Saturday, August 29, 2009

Video Pengenalan KRJ



Videoklip di atas ada sempena bulan kempen tambah keahlian KRJ (september 2009)


Brosur 1

Brosur 2

Jom Sertai Pertandingan Menulis Blog Remaja

Pertandingan Menulis Blog Remaja
Tema: Remaja dan Bulan Ramadhan
Jumlah semua hadiah bernilai RM1000!
Ada hadiah utama, ada hadiah sagu hati, ada juga hadiah penyertaan.
Apa lagi? JOM!!

Peserta dikehendaki untuk:
Menulis tentang Remaja dan Bulan Ramadhan. Kreatifkan. Boleh jadi kisah diri sendiri, kisah-kisah Malaysia, kisah di luar negara, boleh jadi kupasan dari tema, boleh jadi macam-macam!! Boleh jadi bukan kisah pun... Peserta sangat-sangat digalakkan untuk menyertakan grafik dan/atau multimedia yang bersesuaian dalam post tersebut. Satu negeri disarankan menghantar sekurang-kurangnya seorang wakil. Kalau lebih, itu lebih baik...

Syarat penyertaan:
Remaja 12-19 tahun.
Masih bersekolah.
* Ahli KRJ
** Ada blog sendiri.
* Jika syarat 1 dan 2 dipenuhi, sila hubungi AJK KRJ tempatan untuk mendaftar jadi ahli serta mendaftar langsung dalam pertandingan ini.
** Anda boleh gunakan blog sedia ada, atau blog baru. Disarankan menggunakan blog yang akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
Jika belum mempunyai blog tetapi ingin menyertai pertandingan ini, boleh daftar blog sendiri di blogger.com ataupun wordpress.com.

Tarikh tutup untuk mendaftar ialah pada 4 September/14 Ramadhan tahun ini.
Tarikh tutup untuk menulis ialah pada 14 September /24 Ramadhan tahun ini.

Hubungi Sayfurrahman bin Ainullotfi umayr@sayfurrahman.com untuk mendaftar, sertakan
Nama peserta, Nombor kad pengenalan peserta, Alamat blog peserta, Alamat email peserta (untuk makluman pemenang), Alamat rumah (untuk kiriman hadiah), Blog peserta akan di-link-kan ke laman web Blogr (akan disiarkan kemudian).


Kalau dah daftar, boleh tulis terus. Janji sebelum tarikh di atas.Untuk serahan, kirim kepada nama diatas: Alamat blog post yang ingin dijadikan post penyertaan. Seorang peserta dibenarkan menghantar paling banyak 3 post. Post yang paling baik akan dipilih untuk peserta tersebut.

Kriteria penilaian.
Peserta dinilai dari beberapa kriteria ini.
Isi-Isi yang ingin disampaikan oleh peserta. SudutApproach peserta terhadap tema. Boleh jadi pengalaman sendiri, kisah dari Qur'an, sirah, isu semasa atau apa-apa angle/sudut yang berkaitan dengan tema. Penggunaan dalil qur'an juga disarankan. Markah tambahan akan dipertimbangkan. Penggunaan bahan kreatifBoleh include apa-apa bahan kreatif. Termasuk video, multimedia, flash, photos, grafik, hasil photoshop, dsb. Terpulang pada peserta untuk gunakan apa sebagai sokongan idea dan point. Penggunaan bahasa yang baik sangat dititikberatkan. Terutama pada zaman internet yang remaja terlalu dibiasakan dengan penggunaan bahasa singkatan. Voting, Ini juga mungkin akan dilaksanakan. Terutama untuk memilih pemenang-pemenang utama.

Selamat Menulis



Jemputan Malam Badar

http://malambadar.hidayah.edu.my/

Saban tahun Sekolah Rendah dan Menengah Islam Hidayah Johor Bahru menganjurkan MALAM BADAR .Satu malam di mana warga Hidayah berkumpul berbuka puasa, solat berjamaah dan tarawih sekali dalam usaha merapatkan hubungan silaturrahim .Satu program bersempena memperingati Perang Badar yang suatu ketika dalam sejarah Islam merupakan nokhtah di mana KEBENARAN AQIDAH dijunjung, dipertahan dan diperjuangkan dalam bentuk pengorbanan jiwa dan raga para Ansar & Muhajirin di bawah pimpinan Rasullullah SAW Insiden taarbawi itu sudah lama berlalu, namun roh, semangat dah fikrahnya perlu dihidupkan di kalangan warga Hidayah dan seluruh masyarakat

Aturcara:

5 Sept. 2009 (Sabtu)
10.00 pagi

Para ibubapa bergotong royong memasak & mempersiapkan kawasan perhimpunan Malam Badar.

