Malam Lailatul Qadar
Pertama nya banyakkan bersyukur kerana kita telah diberikan nikmat oleh Allah untuk bersama di dalam malam Lailatul Qadar, 10 malam yang terakhir Ramadhan ini. Allah memberikan nikmat ini untuk kita terus mempertingkatkan Iman dan Takwa kita kepada Allah, sebagaimana tujuan kita berpuasa
Lailatul Qadar bermaksud bernilai dan berkedudukan. Ini bersesuaian dengan peristiwa alam yang besar ; peristiwa Al Quran, wahyu dan Risalah. Sudah pasti tiada yang lebih besar dari ini.
Disebut dari Riwayat Ibnu Ishaq bahawa wahyu pertama yang tertera pada awal surah al Alaq itu diturunkan pada bulan Ramadhan, yakni ketika Rasulullah saw sedang bertahanuts di Gua Hira’
Malam ini terlalu agung sehingga melampaui batas kemampuan manusia yang dinyatakan ‘Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?’
Malam ini sungguh hebat dengan kelebihan bandingan seribu bulan. Malahan kata bilangan ini tidak bererti membatasinya. Ia hanya berfungsi untuk menunjukkan banyak, tidak terbatas hanya pada 100 bulan. Hebatnya!
Oleh itu marilah kita merayakan Festival tawaran Allah ini dengan memperbanyakkan amalan kita hanya kerana Iman dan Ikhlas, seperti sabda beliau diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim;
Barangsiapa melakukan shalat sunnah pada malam Lailatul Qadar kerana Iman dan Ikhlas, maka diampunilah dosanya yang telah lalu.
p/s : Surah rujukan lain – ad Dukhaan : 3-6 dan al Baqarah 185
Pak Ngah @Suhaimi
No comments:
Post a Comment