Friday, June 27, 2008
Ikhlas
Assalamualaikum
Malam semalam berkesempatan mendengar kuliah maghrib Ust Faizal Chek Al-Hafiz, imam masjid Jamek Taman Desa Jaya tentang bab ikhlas.Ada satu kisah....
Satu pagi Jibrail turun bertemu Rasulullah. Lebih kurang berbualan dan pertanyaan dari Jibrail kpd Rasulullah.. .
"Ya Rasulullah, Engkau tak solat subuh berjamaah dimasjidmu pagi ni tadi?" tanya Jibrail.
"Tidak, aku dan para sahabat solat berjamaah subuh dimasjidku seperti biasa, tetapi kenapa kau bertanya Ya Jibrail". jawab Rasulullah.
"Betul ke ada solat subuh berjamaah dilaksanakan pagi nie?". Jibrail minta kepastian.
"Ya, seperti selalunya, tetapi kenapa kamu bertanya". tanya Rasulullah kembali.
" Aku diberitau Allah, bahwa arashNya tidak bergegar seperti selalunya apabila azan dari Bilal berkumandang di waktu Subuh, ini menunjukkan seolah-olah solat subuh berjamaah tidak didirikan dimasjidmu pagi tadi seperti hari-hari sebelumnya" beritau Jibrail pada Rasulullah.
" Kenapa? minta kamu tanyakan pada Allah kenapa" pinta Rasulullah.
Maka bertanyalah Jibrail kepada Allah kenapa perkara tersebut berlaku. Allah memberitau Jibrail, bahwa sesungguhnya Rasulullah memang ada melaksanakan solat subuh berjamaah bersama para sahabat seperti biasa, tetapi laungan azan si Bilal yang biasanya akan menggegarkan arash Allah tidak berlaku seperti selalunya dipagi ini tadi. Kenapa? kerana dihati Bilal ada sedikit terdetik ketidak ikhlasan dia semasa melaungkan azan tersebut, maka azan subuhnya telah tidak dapat menggegarkan arash Allah seperti selalu.
Maka dimaklumkan hal yang telah berlaku ini oleh Jibrail kepada Rasulullah, dan Rasulullah seterusnya telah menyampaikannya kepada Bilal untuk Bilal memuhasabah dirinya kembali agar Bilal memohon ampun pada Allah.
Selepas peristiwa itu, Bilal telah meningkatkan keikhlasannya dalam melaksanakan apa jua urusan dan tugas, dan arash Allah selepas tu tidak pernah sunyi dari gegaran setiap kali Bilal melaungkan azannya.
Wallahu'alam.
Muga hati kita akan sentiasa dipenuhi dengan keikhlasan dari masa kesemasa, dari sekecil-kecil perkara sehingga kesebesar-besarnya. InsyaAllah. Muga kita sentiasa ditegur, dinasihati dan diperingatkan.
Muga Allah menerima segala amalan kita.
PakLong

Wednesday, June 25, 2008
KBI di SMKABP weekend ni
Dimaklumkan KRJ dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Johor(JPJ) akan mengendalikan Kursus pembangunan Nuqaba' (keindahan Bersama Islam) di SMKA Bandar Penawar bermula Jumaat 9 malam hingga Ahad tengahari hujung minggu ini. (27 - 29 hb Jun)
Jangkaan peserta adalah seramai 250 orang pelajar dari SMKABP, MRSM Pontian, Sek Tun Fatimah, SMTeknik JB, SMTI Batu Pahat dan beberapa sekolah lain (yang ada usrah). Antara Pengendali utama/fasilitator ialah Pak Uteh, Pak Ngah , Abu Nuha dan beberapa orang remaja IPT/penggerak usrah KRJ di sekolah-sekolah tersebut.
Rombongan pertama pengendali akan bertolak petang Jumaat dan rombongan kedua pada jam 8.30 malam. Pengarah program ialah akh Khairuddin Hasim dengan sokongan kuat dari orang kuat tarbiah,Pak Ngah Suhaimi.
Mohon doa dari semua. Moga akan menghasilkan lebih banyak usrah remaja di sekolah-sekolah.

