Sunday, June 07, 2009

~Menjadi saksi yang benar~

BISMILLAH

Kisah :

Satu hari, ada seorang lelaki yang bernama si A sedang berjalan-jalan dibandar. Sambil dia berjalan-jalan, dia terlihat 2 orang lelaki iaitu si B dan si C sedang berkelahi atas sesuatu perkara yang tidak diketahui. Melihat keadaan ini, si A menjadi teruja untuk mengetahui apakah yang sedang berlaku. Sambil dia menghampiri si B dan si C itu, keadaan semakin hangat, lantas si B menikam si C di perut sebanyak 3 kali menggunkan pisau, lalu mengambil barang-barang milik si C dan terus melarikan diri tanpa menghiraukan si A.

Melihat keadaan ini, si A menjadi gementar dan takut. Tanpa berlengah, si A menelefon ambulans dan polis untuk memberitahukan keadaan.

Tak lama kemudian, si A dipanggil oleh mahkamah untuk memberikan keterangan sebagai satu-satunya saksi yang menyaksikan kejadian itu. Sebagai seorang yang menyaksikan kejadian, si A berusaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu kepada hakim dan para juri tentang keadaan sebenar yang berlaku seperti mana apa yang dilihatnya. Bagi si A, dia inginkan si B ditahan atas kesalahan yang dilakukan dan memberikan keadilan kepada si C yang teranaiya.

Dengan bukti dan penjelasan yang jelas daripada si A, tak lama kemudian, si B berjaya di tangkap dan diadili. Dia juga dihukum atas kesalahannya.

-Tamat-

Itu adalah keadaan si A. Dia menjadi saksi kepada suatu kejadian. Bagaimana pula dengan kita? Kita yang menjadi saksi kepada suatu kebenaran? Suatu kebenaran yang hakiki yang disampaikan kepada kita melalui sebuah Kitab yang tiada keraguan padanya. Juga melalui seorang Rasul yang begitu tinggi pekertinya.

Bila mana kita mengatakan,

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah."

Apakah tindakan kita? Adakah kita bertindak seperti si A? Berusaha bersungguh-sungguh untuk memberitahu kepada ummat tentang kebenaran yang kita saksikan ini? Atau kita sekadar menyembunyikan kebenaran ini? dan membiarkan ummat ini dengan segala kebatilan yang mereka fikir benar.

Kalau kita menyembunyikan kebenaran, maka ingatlah firman Allah SWT :

"Dan siapakah yang lebih zhalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" [2:140]
Adakah kita ingin menjadi orang-orang yang paling zhalim seperti yang Allah sebutkan dalam ayat di atas?

Tidak, dan sudah tentu tidak yang setegas-tegasnya. Kita ingin menjadi insan yang mulia. Kita ingin menjadi insan yang Allah muliakan kerana kebenaran yang kita miliki. Kita ingin Allah angkat derajat kita setinggi-tingginya dan menempatkan kita bersama-sama dengan para rasul dan syuhada' di syurga Allah nanti. Kita inginkan kebenaran tersemai dalam hati kita. Bagaimana?

Untuk itu, perlulah kita setting dalam diri, bahawa setiap kebenaran yang berjaya kita miliki dengan izin Allah, kita berhasrat nak kongsikan dengan sesiapa sahaja agar mereka juga turut memiliki dan mengerti kebenaran sepertimana yang kita miliki ini.

Firman Allah :

"Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu (ummat Islam) "ummat pertengahan" agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu." [2:143]
Rasulluah SAW bersabda :
"Sampaikanlah daripadaku walau pun sepotong ayat."
Moga dengan kebenaran yang kita sampaikan akan menghasilkan kepada kemusnahan kebatilan [17:81] yang merosakkan akhlak dan menyongsangkan fitrah manusia. Moga suatu hari nanti, dunia ini akan kembali bersinar dengan cahaya Islam yang tersebar luas ke setiap pelosok bumi ini atas kesedaran kita untuk berkongsikan kebenaran yang hakiki ini.

Wallahu'alam.

