Friday, September 26, 2008

3R di SMKPJ3

3R di SMK Permas Jaya 3

Alhamdulillah, selesai sudah program 3R di SMKPJ3 semalam (25 Ramadhan)
Program berlangsung di Surau sekolah, bermula jam 5 petang dengan pengisian Semarak Ramadhan dari Pak Long sehingga jam 6.45. Semasa ni sekitar 40 orang pelajar hadir yang kebanyakannya ialah ahli usrah KRJ.

Kemudian kami berbuka di anjung surau. Pehh…dah lama tak makan nasi talam…Selepas maghrib, tazkirah dari Pak Lang. Kemudian Pak Lang menyambung lagi tazkirah setelah memimpin solat Isya, solat terawih dan hajat yang diselang selikan dengan zikir dan doa. Semasa ni lebih 150 pelajar dan ibubapa hadir.

Program selesai jam 10.30 dengan jamuan ringan. Kami makan bersama pengetua dan guru-guru. Turut hadir ialah Pak Im, Mak Lang, Kak Insyirah dan Abang Faizal (KRI)

Menurut Cikgu Idayati ( AJK KRJ) yang menelefon tadi ramai yang memuji dan kiranya program sekolah paling berjaya dari segi kehadiran. Pihak sekolah juga ingin menjemput KRJ lagi tahun ni.

KRJ juga akan menjemput mereka dalam 2 program hujung tahun ni. Insyaallah
…Sekian.

Bersyukurlah kepada 3 perkara 1. Ni’mat Islam dan Iman 2. Ni’mat punyai ibu dan ayah 3. Ni’mat punyai kawan-kawan ( …sedutan kata2 akhir Pak Long semalam )

3 perkara perlu diingat: Dosa, Ni’mat yang dikurniakan kepada mu dan Kesalahanmu kepada orang lain dan . 3 perkara perlu dilupakan: Amal baikmu, Ujian yang menimpa dan Kebaikanmu kepada orang lain (…dipetik dari tazkirah Pak Lang semalam)

-Pak Im-




Sunday, September 21, 2008

3R10 di STF

Alhamdulillah.. program 3R10 sempena 10 malam terakhir Ramadhan telah berjaya dilaksanakan julungkalinya di Sekolah Tun Fatimah (STF). Program yang dijalankan pada 20 September 2008 (Sabtu malam Ahad) yang juga malam ke-21 Ramadhan ini dihadiri hampir 300 orang pelajar (tingkatan 1 hingga 5). Memandangkan surau sekolah tidaklah terlalu besar, menyebabkan para pelajar memenuhi segenap ruang surau tersebut. Saat program dimulakan dengan games, bersesak-sesak mereka dibuatnya.

Satu perkara yang tidak mengecewakan setiapkali berprogram dengan pelajar-pelajar STF ini adalah sifat mereka yang cukup responsif. Seronok mereka mendengar celoteh Kak Hasnor yang mengendalikan slot tersebut. Suasana ceria itu bertambah gamat tatkala ditayangkan video Upin dan Ipin, tak kering gusi dibuatnya.




Turut hadir ialah Kak Faridah, Kak Muss dan Kak Yati. Jazakillah yang tak terhingga kepada semua AJK yang meluangkan masa untuk hadir, terutamanya Kak Hasnor yang komited mengendalikan slot. Menariknya, aktiviti para pelajar tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja, bahkan mereka akan mengadakan Qiamullail beramai-ramai keesokan paginya di gelanggang tenis (berbumbungkan langit) seawal 4.00 pagi. Semoga program kali ini menjadi ibadah yang diterima Allah demi mendapat rahmat dan ampunan Allah di malam ke-21 Ramadhan al-mubarak.
"Ya Allah, pertemukan kami dengan malam Lailatul-Qadar"

Saturday, September 20, 2008

Mengejar Malam Lailatul Qadr



Malam Lailatul Qadar
Marilah kita bersama merujuk dan merenung kembali Surah Al Qadr.

Pertama nya banyakkan bersyukur kerana kita telah diberikan nikmat oleh Allah untuk bersama di dalam malam Lailatul Qadar, 10 malam yang terakhir Ramadhan ini. Allah memberikan nikmat ini untuk kita terus mempertingkatkan Iman dan Takwa kita kepada Allah, sebagaimana tujuan kita berpuasa

Lailatul Qadar bermaksud bernilai dan berkedudukan. Ini bersesuaian dengan peristiwa alam yang besar ; peristiwa Al Quran, wahyu dan Risalah. Sudah pasti tiada yang lebih besar dari ini.

Disebut dari Riwayat Ibnu Ishaq bahawa wahyu pertama yang tertera pada awal surah al Alaq itu diturunkan pada bulan Ramadhan, yakni ketika Rasulullah saw sedang bertahanuts di Gua Hira’

Malam ini terlalu agung sehingga melampaui batas kemampuan manusia yang dinyatakan ‘Tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?’

Malam ini sungguh hebat dengan kelebihan bandingan seribu bulan. Malahan kata bilangan ini tidak bererti membatasinya. Ia hanya berfungsi untuk menunjukkan banyak, tidak terbatas hanya pada 100 bulan. Hebatnya!

