ni dah bengang ni, mengantuk la pulak kan.so, dalam fikiran nak tido je la. Tengah melayang fikiran tu,... Orang tua ni biasa la pantang jumpe pasti nak bincang pasal bisnes. Kite orang yang kat belakang ni. terpaksalah jugak dengar. Kalau ada topik leh join, kite orang berbual la sekali. Kalau bab yang berat tu terpaksa buat-buat paham.

Malamnya, lebih kurang jam 1.30 pagi. Kite orang semua sampailah di pekan Teluk Intan.dengan peta yang diberi oleh pihak KRJ Perak. Semangatlah semuanya nak cari sekolah SMART tu, ye la! Semua orang dah ngantuk la katakan.cari punya cari, berpusing-pusing....tak jugak jumpa sekolah SMART ni..dah macam orang tak betul. masuk lorong ni, tak jumpa.masuk lorong lagi satu, sesat. Nampak sangatlah stress orang dalam Unser ni. Lepas pening-pening baru lah kite orang tahu rupanya peta yang pihak beri, TAK BETUL...ade la gak cari sampai kol 2 lebih.kalau nak tahu betapa stress nyer pemandu malam tu, ada la jugak sampai nak terlanggar anjing. Kite orang yang di belakang ni punyalah cuak. Selamat masih panjang umur anjing tu.

Alhamdulillah, dalam pukul 2.30 camtu barulah jumpa SMART tu. Sampai-sampai je semua dah senyap je,..ade la beberapa orang pelajar asrama yang masih merayap di kawasan asrama tu. Akhirnya ada buat keputusan nak tidur di hotel. Fuyoo! First time.program KRJ tidur kat hotel. Ye la dah bawak bos besar,a delah faedahnye. Terima kasih Pak Uteh. Janganlah cemburu.lain kali kalau nak buat program ajaklah Pak Uteh lagi.he..he...

Bersyukur terhadap Allah , Program yang berlangsung selama dua hari satu malam berjalan dengan baik sekali walaupun kami mengalami beberapa masalah teknikal.Laptop KRj yang selama ni kita belai dah demam, kena virus.Terus banyak bahan yang tidak boleh berfungsi dengan baik. Tapi alhamdulillah selepas semua yang terlibat malam itu buat yang terbaik. Slot meniti angin malam berjalan dengan baik. Betapa besarnya ujian Allah kepada hambanya yang dhaif ini. Termasuk juga slot pagi esoknya berjalan dengan lancar....

Alhamdulillah. Dalam perjalanan balik ke Johor.Kami semua singgah di Ladang Sureco. Allahuakbar, besarnya kuasa Allah bila buah cenkudu yang dulu hanya ditendang-tendang tapi bila disyukuri dan dimanfaatkan, Hasil ladang itu sudah mencecah berpuluh ribu sebulan.

Lepas tu teruslah menuju ke rumah masing-masing. Dalam perjalanan tu, bagusnya Kak Baiti ni, dia kata dari tidur lebih baik kita berbincang perkara yang berfaedah.lagi pun masa tu bukannya malam sangat lagi. Lepas tu kita pun rancak berforum. Yang driver taknak mengalah menyumbang pendapat. Pak Uteh je yang mengambil posisi pemerhati, berehat untuk ganti pemandu nanti. Banyak tajuk yang keluar,antaranya.. ..bagaimana remaja lelaki menguruskan pelajaran, apakah peranan seorang akak atau abang, bagaimana hendak mengendali ahli keluarga yang kurang mesra dan banyak la lagi. Ye la berbual dari Perak sampailah Selangor, lepas tu semua ahli panelnya tak reti berhenti bila bercakap.

Kami berhenti di perhentian, tunaikan solat dan makan malam. Pak Uteh pun tukar jadi pemandu. Dah start jalan, Pak Uteh yang menyimpan pendapat semasa sedang rehat tadi, mulalah nak meluahkan segalanya dari perspektif seorang ayah....tapi kasihan dengan Pak Uteh, ahli panel yang tadi memerah idea dah mengantuk dan teruslah tertidur, Terpaksalah Pak Uteh berdiskusi seorang diri. Kami mohon maaf!.

Alhamdulillah perjalanan yang jauh bukan sahaja mendekat ukuwwah kita yang jauh tapi menguatkan lagi ukuwwah kita yang berdekatan ini. SubhanAllah.

Thursday, April 06, 2006

Program akan datang ...Puteri Kulai pulak

InsyaAllah program untuk remaja di Masjid Taman Puteri Kulai akan diadakan pada 27&28 Mei 2006.

KRJ masih menunggu pendetailan program dari Pak Uteh dan rakan-rakan yang merupakan orang kuat JK masjid.

Adik-adik pewaris di IPT dan fasilitator dari R2A diharap bersedia pada tarikh tersebut.

Selamat menempuh peperiksaan,
kemudian marilah beramal bersama KRJ.

