Wednesday, June 25, 2008

KBI di SMKABP weekend ni

Dimaklumkan KRJ dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor(JPJ) akan mengendalikan Kursus pembangunan Nuqaba' (keindahan Bersama Islam) di SMKA Bandar Penawar bermula Jumaat 9 malam hingga Ahad tengahari hujung minggu ini. (27 - 29 hb Jun)

Jangkaan peserta adalah seramai 250 orang pelajar dari SMKABP, MRSM Pontian, Sek Tun Fatimah, SMTeknik JB, SMTI Batu Pahat dan beberapa sekolah lain (yang ada usrah). Antara Pengendali utama/fasilitator ialah Pak Uteh, Pak Ngah , Abu Nuha dan beberapa orang remaja IPT/penggerak usrah KRJ di sekolah-sekolah tersebut.

Rombongan pertama pengendali akan bertolak petang Jumaat dan rombongan kedua pada jam 8.30 malam. Pengarah program ialah akh Khairuddin Hasim dengan sokongan kuat dari orang kuat tarbiah,Pak Ngah Suhaimi.

Mohon doa dari semua. Moga akan menghasilkan lebih banyak usrah remaja di sekolah-sekolah.

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!