Sunday, December 09, 2007

X-REK (Ekspedisi Remaja Kental) Johor 2007

Apa khabar adik kasih sayang? Pak Uda doakan semoga semuanya HEBAT LUAR BIASA.

Sajer nak ulang tayang balik iklan X-REK ini...kot-kot adik-adik dah lupa dok banyak makan daging lembu dan kerbau di kenduri kahwin.

Tema XREK ialah MENYERLAH JAUH DARI YANG BIASA.

Apa aktiviti menarik Pak Uda?
Insyaallah semuanya menarik seperti....
MP3...........macam format lagu jer Pak Uda???
Masam-masam manis......macam cerita P Ramlee plak??

ISOMA..........apa tu Pak Uda? Tak pernah dengar pung?? Bahasa UFO ker??
Boom! Boom! Bang!....aha! ada main perang-perang mercun??
The Amazing of Supermuslim. ...macam superman la plak.
Kenduri 1 Kem......sapa nak kahwin plak Pak Uda??

XREK Starz......bestnyer !!!! boleh jadi macam MAWI
Back to nature.....macam iklan back to school jer kat Giant??

Nujum Pak Belalang.... ...eeeeee! !!! mesti seronok! nak jadi tuan puteri boleh??
Hai-Hai! Bai-Bai..... .nama abg Bai pun jadi tajuk??? glamournya abg Bai....
Amacam adik-adik kasih dan sayang....luar biasa tak aktivitinya.

Jom daftar sekarang!

Orang Melaka je dah book 30 tempat!! Tempat terhad!!!Cepat! ! Cepat!!!
Assalamualaikum
KRJ Johor ingin menjemput adik-adik kasih dan sayang untuk menyertai X-REK (Ekspedisi Remaja Kental) Johor . Perincian Program adalah seperti berikut:

Tarikh: 14 Disember (Jumaat) hingga 16 Disember(Ahad)
Tempat: Kem Kaizen Gunung Pulai, Pontian, Johor
Bayaran: RM 50 seorang

Objektif kem ini ialah untuk:
1. Mengukuhkan jatidiri seorang Muslim
2. Menekankan &study group adalah penting untuk kejayaan akademik dan kejayaan mempraktikkan Islam dalam kehidupan
3. Menekankan bahawa kejayaan sebenar ialah kejayaan bersama

Kem ini direka khas untuk alumni/graduan program KBM (Keindahan BersamaMu) Tingkatan 3 hingga 5 . Sasaran peserta adalah seramai 100 orang, oleh itu tempat adalah terhad. Untuk makluman, KRJ Johor telah mengadakan 18 program KBM seluruh Johor sepanjang 2007 dengan bilangan peserta seramai lebih 3000 orang.

maklumat lanjut sila hubungi

Pak Im 013 7383316 Kak Muss/Musannafah 019 7880863 Abang Bai 019-7517051 Pejabat JIM/ KRJ Tel: 07 5579502



Selamat bercuti dan berdoalah semoga berjaya dalam PMR dan SPM!
Moga berjumpa lagi di Kem Kaizen nanti

Salam ukhuwwah dari KRJ Johor

1 comment:

Anonymous said...

kalau bukan ahli boleh sertai ke?

SURE - SUkan REmaja 2009!!!