Program "Remaja Mencari Cinta Hakiki' di Masjid Taman U

oleh Abu Nuha


Alhamdulillah. kuliah maghrib yg kedua telah berjaya diadakan dgn kehadiran seramai 73 peserta remaja lelaki...apa yg lebih seronok ialah melihatkan ramai ikhwah yg turut sama turun padang dlm program semalam iaitu ..akh Kamal Khalil, akh Saleh Yasin, akh Abdullah Zawawi, akh Hisham Samiran & akh Jaafar...moga dakwah di lokaliti Tmn U akan bertambah semarak dan mekar :-)

Minggu lepas alhamdulillah seramai 42 orang telah hadir.
Program untuk hari ini terbuka kepada semua anak-anak remaja berumur 13 hingga 18 tahun laki-laki dan wanita. Program ini juga adalah prelude kepada program Explorace Masjid Tan Sri Ainudin Wahid yang akan diadakan pada 16 April, 2006 sempena sambutan Maulud Nabi.
Pendetailan program mingguan ini ialah seperti berikut:
Program : Program Ceramah Khas Untuk Remaja
Tajuk : "Remaja Mencari Cinta Hakiki"
Penyampai : Abu Nuha (Ahmad Daniel Shaharudin)
Dari : Kelab Remaja JIM Johor
Masa : Setiap Rabu 7.45 malam (lepas solat Maghrih hingga masuk waktu Isya')
Tempat : Bilik Seminar, Masjid Tan Sri Ainudin Wahid,Taman Universiti,Skudai
Anjuran : Masjid Tan Sri Ainudin Wahid & KRJJ ( Kelab Remaja JIM Johor )
Program ini adalah khas untuk anak-anak remaja yang duduk disekitar, Masjid Tan Sri Ainudin Wahid. Diharapkan mereka yang mempunyai anak-anak remaja dapat membenarkan anak-anak untuk hadir program khas yang menarik ini. Semoga Allah memberkati usaha kerdil ini dan semoga program ini terus berjaya .

Tuesday, April 04, 2006

...dari Tsunami ke KRJ

artikel ditulis oleh Pak Lang
Selepas selesai solat subuh pagi tu sahabat itu menegur aku “Bila lagi nak buat follow up untuk program remaja ni?”. Aku menjawab, “...belum pasti lagi “lalu bertanya. “...ada apa-apa cadangan tak?”. Barangkali melalui pemerhatiannya ke atas remaja yang berkunjung ke surau ini banyak kelemahan dalam bab solat maka dia mencadangkan agar diadakan program bimbingan solat Aku hanya menyatakan persetujuan bila memikirkan perubahan mestilah dimulakan dengan solat dulu.

Kemudian dia terus bertanya ,” KRJ ni bawah organisasi apa?” Lantas aku memberi sedikit penerangan bahawa KRJ ni di bawah Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia iaitu sebuah badan pertubuhan dakwah... bla… bla..Dia ada juga menyatakan bahawa pernah dengar nama pertubuhan ni , almaklum bekas graduan dari Amerika.

Lepas tu dia menceritakan kisahnya ”… dulu tak berapa jinak dengan masjid, sekali sekala pergilah sembahyang jemaah”. Dipendekkan cerita dia memaklumkan bagaimana turnover dalam hidupnya berlaku sehingga sekarang ni dia merupakan antara yang cukup consistent dalam solat maghrib, isya dan subuh berjamaah di surau bermula apabila dia terpanggil untuk hadir dalam program anjuran surau dan JIM mengenai tragedi tsunami. Maka dia telah pergi mendengar dan melihat tayangan itu bersama anak kecilnya termasuk yang berumur 2 tahun. Alkisahnya selepas itu anaknya tu apabila saja berkumandang saja azan maka dia akan menyebut, “ajan , ajan! nak gi masjid”. Kalau tidak pergi ke masjid dia akan menangis. Maka si ayah tu berceritalah barangkali memang Allah mahu memberi peringatan padanya untuk berjinak dengan masjid, maka lepas hari tu dia beristiqamah untuk solat isya dan subuh. Dengan galakan dari isterinya pula pada bulan ramadhan yang lalu dia telah beristiqamah dengan solat subuh berjemaah hinggalah ke hari ini.

Aku baru berpindah ke Megah Ria tiga hari sebelum Ramadhan tahun lalu dan memang bila diperhatikan aku cukup kagum melihat manusia biasa seperti ini yang cukup istiqamah dengan amalan solat berjemaah dan alhamdulillah sahabat ini ialah antara qariah yang ringan tulang dalam membantu program KRJ. Program kami yang terkini hari pada Jumaat malam Sabtu yang lalu dialah yang sibuk menjaga bara api dan membakar ikan, daging, sotong dan ayam “barbeque” yang kami adakan untuk remaja di Taman Megah Ria.

Doakan agar sahabatku ini akan dapat terus membantu kami dalam program KRJ di taman ini.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!