6.00 petang
Ketibaan para tetamu, guru-guru, ibu-bapa dan anak-anak Hidayah.
Tadarus al-Qur’an di Surau Hidayah.

7.20 malam
Iftar berjamaah.
Solat Maghrib berjamaah.
Jamuan makan.
Ceramah Badar (Penceramah: PM Ustaz Aminudin)
Kutipan Dana Hidayah
Solat Isya’, Tarawih & Hajat UPSR, PMR & SPM.
Penyampaian cenderahati & Bersurai.


Persiapan IFTAR:
Persiapan Iftar untuk semua warga HIDAYAH akan dijalankan secara gotong royong.
Bagi mereka yang ingin membantu membuat persiapan berbuka bolehlah datang pagi atau tengah hari. Sumbangan dialu-alukan:

Hubungi Hj. Zainal: 0127558523 & PM Zakaria Yusof: 0197732512

Wednesday, August 26, 2009

Bantulah Ibu, Isteri menambah pahala

Bismillah..


Assalamualaikum,


Ramadhan hari kedua telah melabuhkan tirainya. pesta ibadah masih berlangsung dengan rancak dan meriah di mana-mana. seperti ada keraian besar yang disambut umat Islam seluruh dunia. masing2 cuba mengejar ibadah, mengejar rahmah dan maghfirah yang terkandung dalam bulan
Ramadhan yang mulia ini. dengan memperbanyakkan bacaan Al-Quran, menunaikan solat sunat Tarawih (bukan tawarih seperti ucapan Upin dan Ipin ye), selain menambah solat2 sunat yang lain.akan tetapi, kadang2 kita melaksanakannya, sehingga terlupa kepada kehendak dan kemahuan ibadah orang2 yang terdekat dengan kita. Ibu kita, Isteri kita, adik beradik kita. mereka juga ingin menambah ruang ibadah. akan tetapi, kadangkala disibukkan dengan kerja-kerja rumah, dan juga makan minum anak2. lebih2 lagi anak2 yang baru bertatih dan sibuk meminta macam2 dari ibubapanya.


sebenarnya, perkara ini terlintas ketika melihat sinki dapur yang dipenuhi pinggan mangkuk dan cawan. dan tidak lama kemudian, ibu, isteri, atau adik kita sibuk membasuh pinggan mangkuk dan cawan ini, hingga kadang2 "terpaksa" meninggalkan jemaah tarawih dan bacaan Al-Quran.

Oleh itu, seandainya anda masih mempunyai Ibu, atau Isteri, atau adik beradik perempuan, bantulah mereka sedikit. bahagiakanlah mereka dengan pertolongan kita, membasuh pinggan, mencuci pakaian, malah menjemur pakaian. ini akan memberi sedikit ruang pada Ibu dan Isteri kita untuk sama2 beribadah, menambah pahala dan ketaqwaan dibulan yang mulia ini.

seandainya ada anak2 kecil, boleh diajak bersama membaca Al-Quran, walaupun mereka masih tidak faham, tapi mereka akan dibiasakan dengan bacaan Al-Quran ini, lebih2 lagi dibulan yang shaytan dibelenggu ini.

ayuh, marilah kita bahagiakan isteri, ibu, dan adik beradik perempuan kita dengan membantu sedikit kerja2 rumah, agar mereka mempunyai ruang dan peluang untuk menambahkan ibadah di bulan mulia ini. bukankah dengan membantu mereka itu kita juga akan dapat pahala? dan sekurang2nya, tidak perlu mendengar "ceramah tambahan" dibulan puasa ini.

ayuh, tambahkan amal, kurangkan kemalasan, dan tingkatkan keimanan kita!! Ramadhan ya Ramadhan!

Friday, August 21, 2009

Program kat Masjid Taman U Ahad ni...

