Friday, June 27, 2008

Ikhlas

Assalamualaikum

Malam semalam berkesempatan mendengar kuliah maghrib Ust Faizal Chek Al-Hafiz, imam masjid Jamek Taman Desa Jaya tentang bab ikhlas.Ada satu kisah....

Satu pagi Jibrail turun bertemu Rasulullah. Lebih kurang berbualan dan pertanyaan dari Jibrail kpd Rasulullah.. .

"Ya Rasulullah, Engkau tak solat subuh berjamaah dimasjidmu pagi ni tadi?" tanya Jibrail.


"Tidak, aku dan para sahabat solat berjamaah subuh dimasjidku seperti biasa, tetapi kenapa kau bertanya Ya Jibrail". jawab Rasulullah.

"Betul ke ada solat subuh berjamaah dilaksanakan pagi nie?". Jibrail minta kepastian.

"Ya, seperti selalunya, tetapi kenapa kamu bertanya". tanya Rasulullah kembali.

" Aku diberitau Allah, bahwa arashNya tidak bergegar seperti selalunya apabila azan dari Bilal berkumandang di waktu Subuh, ini menunjukkan seolah-olah solat subuh berjamaah tidak didirikan dimasjidmu pagi tadi seperti hari-hari sebelumnya" beritau Jibrail pada Rasulullah.

" Kenapa? minta kamu tanyakan pada Allah kenapa" pinta Rasulullah.

Maka bertanyalah Jibrail kepada Allah kenapa perkara tersebut berlaku. Allah memberitau Jibrail, bahwa sesungguhnya Rasulullah memang ada melaksanakan solat subuh berjamaah bersama para sahabat seperti biasa, tetapi laungan azan si Bilal yang biasanya akan menggegarkan arash Allah tidak berlaku seperti selalunya dipagi ini tadi. Kenapa? kerana dihati Bilal ada sedikit terdetik ketidak ikhlasan dia semasa melaungkan azan tersebut, maka azan subuhnya telah tidak dapat menggegarkan arash Allah seperti selalu.

Maka dimaklumkan hal yang telah berlaku ini oleh Jibrail kepada Rasulullah, dan Rasulullah seterusnya telah menyampaikannya kepada Bilal untuk Bilal memuhasabah dirinya kembali agar Bilal memohon ampun pada Allah.

Selepas peristiwa itu, Bilal telah meningkatkan keikhlasannya dalam melaksanakan apa jua urusan dan tugas, dan arash Allah selepas tu tidak pernah sunyi dari gegaran setiap kali Bilal melaungkan azannya.


Wallahu'alam.

Muga hati kita akan sentiasa dipenuhi dengan keikhlasan dari masa kesemasa, dari sekecil-kecil perkara sehingga kesebesar-besarnya. InsyaAllah. Muga kita sentiasa ditegur, dinasihati dan diperingatkan.

Muga Allah menerima segala amalan kita.

PakLong

No comments:

SURE - SUkan REmaja 2009!!!