Oleh itu marilah kita merayakan Festival tawaran Allah ini dengan memperbanyakkan amalan kita hanya kerana Iman dan Ikhlas, seperti sabda beliau diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim;
Barangsiapa melakukan shalat sunnah pada malam Lailatul Qadar kerana Iman dan Ikhlas, maka diampunilah dosanya yang telah lalu.

p/s : Surah rujukan lain – ad Dukhaan : 3-6 dan al Baqarah 185
Pak Ngah @Suhaimi


Sunday, September 14, 2008

Brothers - Ramadhan


RAMADHAN
(Lirik Nasyid Brothers)
Bertemu kembali dengan Ramadhan
Kurasakan bahagia menyelubungi
Ya Allah daku bersyukur
Kau pertemukan aku semula

Ramadhan yang mulia
Di Ramadhan Ya Allah
Rahmatnya ku rasa
Banyakkan beribadah
Ku tahu pengampunan Mu
Melangit tinggi

Ramadhan rahmat dari Ilahi
Banyakkan beribadah dan berdoa

Hapuskan dosa tingkatkan pahala
Semoga beroleh nadirah
Semoga kita menjadi hamba yang setia
Ramadhan menyedarkan aku

Kesusahan yang dialami insan lain
Ramadhan ujian Ilahi
Mengajar erti kesabaran dan kesetiaan
Andainya ini Ramadhan
terakhir bagiku
Kuharap ianya 'kan
membela ku di akhir
nanti...

HARAPAN RAMADHAN


HARAPAN RAMADHAN
(Lirik Nasyid Raihan dari album Maafkan)

Ku Mengharapkan Ramadhan
Kali Ini Penuh Makna
Agar dapat Kulalui
Dengan Sempurna

Selangkah Demi Selangkah
Setahun Sudah Pun Berlalu
Masa Yang Pantas Berlalu
Hingga Tak Terasa Ku Berada
Di Bulan Ramadhan Semula

Puasa Satu Amalan
Sebagaimana Yang Diperintah Nya
Moga Dapat Ku Lenturkan
Nafsu Yang Selalu Membelenggu Diri
Tiada Henti‐Henti

Tak Ingin Ku Biarkan Ramadhan Berlalu Saja
Tuhan Pimpinlah Daku Yang Lemah
Mengharungi
Segalanya Dengan Sabar

Kita Memohon Pada Tuhan Diberikan
Kekuatan
Ku Merayu Pada Tuhan Diterima Amalan

Selangkah Demi Selangkah...
DenganRahmatMu Oh Tuhanku...
Ku Tempuh Jua

Monday, September 08, 2008

Semarak Ramadhan di SMT JB

Sabtu 6 September- Alhamdulillah, Program Semarak Ramadhan ( Remaja Raikan Ramadhan - 3R) di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMT JB) baru selesai tadi. Program bermula di surau sekolah selepas solat Asar berjemaah dimulakan dengan icebreaking dan kuiz pembuka minda oleh Pak Long. Kemudiannya ceramah utama oleh Pak Anjang. Seronok nampaknya mereka mendengar ceramah Pak Anjang .Pak Long dan Pak Anjang merupakan bekas pelajar SMTJB.

Program dihadiri oleh kira-kira 250 orang pelajar asrama. Selepas berbuka dan solat maghrib adalah sesi sembang-sembang ahli usrah dan naqib/ah masing-masing. Program ringkas ini tamat selepas solat terawih. Tahniah dan terimakasih semuanya.

Sedang menunggu foto dari jurufoto...

Thursday, September 04, 2008

KBM sesi 2008 berlabuh di MRSM Pontian

MRSM Pontian, 30 Ogos - Alhamdulillah setelah 22 kali mengendalikan KBM sepanjang 8 bulan, akhirnya KBM KRJ JB sessi 2008 telah melabuhkan tirainya di MRSM Pontian. KBM kali ini ialah untuk seramai 147 orang pelajar tingkatan 3. Pengendali utama ialah Abu Nuha, Abang Umayr, Kak Muss dan Pak Anjang dengan dibantu oleh 15 orang fasilitator. KBM kali ini merupakan kali 5 di MRSM Pontian, juga tahun ke-3 berturut-turut mendapat kepercayaan dari pihak maktab.

Jazakallahukhairan dan tahniah diucapkan kepada semua AJK dan pengendali, fasilitator dan co –fasi sepanjang sesi 2008 dan tak lupa kepada yang mendoakan. Sepanjang tahun ini, kami sudah mengunakan khidmat seramai 15 orang pengendali dan lebih 100 orang fasilitator. Moga pengalaman bersama tim KBM-KRJ sedikit sebanyak mematangkan kalian di jalan daawah bersama remaja, belia atau mahasiswa/i di IPT masing-masing.

Alhamdulillah, KBM telah mencetuskan beberapa program follow-up lain seperti PPR (Pusat Perdana Remaja), 3R (Remaja Raikan Ramadhan), B2N, KBI dan lain-lain. InsyaAllah fokus sehingga awal tahun depan akan lebih kepada program pembangunan ahli usrah KRJ. Kami sedang merancang 2 program utama hujung tahun ni dan KRJ Johor juga akan menjadi tuan rumah program Nasional (X-Pert) pada hujung bulan November


Moga usaha kerdil ini di rahmati dan berkati Ilahi. Mohon terus mendoakan, menyokong, membantu dan seribu kemaafan dari semua .


Salam Kemerdekaan dan Salam Ramadhan


Kearah Remaja Soleh wa Musleh

Alfatihah...

Warga KRJ Johor mengucapkan takziah kepada Abang Zakri, Ahnaf dan Ghazi atas kembalinya ke rahmatuLlah ayahanda tercinta Prof Madya Mohd Tarmidi bin Tamsir, pada 2 September lalu.
Semoga ALlah mengampunkannya, mencucurkan rahmat-Nya ke atas ruh almarhum dan memasukkannya ke dalam golongan hamba-hamba-Nya yang diredhainya.
Berita penuh di Portal JIM Johor

SURE - SUkan REmaja 2009!!!