Jom beramai2 ke Masjid Taman U Ahad ni...


Selamat Berpuasa...

Kelab Remaja JIM Johor ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua adik-adik alumni KBM dan warga KRJ sekelian. Moga dapat menunaikannya dengan sempurna...


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
(Raihan)


Semoga studi untuk UPSR, PMR, SPM, STPM, IPT lebih bermakna di bulan puasa.


Selamat Beramal...

Thursday, August 20, 2009

21 Ogos: Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar

Tanggal 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Persidangan Pertubuhan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerananya. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.




atau lihat pada links2 dalam my bloglist (sebelah kanan)

Terbaru di pasaran...Jom Beli!

Harga senaskah RM12.00
dapatkan dari Pak Im atau di Iman ELC (Taman Sri Skudai) atau mana2 wakil KRJ/JIMedia

Monday, August 17, 2009

Peserta KBM SMTA sanggup terjun dari pentas nak jumpa Ibubapa


Alhamdulillah, Progam Keindahan BersamaMu ( KBM ) siri 10/2009 di Sekolah Menengah Teknik (ERT) Azizah, Johor Bahru telah selamat disempurnakan semalam. Seramai 142 orang peserta tingkatan 5 hadir dalam program 2 hari yang dikendalikan oleh Kelab Remaja JIM (KRJ) ini.
Tahniah dan terimakasih kepada semua pengendali dan fasilitator. Tahniah kepada semua peserta. Tahniah kepada SMTA yang akan menerima satu anugerah sekolah teknik terbaik minggu ini.
Slot Semarak Ramadhan, kutipan untuk Palestin, keahlian KRJ dan jualan cenderahati adalah antara perkara lain yang sempat diselitkan sepanjang program motivasi ini.


Antara Gambar menarik: Lagi gambar di

KMKY: Doa




KMKY bersama pak Tam, Angah, Kak Asma dan Abang Yeop


Sesi Inteam bersama Pak Im


Sesi MAM1 bersama Pak Uteh


Sesi Ibu bapa bersama Pak Anjang
Atas : salah seorang peserta, adik Zarul khusyuk mencatat sesuatu kepada ibu dan ayah
Tengah: Cenderahati dari KRJ kepada pihak sekolah
Bawah: Barisan pengendali dan fasilitator

Kutipan kepada palestin tidak dilupakan...ramadhan makin hampir. Sebanyak RM 461 berjaya dikutip pada sesi penutup


Friday, August 14, 2009

Asri Rabbani: Aku adalah pengejar syurga akhirat..



Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku...

Alfatihah buat Ustaz Asri Rabbani (1969-2009)

http://asrirabbani.blogspot.com/

Monday, August 10, 2009

SEMARAK RAMADHAN MENJADI PENCETUS SEMANGAT PUASA

SEMARAK RAMADHAN MENJADI PENCETUS SEMANGAT PUASA

Oleh Mohammad Zakri Tarmidi

8 Ogos 2009, Johor Bahru – Kelab Remaja JIM sekali lagi telah melaksanakan program Semarak Ramadhan di Masjid Bandar Baru Uda, pagi ini. Program yang dikendalikan untuk remaja sekolah itu dilaksanakan untuk membantu para remaja ini untuk mempersiapkan diri sebelum bermulanya Ramadhan tahun ini.

Program yang dikendalikan oleh Kelab Remaja JIM ini dihadiri oleh 100 pelajar dari 4 buah sekolah berdekatan, iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Tun Fatimah, dan dua buah sekolah lagi.

Program ini merupakan pecahan daripada program Semarak Ramadhan Semarak Taqwa, yang dianjurkan oleh pihak Masjid Bandar Baru Uda. Program kemudiannya, terbahagi kepada empat, iaitu program untuk kanak-kanak bawah 4 tahun, program kanak-kanak 5-12 tahun, program untuk remaja, dan program untuk orang dewasa.

Remaja sekolah kemudiannya telah memulakan program seterusnya di Dewan Masjid, dengan pengisian oleh 'Umayr Sayfurrahman, Ammar Salleh, dan Mohammad Zakri. Seterusnya program diteruskan dengan aktiviti Tour De Masjid.

