Friday, July 31, 2009

Alfatihah buat adik Syafiq..

Dukacita dimaklumkan yang anak Pak Uteh , Syafiq bin Mohd Hisham Jaafar, baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir tadi di Hospital. Khabranya beliau (Syafiq) memberitahu jururawat bahawa beliau hendak tidur, dan seterusnya rebah, dan kembali ke rahmatuLlah.

Dijadualkan, setelah selesai urusan di Rumah Mayat, jenazah akan dibawa terus ke Masjid Taman Putri, Kulai, untuk disolatkan, insya Allah, dijangka sampai di sana sebelum waktu Asar. Jenazah akan dikebumikan hari ini juga di Tanah Perkuburan Kulai di Jalan Kulai Ayer Hitam, bersebelahan Pasar Raya Tesco.

Moga Allah beri kekuatan kepada Pak Uteh sekeluarga. Moga Allah menempatkan arwah bersama hambaNya yang dikasihi dan diredhai.. insya'Allah pasti kita semua akan menyusul suatu hari nanti..

Terkini 3.20 ptg.. Jenazah sedang dimandikan
3.48 Van Jenazah berangkat dari HSA
4.20 Tiba di Masjid Kulai
6.00 Jenazah selamat disemadikan

Saturday, July 25, 2009

HEBOHkan Ramadhan ~!!

Assalamualaikum,

sila klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas~

Terfikir cara nak HEBOHkan Ramadhan?

cadangan;
1. save gambar di atas
2. Print
3. tampal di dinding/meja/pintu bilik
4. fotostat dan edarkan pada kawan-kawan
5. tampal di kelas
6. lain-lain idea yang baik..silakan..

Ayuh, bersiap-sedia untuk Ramadhan.!!!!

originated from Islam is Our Future

Dengar Kejap...




Isra' Mikraj
Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com

Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya

Senilagu/Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)

Friday, July 24, 2009

SM Teknik Perdagangan JB Asked To Close Due To Influenza Outbreak


JOHOR BAHARU, July 23 (Bernama) -- Sekolah Menengah (SM) Teknik Perdagangan Johor Baharu has been ordered to close for a week by the State Health Department after 59 of its students were found to show inluenza-like illness.The order to close is effective tomorrow and the school can only reopen on Thursday.

It is understood the students concerned, who are staying at the school's hostel, were given treatment at a nearby hospital. State executive councillor for health, Dr. Robia Kosai said preliminary investigations showed it was not an Influenza A (H1N1) situation but nevertheless, the order to close was taken as a precautionary measure."The students involved have been asked to undergo home quarantine and the situation is being closely monitored," she said.
State Education director Sufaat Tumin confirmed the school was asked to close.



Mari kita doakan seluruh warga SM Teknik Perdagangan sihat dan selamat. KBM Kembali yang dijadual esok (25 julai) ditangguhkan.

Thursday, July 23, 2009

Sya'aban...Sya'aban....telah menjelma

Assalamualaikum,

"Rasulullah s.a.w berpuasa hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berbuka dan baginda berbuka hingga kami menyangkakan baginda tidak akan berpuasa. Aku sama sekali tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w menyempurnakan puasa sebulan melainkan di bulan Ramadan dan aku tidak pernah melihatnya lebih banyak berpuasa melainkan pada bulan Sya’ban."

[Hadis riwayat al- Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari, hadis no: 1969.]

alhamdulillah, kita telah selamat melangkah satu langkah lagi ke arah Ramadhan Kareem...dengan masuknya ke dalam bulan Sya'aban...dan tahun ini, ketibaan Sya'aban diserikan sedikit dengan gerhana matahari pada hari sebelumnya. satu gabungan yang istimewa? adakah ALLAH ingin menunjukkan sesuatu kepada hamba-hambaNYA? sesungguhnya, ALLAH yang lebih mengetahui..