Doakan Aqilah Aminudin Ruskam
Adik Aqilah Aminuddin...adik kepada Abang Ashraf dan Kak Asma (fasilitator KRJJ), telah di operate pada isnin 23 Jun kerana masalah jantung berlubang, masih lagi dalam ICU di IJN, Kuala Lumpur.Mari sama sama kita mendoakan agar Aqilah segera pulih seperti biasa.
latest msg dari seorang pakcik:Baru melawat Aqilah di Wad Melor Tkt 5, IJN KL.Recovering, cuma hari ni dia demam.Munkin 4 atau 5 hari lagi kat hospital.
Warga KRJ mendoakan agar Aqilah adik kepada Ashraf & Asma' cepat sembuh dan urusan keluarga kalian di permudahkanNYA.

Selamat Mendaftar di IPT
Selamat mendaftar di IPT buat Semua fasilitator yang mula mendaftar hujung minggu ni...disertakan videoklip fasilitator semasa KBM di Sekolah Menengah Teknik baru-baru ni.
Bengkel menghasilkan Clip Video
Tahniah diucapkan kepada para peserta yang telah mengambil bahagian dalam kursus menghasilkan klip video pada hari Sabtu, 21 Jun lepas.
Kursus telah dikendalikan oleh Pak Imam Zailani bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang di Pejabat JIM, Skudai. Seramai 12 orang peserta telah menghadiri kursus. Kursus ini merupakan kali ke-3 oleh Pak Imam Zailani.

Sunday, June 15, 2008
Takziah Abang Usher
Takziah buat Abang Usher (Ashaari), 20 tahun yang kemalangan ketika bermotosikal pada petang Khamis, 12 Jun baru-baru ini di Jalan JB-Kota Tinggi. Usher yang ditemui pada KBM di Sekolah Menengah Teknik JB semalam telah beransur pulih. Beliau mengalami luka yang agak teruk di bahagian dagu dan tangan sebelah kiri telah diberi cuti sakit selama 4 hari. Menurut beliau, motorsikalnya teruk mengalami kerosakan akibat kecuaian seorang pemandu kereta yang ingin memotong kenderaan lain tanpa melihat beliau yang sedang menunggang.
Usher merupakan salah seorang fasilitator KRJ lepasan SMT Taman Daya dan sedang bekerja di Plaza Pelangi Johor Bahru. Seorang yang sangat komited dalam program KBM ..walaupun sering bekerja shift tanpa mengira waktu, beliau sentiasa singgah di program-program KBM bertemu kawan-kawan fasilitator atau menjadi fasilitator walaupun ditengah-tengah kesibukannya.
Moga abang Usher cepat sembuh dan terus bersama KRJ. Mohon doa dari semua.
Terkini 23 Jun *** Alhamdulillah Usher dah semakin pulih. Baru jupa dia pagi tadi di Taman Molek, dia baru lepas ambil report dibalai polis. Dapat cuti 8 hari dan dah mula kerja walaupun agak payah dan masih berdengkot-dengkot. (Pak Im)

Sambutan Hari Bapa di KBM SMT JB
Ahad, 15 Jun. Alhamdulillah, detik bersejarah buat KRJ JB kali ini ialah apabila berjaya meraikan sambutan Hari Bapa di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru. Sambutan diadakan semasa slot Menuai Kasih Menuai Sayang (MKMS) bersama lebih 150 orang ibu bapa dan 254 orang peserta KBM Tingkatan 4 sekolah tersebut.
Suasana sayu dan hiba menyelubungi dewan SMT JB, tatkala peserta ditemukan dengan ibu bapa masing-masing, kemudian para bapa di kejutkan dengan Kad Selamat Hari Bapa yang disediakan oleh para peserta sendiri dan kek cokelat istimewa dari KRJ.
Program kali ini merupakan program KBM tahun kali ke-4 di SMTJB. Terimakasih kepada pihak sekolah kerana kerjasama padu yang diberikan. Juga sokongan dari ibubapa atas kehadiran mereka. Terimakasih kepada semua yang menyumbang terutama Pak Uteh dan Pak Long, Pak Im, Kak Muss dan Abang Amin (pengendali ), Tuan Pengarah KRJJ Prof Razman Salim, semua penggerak dan fasilitator.
Di kesempatan itu juga pihak KRJ ingin mengucapkan..." SELAMAT HARI BAPA " buat semua bapa istimewanya penggerak/0tai KRJ yang bergelar bapa iaitu Pak Tam, Pak Lang, Pak Long, Pak Uteh, Pak Im, Pak Chu, Pak De, Pak Ngah, Pak Anjang, Abu Nuha dan Pak Roslan.
Terimakasih yang tak terhingga kepada Pak Long kerana sudi menyediakan sarapan pagi Sabtu kami...
...Juga kepada krew termuda kami, Fathiyah dan Muaz yang sudi hadir