"Program ini perlu untuk membangkitkan suasana berlumba-lumba untuk menyambut Ramadhan" ujar pengarah program, saudara 'Umayr. Manakala bagi salah seorang fasilitator pula menyatakan "program ini bagus, padat dan bermanfaat"

Program tamat jam 12.30 tengahari, dengan harapan agar para remaja ini dapat mempersiapkan diri menjelangnya Ramadhan tahun ini.



Para ibubapa, dan peserta program berdoa bersama imam masjid, Ustaz Hasan

Para pelajar perempuan yang hadir pada hari tersebut




Pelajar lelaki yang hadir, dengan warna baju yang meriah


Umayr mengendalikan slot pengisian pagi


Salah satu check point dalam Tour de Masjid



Di ruang legar, program kanak-kanak berlangsung dengan lancar


9 Ogos: KBM Kembali di SMT Perdagangan

Tarikh: Ahad 9 Ogos
Tempat: Dewan Dagang, SMT Perdagangan
Masa: 8.45 pagi– 12.45 tghari
Kehadiran: Kira-kira 100 orang

Alhamdulillah, Majlis Pertemuan alumni KBM SMT Perdagangan dan Semarak Ramadhan telah selesai tadi. Terimakasih kepada pihak SMTP kerana telah menjemput KRJ. Majlis telah ditangguhkan dari 3 minggu lepas gara-gara kebimbangan virus H1N1 yang melanda SMTP.

Majlis dimulakan dengan tayangan video semasa KBM bulan Mac lepas. Kemudian peserta berkongsi sesama mereka tentang perubahan selepas KBM dan apa yang ingin di perbaiki. Sebelum berhenti rehat kami sempat membuat kejutan meraikan 9 orang yang lahir pada bulan Ogos 1991. Happy birthday!

Perkongsian Semarak Ramadhan telah disampaikan oleh Pak Im selepas jamuan. Moga warga SMTP lebih bersedia menyambut ramadhan kali ini.

Di hujung majlis fasilitator yang hadir sempat memberi kata-kata nasihat kepada peserta. Selesai doa dan sesi bergambar, peserta sempat meninjau button dan cenderahati. Habis button kami di SMTP. Lebih 150 biji diborong cikgu sebagai cenderahati.

Selamat beramal di ramadhan yang penuh berkat. Selamat bersedia menjalani peperiksaan percubaan SPM bulan September nanti. SPM tinggal 97 hari ...

Terimakasih kepada Pak Imam (Zailani), abang2 Anas Razak, Hasif Hishamuddin, Aslam Hatta dan Abdullah Azam Ghazali yang telah menemani.

gambar menyusul kemudian ye...

Sunday, August 09, 2009

Seronok 'Berperang' di Kem Pengawas SMK TSS

Program: Kem Kepimpinan Pengawas
Tempat: SMK Taman Sri Saujana , Kota Tinggi
Tarikh: 7 dan 8 Ogos
Kehadiran: kira-kira 45 orang


Dah sekian lama KRJ tak menerima jemputan melaksanakan program kepimpinan...Sejak Pak Ngah Suhaimi ke Kuantan kira2 8 bulan lepas. Teruja sungguh minggu ni...


Pertama kali program remaja di Kota Tinggi tahun ini, bermula hari Jumaat!
Dapat jemputan hampir serentak di Masjid BBU dan SMT Perdagangan
Tenaga fasilitator amat terhad


Tahniah kepad JIM Kota Tinggi dan tim KRJ yang telah melaksanakannya. Walaupun diberi masa yang agak terhad sebelum program, namum berkat syura dan pengalaman, mereka berjaya.


Terimakasih kepada pihak sekolah dan YDP JIMJB yang menjemput kami.


Terimakasih YDP JMJB, Abu Nuha sebagai pengarah program... Prof Dr. Razman , Abang Umayr, Pak Imam, Pak Im, Kak Yati, Kak Ani, Kak Azizah. Terimakasih buat tenaga muda yang sentiasa bersemangat: Ammar Salleh, Amin Mokri, Anas Razak, Azam Ghazali, Fikri Bariman dan Aslam Hatta.

