Monday, August 10, 2009

SEMARAK RAMADHAN MENJADI PENCETUS SEMANGAT PUASA

SEMARAK RAMADHAN MENJADI PENCETUS SEMANGAT PUASA

Oleh Mohammad Zakri Tarmidi

8 Ogos 2009, Johor Bahru – Kelab Remaja JIM sekali lagi telah melaksanakan program Semarak Ramadhan di Masjid Bandar Baru Uda, pagi ini. Program yang dikendalikan untuk remaja sekolah itu dilaksanakan untuk membantu para remaja ini untuk mempersiapkan diri sebelum bermulanya Ramadhan tahun ini.

Program yang dikendalikan oleh Kelab Remaja JIM ini dihadiri oleh 100 pelajar dari 4 buah sekolah berdekatan, iaitu Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Tun Fatimah, dan dua buah sekolah lagi.

Program ini merupakan pecahan daripada program Semarak Ramadhan Semarak Taqwa, yang dianjurkan oleh pihak Masjid Bandar Baru Uda. Program kemudiannya, terbahagi kepada empat, iaitu program untuk kanak-kanak bawah 4 tahun, program kanak-kanak 5-12 tahun, program untuk remaja, dan program untuk orang dewasa.

Remaja sekolah kemudiannya telah memulakan program seterusnya di Dewan Masjid, dengan pengisian oleh 'Umayr Sayfurrahman, Ammar Salleh, dan Mohammad Zakri. Seterusnya program diteruskan dengan aktiviti Tour De Masjid.

"Program ini perlu untuk membangkitkan suasana berlumba-lumba untuk menyambut Ramadhan" ujar pengarah program, saudara 'Umayr. Manakala bagi salah seorang fasilitator pula menyatakan "program ini bagus, padat dan bermanfaat"

Program tamat jam 12.30 tengahari, dengan harapan agar para remaja ini dapat mempersiapkan diri menjelangnya Ramadhan tahun ini.



Para ibubapa, dan peserta program berdoa bersama imam masjid, Ustaz Hasan

Para pelajar perempuan yang hadir pada hari tersebut




Pelajar lelaki yang hadir, dengan warna baju yang meriah


Umayr mengendalikan slot pengisian pagi


Salah satu check point dalam Tour de Masjid



Di ruang legar, program kanak-kanak berlangsung dengan lancar


1 comment:

+akufobia+ said...

alaa.tak dapat nak join.dengki.

SURE - SUkan REmaja 2009!!!