--
'Asim 'Abdullah bin Ainullotfi
Bach. of Science (Remote Sensing)
University of Technology, Malaysia
Skudai.

Bersama Dr Daniel...sedikit perkongsian

Bersama Dr Daniel Zainal Abidin
7 Jun 2009
Pejabat JIM , Johor Bahru
Kehadiran: 60 orang

Tajuk: Fatamorgana(Ghurur)
Doa agar pertemuan mendatangkan hasil dan diberkati Ilahi.
Ghurur umpama Fatamorgana- fenomena biasa digurun, persis igauan, macam air sebenarnya bukan.

Surah Ali Imran 185:
Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga,maka sungguh ia telah beruntung, Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

Hakikat Hidup dan Kematian:
Apakah kita sebagai orang muda tak pernah tefikir fasal kematian
Adakah kecemerlangan berdasarkan kejayaan kita dalam pelajaran, SPM, kejayaan dalam debat, sukan dll. Kes di Malaysia: ada pelajar cemerlang mencuri komputer sekolah. Maka timbul idea menulis buku Tips Cemerlang dalam AlQuran

Kepentingan ilmu
-Surah pertama diturunkan
-Nabi Adam mula diajarkan tentang ilmu
-Cinta pada majlis ilmu (tanda kasih Allah pada hambaNya)
-Proses menuju syurga Allah

Buku2 Dr Danial bukan fasal hukum2..tetapi the Beauty of Solat, the Beauty of Zakat…dll (Kecantikan Solat, Zakat, Keindahan Islam…)

Fussilat:11 - Kemudian Ia menujukan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit sedang langit itu masih berupa asap lalu Ia berfirman kepadanya dan kepada bumi: "Turutlah kamu berdua akan perintahKu, samada dengan sukarela atau dengan paksa!" Keduanya menjawab: "Kami berdua sedia menurut - patuh dan sukarela".-



An Naziat:30 : Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya.

Banyak ilmu telah diterangkan dalam Islam sebelum penemuan oleh Barat seperti 2 contoh ayat diatas
Sedikit tentang influenza H1N1- kerjaya babi untuk membunuh manusia...telah diharamkan oleh Allah

Keperluan beramal soleh (Robin Hood pun beramal tapi tak soleh)
-Niat betul
-Cara betul

Tahniah dan terimakasih...

tahniah dah terimakasih
Hits dah mencecah 28,000++
Follower dah ada 51
terimakasih..salam perkenalan pada yang tak kenal lagi
seperti dijanjikan hadiah menanti follower ke-50 bila dia balik JB nanti
follower ke 75 dan 100...akan dapat hadiah gempak lagi
jangan lupa esok
Program bersama Dr Danial pukul 11 pagi...
arigato gozaimas

-pak im-

Saturday, June 06, 2009

Peserta LEADERS selamat kembali..

Peserta LEADERS selamat kembali pada khamis malam jumaat (4 jun) lepas. .tengah tunggu report dari mereka.

Selamat bertolak , berprogram pula kepada abang2 dan kakak aktivis KRJ/JIM Johor ke Program PERKASA ...moga memperoleh sesuatu yang berharga disana

Friday, June 05, 2009

Program sempena Dr.Danial di JB weekend ni:

Sejenak Bersama Dr.Danial: Fatamorgana
Tarikh: Ahad, 7 Jun 2009
Masa :- 11.00 - 12.30 pg
Tempat :- Pej.JIM
Peserta :- Terbuka kepada GEN Y (anak muda) samada pelajar sekolah Menengah, pelajar IPT atau yang sudah bekerja.
Anak-anak muda rebutlah peluang ini. Ibu-bapa harap beri sokongan.

Solat Hajat Anak Cemerlang & Ceramah
Tempat : Surau Nurussalam, Taman Pulai Indah
Tajuk: Panduan AlQuran Membina Generasi Cemerlang
Tarikh: Sabtu 6 Jun 8.45 malam

Monday, June 01, 2009

Selamat Bercuti...

Fuhh, leganya exam dah abis…
Cuti sekolah baru nak mula!