Details Program masih menjadi rahsia KRJJ. Tapi yang seronoknya ialah 'War Games' di dua tempat malam Sabtu tu. War Games di design supaya peserta dapat bekerjasama sebagai satu pasukan yang mantap walau dalam apa jua keadaan. Tak puas rasanya kan? macam nak main sampai pukul 2 pagi...


Apa Komen Peserta? Antara yang sempat ditinjau:
Best giler...
Program Simple tapi berkesan
Berjaya menjadikan pengawas SMK TSS sebagai satu pasukan














Thursday, August 06, 2009

Tuesday, August 04, 2009

ABJZ di SMK Benut

Kem Jati Diri SMK Benut (dari blog SMK Benut-http://smkbenut.blogspot.com/)


1 Ogos 2009 – Seramai 80 orang pelajar telah menyertai Kem Jati Diri anjuran Unit Hal Ehwal Murid dengan Kerjasama Panitia Agama Islam serta Unit Bimbingan dan Kaunseling telah diadakan selama dua hari satu malam.

Objektif program ini diadakan untuk membina jati diri dan meningkatkan kecemerlangan sahsiah pelajar terutama dalam pembelajaran dan seterusnya meningkatkan prestasi akademik.
Kem Jati Diri ini telah dikelolakan sepenuhnya oleh Kelab Remaja Jemaah Islah Malaysia yang diketuai oleh Tuan Haji Aminuddin Bin Alias. Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya ceramah motivasi, aktiviti kumpulan, explorace, dan banyak lagi.

Diharap kepada peserta yang mengikuti program ini dapat menimba ilmu dan seterusnya mengaplikasikannya dalam diri mereka. Insyaallah.

Program KRJ Hujung Minggu ni

Beberapa program sekitar JB, hujung minggu ini...

1. Jumaat, 7 hb Ogos 2009, Usrah di Sek Men Teknik JB (mula dengan solat Isyak bersama)

2. Jumaat-Sabtu, 7 dan 8 Ogos 2009, Program KEPIMPINAN di SMK Sri Saujana Kota Tinggi (86 Pengawas, 13 non muslim), Jumaat mula jam 3 ptg - Sabtu habis jam 1 ptg.- Program JIM Kota Tinggi

3. Sabtu, 8 Ogos 2009, jam 8 pagi - 12.30 tengahari, SEMARAK RAMADHAN Masjid BBU- Program ini untuk remaja2 sekolah menengah sekitar masjid BBU dengan anggaran 100 orang . Program berbentuk ceramah+multimedia dan juga games.

4. Ahad, 9 Ogos 2009, jam 9 pagi - 12.00 tengahari, KBM KEMBALI Sek Men Teknik Perdagangan + SEMARAK RAMADHAN, tempat, Dewan Dagang SMT Perdagangan




Hubugi AJK KRJ untuk maklumat lanjut

Sunday, August 02, 2009

Situasi semasa Influenza A(H1N1)

dari Laman Kementerian Kesihatan Malaysia, moga sentiasa up to date dan menjaga kesihatan semasa wabak dan mendapat perlindungan Allah hendaknya

http://h1n1.moh.gov.my/

Situasi semasa Influenza A(H1N1) (Setakat 1 Ogos 2009, jam 8.00 pagi)

Kes - Kes Baru: 19
Kes - Kes Import: 0
Kes Jangkitan Tempatan: 19
Kes Kematian: 0
Jumlah Kes di Malaysia: 1,390 termasuk 4 kematian.

574 (41%) merupakan kes import dan 816 (59%) kes jangkitan tempatan. Daripada jumlah ini, 1,362 kes (98%) telah sembuh, hanya 17 kes atau 1% sahaja yang sedang menerima rawatan antiviral di hospital dan 8 daripadanya berada di Unit Rawatan Rapi. Sebelas (11) orang atau 1% sedang menerima rawatan antiviral di rumah.

Kedudukan kes di Unit Rawatan Rapi adalah seperti berikut; 1 daripada 9 kes yang berada di Unit Rawatan Rapi pada hari sebelumnya telah dipindah keluar ke wad isolasi. Tiada kes baru disahkan positif influenza A(H1N1) dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Oleh itu menjadikan jumlah kes yang berada di Unit Rawatan Rapi adalah seramai 8 orang, di mana antaranya adalah 2 remaja obes, 1 wanita hamil dan 1 imuniti rendah.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!