Thursday, June 12, 2008
Tuesday, June 03, 2008
Peserta LEADERS Johor Selamat bertolak...
Alhamdulillah...peserta LEADERS dari Johor telah selamat bertolak dari stesen bas Taman Sri Puteri tadi, sekitar jam 11.40 malam . Mereka terdiri dari 8 orang adik-adik lelaki dan 5 orang adik-adik perempuan tingkatan 4...juga turut diiringi oleh Abang Asim Ainollutfi dan Kak Insyirah Mokri.
Selain dari mereka dua penggerak KRJ Johor iaitu Abdullah Amin Mokri dan Ammar Salleh telah berangkat lebih awal sebagai fasilitator LEADeRs. Program akan dibuat di Masjid Setiawangsa ( Masjid Maudz bin Jabal ), Kuala Lumpur dari 3-5 Jun 2008.
Selamat berangkat dan berjuang semuanya.
LEADeRs (Latihan Ekstensif Dakwah dan Kepimpinan Remaja Musleh) ialah program JK Pembangunan Remaja (JIM Pusat) dan merupakan rangkaian kepada Projek PRODUCE (Projek Dua Tahun Remaja Cemerlang) ke arah membentuk takungan remaja cemerlang bermula dari tingkatan 3 hinggalah mereka masuk ke IPT. Dalam tempuh dua tahun tersebut remaja yang terpilih untuk mengikuti projek PRODUCE akan melalui program berikut:

Monday, June 02, 2008
Rehlah@Family Day KRJ
oleh Kak Muss
Alhamdulillah selesai sudah rehlah@ Family Day pewaris bersama otai-otai (AJK & Penggerak KRJ) di Pusat Rekreasi Taman Impian Emas pada 1 Jun semalam. Walaupun simple dan santai tapi cukup bermakna! Rehlah tu memang besst... dapat jumpa pewaris KRJ yang ramai dalam satu masa, bermua'yasyah, berhujan bersama, main game bersama, berBBQ yg tak bersama (=p).... Walaupun tanpa air paip untuk berwudhu' dapat juga solat asar berjemaah akhirnya.... paling best dapat jumpa Aisyah Aliya yang comel dan montel tu (baby Pak Ngah + Kak Husna)....waaa rindunyer nak jumpa dia lagi!
Rehlah kali ni dihadiri Pak Ngah, Pak Im, Pak Tam, Pak Long, Kak Fida, Kak Husna, Kak Yati, Kak Fifi KRI....juga dimeriahkan lagi dengan telatah si kecil Tiah, Muaz, Aliya dan anak2 Pak Im & PakLong.Seramai lebih 30 orang pewaris juga hadir termasuk Bob dan the geng dari Taman Daya.
Semoga rehlah akan datang dapat kumpulkan lebih ramai otai dan pewaris, dari junior hingga senior...& famili KRJ seluruhnya
Jazakallahu khairan kathira kepada adik-adik yang bertungkus-lumus merancang dan melaksanakan rehlah ni...berkat usaha semua, akhirnya terlaksana juga rehlah ni dengan jayanya .

Subscribe to:
Posts (Atom)