Apa khabar semua?
Moga sihat dan ceria disamping keluarga tersayang.
Apa rancangan masa cuti adik-adik ye?
Nak lepak depan TV je sepanjang hari?
Nak tidur aje puas-puas ?
Nak lepak je dengan kawan-kawan sampai ke malam?...

Tak elok tu…
Nak berehat dan berhibur boleh..apa salahnya terutamanya exam mid-year baru jer habis...tapi jangan lama-lama dan ada caranya

Kemana geng2 KRJ pegi yer....
Pak Long sekeluarga dan Abang Anas sekeluarga adakat Jawa...cuti pergi Jawa tuh!
Kak Gee dengarnya baru balik dari di Bali dan lepas tu nak pegi umrah...
Adik2 KRJ SMK Permas Jaya buat rombongan ke Terengganu...
Adik2 PRODUCE Gen4 akan ke KL malam ni..ada program LEADERS
Usrah Abang Taufik nak buat lawatan ke Batu Pahat...
Selamat bercuti kepada mereka semua...

Ok bagi kita-kita yang belum merancang tu baik rancang dari sekarang. Yang baru habis exam tu...fikir semula prestasi kita dalam menjawab soalan. OK ker aku jawab exam? Betul ker aku jawab soalan Geografi haritu? Matematik aku macamana yer?...kalau jawapaanya tak OK...masa cuti ni la masa untuk menguasai matapelajaran yang tertinggal. Jangan rilex lama-lama yer terutama calon-calon UPSR, PMR dan SPM 2009...

Yang lain-lain tu gunakan masa bersama keluarga sebaiknya…kalau ayah ibu ajak pergi kenduri, jangan menolak kerana itu boleh merapatkan tali persaudaraan. Yang bercuti di kampung tu…kenal-kenallah saudara mara ayah dan ibu..jangan sampai sepupu-sepapat sendiri pun tak kenal.

Hmm..apa lagi ye nak buat? Selebihnya saya serahkan kepada adik-adik untuk merancang dengan bijak. Yang penting ... ke mana pun kita berada, jangan lupa solat dan jaga akhlak sebagai seorang remaja Islam. Jaga keselamatan terutama bila berada di tempat awam dan di jalanraya.

Naik motor pakai helmet yer..
Lesen ada ke?
Jangan merempit!
Nanti orang panggil samseng jalanan...
... bukan mat rempit lagi

Banyak jugak tempat KRJ yang merancang aktiviti untuk adik-adik..tapi tak sempat la pulak . Maaf yer...hujung tahun la pulak.

Tahniah buat team KRJ Batu Pahat dan JB yang tamat di KBM di SMK Bentara Luar Batu Pahat dan KBM SMK Sri Lalang baru-baru ni.

Selamat bercuti buat semua

Pak Im
Plentong, JB

KBM SMK Sri Lalang: Terima kasih semua

Tahniah dan terimakasih kepada semua penggerak KRJ Johor yang telah mengendalikan KBM SMK Sri Lalang, Kluang pada 30-31 Mei. Seramai 150 pelajar telah hadir pada program tersebut. Slot ABJZ (Anda Bijak Jauhi Zina) juga telah dimasukkan pada petang Sabtu. Seramai 19 penggerak KRJ turut bersama

Tahniah semuanya, Laporan lengkap disertakan kemudian







laporan oleh asma aminuddin

ni report ala kadar. asif atas kelemahan dan kelewatan.
alhamdulillah thumma alhamdulillah. dengan keizinan dari DIA. team kbm menjejak lagi di bumi kluang. jejak kbm la pulak(bukan jejak kasihan ye)..tarikh kejadian ialah 29-31 MEI 2009. sekian direkodkan dgn tepat.
bismillah wa biiznilllah, dan bermula..


malam melabuhkan bajunya. team kbm berlepas dgn kapal terbang yang kecik dan banyak. ada yg terbang naik odessy, ada yg naik unser, ada yg nek waja..kancil pon ada (eh, kancil terbang eh?)..dan smpai jua akhirnya puak2 krj di SMK SRI LALANG, bila larut malam (nyanyi cm lagu p.ramlee...boleh tmbah tara kucaca..)