apa yang perlu menjadi perhatian kita, adalah untuk menambah sedikit lagi amalan2 sunat kita, amalan puasa, solat sunat, sedekah, qiamullail, riadhah ke satu tingkat yang lebih tinggi sedikit. dengan harapan, pada saat kita melangkah ke bulan yang penuh berkah dan rahmah, bulan Ramadhan, kita akan bersedia sepenuhnya...

dan harapannya, agar tahun ini, menjadi Ramadhan yang terbaik buat diri kita...bukakanlah hati seluas-luasnya, tetapkan iman agar Ramadhan kali ini, akan disambut dengan kegirangan seorang hamba menerima hadiah dari TUHANnya....hadiah untuk melakukan ibadah dengan sebanyak-banyaknya, hadiah untuk mendekatkan diri lebih mudah berbanding masa-masa yang lain...insyaALLAH..

RAMADHAN...RAMADHAN...RAMADHAN....kami merinduimu....

ayuh ayuh dan ayuh...

wallahualam...

Wednesday, July 22, 2009

Pondok pintar - Jarak dari rumah ke sekolah hampir 30 km

sedikit perkongsia dari Sabah...
Pondok pintar - Jarak dari rumah ke sekolah hampir 30 km
Oleh Hassan Omar hassanomar@bharian.com.my


Murid-murid tak melepaskan peluang menumpang lori, malah perlu meniti jambatan gantung untuk pulang ke rumah di Kampung Ungga.

Kemiskinan, jauh bukan halangan untuk ke sekolah demi memastikan anak mereka mampu membaca, menulis dan mengira PENCARIAN ilmu tidak wajar terhenti dalam apa keadaan sekali pun. Sesukar mana laluannya, jejak ilmu perlu dituruti dan didakap erat sebagai penyuluh lakaran landasan kehidupan yang jauh lebih cemerlang seiring pergerakan masa. Ingatan itu kemas tertanam dalam pemikiran masyarakat di kawasan terpencil pedalaman Sabah. Takdir menetapkan mereka jauh di ceruk negeri, dibaluti pelbagai kekurangan hidup jika pembangunan fizikal dijadikan ukuran, namun tanpa sedikit pun mengabaikan kepentingan misi memburu ilmu.


Menjejak penduduk di Mukim Ulu Tomani, Kemabong dekat Tenom, kira-kira 215 kilometer (km) dari Kota Kinabalu mendapati golongan ibu bapa di daerah terpencil itu jelas gigih berusaha memastikan anak mereka tidak tersisih daripada mendapat pendidikan walaupun hakikatnya perjalanan sehala ke sekolah kira-kira 25 hingga 30 km. Nyata, jarak bukan penghalang asalkan anak mereka berupaya membaca, menulis dan mengira.



Ketiadaan jalan raya memaksa mereka mencari alternatif bagi memastikan anak mereka dapat ke sekolah lima hari seminggu. Kemiskinan hidup kerana tidak memiliki ilmu bukan untuk diwarisi, sebaliknya dinoktahkan dengan memastikan anak mereka dapat gambaran awal ke jalan lebih bermakna.



Keadaan sebahagian daripada 14 sulap di kawasan berhampiran SK Kemabong yang dibina penduduk dari 11 kampung.

Tidak berpendidikan bukan bermakna tidak berakal. Ibu bapa rata-ratanya dari etnik Murut yang sekadar mengusahakan kebun kecil atau menoreh getah, pintar mencari jalan dengan membina pondok atau ‘sulap’ dalam bahasa Kadazandusun berhampiran sekolah. Kawasan berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Kemabong mempunyai 14 sulap dibina penduduk dari Kampung Rundum, Semambu, Kepulu, Ketubu, Kerolok, Patiang Tengah, Ahuron, Abingkoi, Sungi, Salang dan Angkarut, semuanya bermatlamat mahukan anak mereka tiba di sekolah sebelum loceng berbunyi. Papan dan kayu yang diperoleh dari hutan berhampiran sekolah dijadikan bahan utama membina sulap. Berbekalkan kemahiran bertukang, mereka mendirikan sulap berukuran kira-kira 3.5 x 5 meter sebagai tempat berteduh. Dengan tiang setinggi kira-kira 1.5 meter, mereka melengkapkan struktur sulap dengan lantai yang kebanyakannya diperbuat daripada buluh dan berdinding papan.