pagi yang sungguh ceria. matahari pun tersengih sekali bila abg ammar dan dan abg amin mula membuka bunga2 langkah bersilat sambil memegang aiskrim mikrofon yang enak sekali dipegang begitu saje...gegar2 pesawat di pagi hari dek semua passenger adik2 kasih dan sayang terguling2 di dalam pesawat kerana tak dapat nak menahan kesakitan perut. tak lupa dengan slogan sharing is caring, abang yeop dan pak tam berkongsi idea cap bernas yang terbaik dari ladang mengendalikan KMKY. pesta pantun pon tak mau kalah jua..dan anugerah pantun dua kerat paling kontroversi dimenangi oleh kak asma' amatullah
dengan pantunnya.. gelak2 dalam semak...

kewajipan memberi sedekah dengan senyum membuatkan 3S terus dilazimi menjadi hidangan utama pembuka selera. hidangan lain yang tak kurang sedapnya mata memandang turut dipersembahkan iaitu ARMY YELL masak asam laksa dan tapai tepok amai2 yang manis sehingga rasa nak lagi.

tika matahari tegak ditengah kepala, kak fida pulak nak bersilat. tak mo kalah dengan panglima amin dan ammar, maupon laksamana pak tam dan abg yeop. kali ni buah silat bernama ABJZ la pulak. bersungguh adik2 kasih dan sayang bertarung dengan musuh syaitan2 jahat yang suka main2 bergayut2 kat mata dan telinga..akhirnya.. padan muka syaitan2 yang kalah dengan semangat membara terbakar adik2 memberi respon yang masyuuk..

petang pulak tiba masa semua orang bersuka ria ala2 funfair. melepaskan kegianan melompat, berpusing, berlari dan menjerit sesuka hati..malang sungguh la tak pernah ada bau, adik sayang teraccident sehingga dilaporkan patah cermin matanya. nasib baik ada dr to be kak nabihah yg on call. nenonenoneno...

tukar angin la pulak, malam ber'MAM' 1 dan 2 yang sejuk dan berangin sepoi2 bahasa membuai perasaan adik2 kasih dan sayang menghayati setiap slide yang ditayangkan. pertama kalinya pak im bersilat di malam2 hari, ternyata membuat adik2 ni tak sempat nak main tutup2 mata dengan aura2 ngantok.

eh, da pagi la. berINTEAM dan berHIJRAH bersama, yok! semoga setiap janji2 dipaku kuat2 di dalam hati.

tengah hari pulak, MKMS menyaksikan laksamana pak tam bersilat lagi dgn ibu dan ayah.. dilaporkan tiada yang cedera tetapi berlakunya hujan lebat air mata.
ohh.. best3.. tammat cerita akhirnya..

Oh Allah, ya rahman ya rahim, kasihilah adik2 kami dgn seluasnya kasih sayangMU. ya qawiyy, berilah kami dan mereka kekuatan untuk berada di atas jalan lurusMU, bertahan di atas jalan lurusMU.

terima kasih untuk semua yang telah berusaha bersungguh2 menyumbangkan air liur, tenaga dan masa. moga semua diganjari oleh Allah dengan sebaik2 dan sebanyak2 ganjaran. ameen

LEADERS...selamat bertolak peserta Johor

Diucapkan selamat bertolak buat peserta KRJ Johor ke Program LEADeRs anjuran JKPRB. Program akan diadakan dari 2-4 Jun di Sekolah Islam ADNI, KL dan Sungai Semangkis. Peserta Johor terdiri dari 6 orang lelaki dan 7 orang perempuan dari PRODUCE Gen 4.

Taklimat kepada peserta di Pejabat JIM pada 1 Jun jam 9.30 malam
Peserta akan naik bas pada jam 12.15 malam di Perhentian bas Sri Puteri, Skudai

SURE - SUkan REmaja 2009!!!