Murid SK Kemabong terpaksa menuntut ilmu di dalam bilik darjah yang sudah usang.
Beratapkan rumbia atau zink, mereka berlindung daripada terik matahari dan hujan semata-mata untuk membolehkan si anak ke sekolah, menimba seberapa banyak ilmu tanpa perlu memikirkan soal kemiskinan keluarga.

Senario dua atau tiga keluarga berhimpit menumpang teduh dalam sebuah sulap adalah perkara biasa kerana yang penting, setiap pagi anak mereka dapat ke sekolah yang jaraknya kira-kira 100 meter. Lazimnya, keluarga berkenaan mempunyai kaitan persaudaraan dekat seperti ibu dengan anak saudara, sepupu atau adik-beradik.

Kudrat anak-anak yang muda usianya itu tidak seberapa untuk mengatur langkah di laluan kerikil dan bersalut debu berterbangan di sepanjang jalan tidak berturap sepanjang 25 hingga 30 km untuk berulang-alik dari rumah ke sekolah. Kalau pun anak-anak itu mula berjalan ketika matahari terbit sekitar jam 6 pagi, hampir pasti tiba di sekolah ketika matahari hampir terbenam.

Dijulang semangat membara mahu mengubah nasib zuriat mereka itulah, ibu bapa sanggup meninggalkan rumah di kampung untuk bersama anak-anak di sulap. Jika kebun getah, jagung, ubi atau pisang memerlukan perhatian, saudara mara terdekat yang memikul tanggungjawab berkongsi hidup di sulap.

Sumber kewangan terhad turut membataskan kepulangan anak-anak ini ke kampung halaman. Tambang RM15 seorang untuk menaiki kenderaan pacuan empat bukanlah sesuatu yang murah bagi mereka, justeru hanya cuti persekolahan membawa anak pulang ke kampung dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda milik penduduk yang mengenakan bayaran RM15 seorang. Oleh itu, anak-anak mereka hanya akan pulang ke kampung pada cuti penggal persekolahan.

Bagi memastikan kebun dan rumah di kampung tidak terbiar, ibu bapa bergilir-gilir menghuni di sulap. Sepanjang ketiadaan mereka, saudara terdekat atau jiran membantu memastikan kebun dan kediaman mereka mereka tidak terbiar begitu saja.

Ibu bapa yang menetap di kampung dalam jarak di antara dua hingga lima kilometer dari SK Kemabong tidak mempunyai banyak pilihan, selain membiarkan anak mereka menempuh laluan tidak berturap berulang-alik ke sekolah, khususnya dari Kampung Ungga, Kaang dan Malutut.


Berbeza dengan kehidupan di bandar atau pekan yang lebih teratur sistem pengangkutan serta prasarananya, anak-anak di pedalaman ini tidak kenal apa itu bas sekolah. Sebaliknya, si kecil semuda tujuh tahun yang baru memasuki Tahun Satu perlahan-lahan menempuh laluan berbukit dan menyeberangi anak sungai dengan meniti titian gantung lima hari seminggu.

Kulit yang dibakar terik matahari dan diselaputi debu ketika pulang dari sekolah tidak sedikit pun mematahkan kejituan semangat dan kekentalan di hati mereka untuk menimba ilmu. Namun, sesekali ketika jalan berbukit itu dilalui kenderaan terutama lori, anak-anak kecil itu tidak melepaskan peluang menenggek di belakang lori menjadi penumpang, manakala pemandu lori pula tidak keberatan memanjangkan sifat perikemanusiaan untuk memberi peluang si kecil menikmati sedikit kelegaan daripada menapak sepanjang jalan.

Ceria wajah anak-anak ini yang tidak putus-putus bergurau senda sesama mereka sepanjang jalan sewajarnya menerbitkan keinsafan di hati mereka yang jauh lebih selesa kehidupannya. Pengorbanan ibu bapa meninggalkan kampung halaman untuk menyekolahkan anak dan ketulusan si kecil berlagu riang sepanjang jalan ke gedung ilmu, adalah bukti kesungguhan tertinggi untuk memperbaiki hidup. Tidak keterlaluan jika dirumuskan bahawa golongan serba kekurangan tetapi bersemangat waja ini jauh lebih bijak menelusuri rencam kehidupan dan menghargai kepentingan ilmu berbanding mereka yang memiliki segala-galanya.


Info SK Kemabong

Terletak 20 kilometer dari pekan Tenom, Sabah
503 murid mendapat pendidikan di sekolah ini
Sulap (pondok) dibina kira-kira 100 meter dari sekolah
14 sulap didirikan di sekitar kawasan sekolah yang dihuni keluarga murid

Pelajar datang dari 11 kampung berhampiran iaitu, Rundum, Semambu, Kepulu, Ketubu, Kerolok, Patiang Tengah, Ahuron, Abingkoi, Sugi, Salang dan Angkarut.
Sekolah ini dibina pada 1970

Tuesday, July 21, 2009

Program Isra' Mikraj terdekat

Assalamualaikum
Program Majlis Ilmu Isra' Mikraj bersama Dr Hafidzi
di Pejabat JIM, Jalan Harmoni, Desa Skudai
Tarikh : 24 Julai 2009 (Jumaat)
Masa : 9.00 malam
Tajuk : Islam dan Kemenangan

Semua di jemput hadir.

Nota : Program Isra' Mikraj bersama Dr. Hafidzi juga akan diadakan di Masjid Desa Jaya
pada 23 Julai 2009 (Khamis) lepas Maghrib.

Tazkirah sempena Isra' Mikraj

...dipetik dari buletin REMAJA bil.2 terbitan KRJ Johor (2007) oleh Pak Uteh

Allahuma bariklana fi rajab wa syaaban Wa balighna Ramadhan.Ya Allah berkati kami di bulan Rejab dan Syaaban dan temukan kami Ramadhan.
Assalamualaikum wbt anak-anak Kasih dan Sayang! Marilah kita berdoa kepada Allah swt agar diberikan kita kesihatan serta peribadi yang sentiasa soleh dan solehah. Ameen.


Pernahkah anak-anak terfikir bahwa kejadian kita ini cukup istimewa! Manusia dijadikan oleh Allah swt dalam bentuk yang amat sempurna. Apakah kesempurnaan dan istimewanya manusia ini?


Dalam peristiwa Israk dan Mikraj* Rasulullah saw, baginda telah melalui perjalanan yang amat istimewa. Dalam waktu yang seketika dari Masjidil Haram di Makkah Rasulullah saw sampai ke Masjidil Aqsa di Syam menaikki Buraq yang mana kisahnya di abadikan dalam Surah Al Israa: 1.



”Mahasuci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Peristiwa ini telah mengangkat manusia kepada darjat yang amat tinggi sehingga di muliakan Allah swt kepada Rasulullah saw untuk mengimamkan solat para rasul di Masjdil Aqsa. SubhanAllah!


Anak-anak yang dikasihi dan disayangi..Nabi kita Muhammad saw adalah seorang hamba yang amat mulia! Ia amat mengasihi dan menyayangi umatnya. Sehingga akhir kewafatan baginda masih mengingati umatnya dan memohon kepada Allah swt agar perit dan sakit cabutan nyawa itu biarlah dirasai baginda dan tidak kepada umatnya.


Inilah kasih dan sayangnya Rasulullah saw kepada kita! Bukan itu saja, kita sebagai umatnya mendapat keutamaan oleh Allah swt daripada umat nabi-nabi yang terdahulu. Oleh itu marilah kita bersama-sama meneruskan berselawat kepada Baginda Nabi Muhamad saw. Jom anak-anak marilah dan teruskan berselawat kepada Baginda. Semoga kerahmatan Allah swt bersama-sama kita.


Salam sayang dan kasih daripada Pak Uteh


*Isra adalah perjalanan malam hari , sedangkan mikraj adalah perjalan naik ke atas.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!